Showing posts with label hanniramsul. Show all posts
Showing posts with label hanniramsul. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Kuseru Rindu Itu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hanni Ramsul
Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
730 mukasurat
9789675067839
cetakan pertama: sept 2011


"Cinta ini mungkin tidak layak untuk mengintai ruang di hatimu, sayang ini juga mungkin tidak pantas untuk bersemi di lembah rasamu..."


Tak kira tema apa yang dibawa Hanni Ramsul dalam kisah-kisahnya, ia tetap mengikat aku untuk terus membacanya tanpa boleh dihenti-henti. Mesti kena habiskan walaupun masa tidur aku terkorban. hehe. Kisah suami yang curang kepada isteri yang sangat setia bukanlah genre kegemaran aku. Tapi Hanni Ramsul ada gaya tersendiri menyampaikan kisah begini membuat kita terikat dengan kisah ini selagi belum sampai ke muka surat terakhir.


Kisah ini bermula setelah 7 tahun Hisyam berkahwin dengan Idayu. Idayu bukanlah pilihan hatinya. Dia bahagia beristerikan Idayu tetapi dia yakin dia tidak pernah jatuh cinta pada Idayu. Dia hanya menerima Idayu sbg tanggungjawab tambahan pula kelahiran anak lelakinya menambahkan lagi keceriaan hidup mereka. Kehadiran Maisara menduga perasaan sebenar Hisyam. Bagi Hisyam, Maisara membuat dia kenal erti rindu dan cinta. Akhirnya dia temui cinta yang ditunggu-tunggunya. Walaupun dia pernah berterus terang dengan Idayu bahawa dia tak pernah cintakan Idayu, dia berasa serbasalah untuk berterus terang. Dia masih ingat yang Idayu pernah berjanji akan mengundurkan diri sekiranya suatu hari nanti Hisyam bertemu dengan cinta sejatinya. Apabila hari itu tiba, Hisyam pula tidak sanggup melepaskan Idayu.


Maisara yang pada mulanya bersabar menjadi resah dan cemburu dengan Idayu (walaupun Idayu tak pernah apa-apakan dia). Maisara bertindak membuka rahsia membuatkan Hisyam hilang sabar dan lebih risaukan Idayu yang sudah patah hati (walaupun Idayu sudah tahu mengenai kecurangan Hisyam) Tapi Idayu kecil hati kerana bukan Hisyam yang membuka cerita itu kepadanya. Dia rela dimadukan sekiranya Maisara itu pilihan hati Hisyam. Idayu terasa terhutang budi pada Hisyam yang sanggup memperisterikan dan membahagiakan dirinya di sepanjang perkahwinan mereka.


Sikap Idayu yang mula menjauhkan diri dari Hisyam membuat Hisyam serba tak kena. Rindunya kepada Idayu melebihi rindunya pada Maisara. Inikah perasaan cinta yang dicari-carinya? Setelah Idayu terluka barulah dia cuba meluahkan cinta tetapi Idayu menganggap kata2 cinta dari Hisyam hanyalah untuk membahagiakan dirinya. Hmm macam mana Hisyam nak ngorat balik Idayu ya?


Idayu adalah seorang wanita yang sentiasa memikirkan perasaan dan hati orang lain berbanding hati dan perasaan sendiri. Maisara dan Hisyam pula ada watak-watak yang mementingkan diri sendiri sahaja. Apa nak jadi pada orang lain diorang langsung tidak peduli.


MEmang geram dengan Hisyam. Masa dengan Maisara, dia tak pernah fikirkan perasaan Idayu. Tetapi sekali saja dia terserempak dengan Idayu bersama seorang lelaki, dia terus melafaz talak tanpa usul periksa. Memang dasar badigol. haha. Tapi padan muka Hisyam. Puas hati aku dengan cara Hanni Ramsul torture perasaan Hisyam. Great ending! citer tangkap nangis yang patut ada dalam simpanan penggemar kisah ala-ala Neng Yatimah.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung. Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorg anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yg dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorg gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama Maisara.


Namun... satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi... dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.


Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dgn Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar2 dia cinta?

Sunday, February 14, 2010

Pergilah Air Mata

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hanni Ramsul
Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
isbn: 9789675067372
RM28.00
Sabah/sarawak: RM31.00
858 mukasurat.


"Karya terbaharu penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA..."


"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu."


Tengok ketebalan buku ni memang membuat aku seram nak baca. Tapi sokongan dari pompom girls yg memberi semangat pada aku utk membaca karya yg diorang kata 'best giler' ni membuat aku memilih novel ini utk menemani perjalanan aku balik kampung sempena cuti Chinese New Year baru2 ini.


Bahaya wo. Sekali start tak bleh stop. so aku nasihatkan jgn stat baca waktu malam, kang ada yg tak tido sampai subuh sebab nak perabis. hehe. Bagi peminat2 tegar cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kawin, this one is a must buy. Buku ni tebal bukan sebab ceritanya meleret, buku ni tebal sbb penulis has a lot to tell. :)


aku tak pasti nak point out scene mana utk mengatakan cerita ini ada kelainan dari cerita kahwin paksa yg lain. Secara keseluruhan cerita ini ada identiti yg tersendiri selain daripada saiz nya yg besar dan berat. hehe.


Aku rasa penyebab diorang terpaksa berkahwin tu kurang believable utk zaman sekarang ni. Namun apa yg lebih menarik adalah kehidupan Sabrina di rumah mertua selepas terpaksa berkahwin dengan Badrul. Sikap semulajadi Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yg keras. Tanpa sedar, sikap nya yg mudah bertolak ansur itu meletakkan dia dalm keadaan yg selesa dlm rumah besar itu walaupun dia terkurung. Tidak susah utk jatuh sayang pada menantu sebaik Sabrina walaupun mereka masih belum pasti penyebab sebenar bagaimana Sabrina boleh tertangkap basah dgn Badrul. Kelam kabut jugak si Badrul tu bila merasakan kasih ibu bapanya mula beralih arah malah perkahwinannya dgn Dayana telah menyerlahkan lagi keperibadian Sabrina yg jauh lebih baik dari mana2 wanita yg pernah dikenalinya. Dayana kalah teruk jika mahu dibandingkan dgn Sabrina.


AWal2 lagi memang dah boleh nampak agenda sebenar si Mar tu. Siapa pun boleh meneka dia sebenarnya dalang di sebalik semua itu tapi Sabrina menyangkal semuanya kerana Mar tu lah tempat dia mengadu dan kawan yg terbaik dia pernah ada.


Ntah naper rasa mcm Sabrina deserve to be in Bad's family wpun Bad tu mulanya benci kat Sabrina. Memang Bad tu baik, tapi disebabkan dia percaya dia diperangkap, dia jadi benci kat Sabrina tanpa berfikir panjang. Mungkin juga sbb aku rasa Sabrina selamat kat situ dgn adanya Datuk Hamidi yg baik hati tu.


Rindu kat Firdaus ngan Tiya dari BYMB? Diorang ada buat cameo appearance dlm novel ni.


sinopsis/blurb:


Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINA


Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

Sunday, August 23, 2009

Biarlah YM Berbicara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hanni Ramsul
Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama: 2009
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
582 mukasurat


"Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.
Andai bibir kelu untuk dihujani bicara indah pada kemarau hati...
Aku rela jemari menjadi pengganti menarikan irama indah cinta kita.
Biarkan saja YM yg terus berbicara..."


Kisah manis! SEngih jer baca citer ni. TAk der lah konflik yg heavy sangat membuatkan kita tak pressure sangat semasa menghayati kisah ini. Biler baca blurb kat belakng novel ni, rasa macam citer serius tahap gaban, tapi biler baca, citernyer light and menyenangkan hati :)


Di permulaan kisah ini hubungan Diya dgn Charming dalam YM sudah mula erat dan sudah saling jatuh cinta. Di awal novel ni saya tak dapat rasa la keakraban Diya dgn Charming dan cara mereka bertukar-tukar bicara di ym seperti baru sangat kenal tapi kalau sampai tahap sudah terpaut tu mestilah dah lama ber ym tu. Dan bila dah tajuknya pun ada perkataan 'ym' maka banyak la lines ym dlm novel hingga terfikir, byk nyer masa free diorang ni nak berym masa keja sampai sempat jatuh cinta. Lepas dah feeling2 tu baru diorang stat berhubungan melalui telefon. Tak der plak scene menunjukkan diorang ni ber ym dari rumah.


Tetapi tarikan utama kisah ini adalah Diya dan bosnya Encik Firdaus. Watak-watak ini mempunyai chemistry yg bagus dan menarik hati. Kisah romantik komedi ringan ini tidak putus2 membuat kita tersenyum dengan telatah mereka. Firdaus, jejaka kota yg gentleman dan Diya, gadis desa yg terer panjat pokok.


Ramai sebenarnya yg bekenan kat Diya ni, tapi she decided to stay loyal to Charming yg tak pernah ditemuinya. Johan yg kecewa, menerima pilihan keluarganya. Abg Kamal pulak, masih berusaha memikat semula Diya yg sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya sehingga Kamal tak perasan ada gadis manis lain yg cuba menarik perhatiannya.


Diya dalam dilema sama ada nak terus berjumpa Charming atau tidak kerana dia sudah semakin terpikat dengan bosnya En. Firdaus tu. Bila rahsia Charming terbongkar, Diya jadi terlalu malu utk menghadapi segala-galanya dan terus lari balik kampung.


Family Firdaus ngan Diya ni pun sempoi jer. Diya bersama ibu dan Atuknya, manakala Firdaus dgn parents nya dan adik2nya yg masing2 ada krekonya. Errr Atuk tu sebenarnya kucing. Sapa kawin ngan Diya terpaksa la bermadu dgn Atuk kesayangannya tu. haha.


Puan Junaidah dan Tuan RAshid tercengang jugak tengok bakal menantu perempuan diorang yg jelita tu lasak dan terer panjat pokok.



sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


ABANG KAMAL... Walaupun segunung cinta yg kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkah mu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...


ENCIK FIRDAUS... Memandang wajahmu mengapa debar sering bertandang? cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yg tidak bertepi...


CHARMING... Siapapun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu.


AKU...Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yg satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...