Showing posts with label cintaselepaskawin. Show all posts
Showing posts with label cintaselepaskawin. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Anaknya Anakku Jua

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anarif
Anaknya Anakku Jua
Penulis: Anarif
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25
9789675067785
662 mukasurat


"Indahnya cinta... pada yang memberi dan menerima"


Kisah Nisa' yang tiba-tiba menjadi ibu segera kepada Hana, anak kepada bekas teman lelakinya, Badri yang telah meninggal dunia. Isteri Badri menjejak Nisa' kerana percaya Nisa' dapat menjaga Hana sebaiknya. Isteri Badri menghembuskan nafas terakhir setelah menyampaikan amanatnya. Hana, anak yatim piatu telah memaut kejap hati Nisa'.


Nisa' yang sudah merancang untuk bertunang dengan Daniel akhirnya tidak menjadi kerana Daniel tidak dapat menerima hakikat yang Nisa' mahu menjaga anak kepada Badri, memori lama yang mahu dipadamkan dari ingatan Nisa'. Dia tidak mahu Hana menjadi bayangan Badri dalam rumah tangga mereka nanti.


Nisa' dibenci ibu sendiri kerana menolak lelaki sesempurna Daniel semata-mata untuk Hana, anak kecil yang ibunya bekas seorang GRO manakala ayahnya adalah Badri yang pernah mengecewakan Nisa'.


Demi Hana, Nisa' berdikari sebagai ibu tunggal. Hana yang diserah kepada pengasuh yang dipanggil mak su telah memikat hati Irfan, anak saudara maksu. Nisa' juga telah berjaya mencuri hati Irfan tanpa sedar. Irfan pernah kehilangan isteri tercinta bersama anak dalam kandungan dalam sebuah kemalangan. Kehadiran Nisa' dan Hana bagai mengembalikan apa yang dia telah hilang.


Cadangan maksu agar mereka berkahwin dianggap gurauan oleh Nisa' namun cadangan itu dianggap serius oleh Irfan. Dia memberanikan diri untuk melamar Nisa' dengan alasan agar Nisa' dapat mengambil Hana sebagai anak angkat secara sah (setelah permohonan Irfan ditolak kerana lelaki yang tidak berkahwin tidak dibenarkan mengambil anak angkat perempuan). Nisa' akan diceraikan setelah segala urusan selesai. Cadangan itu menarik perhatian Nisa' tetapi dia tidak mahu ada ikatan hati dengan Irfan kerana dia tidak mahu melukakan hati seorang lagi lelaki yang baik. Irfan meyakinkan Nisa' yang dia tak akan dan tak pernah jatuh cinta dengan Nisa' malah membawa Nisa' berjumpa dengan 'kekasihnya'.


Berkahwin untuk bercerai kemudiannya adalah haram dalam Islam. Irfan tak sepatutnya menyuarakan rancangan ini dan Nisa' sepatutnya tidak bersetuju untuk meneruskan perkahwinan dengan alasan ini. Mungkin penulis sepatutnya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk 'memaksa' Nisa' bersetuju berkahwin dengan Irfan dan bukannya dengan alasan mereka akan bercerai setelah berkahwin.


Perkahwinan Nisa'-Irfan telah membuka mata dan hati banyak pihak. Hana tidak lagi dipandang serong walaupun masih ada mulut jahat berkata-kata. Irfan tidak kekok menjalankan peranan sebagai seorang bapa dan ketua keluarga. Hati Nisa' amat tersentuh dengan sikap prihatin Irfan. Gambar Shila dalam bilik Irfan telah membuat Nisa' merasa tertipu. Siapa Shila?


Interaksi Nisa'-Irfan ketika persiapan perkahwinan dan selepas berkahwin memang menarik untuk dibaca dan mengundang senyum :)


Cara penceritaan penulis ketika Suraya menyerahkan Hana kepada Nisa' kelihatan tidak realistik dan terlalu mudah. Badri sengaja berpisah dengan Nisa' setelah tahu dirinya sakit akan meninggal dunia, tetapi berkahwin dengan Suraya yang ditemui di kelab malam dan dia meninggal dunia ketika Suraya sedang mengandungkan anak mereka.

sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb/novelcinta @ multiply


Nisa'... hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada di dalam tangannya. Luka lama berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat oleh uminya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukah pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali?


"Sampai hati umi... Hana anak yatim piatu, umi. Berdosa kita membencinya!"


Irfan... silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya selagi nyawa dikandung badan, walau apa juga taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban.


"Lepas kahwin, kita cerai. Jadi awak boleh jaga Hana, kan?"



http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/366-2009-07/3971-03-julai-islam-larang-kahwin-kontrak.html
http://altazkirah.blogspot.com/2010/08/kahwin-mutaah-adalah-haram.html


Wednesday, April 27, 2011

Pilihan Mama

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Umie Nadzimah
Pilihan Mama
Penulis: Umie Nadzimah
Editor: Jabatan Editorial KNE
412 muka surat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067693


"Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Kisah Muhammad Aiman yang mencari cinta tapi tidak berjumpa. Jadi terpaksalah ibunya campurtangan setelah ada cubaan memerangkap Aiman dan akhirnya dia ditunangkan dengan gadis pilihan mamanya. Selepas bergelar tunangan orang barulah hatinya terpaut dengan kesopanan dan kecantikan Adila. Nak ikut pilihan hati atau nak teruskan dengan hasrat mama yg telah mengikat janji? Dia seorang anak yang dibesarkan ibu tunggal, takkan tergamak dia menghancurkan hati wanita yg telah bersusah payah membesarkannya. Dia redha menerima Aishah sebagai isteri. Hadiah paling manis buat dirinya apabila mendapati Aishah dan Adila ada orang yang sama. Dia merasakan mama sangat memahami kehendak dirinya dan memilih menantu mengikut citarasa anaknya.


Mereka hidup bahagia dan diberkati dengan kelahiran sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidup. Dugaan hebat menimpa Aiman setelah Aishah terlibat dalam sebuah kemalangan yang telah meragut nyawanya. Aiman hilang arah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk bekerja dan bekerja sehingga terlupa dengan kehadiran anak kembarnya. Nasib baik mama dan ibu mertuanya sangat prihatin. Kehadiran Doktor Mia, sahabat baik Aishah telah merawat kedukaan anak-anak yang kehilangan kasih sayang itu. Demi anak-anak, mama dan ibu mertuanya meminta Aiman berkahwin dengan Doktor Mia. Dengan berat hati Aiman sekali lagi menerima pilihan mamanya.


Kisah Aiman dan Aishah kelihatan lebih mudah dan lebih manis berbanding kisah Aiman dengan Doktor Mia. Tapi mainan emosi lebih banyak dalam hubungan Aiman-Mia Khadijah. Watak anak-anak aiman banyak membantu dalam menyemarakkan suasana hiba dan menyentuh hati.


Mereka kekok untuk bersama kerana Doktor Mia lebih selesa bersama anak-anak Aiman. Mia menerima Aiman kerana Aishah tidak pernah jemu membantunya ketika dia sedang sakit malah disebabkan Aishahlah dia terus hidup pada hari ini.


Perasaan kasih kepada Doktor Mia wujud dari rasa hormat. Mia Khadijah seorang yang berdikari, bertimbang rasa dan penyabar. Aiman sendiri kagum dengan Doktor Mia yang dapat menenangkan anak-anaknya yang menangis hanya dengan satu pelukan yang penuh kasih sayang. Ketika itu Aiman tidak tahu yang jantung yang sedang berdegup di dada Doktor Mia adalah milik Aishah.


Aku suka dengan cara penulis mengakhirkan cerita bukan hanya dengan menumpukan kepada Mia Khadijah dan Muhammad Aiman, malah watak-watak sampingan di sekeliling watak-watak ini juga ada penutupnya tanpa kita tertanya-tanya apa terjadi kepada mereka. Jarang-jarang kita dapat baca pengakhiran yang disimpulkan dengan sangat baik di akhir cerita. :)


Cerita heart transplant macam ni aku penah tonton dalam cerita "Return To Me" lakonan David Duchovny dan juga cerita korea yang bertajuk "Stairways to Heaven".


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cuc-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.


Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!


Mama... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya tepat sekali.


Namun bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit hati? catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?

Tuesday, August 10, 2010

Terbanglah Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Terbanglah Sayang
Penulis: Aina Emir
Terbitan KarnaDya
Cetakan 1 & 2: Tahun 2010
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
568 mukasurat


hmmm jenis novel yg membuat aku terkedu sbb tak sangka penulis akan membawa kita ke satu konklusi yg kita langsung tak jangka di sepanjang pembacaan. Smart! There's a little devil in every soul. And this one is a very very smart one.


Fiya dan Inaz adalah sepupu dan jiran. Diorg ni mempunyai rupa yg hampir sama tapi karakter diorang jauh berbeza. Inaz lebih kepada jenis yg loud dan Fiya lebih kepada jenis yg low profile. Memang Fiya lebih menonjol sbg heroin cerita ini kerana Inaz kelihatan sgt gelojoh dan gedik walaupun dia baik hati.


Pertemuan diorang dan kawan2 dengan Arash dan kawan2 mencetuskan perasaan baru di hati setiap mereka. Inaz memang awai2 dah booking Arash yang menepati citarasanya. Dia nak pasangan yang badan berketul dan hensem. Arash bagaikan bonus terbaik utk nya dah la hensem, muscular, pilot jet TUDM pulak tu.


Fiya kelihatan selesa dgn Faris walaupun sebenarnya dia sendiri ragu2 menerima lamaran Faris. Inaz memang awai2 reject Faris dan tak setuju Fiya kawin dgn Faris. Dia berjaya menggagalkan perkahwinan Fiya di saat2 akhir. Dan tanpa diketahuinya yg sebenarnya dia telah didorong berbuat begitu. Tapi Inaz tak pernah tahu bagaimana dan siapa.


Arash yg mula berbaik dgn Inaz kelihatan lebih tertarik pada Fiya. Ketika mengetahui Fiya tak jadi berkahwin sedangkan tarikhnya sgt hampir, Arash pergi menawarkan diri sbg pengganti Faris sbg pengantin.


Mereka jatuh cinta dan bahagia tapi kembalinya Inaz setelah menghilangkan diri (kerana rasa bersalah menggagalkan perkahwinan Fiya) telah menimbulkan rasa menyesal di hati Fiya. Dia menjauhi Arash dan seperti nak bagi chance utk Arash berbaik dgn Inaz. Arash mencari pengganti terbaik utk Inaz yg sudah dilanda depressi. Fiya pulak hidup dgn pelbagai spekulasi yang berlegar dgan sendirinya dlm kepala otak dia. Walaupun dia cuba menjauhi Arash, tapi dia sentiasa mencari semula Arash apabila rindu sudah tidak tertanggung.


Kisah cinta ini turut diselit dgn pencarian Arash. Dia mencari ibu bapa kandungnya setelah mengetahui dia anak angkat. Pencariannya berakhir dgn sesuatu yg amat membahagiakan :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Best Friends Forever (BFF)... merupakan ungkapan yg sering diucapkan 2 org teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yg sering mendpt gelaran 'kembar'; ke mana-mana shj, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.


Pun begitu, mereka bagaikan sedang dlm satu pertandingan utk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing2 berentap utk berada di depan.


Inaz, suka yg rancak dan kecoh, sedang mencari seseorg yg baik budi, menambat hati. Suka kpd yg bertubuh tegap... asal tidka mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dgn tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yg diimpikan?


Fiya pula, seorg yg pintar, suka kepada 'nature', minat aktiviti lasak, sayang kpd haiwan sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.


Munawarah dan Melissa, teman baik yg cuba menjadi org tengah, penasihat... mungkin juga pembelot?


Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel... dgn 4 org jejaka di atas gunung lagenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai persoalan dan teka teki.


Novel ini akan temukan pembaca dgn pelbagai karakter yg berbeza kerjaya, mendekatkan kita dgn wira-wira negara, yg mgkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yg dirasai oleh seorg anak angkat yg cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yg menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yg akhirnya terpaksa lakukan transformasi?


Sukarkah utk menerima kekalahan dan payahkah utk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yg bergelar insan yg disusun indah dlm novel 'Terbanglah Sayang'.