Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 19-4-2009




Hari ketiga! haha.. sakan la aku sampai 3 hari pegi.. hari ketiga ni demi utk menyelamatkan poket aku, aku bawak rm50 saja. hehe. yer la, kalau tak mestila terdorong nak beli banyak2. kena bersabar nih. motif utama ke pesta buku pada hari ahad yang penuh sesak ini adalah utk bertemu dengan cekputeh! huhu rindu.. lamanya tak jumpa rakan jiwangan nih. last year pon kitorang redah pesta buku bersama-sama jugak. dia tak dapat join geng hari sabtu sbb bekerja. Seperti biasa cp datang dgn tisya yang suka snap camera :). Errr rasanya aku terserempak dgn miss cun masa hari ketiga ni kot *garu pala* confuse pulak. hehe. Aku pening sikit masa tu. ramai sangat orang!

 

 

memandangkan aku tak merancang nak beli buku hari tu (tapi terrrrrrrrrrbeli dua buah) aku bawak la buku2 untuk amik tandatangan penulis2 pada hari tu. alhamdulillah semua dpt ttgn tak der la letih mengusung beg. hehe.

 

 

Ada jugak membeli buku2 yang dipesan kawan2. Ramai pulak artis hari ahad tu. Ada Ally Iskandar, ada Rabbani, ada Ustaz Amal, ada Mila AF, Dato' Dr Fadillah Kamsah pun ada.

 

 

ni ada gambar2 sekitar hari ketiga pesta buku antara bangsa kuala lumpur, PWTC.

 

 

sure fine whatever

rinn



Pesta Buku Antarabangsa KL 18-4-2009





Hari kedua pesta buku saya sempat juga menjengah ke pesta buku bersama che yam ngan azah. Semua bawak beg galas belakang tu.. haha memang misi nak memborong buku banyak2. biasanya memang satu beg galas belakang tak cukup, patutnya bawak beg roda yg balik kampung tu, baru la tak penuh tangan kiri kanan n beg galas belakang lagi.. fuh. Memang membina otot lengan betul hari tu. hehe. jalan pun dah macam king kong.

 

Nasib baik la masa balik tu husband azah dtg amik dia, so saya ngan che yam tumpang barang2 la dlm keta dia and nanti biler balik kitorang pegi la amik kat rumah dia.. hehe lagi pun kitorang ada pelan baekkkk punya nak jalan2 kat pertama kompleks petang tu. Saya rembat novel Anita Aruszi terbitan iBook kat pertama kompleks, Dedalu di Hati dan Sakti Cinta. Kat pesta buku tarak. alhamdulillah kat situ pun dpt diskaun 20%. masa browsing tu ada gak nampak 'ombak bukan biru' by fatimah busu. Saya ada belek2 buku ni kat booth Pekan Ilmu di pesta buku tu, tapi tak der diskaun, so tak der lah beli sbb kalau pegi pesta buku ni target kita memang nak beli pada harga diskaun kan? tak per la.. dapat jugak beli tht book kat pertama kompleks dgn harga diskaun :)

 

Sebenarnya bukan kami bertiga jer tht day, aku ada  janji gak jumpa kak ima ngan su.. dan juga Ta yang aku berpeluang jumpa sekali sekala dua kali dua kala saja. Dia gelak sakan biler tengok beg galas aku bertukar jadi beg roda.

 

2nd day tu makin ramai penulis2 kat booth. penulis NB dan penulis fajar Pakeer yang ramai sekali. jenuh la kalau beli buku ikut penulis2 yg ada. Aku tengok kat booth fajar pakeer ada beberapa buku 'dengan nama cinta' by bikash (terbitan rhythm) yang sangat susah dah nak dapat di pasaran sekarang nih. Sapa yg ada kat situ aku suggest la rembat buku tu.. sbb citer dia memang jiwang abissss... baca sekali gerenti tak cukup

 

2nd day tu baru lah dpt jumpa mimie afinie, so dpt la amik signature utk novel 'bila dah suka' :)

 

booth jemari seni pun packed gilerrrr kak yah busy kat kaunter and kak su busy menyain novel2 nya. Antara penulis js yg ada tht day, imaen, pingu, nazurah aishah, iman xara.

 

Hari tu memang raaaaaaaaaamai sgt org, terhimpit2 jalan kat lorong pada masa tu kelihatan sangat sempat dan tak muat. susunan booth2 kat situ pun terasa sempit, mungkin sbb ramai sgt orang. Ni saya up kan gambar2 pada hari kedua :)

 

sure fine whatever

rinn





Monday, April 20, 2009

Buku Baru Alaf & Creative di Pesta Buku PWTC


Dua novel baru dari CESB

 

 

Terlanjur Mencintaimu
Penulis: Aide Suradi
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
2009

 

 

"Cinta tidak semestinya bersatu"

 

 

----------------------

Masih Ada Cinta
Penulis: Haslinda Ismail
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
2009

 


"Sang bayu sampaikan salam rinduku padanya"

 

-------------------

 

 

Dua novel baru dari Alaf 21

 


Sungguh Aku Cinta
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2009
RM19.90
512 mukasurat

 


"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"

 


sinopsis belakang buku:

 


TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

 


Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

 


Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

 


Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

------------------

 

 


Tajuk: Tiada Yang Kedua

Penulis: Sania Yasmin

Terbitan Alaf 21 sdn bhd

2009



"AKhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu"


----------------------

 

 


keempat empat buku ni sudah boleh dibeli di pesta buku antara bangsa kuala lumpur. Dengar2nya minggu depan buku baru dari Norzailina Nordin dan Buku terbaru dari Aleya Aneesa akan turut berada di Pesta Buku Antarabangsa kuala lumpur.

Jumpa di sana ya? penulis2nya pun ada di sana :)



 

 

sure fine whatever

rinn

 





Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku PWTC 17-4-2009




Untuk nak ngelakkan berhimpit2 ngan orang ramai, memang elok ler pilih hari Jumaat utk jalan lenggang lenggang kangkong kat pesta buku. nak jumpa writers, borak2 pun senang sebab orang tak ramai sangat. hmm ramai la jugak tapi tak ler sendat macam masa weekend sampai writers nak panggung kepala pun tak boleh sbb terlalu sibuk menandatangan buku2 mereka :)

 

 

Masa awai tu jumpa Nacha dgn kaknOOr lah kat stesen LRT, kat PWTC baru lah jumpa ngan yang lain2. kitorang ada la jugak buat rombongan dari booth ke booth walaupun beberapa kali separated. Seronok sgt dpt jumpa kak Durrah Fatiha buat kali pertama :) Antara writers yang ada first day tu yg saya sempat jumpa, Aina Emir, Noorsuraya, Imaen, Iman Xara, Syud, Rose/Nora, Lily Haslina Nasir, Norhayati Berahim, Iejay, Durrah Fatiha, Hezzy Azra. err sapa lagi yeK? Ermm Bikash pun ada tapi dia jaga booth Fajar Pakeer, jadi salesgirl kot. hehe. peh tu masa jalan2 cari buku tu terserempak ngan Meen Zulaikha & Izzul Izzati :)

 

 

Banyak betul buku2 lama yg dijual dgn harga RM5.00 banyak jugak tajuk2 yang menarik. antara faktor2 yang menyumbang kepada belanja luar jangka.  hehe.

 

 

ni saya up kan gambar2 sekitar pesta buku first day punya.. yang 2nd day ngan yang 3rd day nanti saya post asing lah. ada problem pulak nak upload banyak2. kak noor ngn nacha nanti emel kan ur emel address kat saya, so tht senang nak emel kan gambar2 korang ye? eh.. sapa2 lagi yang ada saya tangkap kan gambar tu.. nanti emelkan emel address ye? emel to rinn.jay.you@gmail.com

 

 

sure fine whatever

rinn

 

 



Wednesday, April 15, 2009

Jadual Penulis Alaf & Creative di Pesta Buku PWTC2009




Akhirnya muncul juga jadual penulis2 alaf dan creative kat pesta buku :) Bleh ar bwk buku2 tertentu saja utk signature ;) eh! bleh la jumpa kak durrah! hehe. Siti Hazneza pun ada! tapi tu la, hari kerja.. adusss..


 


 


JADUAL PENULIS ALAF


17HB (JUMAAT)


1. LIZA ZAHIRA


2. DURRA FATIHA


3. HEZZY AZRA


 


 


18HB (SABTU)


1. RAMLEE AWANG MURSHID


2. ANIS AYUNI


3. SERUNAI FAQIR


4. EYMAN HYKAL


 


 


19HB (AHAD)


1. RAMLEE AWANG MURSHID


2. ANIS AYUNI


3. HASREEYATI RAMLI


4. USTAZ MASZLEE MALIK


5. EYMAN HYKAL


 


 


20HB (ISNIN)


1. HASREEYATI RAMLI


2. DURRA FATIHA


 


 


21HB (SELASA)


1. DURRA FATIHA 


 


 


22HB (RABU)


1. DURRA FATIHA


 


 


23HB (KHAMIS)


1. Dr HM Tuah Iskandar


(10.00 – 11.00 pagi)


 


 


24HB (JUMAAT)


1. RANIA FIRDAUS


2. HEZZY AZRA


3. ROZITA ABDUL WAHAB


4. LEEYA MYRA


5. SANIA YASMIN


 


 


25HB (SABTU)


1. RAMLEE AWANG MURSHID


2. ANIS AYUNI


3. LEEYA MYRA


4. LYNN DAYANA


5. FATIN NABILA


6. ALEYA ANESSA


7. AIMI HUSNA


8. EYMAN HYKAL


 


 


26HB (AHAD)


1. RAMLEE AWANG MURSHID


2. ANIS AYUNI


3. FATIN NABILA


4. INTAN ARDINA


5. LYNN DAYANA


6. ALEYA ANESSA


7. LEEYA MYRA


8. SANIA YASMIN


9. AIMI HUSNA


10. EYMAN HYKAL


 


 


 ----------------------------


JADUAL PENULIS CREATIVE DI PESTA BUKU ANTARA BANGSA KUALA LUMPUR


 


 


17 April 2009


Ahadiat Akashah


Najwa Aiman


Ujang


Imuda


 


 


 


18 April 2009


 


Ahadiat Akashah


Najwa Aiman


Ujang


Imuda


 


 


 


19 April 2009


Ahadiat Akashah


Najwa Aiman


Ujang


Imuda


 


 


 


20 April 2009


Aidie Suradi(pagi)


Ana Wenta (petang)


 


 


21 April 2009 Ana Wenta


 


 


22 April 2009 Haslina Ismail


 


 


23 April 2009 Siti Hazneza


 


 


24 April 2009


Aidie Suradi


Diya Elora (petang shj)


 


 


25 April 2009


Ahadiat Akashah


Ujang


Imuda


Diya Elora (petang shj)


 


 


26 April 2009


Rosliza Razali


Ujang


Imuda


 


 


 


Lain2 Kartunis, Novelis, Artis yang akan menemani anda:


 


Jaafar Taib


Ramzahurin


Nud’s


One


 





Tuesday, April 14, 2009

Mini Forum Sai-Fai dan Fantasi



Terima kasih kepada saudara khar atas makluman ini dan ingin saya kongsikan bersama rakan2 di sini, kot2 la ada yang dpt meluangkan masa menghadiri forum ini :)


 


-------------------------


 


Jemput hadir kepada semua kawan-kawan, terima kasih.


 


Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Sai-Fai.com dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan akan melaksanakan program di atas berdasarkan maklumat berikut:


 


Tajuk : “Apresiasi Bakat Fiksyen Sains dan Fantasi Tempatan”


 


Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)


Jam : 2.00 petang


Tempat : Dewan Kedah/Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.


 


Ahli Panel :


Ahmad Patria Abdullah


Nisah Haji Haron


Nizam Zakaria


Azhar Abdullah


 


Moderator : Fadli Al-Akiti


 


 


Peminat sastera, khususnya Sai-Fai dipersilakan hadir.


Atur Cara


2:00 ptg Pameran bermula


 


3:00 ptg Forum bermula


Tajuk: “Apresiasi pengkarya fiksyen sains dan fantasi – Cabaran dan Masa depan”


 


5.00 ptg Sesi soal-jawab


 


5:30 ptg Forum berakhir


 


6:00 ptg Pameran berakhir




Sunday, April 12, 2009

Kaki Novel: Yang Tak Terluah by Puteri Andalas


Novel ni dijadualkan keluar bulan Mei. Tak sure lah pulak if masa pestabuku ni ada jual or not.

-------------------


Yang Tak Terluah by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Tahun 2009
Harga Semenanjung: RM17.00
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00


"Luahkan sebelum terlambat...
Luahkan sebelum mata tertutup rapat..."


Sinopsis belakang buku:


Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yg tidak lagi sempurna.


Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yg diberi, menjadi isteri kpd Mahdi yg kudung tangan, kudung kaki.


Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorg bayi. Sifat yg diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. Dia belajar mengasihi suami. Tetapi tidak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yg menyayat hati.


Hidupnya terumbang-ambing kembali.


Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bgaikan anjing kurap menunggu mati.


Dia pergi. Langkahnya jauh membawa diri. Mencari ahli keluarga yg masih ada. Setelah ditemui, lain pula yg terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dgn Cikgu Senah, Pakcik Azizul, Anang Johan, Jimi Johan dan Peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.


Ikuti kisah Manisah yg terbuang di sebuah kampung - Kampung Setia, tempat kelahiran dia dan ibunya.