Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Ayumi Syafiqah |
Penulis Ayumi Syafiqah
Terbitan Kaki Novel SB
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
"Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin ku menyahut kerana kaulah pemiliknya yang azali".
Penulis memilih melagukan kisah kahwin paksa. Kisah dan jalan cerita yang sangat tipikal dengan rentak dan kronologi cerita yang predictible. Penulis baru ini mempunyai gaya bercerita yang menyenangkan walaupun terserlah gaya penulis yang masih mentah.
Perkisahan tentang Qarissa dan Zafril cukup manis tanpa perlu bercerita berlebih-lebihan. Penulis ini ada sentuhan yang baik untuk scene-scene sedih. Ending yang baik diberikan bukan saja untuk hero dan heroin, malah untuk watak sampingan yang berkait dengan heroin. Semua ada their happy endings.
Ayumi Syafiqah patut mencuba genre selain dari kahwin paksa untuk menampakkan skill menyusun kronologi cerita.
Orang paling bertuah dalam kisah ini adalah Izwar sebab dia dapat perempuan yang paling baik dalam cerita ini iaitu, Salma. :)
Perkahwinan paksa antara Qarissa Puteri dan Zafril. Selepas jatuh cinta pada Zafril, perkara pertama yang ditakutinya adalah takut ditinggalkan (sekiranya suaminya tahu keburukan lalu).
Semasa Qarissa menghilangkan diri, Zafril macam orang gila mencari. Tapi bila dah jumpa setelah letih mencari, sempat lagi Zafri dapat idea untuk menguji dan menduga hati Qarissa.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis:
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?
No comments:
Post a Comment