aku ada tengok berita budak 2 thn di negara china yang cedera parah digilis 2 kenderaan dan orang2 yang lalu lalang melihat dia seperti melihat seekor kucing yg dilanggar di tepi jalan. Memang sedih. Di mana-mana pun kemanusiaan semakin kurang.
Jangan terlalu menghina sesuatu bangsa kerana bangsa-bangsa di negara kitapun tidaklah sebaik mana. Anak-anak yang baru lahir dibuang dari tingkat 2, malah ada yang dikelar sampai terburai perut. Tu angkara remaja belasan tahun. Beranak dah tak jauh beza macam 'buang air'. Anak-anak kita sedang menuju ke arah menjadi manusia yang tidak berperi kemanusiaan. Bijak tapi tidak berperikemanusiaan. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara... So... apa dah jadi kepada harapan dan tiang negara kita?
Inilah jadinya bila agama diasingkan dari akademik. Malah ibubapa sekarang akan menangis kalau anak-anak fail SPM tapi kalau anak-anak tak habis mengaji Al-Quran diorang tak peduli pun... ABC lagi penting dari Alif Ba Ta. Kalau di negara barat seseorang itu dikira religous kalau setiap hari ahad dia ke gereja tak kiralah pada hari-hari biasa berapa perempuan dia dah dah cium, berapa botol arak dia dah minum. Di sini pun sudah jadi begitu, orang dah tak peduli dengan berapa orang si lelaki dah tidur, asalkan dia budiman. Malah tidak mustahil satu masa nanti perempuan-perempuan dianggap kolot kalau lepas sekolah menengah masih ada dara. Astagfirullah hal azim.
Boleh saja kita kata, ni kes tak banyak, bukan semua macam tu. hmm tapi tengok lah, dulu2pun kalau ada dengar kes orang lahir anak luar nikah, orang buang anak.... ada saja suara2 yang mengatakan tu kes kecil, tak banyak, tapi sekarang... tak ker dah banyak? sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak mustahil tak lama lagi lebih ramai yang selesa bersekedudukan daripada berkahwin. Tak mahu komitmen. Allah telah menyediakan ganjaran yang amat besar untuk mereka yang telah berkahwin, waima saling berbalas senyuman pun Allah memberi pahala buat mereka. Tetapi tawaran itu dipandang sepi.
Pada tahap sekarang ini, boleh kah kita menghentikan semua ini?
Rasullah pernah berfirman sebelum baginda wafat. Berjaga-jagalah dengan dua perkara selepas kematian baginda iaitu, berjaga-jagalah dengan dunia dan berjaga-jagalah dengan wanita. Kalau dua perkara ini rosak, maka akan rosaklah segala-galanya. Dulu masa zaman-zaman belajar, aku tersinggung juga dengan hadis ini sebab aku rasa seperti wanita dipersalahkan. Tetapi in the long run, you can see why Rasulullah berpesan begitu. Bila wanita makin singkat kainnya, bila wanita makin bebas pergerakannya... semua itu menjadikan lelaki terpesong. Sekarang ni terma 'kebebasan wanita' telah disalahguna. Kadang-kadang interpretasi 'bebas' itu lebih kepada semakin ketat atau semakin kurang pakaian di badan, semakin bebas seseorang wanita itu.
Entahlah... kenapa hari ni aku banyak fikir benda yang macam ni. Bimbang. Bukannya boleh tolong selesaikan pun tapi mungkin aku hanya mampu berkongsi kegusaran yang mungkin akan menjentik kesedaran kita bersama. Wallahhua'lam...
Hati-hatilah penulis-penulis, editor-editor dan penerbit-penerbit sekelian. Dalam keghairahan bercerita, berhati-hatilah menyusun kata. Kita takkan tahu bila ayat-ayat tu boleh 'trigger' macam-macam perasaan dalam jiwa anak-anak muda. Jumlah remaja yang membaca novel sudah meningkat sekarang ini. Sedikit ker, banyak ker yang anda tulis, itu adalah antara penyumbang ke arah positif atau negatif. Lebihkanlah yang positif, buangkanlah yang negatif. Tak kiralah betapa bijaknya remaja kita sekarang, belum tentu diorang boleh betul-betul mengasingkan yang baik untuk dijadikan teladan yang buruk untuk dijadikan sempadan (yang dah remaja purbakala pun sama jaaaa). Semuanya main redah jer. Filem-filem Malaysia sekarang pun dah entah apa-apa jadinya. Kononnya nak beri pengajaran tapi dah jadi mengajar pulak buat benda-benda yang merosakkan. hohsudoh, dah sampai ke filem pulak aku ni. Ish...
sure fine whateverr
rinn
No comments:
Post a Comment