Showing posts with label cintalepaskahwin. Show all posts
Showing posts with label cintalepaskahwin. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Kerana Sebuah Janji

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nozi Danisya
Kerana Sebuah Janji
Nozi Danisya
Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama disember 2011
RM18
sabah / sarawak: RM21
9789675067884



Datuk Hisyamudin berasa bersalah apabila satu kemalangan yang melibatkan dirinya dan ibu bapa Dahlia telah meragut nyawa dua insan yg dikasihi Dahlia. Dalam umur semuda 17thn Dahlia sudah yatim piatu. Wasiat bapa Dahlia digalas penuh ikhlas oleh Datuk Hisyamudin utk memelihara Dahlia sebaiknya.


Kehadiran Dahlia mengundang rasa benci Dani terhadap gadis itu. Dia yakin Dahlia datang bersama agenda untuk mengikis hati keluarganya. Datuk Hisyammudin meninggal dunia ketika Dahlia masih menuntuk di kolej. Wasiat Datuk Hisyammudin telah memerangkap Dahlia dan Dani. Untuk menjamin agar Dahlia tidak ditinggalkan Dani setelah dinikahi, Datuk Hisyammudin mewasiatkan 30% dari hartanya kepada anak yang bakal dilahirkan Dahlia setelah mereka berkahwin nanti. Rasanya Datuk Hisyamudin tahu Juliana bukan set2 yang sesuai dibuat menantu. Dia lebih senang dengan Dahlia yang baik dan bersopan santun.


Dani memang sygkan Juliana tetapi Juliana lebih sayangkan kerjayanya sebagai pramugari. Dia hanya mahu terikat sbg kekasih Dani dan bukannya sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Dani. Dia belum bersedia. Sikap Juliana itu mungkin mendorong Dani untuk menerima wasiat ayahnya. Dahlia pulak sudah terlajak kata berjanji dengan arwah Datuk Hisyamudin jadi dia sekadar mengotakan janjinya kepada orang yang telah berjasa kepadanya.


Ikatan mereka rasmi sebagai suami isteri setelah Dahlia sudi dan Dani menerima syarat Dahlia supaya berjanji agar tidak jatuh cinta padanya. Dahlia redha sekiranya Dani mahu memperisterikan kekasihnya yg sudah saling mengenali lebih 7 tahun. Setelah menjadi suami isteri Dani serta merta memungkiri janjinya untuk tidak jatuh cinta. Dahlia adalah isteri yang cukup sempurna untuknya tetapi hatinya tersiksa apabila tidak dapat melafazkannya pada Dahlia kerana sebuah janji...


Dani ni jenis lelaki yang sentiasa rasa apa yg difikirnya adalah betul saja. Dia tak der nak bagi peluang orang explain. Tau nak maaaaaaaaaaarah saja. Angkara fitnah Juliana, Dani mengasari Dahlia hingga keguguran. Tindakan itu melukakan hati Dahlia lalu melarikan diri dari hospital. Ketiadaan Dahlia membuat Dani rindu tetapi dia tak tahu mana nak cari.


watak-watak 2nd hero yg berpotensi untuk berpasangan dalam kisah ini dua2 tak bleh pakai. Dua2 gelojoh semacam dan sewenang2nya meluahkan perasaan cinta kepada isteri orang. Terus rasa kagum dan hormat pada Adam dan Azam hilang. Mereka membiarkan perasaan menguasai diri. Diorang sepatutnya menghormati keputusan Dahlia yang sah-sah masih isteri orang.


Aku suka watak Mursyid. Dia penenang terbaik buat pemarah seperti Dani. Dia sentiasa rasional dalam berkata-kata dan aku sangat suka cara dia membidas kata-kata fitnah dari Juliana. Namun kata-kata fitnah itu diterima Dani hingga membuat dia gagal mengawal rasa marah. Mursyid tu lebih percaya kepada Dahlia, dia yakin dahlia seorang wanita yang baik. Dahlia kecewa apabila Mursyid dan Adam yang datang mencarinya, bukan Dani. Sedangkan Dani menderita menanggung rindu dan tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Dahlia kerana terlanjur kata berjanji kepada dahlia sebelum mereka berkahwin dulu. walaupun Dani tu cepat marah, tapi dia seorang yang sangat slow dalam mengambil tindakan untuk mengambil hati Dahlia. Part marah jer cepat.


sejujurnya aku lebih suka kisah ini berbanding 'akulah cinderella'.


sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis


Dahlia:
Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembuhkannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan.


Dani:
Andainya aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangan. Sejujurnya aku sangat kesal.


Kerana budi dan janjinya kepada ayah Dani, Dahlia terperangkap. Kerana ekonomi syarikatnya yang meruncing dan juga wasiat ayahnya, Dani telah bersetuju dengan syarat Dahlia. Kedua-dua telah berjanji tanpa berfikir panjang. Dani dan Dahli berjahwin kerana sebuah janji. Namun, belum setahun jagung usia perkahwinan mereka, fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari isterinya. Dahlia pergi membawa rajuk di hati. Selama berjauhan mereka mengalami konflik jiwa akibat merindu. Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji, maka perasaan itu menjadi salah faham dan berlarutan. Apakah janji-janji yang telah dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih sayang?

Sunday, June 26, 2011

Kurela Cinta Ini Bertamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nuril Bahanudin
Kurela Cinta Ini Bertamu
Penulis: Nuril Bahanudin
Terbitan Kaki Novel
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27
Editor: Jabatan Editorial KNE
9789675067747
721 mukasurat


"Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah kuterima takdir ini,
Yang aku dan kau perlu bersama..."


Perjalanan kisah Qish dan Daniel dalam kisah ini agak klise jika diletakkan sebaris dengan mana-mana kisah novel cinta selepas kahwin. Bagi yang menggemari kisah-kisah genre ini mungkin takkan jemu menjadikan novel ini sebagai santapan mata.


Daniel seorg jejaka kaya yg ada ramai kekasih. Qish pula seorang gadis biasa yang tiba-tiba menjadi tanggungjawab Daniel setelah Daniel tersalah masuk bilik ketika sedang mabuk dan Qish pula tengah weng lepas makan ubat selsema. Setelah mengetahui Qish mengandung, Daniel menjaga kebajikan Qish tetapi kedua-duanya merahsiakan perkahwinan mereka dari keluarga Daniel. Sepanjang tempoh Qish mengandung mereka mula merasa keserasian walaupun masing-masing ada kekurangan.


Rahsia mereka terbongkar apabila Daniel sendiri terpaksa menyambut kelahiran anak mereka di tepi jalan dan kejadian itu dilaporkan dalam berita perdana. Walaupun terkilan, ibu bapa Daniel gembira menerima cucu dan menantu serentak. Ketika usik-usik membawa bahagia, Suhail mencemarinya dgn mengaku anak dikandungnya milik Daniel. Ketika berada dalam keadaan meragukan itu, Daniel seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Seolah-olah membenarkan saja tuduhan Suhail tanpa berusaha menidakkannya. Di hari pernikahan, Ricky muncul menyelamatkan keadaan dgn mengahwini Suhail tetapi Qish melarikan diri kerana merasa sudah tidak diperlukan lagi dalam keluarga kaya itu. Daniel berjaya menjejak Qish dan berusaha memulihkan semula hubungan mereka.


Masa baru nak mengecap bahagia lagi sekali, Haizam pulak tiba-tiba sedar dengan perasaannya terhadap Qish selama ini adalah cinta. Tindak tanduknya telah melukakan hati tunangnya dan hati Daniel yang sudah salah faham dengan kedudukan Qish dalam kejadian itu. Tanpa mahu mendengar apa-apa penjelasan, Qish dihalau dan tidak lama selepas itu bayi mereka disahkan sakit dan memerlukan pemindahan hati. Kebetulan Qish hospitalized selepas kemalangan, jadi secara sorok-sorok dia mendaftarkan diri sebagai penderma hati untuk anaknya. Tetapi pembedahan gagal dan anaknya meninggal dunia.


Qish sudah tawar hati untuk menerima Daniel dan membawa diri. Tetiba jer Qish tu rupa-rupanya pandai melukis dan buka galeri. Sepanjang penceritaan sebelum ni tak der pulak menunjukkan bakat-bakat seni Qish. Tup-tup ujung-ujung timbul pulak galeri lukisan. Daniel tidak pernah menandatangani tuntutan cerai Qish dan cuba membawa Qish kembali ke rumahnya tetapi pada masa yang sama dia mencemburui Adri yang kelihatan rapat dengan Qish di galeri. Ibu Daniel berjaya memaksa Qish kembali dan terserahlah kepada Daniel untuk memastikan isterinya terus berada di situ sebagai isterinya dalam erti kata sebenar.


Bagi aku cerita ini mempunyai jalan cerita yang bergerak laju dan tidak membosankan. Binaan cerita terasa menaik tetapi pada masa yang sama terasa seperti ada kekurangan emosi dalam penceritaan. Ia lebih kepada bercerita dan memberitahu apa yang terjadi. Past and Present kadang-kadang bercampur aduk membuat aku berpatah balik ke muka surat sebelumnya untuk memastikan aku tak terskip muka surat. Sayang pula kisah yang ada binaan cerita sebaik ini tidak diperkemaskan. Mungkin penulis masih mengumpul pengalaman dan harap-harap plot cerita ciptaannya yang 'fast phase' seperti ini akan dikekalkan. Looking forward to her next novel :)


yang penting, happy ending :)


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta/sinopsis


Kurela Cinta Ini Bertamu... hidup ini banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yg selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam-macam ada kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah utk jatuh cinta. Namun sekali bercinta... selamnya tetap cintanya. Berbeza dgn Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yg ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yg ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.


Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yg rumit, masing-masing belum bersedia dengan rasa dan beban yg perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dgn sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yan gdiberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yg perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!


Qistina Balqish: Arghhh... tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun kau tak kulihat sehari jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? apakah yg perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ini? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.


Daniel Muaz: Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idaman aku, tapi aku dah mula angaukan kau Qish!


Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yg kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.


Yasmin: Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???


Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah , biarlah masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek begitu saja.

Sunday, March 7, 2010

Sepupuku Suamiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Allyna
Sepupuku Suamiku
Penulis: Lynn Allyna
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan pertama: 2010
9789675067389
RM19.00
Sabah /Sarawak: RM22.00


"Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga ke langit ke tujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua"


Tajuknya saja menunjukkan kisah ini seperti sangat santai dan covernya membuat kita menyangka ini kisah romantik komedi dari mula sampai habis. Well, never judge a book by its cover ya. Kisah ini memang mempunyai gaya santai yg membuai perasaan di awal2 cerita. Tambah2 di saat Nana berangan nak kawin dn sepupunya Hisyam yg sudah menjadi tunangan orang. Memang gatai nak menikah dah si Nana tu. hehe.


Tetapi dalam rentak santai itu, penulis membawa kita ke penceritaan yg lebih serius dan berat apabila badai mula melanda rumahtangga Hisyam dan Nana. Diorang memang tengah cintan cintun habis, sekali ada la dua badigol datang mengganggu. Johan tu mulanya kelihatan lebih psyco tambah2 dengan pengalaman masa kecilnya yg sering melihat ibunya didera hingga dia sendiri menghentak kepala ayahnya supaya ibunya dpt diselamatkan. Tapi rupa2nya si Hani tu lagi dahsyat. Dia sanggup merancang perangkap utk mendapatkan Hisyam. eh, baik aku citer dari mula kan?


Citer dia camni... Nana ni sebenarnya dah lama jatuh hati dgn sepupunya, Abg Hisyam dia yg hensem tu, doktor pulak tu. Sejak umur doblas tahun memang dia syok dah kat Hisyam (skrg umur dia 22). Skali tu dia dpt news yg Hisyam akan bertunang dgn pilihan hati. Memang frust menonggeng sorang2 la minah tu bila first love dia bakal jadi milik orang. Dia tak dpt membayangkan idup dia tanpa Abg Hisyam di sisi.


Then satu hari tu Hisyam ngan Maklong dtg ke rumahnya. Lepas diorang balik, dia diberitahu yg tunang Hisyam dah lari sedangkan pernikahan mereka lagi dua minggu saja. Demi menjaga nama baik keluarga, Mak Long minta Nana menggantikan tempat Hani dan Hisyam sudah menyatakan persetujuan. Wah! Ingat ker nak bagi jadi pengapit, tapi lebih baik dari itu dia ditawarkan menggantikan tempat pengantin perempuan! dalam teruja tu dia terfikir jugak, belajar pun tak abis lagi dah tergedik2 nak kawin. Tapi kang kalau dia menolak, mak long dia gi offer kat pompuan lain, lagi la dia frust. So, apa lagi.. cekau!!! So dapat la suami idaman kalbu malbu dia tu.


Hisyam memang seorang lelaki yg bertanggungjawab. Dengan sabar dia melayan kerenah Nana yg manja. Seluruh perasaan cintanya dicurahkan buat Nana. Mereka tidak mengambil masa yg lama utk saling memahami dan saling jatuh cinta. Kepulangan dari bulan madu di Bali menemukan Hisyam dgn Hani yg sudah ditinggalkan kekasih hati. Padan muka kena tipu. Hani jatuh cinta sekali lagi dgn Hisyam dan cuba menggodanya semula tapi tak jalan. Hisyam sudah ada cinta baru. Tambah2 isterinya yg muda remaja tu tengah mengandungkan anak pertama diorang.


Yang aku perasan, Nana ni dialog dia selalu ada double. Apa yg dilafazkan secara zahir tak sama dgn apa yg tersirat dalam mindanya. Tapi kadang2 dia sangat berterus terang.


Masa Nana gi report duty kat sekolah tu kelakar lah. Bersemangat betul dia nak mengajar. Masa 1st day tu, Pukul 6.30 pagi dia dah terpacak kat skolah tu. sapa pun tak sampai lagi. haha.


Bahagia mereka memang dicemburui Johan & Hani. Johan tu kawan kolej Nana. Dia dah lama syok kat Nana tapi Nana tak layan. Dia tak pernah putus asa nak ngorat Nana walaupun Nana dah kaiwn. Johan tu perwatakan dia kadang2 macam the male version of Hani. Tapi as the story goes, Hani tu memang dah mencapai tahap psyco ngilai sorang2. Dia sanggup menggelapkan wang syarikat utk mengupah orang memerangkap Hisyam malah utk membunuh Nana!


Hani tu berjaya perangkap Hisyam supaya ditangkap basah dgn dia. Hisyam tu mudah sgt percaya yg Hani tu sedang dlm kesakitan. Naper la dia gi sorang2. Bawak la ambulans skali. aduih... Sepatutnya kes dia ngan Hani tu selesai dgn mudah. Dia boleh prove apa yg dia sebenarnya dihentak di kepala smpai pengsan dan diperangkap. Benda2 tu boleh dibuktikan melalui medical report. Dia kan doktor? Malah pengakuan Hani tu pregnant pun dia boleh sahkan sendiri atau pun guna access dan kelebihan sbg doktor utk mendapatkan bukti saintifik. Part ni memang aku rasa agak kurang logik dalam cerita ni. Part2 lain tu aku sangat suka, tapi part ni memang rasa mcm mengganggu sedikit cerita ini. Lagi la geram bila Hisyam terpaksa berkahwin dgn Hani dan menceraikan Nana yg masa tu sudah keguguran. Hisyam seperti terbodoh. Mak dan ayah dia sendiri tak percayakan dia. Hani tu memang pura2 pregnant, dia bubuh belon apa ntah bawah baju dia bagi nampak buncit. Hisyam tak pernah melayan dia sebagai isteri.


Aku suka dengan cara penulis menggarap cerita Hani dan Johan. Tapi Hani mendapat tumpuan lebih penulis ini. Mula2 tu ingat Johan tu la yg paling jahat, tapi rupa2nya Hani lagi menang. Johan tu insaf jugak akhirnya kerana lepas bercerai pun Nana tak nak terima dia.


Hani kantoi dgn Hisyam semasa menguruskan pembayaran pada seorg pembunuh upahan dan Hisyam menjatuhkan talak 3. Hani ditahan di airport semasa cuba melarikan diri ke luar negara. Tapi pembunuh upahan masih di luar sana mencari Nana... Jeng jeng jeng...



sinopsis/blurb:


Siapa kata kahwin dgn sepupu sendiri tidak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing & kucing pun boleh hidup bersama. nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yg disemai semakin hari semakin segar mewangi.


Si Kekasih dtg menuntut janji. Nana tak dpt bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.


Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya pada si isteri.


Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tidak dpt disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makiin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.


Johan juga begitu, dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha.


"Abg, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat org tu. Nana harap abg mengerti."


Mampukah mereka menepis segala rintangan yg mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yg diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.


Andai kau tercipta utkku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun.