Saturday, July 24, 2010

Matahari Cerah Lagi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Matahari Cerah Lagi
Penulis Fauziah Ashari
Terbitan Intens Idea International
RM21.90
Sabah/Sarawak: 24.40
587 mukasurat


Akhirnya muncul juga karya dari penulis yg ramai tertunggu-tunggu kehadiran sentuhan terbaru darinya. Kali ini Fauziah Ashari memilih tema cinta yg lebih berat dan konflik yg agak rumit. Bagi aku kisah seorg gadis belasan tahun berkahwin dgn seorg lelaki 50-an yg mempunyai anak2 yg jauh lebih tua dari ibu tiri mereka adalah sesuatu yg rumit.


Suha adalah gadis kecil yg teraniaya dek ibu tirinya yg menjaganya semata-mata kerana harta. Suha tersiksa dan dia sentiasa dicurigai ibu tirinya kerana disangka berpeleseran dgn macam2 lelaki sehingga Suha tidak berani langsung bertegur sapa dgn mana2 lelaki.


Watak Nazirul adalah watak jahat yg menarik perhatian aku. Kemunculannya tidak sampai 5% dari jalan cerita tetapi mulutnya yg lancar melafaz fitnah yg sgt believable kepada siapa saja yg mendengarnya membuatkan watak kenit ni sgt2 memorable. eeee geremmmmmmmmmm. A character that we love to hate!


Suha difitnah Nazirul sehingga hilang kepercayaan adik tirinya yg kelihatan seperti satu2nya watak dlm familinya yg berfikiran positif. Segala kepercayaan musnah sekelip mata dan ibunya membuat keputusan utk mengahwin kan dia dgn Yem, seorg pemuda terencat akal di kampung mereka. Suha tidak membenci Yem tetapi dia tak sanggup bersuamikan lelaki seperti itu. Dia berhak mendapat kehidupan yg jauh lebih baik dari apa yg dia ada sekarang.


Munir, lelaki 50-an yg muncul sbg penyelamat tiba2 pulak jadi suami Suha. Part ni aku tak dpt proses sikit. Kalau betul dia nak selamatkan sorg gadis yg baru dpt result spm, byk cara lain dia buleh buat. Kenapa nak kawin? Watak Munir bukannya lelaki yg gatal tapi biler baca seterusnya, dia mcm ada masalah mental sikit selepas mendapati arwah isterinya curang dgn lelaki lain. Tapi kenapa tindakan isterinya curang membuatkan dia nak beristeri berumur 18 thn? yg tu aku tk dapat relate.


Nasib Suha tidak berubah baik setelah mengikut Munir. Lebih kurang jer sakit hati masa hidup bersama ibu tirinya. Munir yg di awal cerita kelihatan gentleman dan baik hati rupa2nya ada masalah utk mempercayai seorg isteri. Anak sulungnya, Adam, dituduh menaruh hati pada Suha lantas kedua2 mereka dihalau dari rumah. Memang Adam dan Suha seperti ada chemistry antara satu sama lain. Selang beberapa tahun, Suha sudah mempunyai kehidupan yg lebih baik setelah diselamatkan oleh seorg wanita yg berkerjaya. Dia menyara Suha spt adiknya sendiri dan menyerahkan perniagaannya kpd Suha.


Adam pulak sudah membina karier sendiri dan menjadi lelaki licik yg penuh dgn perancangan rapi terutamanya setelah terserempak semula dgn Suha yg dianggap punca dia dibuang keluarga.


Munir sudah bakal bergelar datuk dan akan berkahwin dgn wanita yg ada gelaran Tengku. Dia lupa kah yg dia belum pernah menceraikan Suha?oh, tak lupa...


Semakin Adam cuba menyakiti dan membalas dendam pada Suha, semakin dia memahami duduk cerita sebenar dan penderitaan yg ditanggung Suha membuat Adam bersimpati dan mula bertukar kepada sayang dan cinta. Mana mungkin ibu tiri kawin dgn anak tiri? Suha cuma akan mengahwini Adam sekiranya hukum Allah membenarkan... haaa.. ini bakal membongkar satu lagi rahsia gelap keluarga Adam.


REntak penceritaan yg rancak kerana penuh teka teki yg kita mahukan jawapan. Cerita lebih dirancakkan dgn sentuhan thriller yg mendebarkan terutamanya di hujung2 cerita.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis:


Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yg diamanahkan menjaganya demi melampiaskan dia dewasa keseorgan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.


Namun, naluri semulajadi mengatasi kekangan psikologi tetap mengambil tempatnya, tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yg membawa sinar cerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yg amat parah. Berdendam dgn anaknya sendiri, Adam yg membesar bersamanya di samping tiga anak yg lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.


Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukah Yem menggapai cintanya?


Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorg gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha


Matahari cerah lagi menzahirkan cinta yg tidak sewajarnya wujud... Adam


Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yg telus... Yem.


Mataharri Cerah lagi menelursuri psikologi seorg yg kehilngan cinta... Munir.



No comments:

Post a Comment