Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Bikash Nur Idris |
Primadona Orang Muda
Penulis Bikash Nur Idris
Fathiah Abdullah : Editor
Terbitan: Fajar Pakeer
354 muka surat
RM18.00
sabah/sarawak RM21
ni lah buku yang aku kilik masa bercuti di Pulau Perhentian dan berjaya menghabiskannya :)
"Mempersembahkan sebuah teater tradisional Primadona orang muda
"Primadona pentas, primadona nyata... kuncinya primadana orang muda yang punya!"
kisah backstage menarik juga ya. kali pertama aku suka citer mcm ni adalah 26episod gossip karya haswida abu bakar :). This one ditangani Bikash dengan manis sekali. Kisah Sanaa pelajar penulisan yang tetiba terpilih jadi pemegang watak primadona. Dia menerima jelingan iri hati dari gadis-gadis kampus kerana Sanaa bakal mendampingi jejaka kegilaan ramai, Muhammad Falah yg kacak bergaya. Sanaa pulak memang lah peminat rahsia. Sanaa adalah gadis yang jenis innocent dan blurr. Itu membuatkan dia kelihatan semakin comel :)
Sanaa lebih selesa menjaga kostume dari melontarkan dialog di tengah-tengah pentas, tapi decision has been made dan dia bakal 'bercinta' dengan Falah pemegang watak orang muda dan Sanaa adalah Primadona Orang Muda. Entah berapa kali Sanaa pengsan. haha...
cerita ini bernada romantik komedi namun ada kisah yang membuat kita tumpang bersedih. Entah kenapa kisah Sanaa kurang sedih berbanding kisah Asnidar yang ditimpa perasaan gara-gara Munir yang ego. Tabahlah Asnidahr :)
Setiap couple yang diketengahkan Bikash ada manisnya yang tersendiri dan tidak overshadow couple utama. :)
sure fine whatever
rinn
meRinnTis Blurb/Sinopsis
"Primadona, itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim."
Primadona? Dia? Hilang akal ke apa Abg Kama si pengarah dengan Rose si tukang usung kipas itu? Bila masa pula dia panai berlakon? Berladen ialah kut. Berladen itu berkain dengan melayan. Tahulah dia, sebab dia kan budak Penulisan. Jadi takkanlah dia nak pandai berlakon mcm budak Teater atau budak Filem itu - Mi He dia. Dan lagi parah, Mike He dia a.k.a MuhammadFalah akan digandingkan bersamanya. Org muda utk perimadona. Kalut!
Mike He Sanaa, Muhammad Falah, org muda itu tak suka Sanaa jadi primadona. Tak layak. Kaku Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai... patahnya hati...
"Walaupun awak berlakon dgn baik tadi, tapi belum cukup baik.Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingat kan awak paling suka saya..."
Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat mcm ni? Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dlm lakonannya selaku primadona. Primadona kepada org muda. Primadona kepad aFalah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona org muda itu. Kemudian falah kata suka dia, sayang dia...
Macam mana ni? Sanaa memanglah suka, tapi sayang Falah...?
"Awak kata, suka awak, Kat saya, saya jawab, sayang awak. Kat awak."
Kata Falah itu, bagaimanakah patut dibalas Sanaa? Dia hanya mahu jadi primadona orang muda di atas pentas sana, bukan pentas nyata. Dalam kepala sakit memikir, datang pula dugaan keluarga. Dia jadi rebutan dua keluarga dan Falah ajak dia k... Alamak, Sanaa tak boleh nak lengkapkan perkataan yuang diejanya begini - K.A.H.W.I.N-itu.