Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Iffa Irdina |
Penulis: Iffa Irdina
Penerbit: nylea publishing
Cetakan Pertama 2007
isbn: 9789833686209
RM21.90
554 mukasurat
"Rindu dan benci ini bersatu... Lalu membawa aku jauh darimu"
Aku rasa sakit hati sepanjang membaca kisah ini. haha.. adui la.. emosional betul aku biler baca citer hero yg jahat dpt heroin yg baik. Tapi tanyalah sapa2 pun yg dah baca citer ni mesti diorang suka bebenor citer ni. Ramai yg merekemen bukku ni utk dibaca sbb best. Heronya yg romantis berubah menjadi baik dan mendapat heroinnya.
Aku sangat2 suka dengan character Ridwana dalam cerita ini. Seorang yg sangat mesra dan mudah disukai oleh golongan yg lebih berusia dan dia sentiasa menjadi menantu idaman. Koman2 ada 3 mak-mak yang nak dia jadi menantu.
Memang banyak calon di awal cerita ini yg mungkin menjadi bakal suami Ridwana. Memang buat aku terteka-teka, siapa yg bertuah. Fairul yg telah 2 tahun menduda, Adiputra suka bercumbu dengan wanita2 jelita, Azmin duda yg pendiam atau Saiful jejaka yg sekian lama dicintai tetapi kemudian meninggalkannya bila terpikat dgn wanita lain yg lebih jelita.
Fairul ditolak dengan alasan menceraikan isterinya kerana ibu mertuanya tak pernah menyukai wanita itu walaupun isterinya sgt baik. Ridwana tidak yakin Fairul akan dapat mempertahankan rumahtangganya sekiranya tiba2 ibu mertuanya sudah tidak suka akan dirinya.
Adiputra dibencinya kerana dia adalah jenis lelaki yg tidur dgn semua perempuan yg menyerah diri padanya. Entah berapa perempuan yg dah mengandungkan anak dia dan dipaksa menggugurkannya.
Azmin terlalu pendiam dan Danish, anak tunggal Azmin adalah pemikat hati Ridwana.
Saiful, memang awal2 kena reject sebab sudah beberapa kali diberi peluang kedua oleh Ridwana tetapi sentiasa melukakan hati gadis itu walaupun mereka sudah hampir2 berkahwin. Bila dah eksidan dan lumpuh baru la sibuk nak Wana balik.
sapa yg dpt Wana? tentulah yg paling hensem dan romantis, iaitu Adi. Adi adalah lawan Wana yg gemar berdebat. mereka berdebat mengenai wanita kerana Wana membela wanita2 yg menjadi mangsa Adi. Adi hanya suka menyakat Wana. Semasa Wana tidur kat rumah Adi sbb temankan ibu Adi, Adi nak sakat Wana masa Wana tengah tidur, tapi apabila dia melihat Wana sedang tidur dan tidak bertudung, dia terus jatuh cinta dan nak kawin dgn Wana. Nampak sangat cinta nafsu.
Wana pulak macam dah tak boleh lari dari Adi. Walaupun kata tak suka tapi dia seperti sentiasa memberi peluang pada Adi. Adi sudah mula berhenti keluar malam dan dah tinggalkan semua perempuan lain demi Wana. Bila dia bosan akhirnya syarat Wana dilanggarnya dan Wana sudah tak mau jumpa dia selepas terserempak dgn Adi yg sedang berpelukan dgn wanita lain. Adi yakin dia tak salah sbb dia buat camtu cuma nak menguji Wana.
Lepas Wana berpatah arang dgn dia Adi benar2 berubah dah berbaik2 dgn ayah Wana serta mendalami Islam di kampung Wana sendiri.
Nak tau cemana sukarnya Adi nak mendapatkan Wana semula, kena lah baca citer ni. Geram punya pasai, sekejap jer aku baca buku ni dah abis. Rasa tak sabar nak baca hingga ke muka surat terakhir. hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb
Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih2 di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku... Kisah silammu yg hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini seakan merantai kuat kaki ku. Syg, berikan aku fatwa... agar cukup kuat alasan utk aku terus setia mempertahankan bahtera cinta kita ini...
suka adi yang nakal tu hehehehe....
ReplyDeletepart yg last tu memang mendebar2 kan...ye ke adi kena HIv mcm ex dia tu... huhuhu...
adi tu bukan nakal, dah tahap gatai semacam lah pulak.
ReplyDeleteNasib baik tak kena HIV, tulah dulu pantang jumpa pompuan.
mcm best je.. kena cari ni. thank's Rinn. review byk2 lg. skang ni kena tgk review klu sambutan hangat br blh beli sbb x mengecewakan. sy pun br hbs baca Ku B'serah, Tiada Noktah Cinta, Hanya Dikau & Jiwa Merindu. best cuma Novel Jiwa Merindu agak membosankan sedikit.
ReplyDeleteRinn dah hbs ke baca Novel Street Vandeta..? so amacam..?
mcm best je. kena cari ni. .!!
ReplyDeleteRinn dah hbs ke baca Street Vandeta..? so amacam..?
br hbs baca Ku B'serah, Tiada Noktah Cinta, Hanya Di Kau & Jiwa Merindu. Best..!! cuma Jiwa Merindu agak membosankan sedikit.
dah abis dah.. lom sempat lagi review SV. Best! Cinta thriller yg disulam kisah lucu. Waa byk nyer dah baca.. kiter pun nak marathon buku banyak2 tapi musim2 sejuk ni rasa nak berhibernasi saja... mcm beruang!
ReplyDeletekiter tgh marathon gak ni nak cpt2 hbskan nanti nak msk list br. chayok..chayok..!! (pjm tag line Aleeya he..he..)
ReplyDeletewah seru juga tuc,,,walau belum pernah membacanya tapi lumayan ada Journal yang ngasih reverensi...
ReplyDelete