Tuesday, May 10, 2011

Dia & Dia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bunick Firdaus
Dia & Dia
Penulis: Bunick Firdaus
Editor: Harny bt. Abu Khair
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama Feb 2011
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
584 mukasurat




Cinta antara Arissa dan Fazril terbina dari sebuah persahabatan yang tulus. Mereka tampak sejiwa di mata sesiapa sahaja malah hubungan mereka direstui keluarga walaupun darjat mereka jauh berbeza. Namun aturan takdir menghalang perjanjian romantis di gunung Kinabalu dari menjadi kenyataan. Fazril terpaksa menikahi sepupunya yang kematian tunang tetapi sedang mengandung anak tidak sah taraf. Demi menutup malu keluarga, Fazril akur dan Arissa memahami walaupun hati mereka sama-sama hancur berderai.


Irfan hadir di hari pertama luka Arissa bermula. Takdir seperti mahu menemukan mereka lagi dan lagi. "La Tahzan" menjadi penyambung perkenalan dan Irfan sedikit demi sedikit berjaya membalut luka walaupun tidak sembuh sepenuhnya. Watak Dania yang psyco semacam menjadi dugaan utama keakraban yang mula terjalin. Dania hadir dalam keluarga Irfan atas rasa bersalah Irfan terhadap keluarga Dania. Impian yang disogokkan ke dalam minda Dania sejak kecil menjadikan Dania menaruh harapan menggunung terhadap Irfan.


Tindakan Dania mengupah orang untuk menculik dan merogol Arissa amat mengejutkan. Arissa trauma dengan kehadiran Dania selepas itu. Dendam Dania bukan sedikit. Dia sanggup mengacukan pistol ke arah Arissa dan memang berniat melepaskan tembakan.


Irfan terganggu setelah mengetahui status Fazril di hati Arissa. Dia cepat-cepat mengaturkan pertunangan sehingga Arissa tidak dapat mengelak, lagipun dia sudah menyatakan persetujuan.


Setelah bertunang, barulah Irfan memberi ruang kepada Arissa untuk memilih sama ada meneruskan berkahwin dengan Irfan ataupun berada di sisi Fazril yang sedang menjalani proses penyembuhan setelah menjalani pembedahan buah pinggang. Jelas kelihatan Arissa masih mengasihi Fazril namun mengekang perasaannya dan mengalih kasih kepada Irfan walaupun sudah mengetahui Fazril telah berpisah dengan isterinya. Fazril masih setia menyintai Arissa.


Aku rasa Arissa akan lebih selamat bersama Fazril. Dania tu 'scary' semacam saja. Tambahan pula dia sedang mendapatkan rawatan psikologi. Terasa seperti Arissa sengaja meletakkan diri dalam bahaya dengan memilih untuk bersama Irfan sedangkan dia lebih menyintai Fazril berbanding Irfan.


Perkahwinan dengan Irfan memang cukup membahagiakan Arissa. Dania kelihatan masih mencuba untuk mengganggu keharmonian rumah tangga Irfan dan Arissa. Fazril pula masih menagih cinta Arissa walaupun ditolak mentah-mentah. Tindakan Arissa menceritakan keadaan rumahtangganya kepada Fazril membuat aku rasa kurang senang. Arissa dan Fazril yang manis kelihatan seperti watak yang tidak suci lagi. Masing-masing sudah melakukan kesalahan besar.


Rasa cemburu dan tuntutan tugas sebagai polis trafik membuat Irfan tidak mempedulikan Arissa yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Arissa sudah hilang kepercayaan Irfan. Bagi aku, Arissa dan Irfan tentu sudah sangat-sangat maklum yang punca yang akan meretakkan rumah tangga mereka adalah Dania dan Fazril. Mereka sepatutnya menjauhi kedua-dua punca itu. Tetapi seperti sengaja mengundang musibah pula. Arissa keguguran dan hubungan dengan Irfan juga semakin jauh sehingga Irfan nekad menceraikan Arissa. Irfan rasa bersalah kerana memisahkan Arissa dari Fazril. Bagi Melayu tipikal seperti aku, aku lebih suka jika Irfan dan Arissa menjaga perkahwinan mereka. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang jauh lebih berharga berbanding cinta pertama. Bagi kes Arissa dan Irfan, masih ada harapan untuk diorang terus menjadi suami isteri.


Fazril kembali menjejak Arissa. Di saat dia redha menerima Fazril kembali, Irfan dan keluarganya muncul semula di hadapan Arissa. Kalau anda jadi Arissa, siapa yang jadi pilihan? Pilihan anda itulah yang akan menentukan sama ada kisah ini adalah 'happy ending' atau 'sad ending'.


sure fine whatever
Rinn


blurb/alongside/sinopsis


"Dia hadir dlm hidupku utk menyembuhkan rawan yg bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorg lagi?"


Cinta dan kasih yg saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?


Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telahpun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apakah yang tidak kena dgn hatinya yg sekeping ini?


Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yg luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pd saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yg mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai yg mana satu haru dicari?


---
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorg wanita pada dia yg mahu berkongsi hati dgnnya. Bukankah 'keliru' itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!

3 comments:

  1. Arissa ni gatai na--hang dah kawen awat buat lagu tu? gatai org dah kawen ngan bujang ni lain betol kan..muahaha..blom bacer lagi ni, saja nok komen..boleh?

    ReplyDelete
  2. pendapat aku, Arissa tak gatal, cuma dia meletakkan diri sendiri dalam keadaan sukar.

    ReplyDelete
  3. saya sokong tu nvel cinta,arissa xgatal...too complicated.xtau cane nk terangkn...nice story,sure tangkap leleh punyer...ending je xbest.nasib lah 2 page je.rasa nk koyak je.ada k patut irfan kwin plak dania...buat la dania tu kwin ngan org len ke,xpun irfan bwa diri ke..xpun senang ceta,irfan kena tembak ke.haha...

    ReplyDelete