Wednesday, March 30, 2011

Demi Kasihmu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amieza Anaz
Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Editor: Hjh Faridah Abd Malek
Terbitan NHF Media
cetakan pertama 2008
952 muka surat
RM24.90
9789833156306


"Kukutip sisa cinta menjadi simpulan kasih, kuharungi duri ranjau kasih kerana sesungguhnya aku wanita yang tercipta untuk mu..."


Entah berapa bulan aku tangguh baca novel ni. Pemiliknya dah confirm cerita ini sangat best, tapi memandangkan saiznya yg sangat tebal, aku jadi segan nak mulakan. Tapi bila dah start tu, masuk hari kedua aku dah selamat habis baca hingga ke muka surat terakhir. Memang berbaloi. Memang menarik kisah Luqman Hakimi dgn Alia Maisarah.


Luqman Hakimi adalah jejaka yg ada kerjaya sendiri dan dia menyintai Azilah, rakan baik Alia Maisarah. Azilah perlahan-lahan menjauhkan diri setelah dia mula jatuh hati dengan Suhaimi. Sejak itu Luqman Hakimi sering mengunjungi Alia Maisarah utk bertanya khabar berita berkaitan Azilah. Alia rimas dengan kehadiran Hakimi yg semakin lekat di hatinya. Dia tidak mahu berpikat dgn Hakimi tetapi Hakimi sendiri sudah lupa tujuan asal berjumpa Alia kerana dia semakin gemar menghabiskan masa di kedai makan milik atuk dan nenek alia.


Mereka dicekup ketika berdua-duaan membincangkan hal Azilah. Alia menerangkan hal sebenar kepada keluarganya dan mereka memahami situasi sebenar tetapi Luqman Hakimi beriya-iya pulak nak memperisterikan Alia lantaran peristiwa itu walaupun tanpa restu ibunya, Datin Junaidah. Alia mengambil masa yang lama utk menyatakan persetujuannya. Akhirnya mereka berkahwin dan mula hidup sbg suami isteri.


Kemunculan Azilah menggugat kepercayaan Alia terhadap Hakimi walaupun Hakimi melayannya dgn baik sekali. Azilah yg turut disokong oleh ibu Hakimi memberi tekanan kepada Alia hingga memaksa Alia menghilangkan diri. Alia percaya tumpuan Hakimi terhadapnya kurang setelah berkahwin dengan Azilah.


Pertemuan semula setelah beberapa tahun terpisah memberi kejutan kepada Alia. Hakimi yang pernah mengalami kemalangan serius turut tersiksa menanggung kecederaan perasaan akibat kehilangan isteri tersayang. Dia tak pernah pun berkahwin dgn Azilah. Datin Junaidah pun dah jadi baik dan mengajak Alia tinggal bersamanya supaya Hakimi cepat sembuh.


Hakimi terlalu kecewa utk menerima Alia dgn mudah. Malah terdapat jugak adik2 Hakimi yg turut memulaukan Alia kerana tindakannya meninggalkan Hakimi begitu saja. Macam lawak pulak tiba2 saja Rose jadi baik dgn Alia selepas terbaling gula kiub kat muka Alia. Razif ngan Munirah pulak dapat menerima Alia setelah Alia membantu anak mereka yg tercekik coklat.


Keengganan Alia berterus terang mengapa dia menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya membuat Hakimi kecewa walaupun dia sudah mula dapat menerima Alia semula. Alia tu tak mahu Datin Junaidah dibenci anak2 sendiri kalau dia menceritakan bagaimana Datin Junaidah menghalau dia dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak dibocorkan. Tindakannya melambat-lambatkan memberitahu Hakimi dan keluarganya tentang kewujudan Luqman Hafizi membuat hati Hakimi yg semakin sembuh luka semula.



Setiap watak dalam kisah ini seperti Datin Junaidah, Suhaimi dan Azilah, Rose dan Rashid, Razif dan Munirah; mereka bukanlah watak2 tempelan semata-mata. Mereka ada kisah tersendiri yang membina watak mereka. Tapi kadang2 bila diorang bercerita tentang kejadian sebenar tu, jadi macam karangan yang panjang lah pulak.


Ending yang sangat memuaskan hati :)


sure fine whatever
alongside






blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku


Luqman Hakimi: Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati utk dilukai. Kututup segalanya dgn secebis kekuatan cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yg menggunung demi menyaksikan kebahagiaanmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, kulepaskan jua walaupun kau milikku abadi.


Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankannya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta kubawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini.


Maafkan aku Luqman Hakimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah tak mudah utk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya doaku agar kau terus berbahagia agar pengorbananku tidak sia2.


Alia Maisarah: Mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meninggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya di manakah nilai cintamu padaku? Terlalu murahkah harga cinta ini di matamu? Lelah rasa jiwa ini merinduimu, mengharapkan kepulangan mu seperti menanti bulan berwarna biru.


Luqman Hakimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yg tercipta utk mereka?

6 comments:

  1. ohh... ini memang tebal giler... mcm best tapi gaya mcm x sanggup nak baca...

    ReplyDelete
  2. Berchenta nk beli ni... tebal takut x terabis nanti... masuk list dulu, pesta buku nanti tengok camana larat x nk angkut ...list dah panjang ni...

    ReplyDelete
  3. Best woo citer ni--flow penceritaannya mmg smooth. Ala2 Aku yg kau tinggalkan yer gak maser part dah jumpa balik tu--tapi c Luqman ni x lah ego sangat macam c Zaril siap panggil peguam segala--mmg tabiklah walau marah tp rela terus terang--- I Lap you !!!

    ReplyDelete
  4. Best...walaupun tebal senang jer nak menghabiskannya, rasanya kalau awal2 lg Alia beritau Hakimi yang diaorang ada anak x de la buku ni tebal sangat kot...ni panjang lak cerita. nak cakap x cakap (rahsia konon- part yg i geram) tu yang buat meleret...
    Tapi dalam pada tu ada gak terpikir kalau apa-apa berlaku kat Hakimi, Faiz take over kot... (tu kena buat critel sendiri la)..he..he..he..

    ReplyDelete