Sunday, February 17, 2008

aA+bB

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate
aA+bB by Hlovate
Terbitan Jemari Seni


hoho ada lagi kisah cinta lepas kawin! kali ni seorang doktor and sorang lagi engineer! Kisah ini memang menarik apabila dilagukan oleh penulis yang ada gaya tersendiri seperti Hlovate. Bagi yang pernah jatuh cinta dgn 5 Tahun 5 Bulan pastinya takkan melepaskan peluang utk menghayati kisah yang sememangnya sudah ada pengikut2 setia utk genre sebegini. Segala konflik, susur galur cerita memang ada mirip seperti kisah2 lain yang memutarkan kisah2 kawin paksa dan jatuh cinta selepas kawin seperti ini. Sudah tentunya cara penyampaian Hlovate mampu menjadikan kisah ini menarik dan menghiburkan untuk dibaca. Dah la Benz ngn Addin tu sama jer isipadu kekerasan kepala, sama2 ego, so sapa yang patut lafaz kan cinta terlebih dahulu? Di mata saya, Schubert's Serenade is still the best! :)


serba sedikit tentang aA+bB:
Mengisahkan Addin, seorang yg baru bergelar doktor yang terpaksa menerima Benz sbg suami sbg memenuhi permintaan abg kembarnya yang sedang terlantar setelah kemalangan. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu merendah2kan maruahnya suatu masa dahulu tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tak dikacau mamat2 lain. Berbagai cara yang Addin lakukan utk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dari rapat! ;) Tanpa sedar perkahwinan menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia utk menerima 'orang baru' dlm hidup mereka.



ntah naper saya rasa Addin ngan Benz ni most of the time macam budak2 skolah dan bukannya seorang doktor dgn sorang engineer. apa2pun this is a cute love story :) thank you Hlovate.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.


Inilah.. sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.


Addin mengemukakan teorinya begini:


a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.

b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak


7 tahun selepas itu...


Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dgn jurutera, yang bukan pilihannya?


Apa yang terjadi kala sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?


Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...


Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz


Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa : Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dgn trademark : gaya bahasa basah dan santai.


RM20.00
495 muka surat

Wednesday, February 6, 2008

Pesta Buku Antarabangsa

Start:     Apr 4, '08 12:00p
End:     Apr 13, '08
Location:     PWTC, Kuala Lumpur
jom pegi ke pesta buku beramai2.. mana la tau leh jumpa penulis2 popular masa kini! :)

Tuesday, February 5, 2008

Hitea JiwangUnited 1/2008

Start:     Mar 1, '08 12:00a
Location:     pan pac pwtc
haha siap bersiri tu! can't wait to meet jiwangans sekalian.

Sunday, February 3, 2008

Modal Insan

Start:     Feb 16, '08 12:00a
End:     Feb 17, '08
Location:     ILIM, Bangi
Program Qiamulail peringkat jabatan

Balik Kampung!

Start:     Feb 6, '08 12:00a
End:     Feb 8, '08
Location:     Kulim
Terpaksa dipendekkan sebab kena outstation

Wedding Nana

Start:     Feb 3, '08 12:00a
Location:     Port Dickson
Selamat penganti baru buat nana! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Bengkel AJ

Start:     Feb 9, '08 12:00a
End:     Feb 13, '08
Location:     Tioman Beach Golf & Spa
anjuran korporat. sebagai urusetia