Showing posts with label aciklana. Show all posts
Showing posts with label aciklana. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Acik Lana
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel
947 mukasurat
RM34.00
sabah/sarawak RM37.00
9789675067983


"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata,
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa,
namun kini kupasti ia akan kekal ke penghujung nyawa..."


Dalam karya kedua ini Acik Lana masih memilih watak hitam-kelabu yang melalui proses pemutihan. Melina gadis yang gemar keluar malam untuk berpesta di kelab bersama rakan-rakan. Keadaannya yang semakin teruk ditelan pelukan syaitan membuatkan ibu bapanya risau dengan keadaannya. Kepulangan Luqman, anak kawan baik bapa Melina dilihat sebagai jalan untuk menyelamatkan Melina yang semakin hanyut. Luqman dilantik sbg driver yang dibayar gaji yang sangat tinggi untuk mengawasi gerak geri Melina. Walaupun lemas dengan kehadiran Luqman, terselit juga rasa bangga kerana dapat driver hensem.


Datuk Zakaria, bapa Melina terlibat dalam sebuah tragedi lalu meninggal dunia, tapi dia sempat meninggalkan amanat penting untuk ditunaikan oleh Melina dan Luqman. Amanat yang tak dapat ditolak. Kisah seterusnya tentu korang boleh teka, :) berlakulah perkahwinan dan proses perkenalan sebenar antara dua watak yang saling membenci itu. Keadaan negatif yang terlalu banyak akhirnya bertindak balas secara semula jadi menjadi positif, namun sejarah silam Melina banyak mengundang keraguan di hati Luqman. Manakala kehadiran Sarah yang sudah lama menaruh hati terhadap Luqman menjentik rasa cemburu di hati Melina.


Mungkin apa yang kita jangka dalam cerita kahwin paksa akan ada dalam kisah ini. Kronologi cerita kahwin paksa yang agak tipikal. Namun Acik Lana berjaya mewujudkan chemistry antara Luqman dan Melina yang boleh dibariskan sebagai couple yang jiwang. ahemmm ahemmm acik dlm mode jiwang bakal pengantin ke?


Aku rasa naskah ini sangat tidak sesuai utk bacaan golongan bawah umur. Adegan percintaan Luqman-Melina diceritakan dengan terang dan banyak. Mungkin antara faktor yang menyebabkan buku ni menjadi sangat tebal dan buat mata aku berpinar. Bukan senang nak usung buku tebai ni masa bookfair :)buku yg tak bleh masuk katergori 'umum'. tak semua parents pantau apa yg anak belasan tahun diorg baca. asalkan tgk baca buku, dah dikira sesuatu yg ilmiah tanpa meneliti apa yg anak2 ni baca.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku:


Di saat itu...

Luqman: "Tolong sikit eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dgn awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la..."


Melina: "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"


Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam suatu ikatan yg tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yg berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yg menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yg tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yg bisa membuka jalan ke pintu syurga?


Di saat ini...


Luqman: "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina: "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."

Monday, October 10, 2011

Aku Bukan Mistress

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Acik Lana
Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama sept 2011
671 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
9789675067846


"Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"


Satu kisah yang membawa rentak berbeza dalam koleksi bahan bacaan aku. Aku jarang-jarang rasa nak baca kisah berat, tambahan pula kisah insan-insan yang bergelumang dosa dan cuba mencari jalan pulang. Bukannya apa, kadang-kadang pengakhiran untuk pemegang watak-watak begini agak memilukan. Jarang-jarang diorang diberi happy ending. Mungkin juga aku lebih terpengaruh kepada kisah-kisah 'heavy' begini dalam buku-buku lama. Tetapi Acik Lana menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam kisah ini. Di bawah label Kaki Novel terasa novel ini ada kelainan kerana bukan dilagukan dalam irama santai tetapi tidak pula disampaikan dalam nada yang berat dan dramatik. Boleh dikatakan penulis berjaya mengimbangi penceritaannya dengan gaya bahasa yang menyenangkan. Memang terfikir-fikir bagaimana penulis akan menamatkan kisah yang begini, bukannya apa, kebanyakan penulis cerita-cerita begini ada tendensi atau kecenderungan memberi penamat yang mengejutkan ;)


Dua tahun lalu Mikail membeli Mya dari bapa ayam dengan harga RM50,000. Bermula dari saat itu dia menjadi milik Mikail tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Mungkin Mikail tidak mahu berkongsi Mya dengan sesiapa. Bagi Mya itu adalah satu jalan keluar yang terbaik buatnya daripada dipaksa melayani ramai lelaki. Kisah silamnya yang menyedihkan turut membuat dia menjadi pasrah dengan ketentuan baru ini. Tanpa sedar Mikail menjadi 'overprotective' terhadap Mya. Adam, sahabat baik Mikail turut menyimpan perasaan terhadap Mya dan turut menyimpan hasrat merampas Mya dari Mikail. Dia berazam akan menyambar Mya sebaik saja Mikail bosan dan melepaskan Mya dari 'kurungan'. Namun apa yang ditunggu-tunggunya tidak langsung menunjukkan bibit-bibit akan menjadi nyata. Dalam hubungan yang tidak banyak komunikasi berkesan antara Mikail dan Mya itu tercetus perasaan halus antara mereka. Mikail tidak dapat mencari keburukan Mya kerana gadis itu bukan saja dikurniakan kecantikan malah berpewatakan baik dan pandai memasak :)


Mya mula memberontak setelah Adam menambah cemar pada dirinya, namun dia tidak pernah mengadu kepada Mikail siapa punya angkara kerana dia tidak mahu Mikail kehilangan kawan kerananya. Mikail menyimpan dendam terhadap si pembuat onar yang dirahsiakan Mya. Kedatangan ibu Mikail ke rumah mereka membuat Mya sedar yang Mikail sudah semakin pandai bergurau dengannya. Sikap Mikail itu juga membuat Mya semakin berani menunjuk protes. Kematian nenek Mya telah membawa perubahan besar dalam diri Mya. Dia mahu bertaubat dan hasratnya dinyatakan kepada Mikail. Walaupun keberatan, Mikail menerima tetapi Mya tidak boleh meninggalkan rumah itu.


Mikail berperang dengan perasaan sendiri. Cerita-cerita buruk tentang Mya yang didengari dari sepupu Mya membuat Mikail berprasangka tetapi dia tidak sanggup melepaskan Mya, tambahan pula kemunculan bekas teman lelaki Mya, Shamil, kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan Mya kembali malah sudah menghantar rombongan meminang tanpa persetujuan Mya. Mikail mula mengatur strategi drastik untuk memastikan Mya terus menjadi miliknya :)


Konflik yang tercetus dalam cerita ini dikendalikan dengan baik oleh penulis dan penyelesaian konflik itu juga sangat baik dan berjaya 'memutihkan' watak Mikail dan Mya sedikit demi sedikit. Diorang tak derla terus jadi baik dan alim. Walaupun tidak lagi tidur bersama, diorang masih lagi tinggal serumah.


BAgi aku kisah ini diberikan ending yang sangat sempurna dan menyenangkan, cuma aku agak kurang senang dengan latar cerita watak utama yang sudah hidup bergelumang dosa tanpa ikatan yang sah, mungkin ada pembaca yang akan merasa sedikit kurang senang dengan kisah ini. Apa-apapun, penulis sudah berjaya menyampaikan ceritanya dengan baik sekali. Tahniah. Oh lagi satu, 'definitely NOT for bacaan budak-budak ya?! hehe....


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.


Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.


Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?