Friday, September 14, 2007

Hati Seorang Wanita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Hati Seorang Wanita by Norhayati Berahim

“Apakah suami milik abadi seorang isteri?”

rasanya dah lama tak baca buku NB  elok jugak bila selang lama baru baca bukunya sebab dalam buku ni watak Nurain sangat persis ‘Widad’ dlm “hati yang luka” (dah ada version baru keluaran NB) kadang2 tu ada jugak persamaan dgn watak hero & heroin dalam ‘Pesanan Terakhir seorang Lelaki”, Iqa dan Nik Arif Walau apa pun sentuhan Norhayati Berahim tetap special dgn caranya yg tersendiri. Walaupun bagi saya kisah ini agak biasa tapi scene2 sedihnya sgt menyentuh emosi.. nangis beb. Penerangan Nurain tentang ‘oven’ ‘bakar chip’ semua2 tu seolah2 kilang itu baru dibuka sebulan dua, mungkin NB mahu pembaca turut mendalami kerja Nurain. Apa2 pun itu semua satu pelajaran baru buat pembaca yg blank bab2 ni macam saya la.

Mengisahkan tentang Nurain, anak yg lahir sebelum ibu dan ayahnya berkahwin, menjadikan dia seorang yg berdendam dgn ibu dan ayahnya sendiri, semuanya dipendam. Dia tidak bergantung kepada mereka malah berusaha sendiri utk mencapai kejayaan. Dia juga menjadi orang harapan Datuk Badrul di tempat kerja malah Datuk Badrul turut meletakkan harapan agar Nurain menjadi menantunya dgn mengahwini Zarul yg terkenal dgn sikap mata keranjangnya. Nurain tidak dpt menolak apabila ibu dan bapanya turut masuk campur. Zarul seorang suami yg penyayang tetapi pd masa yg sama dia masih menjalinkan hubungan dgn wanita lain. Kecurangan Zarul akhirnya terbongkar dan pertengkaran mereka membuat Zarul terlajak kata melafaz talak. Zarul menyesal tak sudah dan Nurain meninggalkannya. Nurain diduga lagi apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia, dia terkejut apabila bapanya meninggalkan harta yg banyak utk diuruskan oleh Nurain. Tentangan dari adiknya, Nizam ditangani dgn penuh diplomasi sehingga mengikat semula keluarga yg renggang. Zarul setia menunggu Nurain, sentiasa ada agenda utk memikat semula Nurain. Berita tragedi ngeri yg menimpa Nurain menjadikan Zarul insaf dan bersujud pada yg ESA buat kali pertama setelah sekian lama. Doa Nurain termakbul dan doa Zarul juga termakbul.

Sure fine whatever
Rinn

synopsis belakang buku:

Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dgn ketetapan Ilahi walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa2. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa2nya tidak ada apa yg dpt dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

520 muka surat
RM19.90
3 bintang

4 comments:

  1. saya suka citer nie.. tp bukunye dh puas cari.. x jumpe..?? dulu baca yg kawab punye.. agak2 skang ade jual lagi tak..???

    ReplyDelete
  2. I like the book tapi lately book NB mcm kurang syiok........

    ReplyDelete
  3. masih ada di pasaran, saya ada jumpa.. tengok aar kot2 masa pesta buku nanti ada dijual. NB dah ramai peminat, mesti peminat dia akan kumpul semua bku dia. kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  4. ye betul... masih ada di pasaran. sure best buku ni! saya sokong 200% pasal tengok tajuk pon kita leh tau betapa bestnya buku ni hehehh... saya genrenti buku ni best. carilah... tak rugi kepada sesiapa yang baru nak membelinya. milikilah ia seandainya anda seorang wanita... hehehehe (mandai jek)

    ReplyDelete