Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Manjlara |
Penulis: Manjlara
Editor: Noor Suraya binti Adnan Salleh
Terbitan Jemari Seni
RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00
443 mukasurat
cover dia mcm card yg selalu pelekat kat hamper :) comel dgn bunga2 dan ladybird merayap di sana sini.
Kisah Qisya Amni yg setia pada cinta Hilmy tetapi bencana yg menimpa Hilmy sehingga koma menyebabkan ibu Hilmy mahu menyingkirkan Qisya dari keluarganya. Hilmy kemalangan ketika berpatah balik ke kolej utk mengambil hadiah jam tangan yg hendak diberikan kepada tunangannya itu. tetapi tragedi menimpa.
Pertemuan Azam Jufry & Qisya Amni ketika majlis merisik kelihatan sangat manis walaupun old fashion :) Azam Jufry yg mulanya ragu dgn pilihan keluarganya akhirnya akur dia terpikat dgn Qisya Amni yg tak banyak bicara. Sygnya hajatnya ditolak kerana Qisya masih menyayangi Hilmy. Azam Jufry sekadar berpuas hati sbg kawan/abg kepada Qisya dan Qisya menerima cadangan itu dgn hati yg lega. Dia bimbang juga sekiranya melukakan hati lelaki sebaik 'abg azam'.
Qisya ni yatim piatu sejak ibubapanya meninggal dlm sebuah kemalangan jlnraya. Dia pernah dipelihara neneknya dan kemudian terpaksa menetap dgn bapa saudaranya sekeluarga. Dia memang akrab dgn paklongnya tetapi mak long dia tu memang ada saja rasa tak puas hati terhadap Qisya. Dia mungkin tak pernah mencederakan tubuh badan Qisya tetapi perasaan Qisya sering remuk dihentam kata2 dan pandangan sinis maklongnya.
Wafi Ilya pulak adalah abg kepada Hilmy. Dia jatuh cinta pandang pertama ketika bertemu Qisya di hospital. Bleh ker doktor tak grad lagi tetiba jer take over rawatan adiknya kat hospital tu? Apa2pun, tindakan Wafi telah memberi harapan kepada Hilmy yg memberi tindak balas positif. Tetapi tidak lama, akhirnya Hilmy menghembuskan nafas terakhir. Wafi tak menunggu lama utk menyatakan hajatnya utk memperisterikan Qisya. Sikap Wafi tu seperti mementing perasaan sendiri dan tidak langsung memikirkan perasaan ibunya, perasaan Qisya.
Sikapnya yg begitu meletakkan Azam Jufry sbg calon yg paling layak buat Qisya Amni tetapi perubahan positif ibu Wafi/Hilmy seperti melembutkan hati Qisya. Lagipun abg Azam cuma menganggapnya sbg adik. Pertunangan Qisya dgn Wafi memang membuat aku frust dan geram dgn Qisya tu. Adussss. Nasib baik la sikap cemburu dan suka mengongkong si Wafi tu terserlah sepanjang pertunangan dan membuat Qisya rimas. Wafi memutuskan pertunangan kerana berpendapat Qisya curang kerana kelihatan mesra melayani Azam Jufry di hospital. kalau jeles kat Azam Jufry tu kira ok ar, ni dgn Hilmy yg dah arwah tu pun dia jeles. Dia yg tak memberi masa yg cukup utk Qisya merawat luka lepas senang2 jer suruh org tu lepaskan kenangan lalu. Qisya terus menghilangkan diri selepas itu tambahan pula mendengar kata2 cercaan mak longnya.
haaaa ni la masanya utk Azam Jufry mengambil langkah2 yg sepatutnya. jangan la buat stail abang2, Qisya dah salah faham. Tapi Qisya tu memang bekenan kat Azam Jufry tu sampai terlanggar tiang telefon. haha. kesian tiang telefon tu kena marah dgn abg Azam.
Semua scene Qisya dgn mak long dia di akhir2 cerita mmg sangat menyentuh perasaan dan tangkap nangis. Interaction mereka mempunyai chemistry yg sangat mengkagumkan. Buat kita rasa nak balik kampung dan peluk mak erat2.
Tajuk buku ni macam sesuai disebut sambil mencabut kelopak bunga. hehe.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis/blurb belakang buku alongside@multiply
Jodoh itu rahsia ALLAH
Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temuka dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan ku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah dialah pilihan hati?
Qisya Amni, gadis manis yg tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.
Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yg dipinjamkan org. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yg terbaik utk anak saudaranya yg piatu itu. tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yg lain. alongside @ multiply
Kadang-kadang cinta boleh buat seseorg itu sesat. kadang2 pula cinta boleh buat seseorg mengembara. Dan... sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.
---------
MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorg anak yg terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorg perawan suci. Suka saya ya? suka saya tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.
happy dgn keadaan widya sekarang tapi biler mengenangkan doktor irwan syah yg masih belum jumpa pengganti widya, mcm sedih pulak. This book made me reread Persis Sebutir Pasir :)
ReplyDeletengee~ dah beli tapi asyik tangguh2 baca hahaha
ReplyDeletebila dah stat, tak der tangguh2 dah.
ReplyDeleteEh banyak kali gak tgk buku ni--tapi tajuk dia memang a BIG turn offlah..dah bacer review ni pun tgh pk...nak beli ker x ..nak beli x...
ReplyDelete