hari ni aku macam terfikir dah berapa banyak telefon aku guna agaknya sejak aku mula menggunakan telefon bimbit kira2 10 tahun yg lalu. Kebanyakannya aku ingat tapi aku tak berapa ingat yg mana dulu yg mana kemudian. yg paling aku ingat adalah yg first dgn yg latest :p
Telefon aku yg first adalah jenis alcatel. Model nya aku tak ingat tapi jenis 'one touch'. saiznya agak tembam berbanding model2 lain. Member aku penah cakap, tengok telefon pun aku dah tau sapa punya. :p aku tak ingat berapa lama aku guna telefon tu tapi masa beli tu memang mahai gilerrrr. Lebih RM600 termasuk prepaid sim kad 012 yg nombornya aku guna sampai sekarang nih. masa tu sekitar penghujung tahun 90-an. rasanya sekitar tahun 98-99 kot. Utk panggilan ngn sms kira best giler la phone ni masa zaman2 tu. ketorrr tangan aku bayar RM600 lebih tu sbb aku ni dulu pendapatan kecik jer tapi teringin nak pakai handphone haha. aku byk buat keje free lance. so mmg kumpul duit utk beli handphone lah. so memang sgt sayang lah tipon ni. Beteri telefon ni tembun semacam. kalau beteri habis dan tak sempat nak recharge, boleh ganti dgn 3 biji betri alkaline kecik yg org biasa guna utk kamera digital tu. haha. mana nak cari dah tipon mcm tu. :) Telefon ni aku masih simpan walaupun dah tak berfungsi. Ada kerosakan pada handle bateri tu. aku dah tukar betri baru tapi tak boleh recharge jugak.
Nokia 3310
Telefon kedua yg aku guna adalah jenis Nokia 3310 (tiga tiga sekupang) haha... sapa yg zaman2 dulu guna telefon hp memang la penah merasa guna 3310 ni. Selepas 3310 ni aku dah tak ingat sequence telefon mana yg aku guna dulu dan yg mana kemudian. Tapi jenis2 phone nya aku ingat lah. Telefon ni aku trade in utk beli telefon lain.
Kalau tak silap aku Nokia 3315 adalah telefon seterusnya yg aku guna. lebih kurang jer ngan 3310 tapi aku guna kaler oren. masa tu dah pandai tukar2 housing. Macam2 jenis aku tukar. Telefon ni aku tukar ngn mak aku lepas aku beli sim baru utk mak aku. Kalau tak silap adik aku, Kaksu yg bli phone ni utk mak. Sampai la ni mak guna number tu :) Telefon ni mak aku pass kat adik aku lepas dia dapat phone screen kaler yg adik aku bagi kat dia, jenis nokia 2630. Nipis jer tapi ada camera. Suka dia dpt amik gambar cucu :)
Lepas 3315 rasanya aku guna motorola siri C100. memang murah lah masa tu dlm lingkungan RM200.00. trade in phone mana aku dah tak ingat dah. Aku beli kat kedai hp yg dalam supermarket minat, kulim tu. Seratus lebih jer bayar sbb trade in dgn phone lama.
nokia 2300
Then beli gak nokia yg org sebut jenis rama2 or nama model dia nokia 2300. Nokia ni aku suka sbb dia compact dan ringan. Ringtone polifonik dia pun lebih nyaring.
Then aku start guna handphone flip jenis screen kaler. Samsung SGH X480 adalah hp screen kaler dan flip yg first aku guna. Aku bli dari adik aku sbb masa tu dia nak tukar phone flip jenis lain. Murah jer dia tolak kat aku :) Tulisan dia besar2 penumbuk, puas hati baca. tapi tak der kamera lah. Kalau tak silap, kaksu tukar telefon Sony Ericsson yg kaler shocking pink tu. sampai sekarang dia guna lagi phone tu. Memang tahan lasak!
Then phone Samsung tu aku pass kat adik aku yg lagi sorang. And aku beli another phone dari adik aku. Jenis Nokia 6101. Jenis flip dan screen color jugak. Yg ni ada kamera. So ni lah phone camera aku yg pertama. kamera pun jenis basic VGA saja. dan inilah jugak phone pertama yg boleh masuk kan lagu. sebelum ni yg masuk lagu polifonik yg jenis download saja. Jenis ni dulu ada infrared utk transfer gambar/lagu. Masa ni aku dah start guna 2 phone. Satu utk no maxis dan satu utk no. celcom sbb rate utk lain2 talian tu memang mahal. so bila guna nombor yg sama pengendalinya lebih murah lah. Nombor maxis aku kekalkan sampai sekarang tapi nombor celcom dah dua tiga kali tukaq.
Next phone aku beli baru. Dapat murah giler sbb ada org kat ofis arrange kan utk beli banyak2 utk orang2 kat unit aku. Jenis Nokia 3200 yg kaler oren. yg ni ada function recording, camera, lagu. tapi blum ada memori kad lah. Dia punya storage space tak besar tapi kira oklah. So anggaran aku masa ni sekitar tahun 2005 masa tu aku baru lagi kat Putrajaya nih.
Phone pertama yg ada memori kad yg aku guna adalah jenis nokia 3230. Adik bongsu aku bagi kat aku free sbb dia dh dapat phone sony ericsson jenis slide idaman dia. Telefon ni sampai sekarang masih boleh digunakan. memang tip top. Bateri pun tak penah tukar lagi. Dia nyer memori saiz fizikal macam separuh memori kad SD tu. haha.. gedabak la.. kalau hp la ni memori kad besar kuku jari kelingking jer. kamera hp ni pun jenis VGA basic jugak.
next phone adalah phone jenis slide yg kali pertama aku guna. Jenis Nokia 5300. Memang boleh bubuh banyak lagu mp3. Sound dia boleh tahan. Kaler gambar pada screen dia memang sharp dan cantik. Tangkap gambar pun gambar kira ok la wpun megapixel dia tak lah tinggi mana, rasanya dalam 1-1.3 megapixels saja. Yg ni adalah phone pertama aku guna yg pakai mini SD memori kad. Masa tu dapat free 1GB nyer memori kad. PHone ni aku jual sbb bateri dia cepat habis. Aku guna theme colorful so dia nyer bateri memang cepat habis kalau aku taip byk sms or belek phone kerap.
Then aku guna CSL Blueberry-i. Yg ni aku ingat! aku beli sekitar bulan Ogos tahun 2009 kat satu pameran di Putrajaya. Harga RM399.00 masa tu. Aku beli sbb nak guna dua sim dalam satu phone. Aku sangat suka phone ni. Entah berapa kali terjatuh sbb aku ni jenis lasak la. tak reti simpan barang elok2. haha. ni adalah jenis keypad QWERTY yg pertama aku guna. Mula2 memang lembab giler taip mesej sbb cari huruf tak jumpa and ada jugak yg tertekan huruf banyak kali. CSL blueberry-i ni aku paling suka dia nyer sound. Fuhhhh mantap. Memang best layan mp3 dgn CSL blueberry-i ni. Aku terus lupa kat mana aku letak 1GB Philip Mp3 player aku selepas memiliki CSL nih. Masa drive aku suka pasang mp3 dan org yg tumpang keta aku ingat bunyi tu datang dari player keta. haha. Masa beli Blueberry-i ni aku dapat 2 betri, dua tali usb, satu kepala charger (tali usb cucuk kat kepala charger), satu kepala charger kereta, satu earphone dan casing protector jenis getah. oh and also 2GB memori card. kekurangan blueberry-i, kamera. Walaupun kamera 2megapixels tapi kelabu kelala dan saiz sangat kecil. Selalu ada masalah terima mms. GPRS pun tak bleh most of the time. Kira utk basic sms dan calls saja. Aku tak kisah sbb kalau sapa nak hantar gambar send jer kat emel aku and kalau aku nak amik gambar, aku guna jer Camera Nikon L16 aku tu :) Memang best dpt guna satu phone saja dan dua sim dalam mode standby. Dua2 on serentak, boleh pilih utk buat call dari sim 1 atau sim 2. tapi aku nyer sim celcom ada problem. Blueberry-i ni selalu tak dapat detect sim celcom. Sim maxis ok la pulak. so nombor celcom tu aku letak la kat telefon Nokia lama mak aku yg model 2630. Sbb phone tu saja yg boleh detect sim kad celcom tu. Aku siap beli phone baru utk sim celcom tu, skali tak bleh read pulak. memang sah sim tu yg rosak dan bukannya CSL aku.
nokia c3
Aku beli Nokia C3 sbb ingat nak letak sim Celcom aku kat situ. Tapi Sim tu langsung tak dapat dikesan oleh C3. Memang aku nak kena gi tukar sim tu kat center celcom balik. So sekarang ni sim celcom tu dok dalam nokia 2630 yg agak antik tu. Aku nak letak dalam nokia 3230 pun tak boleh sebab kalau nokia 3230 tu nampak rugged lah jugak berbanding nokia 2630 tu. hehe. Nokia 2630 pun tak detect kehadiran sim kad tu. aduih. So mcm rugi jer aku beli nokia C3 nih. so sekarang aku ada 3 phone! haha. aku nyer blueberry-i kesayangan aku bagi rehat dulu. aku guna kalau aku nak dengar mp3 jer. even sound nokia C3 pun tak boleh challenge sound blueberry-i CSL. Aku ingat nanti lepas tukar sim celcom yg baru aku nak guna CSL blueberry-i semula. Nokia C3 tu nanti aku fikirlah nak buat apa. :D
apa kelebihan C3? ada wifi! aku beli sbb C3 ada keypad QWERTY dan wifi. Aku sgt suka keypad QWERTY. nk beli yg lain, semuanya mahai2. Nak beli yg CSL takut nanti tak bleh boh sim celcom. Skali yg ni pun tak boleh. haha. padan muka aku. Yg Bestnya C3 ada wifi dan memang pantas dia detect kehadiran wifi. Dapatlah kita online secara free :) aku dah set aku nyer emel yahoo dan gmail serta yahoo messenger dan gtalk dalam C3 tu. tapi kat opis aku ni tak der wifi so, tak der la menda2 tu on. Aku tak der guna GPRS utk online. Nanti kredit aku cepat abis pulak (KEDEKUT!) haha.
C3 ni kira agak murah la. Diorang nyer target group adalah pembeli di kalangan remaja. Tapi yg beli remaja purba ni lah (*wink to rossa). Dgn harga kurang dari RM500.00 aku dpt warranty nationwide, satu charger, satu earphone, satu tali usb dan memori kad 2GB. ni antara model baru nokia. sekali tengok org mungkin ingat ni model dari siri E atau pun blackberry, tapi kalau tengok betul2 ni adalah C3 yg basic saja. So kiranya, Nokia C3 adalah handphone jenis wifi yg pertama aku miliki. huhu... and kamera dia 2megapixel. Kualiti agak baik utk 2mp nyer cameraphone. sound dia biasa2 saja. tapi kira ok lah kalau sekadar nak dengar lagu :) Sekarang ni baru sekitar sebulan lebih aku guna Nokia C3. Kira ok la. Seronok la ada hp baru. Tapi aku rasa nak guna CSL blueberry-i yg basic tu aja. tak pening kepala dgn byk function.
macam2 la prepaid plan sekarang ni. aku ada gak try hot ticket yg RM15. Memang untung. The xtra minutes and sms tu sampai aku dah tak tau nak call sapa utk habiskan 120 min dan 300 sms dalam masa 10 hari. Masa berbual 120 min tu dapat la aku habiskan tapi sms aku berbaki 130sms dan esoknya semuanya lupus pada tarikh luput. Kalau aku reload biasa RM10.00 pun memang akan habis dalam lingkungan 10 - 14 hari. so lagi untunglah guna hot ticket. Sebenarnya sms dan baki minit berbual tu tak lupus. aku baru perasan bila reload hot ticket, jumlah sms macam lebih2 dan minit pun extra. Rupa2nya tu adalah baki dari hot ticket sebelum ni yg guna tak abis. jadi, tak der la lupus, bila reload hot ticket lain, dia akan tambah semula ke baki sms dan baki minit yg baru. :)
sure fine whatever
rinn
Yg hot tiket tu kena reload sebelum tarikh expired barulah tak luput bakinya..
ReplyDeletetak jugak gung79. masa hot tiket yg pertama saya purchase, lepas tarikh luput 10 hari tu, saya guna baki reload yg masih ada dlm kredit saya selama lebih seminggu, lepas tu baru saya reload hot tiket baru dan baki sms yang saya tak sempat habiskan ditambah ke sms baru. 300 sms + 170sms baki, so jadi 470 sms berbaki. masa berbual saya habiskan sbb takut lupus pulak. Tapi baru2 ni kali keempat saya reload hot tiket, baki masa berbual saya kira2 dua minit ditambah ke jumlah masa berbual baru jadi 122 minit. Nanti saya cuba observe lagi, kot2 ada perubahan. thanks for your response :)
ReplyDeleteAikss.. Pelik bin ajaib pula ni.. Saya pernah trlupa nak reload hot tiket yang baru.. Lupa reload 1 hari dari tarikh expired & baki sms yg tinggal 700 lebih burn begitu saja.. Lepas 'kejadian' tersebut saya akan reload sehari sebelum tarikh expired tersebut.. Sekarang, sms 1,000 lebih tinggal.. Tak tahu dah mcm mana nak hbskan sms tersebut.. :P
ReplyDeletefuyoo...bleh tahan yr collection... hehehe
ReplyDeleteas for me...smua hubby belikan....(kes kene paksa bwk h/p!!)...
but my only request..it must be Samsung...so 3 still wif me..STRICTLY NO Nokia!! wakakaka..
d latest dpt Blackberry for b'day last yr ... :))
**but personally, i'd prefer w/o h/p... no added stress !!** hahaha
memang pelik la gung79, nanti saya cuba gap kan sehari dua tengok, dpt tak baki yg tak abis tu. sesi experimen nih.
ReplyDeleteTi, saya penah guna sekali jer brands samsung. tapi memang mixed2 brand hp. tak pilih berdasarkan jenama, ikut sesedap rasa jer.
ReplyDeleteYalah kan.. Pelik.. Kalau dah dapat hasil experimen nanti bagitau ya..
ReplyDeleteGung, kiter dah experimen. My hotticket xpired pd 12tgh mlm 7hb. I reload hot ticket baru pd 8hb dlm pukul 10pg. Baki 20sms & 30 minit ditambah ke hotticket baru, so baki baru jadi 320 sms and 150 minit. Kiter rasa mgkin sebab your akaun utama (yg dulu dok reload sminggu rm10 or sebln rm30 tu)dah lama tak reload kot or mungkin dah lepas tempoh sah. Ada tukar pelan baru hotlink utk dpt tempoh sah sepjg hayat tak? Boleh refer my previous entry utk cara2 tukar ke pelan baru hotlink.
ReplyDeleteAda member cek baki akaun utama hotlink dan tengok2 tempoh sah sepanjang hayat dah tak dak. diganti dengan tarikh 3 bulan dari tarikh yg kita reload biasa atau reload hot ticket. Disebabkan aku yg rekemen tukar plan, so dia call aku lah bgtau perkembangan terbaru ni. Dah mcm maxis centre pulak aku nih.
ReplyDeleteBagi aku, ok ja reload serendah RM5 dapat tempoh sah 3 bulan sedang kan dulu kalau reload rm10 dpt 10 hari tempoh sah atau reload RM30 dapat 30hari tempoh sah. cuma cara hotlink memperdaya pengguna2nya (aku lah tu hahaha) dgn menawarkan tempoh sah sepanjang hayat tu kelihatan agak 'jahat'. apa nak pekena org macam tu, sound direct la, ni kona sana kona sini, last2 pengguna jugak yg terkena. aku rasa bersalah pulak dok promote member2 tukar ke pelan hotlink sbb dpt tempoh sah sepanjang hayat. Kalau aku tak mention 'sah sepanjang hayat' tu tak der la rasa bersalah sgt sbb kalau tempoh sah 3 bulan ni pun dah lebih dari ok.
ok mari kita tengok bright side. Dulu kalau reload RM10 kita akan dapat tempoh aktif selama 10 hari, selepas 10 hari kita tak dapat buat call keluar dan hanya boleh terima call sahaja sehinggalah kita reload semula akaun kita. Sekiranya selepas 90hari (3bulan) kita masih belum reload, akaun kita akan kena terminate/dibatalkan.
untuk pelan baru ni, kita kena reload sekurang2nya RM5 dalam bentuk reload biasa (akaun utama) atau reload hot ticket. Tempoh 3 bulan utk akaun utama tu akan dikira dari tarikh kita mula reload. kita boleh buat call sehingga 3 bulan tu. tapi jika sampai abih 3 bulan tu still tak buat reload minimum, akaun akan terminate terus, wasalam.
so utk meriangkan hati yg gundah gulana ni, kita tengok bright side lah ye? takkan la dlm tempoh 3 bulan langsung tak reload kan? unless la kita memang nak terminate sim tu dan nak beli sim baru yg giler2 murah sekarang ni. :)
boleh ke maxis center utk keterangan lanjut atau ke website hotlink utk baca tentang tempoh sah yg baru ni.
Gua terlupa reload hot tiket hari tu.. Bila gua reload balik memang baki kredit/sms sebelumnya kita akan dapat balik cuma tidak dapat dipakai bila dah expired.. Gua sekarang pakai plan youth.. Jadi, kredit gua cuma akan expired pada 23.06.2014.. Hehehe.. Bila dah tamat tempoh tersebut kena pergi ke centre untuk renew balik...
ReplyDelete