Ni saya tempek kan sinopsis utk novel baru Anita Aruszi dan 3 penulis alaf 21. Wah, productive betul Anita Aruszi. Sakti Cinta pun baru jer beberapa hari kat pasaran, ni kuar pulak Rembulan Berdarah. Tahniah Tahniah.
Penulis2 Alaf21 utk keluaran april ni bertuah lah! buku baru kuar masa pesta buku. mesti laris nanti nih. Ketiga-tiga penulis ni sudah mempunyai novel dengan alaf 21. Kalau Fatin Nabila tu memang la saya tertunggu-tunggu novel baru beliau. Bagi yg tak tau, novel2nya sebelum ini adalah Dakapan Rindu dan Bahagia Kasihmu.
Intan Arnida, rasanya baru jer beberapa minggu lepas saya baca karya pertamanya yg bertajuk "Kuutus Rindu". Ni kira setahun satu buku lah. Makin meriah la buku2 baru kat pasaran.
Leeya Myra pun saya dah penah baca kedua2 karyanya sebelum ini yg diterbitkan alaf21. Bagi yg nak collect novel2 Leeya Myra, novel2nya sebelum ini adalah Mencari Cinta dan Izinkan Kubahagia.
for more details jgn lupa ke website kaki novel dan alaf 21. Kat gengkicap pun ada jugak updates nya :)
Tajuk : Rembulan Berdarah
Penulis : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM24.00
REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.
Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
-------------------------
Syurga di Hati by Fatin Nabila
512 mukasurat
RM19.90
ISBN: 978-983-124-431-9
"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"
Sinopsis:
AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.
Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.
Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.
---------------------------
Syair Cinta by Intan Arnida
RM19.90
512 mukasurat
ISBN: 978-983-124-424-1
"Kupendam rasa dan kutelan nista demi kasih kita"
Sinopsis:
CINTA antara Dayang Sabrina dan Ungku Isfan tidak boleh dipisahkan lagi walaupun telah dihalang oleh Ungku Saerah. Namun, bermulalah suatu episod duka di mana Dayang termakan janji manis wanita itu untuk menerima jemputan ke suatu majlis.
Di situlah, Dayang menerima segala kemarahan dan kebencian wanita itu. Dia dituduh cuba menjerat cinta Ungku Isfan sematamata kerana kedudukan dan kemewahannya. Dia turut diselar dengan kata-kata nista yang benar-benar merobek jiwanya. Hati Dayang tercalar bagai dihiris sembilu. Siapa yang mahu diri dihina sedemikian rupa? Lantaran, dia melarikan diri dengan hati yang lara dan perasaan yang hiba sehingga terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur, nyawanya masih panjang. Trauma kecacatan wajah yang dialami berat untuk ditanggung walaupun telah dibedah.
Lima tahun berlalu... Dayang bangkit dengan suatu tekad. Dia mesti membalas dendam. Keangkuhan dan keegoaan Ungku Saerah harus ditundukkan. Namun, niatnya tidak sampai ke penghujung apabila munculnya seorang lelaki yang telah lama menghilang. Kehadirannya membongkar suatu peristiwa yang berlaku di dalam keluarga ternama itu.
---------------------------
Ceritera Rindu by Leeya Myra
512 mukasurat
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-430-2
"Rindu itu adalah mimpi ketika jaga"
Sinopsis:
IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.
Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.
Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.
Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?