Showing posts with label imanxara. Show all posts
Showing posts with label imanxara. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Kau Curi Hatiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Kau Curi Hatiku
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Editor: Mohd Rosdi b. Mohd Zin
518 muka surat
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789675118524


Aku tak tau kenapa cover novel ni mengingatkan aku kepada negara Jepun. mungkin bebunga ala-ala sakura tu kot. Lagipun aku tengah seronok melayan 'Nodame Cantabile', mungkin sebab tu la terpengaruh sikit dengan elemen2 kejepunan nih. haha. Apa-apapun, citer ni memang tak der kaitan langsung dengan kejepunan atau sakura. Tapi cover dia aku suka :)


ARissa dan Zamil. Gabungan nama mereka saja sudah buat telinga aku rasa bingit. Memang pantang berjumpa, mereka akan berperang dan mengeluarkan kata-kata yang menusuk dan menghiris perasaan. Kedua-duanya mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang tajam dan sinis. Zamil ni jenis lahir-lahir jer dah kurang asam dan baran. Arissa pula pantang orang kurang asam dengan dia, dia akan jadi seorang yang kurang asam juga. Kalau orang buat baik dengan dia, dia jadi baik la. Urusan kerja memaksa mereka saling berinteraksi tanpa boleh mengelak satu sama lain.


Zamil telah tersalah tafsir perasaan Ain terhadap dirinya membuatkan dia rasa 'frust'. Mungkin kata-kata Ain meminta dia berbaik-baik dengan Arissa membuat Zamil membuang egonya dan cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan Arissa dan kawan-kawan lain di pejabat. Aku memang tak sedap hati dengan Zamil ni, walaupun dia mula berubah, sikap panas barannya tu seperti gunung berapi pendam. Sekali dia meletup, habis la semua jadi abu.


Arissa pernah bercinta dengan Firdaus tetapi hasrat mereka terhalang apabila Pakcik Arissa berkahwin dengan adik Firdaus. Keluarga Firdaus tidak mahu menjadi buah mulut orang apabila keluarga mereka jadi keluarga 69. Ibu Firdaus sendiri meminta Arissa agar menjauhkan diri dari Firdaus. Firdaus dan Arissa terpaksa berpisah dan mengorbankan perasaan masing-masing. Firdaus akhirnya memilih Nurin sebagai isteri kerana Nurin banyak mengingatkan dia kepada Arissa.


Arissa terpujuk dengan perubahan Zamil tetapi ianya tidak disenangi ibu bapa Arissa yang pernah terlihat cara Zamil menyindir Arissa ketika berkunjung ke rumah mereka bersama sahabat-sahabat lain. Masa tu diorang ni masih lagi bermusuhan. Zamil mencuba nasib menghulur kasih kepada Arissa (dengan bantuan kawan baik ARissa, Zulfa). Zamil tahu bukan senang untuk mencuri hati gadis yang selama ini dicerca siang malam. Dia perlu membuktikan kepada Arissa bahawa dia ikhlas dan tidak main-main. Watak Zamil juga perlu membuktikan kepada pembaca yang dia akan menjadi suami yang baik buat heroin kita :)


Kesungguhan Zamil turut dizahirkan dalam akuan bertulis demi membuktikan hajat hatinya bukan main-main. Masa tiga tahun digunakan Zamil sebaik mungkin untuk memenangi hati Arissa dan akhirnya hajatnya tercapai walaupun ibu Arissa agak bimbang dengan pilihan hati Arissa. Tidak banyak kisah alam percintaan dan pertunangan mereka diceritakan penulis. Mungkin kerana penulis mahu terus membawa kita menghayati kisah hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, langkauan tiga tahun itu membuat pembaca belum cukup yakin pada Zamil.


WAtak Ayie walaupun tak selalu timbul, peranannya utk menambah perisa benci dan sakit hati memang sangat kuat. Aku rasa dia nilah berperanan besar mengapi-apikan Zamil dan menggalakkan Zamil berprasangka hingga merekacipta fitnah yang keterlaluan terhadap Arissa. Malah setelah Zamil dan Arissa berkahwin pun Ayie mempersoalkan ketelusan Arissa meluluskan wang syarikat untuk kegunaan Zamil ketika menjalankan tugas. Memang teringin jer nak baca watak ayie ni kena sepak ('serr pak') dengan tapak tangan atau sepak ('sey pak') dengan kaki. haha siap bagi cara nak sebut!


Kelahiran Alif Rayyan menghiburkan hati Arissa dan Zamil namun gerimis-gerimis yang ditakuti pembaca sudah mula merintikkan cecair asidnya di tasik yang tenang. Jeng jeng jeng... Alam perkahwinan membawa mereka meniti jalan yang penuh liku, menduga hati dan perasaan, menguji cinta dan keikhlasan. Yang pastinya, menjadi isteri dan ibu membuat Arissa menjadi matang dan rasional dalam menghadapi dugaan. Cara dia decide untuk berpantang di rumah mertuanya setelah melahirkan anak kedua menunjukkan usahanya untuk menjernihkan keadaan yang semakin keruh. Perjalanan kisah yang mengajar Arissa dan Zamil tentang hati dan perasaan walaupun cara pengajaran yang diterima mereka adalah berbeza di hujungnya...


Kisah selepas perkahwinan memberi peluang kepada Iman Xara untuk membawa rentak cerita ke arah yang lebih beremosi dan drama, memerah air mata pembaca.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Seteguh manakah hati seorg isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?


Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti ajing dengan kucig tidak boleh berdekat. Seorg bermulut laser dan seorg lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata org, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan sua itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dgn Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dgn Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

Kau Curi Hatiku

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu utk ada fahami, dgn membaca Kau Curi Hatiku.

Sunday, February 14, 2010

Rumput Masih Hijau

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Rumput Masih Hijau
Penulis: Iman Xara
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789675118326
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
516 mukasurat


Last minit decision utk baca novel ni. So akibatnya, pukul 2 pagi baru aku tido. Dah la esok nya keja. TAk dak pasai cari pasai. haha.


Memang tak rugi aku berjaga habiskan buku ni. Nasib baik ending dia membuat aku tersenyum puas. hehe.


Dgn tajuk yg ada perkataan rumput dan cover yg ada gambar tumbuhan, skali tengok macam buku halaman pertanian lah pulak. Kalau terserempak kat rak kedai, memang gerenti aku tak sambar la buku nih. Nasib baik lah ianya keluaran publisher yg dlm senarai favourite aku.


TAk ada cerita cara2 nak tanam rumput sebagai tanaman tutup bumi atau rumput hiasan, ia cuma membayangkan harapan yg lebih baik sentiasa ada.


Permulaan cerita yg mungkin kita rasakan tipikal bg seorg gadis menaruh hati pada seorg lelaki yg segak berketrampilan serta baik hati. Cerita ini menyediakan arah tuju yg tidak tipikal. Membuat kita sama-sama memikirkan apa yg terbaik utk Wafa, siapa yg terbaik utk Wafa. Bagi saya, tiada sapa yg bersalah dalam kisah ini (ermm kecuali Ikram sekeluarga, hehe) semuanya permainan takdir yg menduga hati-hati insan yg terlibat dalam lingkungan takdir Wafa.


spoiler ahead: kalau tak nak tau mengenai jalan cerita kisah ini, boleh skip part bawah ni ya. kot2 la nak simpan suspen. ;)


Seorg ibu takkan pernah silap menafsir isi hati anak lelakinya, tetapi Naim sebenarnya menimbangkan apa yg lebih baik dan layak utk dirinya seorg duda beranak satu, tentulah yg sesuai dgnnya adalah janda beranak satu yg juga merupakan sahabat baik arwah isterinya. Dia cuba utk tidak pedulikan Wafa supaya rasa cinta tidak berbunga utk gadis itu. Saya amat senang hati dengan pilihan Naim walaupun itu tanpa sedar telah memalit malu pada Wafa yg sudah terlanjur menyatakan persetujuan pada ibu Naim yg pernah merisiknya.


Wafa memang seorg gadis yg sangat kuat mentalnya. Demi ibu Naim yg penyayang itu dia menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya hancur luluh. Wafa ni anak yatim yg menumpang kasih seketika dgn ibu Naim dan anak Naim, Asyikin.


Separuh dari novel ini akan membuat air mata bercucuran. Ha tu dia ayat, 'bercucuran' tuuuu... Memang tangkap nangis lah mengenangkan Wafa yg anak yatim piatu, ditemani hati lara menempuh hidup. Pertemuan dgn Murni telah membawanya ke pangkuan pakciknya yg kaya raya. Walaupun kebetulan yang agak keterlaluan tapi ianya manis.


Watak Adam tu memang kelihatan sangat pemalu apabila bersama-sama dgn Wafa. Aisyah pun kata Adam tu pemalu sgt dgn perempuan, tapi aku tak nampak pulak sikap pemalu tu bila dengan Mona. Macam tak ada pulak sifat malu-malu kucen dia.


Hujung2 cerita yang bakal membongkar pilihan Wafa sama ada menerima tawaran menarik Humairah atau jejaka setia pilihan keluarga membuat aku jadi tak sabar nak perabih, i kinda hoping aku ada kemahiran membaca dan memahami setiap baris dengan sngat pantas. Kedua-dua pilihan yg terbentang di depannya adalah ending yg tidak tipikal utk sebuah novel :)

Monday, October 5, 2009

Sepohon Rindu Terlerai

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iyza Amyza
Sepohon Rindu Terlerai
Penulis : Iyza Amyza
Terbitan: Rhythm Publishing
Cetakan Pertama 2006
isbn: 9559831875673
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM20.90


"Rindu yang hilang... kini kembali sinar kasihmu..."



Dah susah nak jumpa buku ni kat kedai2 buku, aku dpt bli ni pun kat kedai 2nd hand jer. Kenapa? sebab aku penah nampak cover buku ni dia mukasurat belakang2 novel yg aku suka 'Tanya Pada Hati' karya Iman Xara. ni adalah karya pertama penulis muda ini.


Kisah ini adalah cerita cinta terpendam. Aiman adalah jejaka yg pernah kecewa apabila ditinggalkan kekasih hati yg sudah berjumpa kekasih baru. Dia menjauhi diri dari wanita, namun kemudian dia menjadi lelaki yg suka berkawan dgn ramai wanita sehingga org mengecop dia sebagai playboy termasuklah Anis Najwa yg dalam diam menyimpan perasaan cinta kepada Aiman.


Aiman memang sudah jatuh cinta pada Anis Najwa tetapi Anis menolak huluran kasihnya. Anis tidak mahu menanggung perasaan kecewa jika bercinta dgn lelaki mata keranjang seperti Aiman. Aiman mengakui keluar dgn ramai wanita tetapi dia hanya jatuh cinta pada Anis. Dua kali Aiman mencuba menghulurkan cinta pada Anis tetapi kedua2nya ditolak dan mereka hanya kekal sbg kawan.


Kemunculan semula Amira mengundang rasa kasihan Aiman kerana Amira meninggalkannya dulu bukannya kerana ada kekasih lain tetapi kerana dia mengidap leukimia. Sekarang dia sudah semakin sembuh dan merayu semula cinta Aiman. Keakraban semula mereka menjauhkan anis dari Aiman.


Rizman, kawan seuniversiti sahabat baik Anis (Dani) turut jatuh hati pada Anis. Tetapi Rizman tak tahu dalam diam, sahabatnya Dani, sudah jatuh hati padanya. Dani hanya memendam perasaan dan melihat saja Rizman berusaha menghulur cinta kepada Anis melalui dirinya. Dani ni baik tak der langsung cuba memburukkan sahabat baiknya Anis, walaupun hatinya terguris.


Anis ni pun jenis suka jer layan org kat telefon, mungkin menimbulkan pengharapan dari Rizman mahupun Aiman.


Tapi Anis dapat membaca perasaan Dani dan cuba menyedarkan Rizman tentang perasaan sebenar sahabatnya. hehe suka pulak aku part Rizman-Dani tu. cute semacam jer ;)


Dalam pada tu, muncul kembali pulak jejaka yg pernah merisik Anis ketika dia berusia 15 thn dan kini Hakim sudah bergelar doktor. Kebetulannya Hakim tu ada kaitan kekeluargaan pulak dgn Amira, x-girlfren Aiman.



Cerita ni dimulakan dgn pertunangan Anis dgn Amirul dan kemudiannya di bab 4 hingga ke bab 40 lebih adalah flashback kepada kisah yg membawa kpd pertunangan itu dan kisah Anis-Aiman juga.


Amira sengaja merahsiakan pertunangan Amirul Hakim dgn Anis Najwa dari pengetahuan Aiman kerana tak nak Aiman terus mengenang Anis. Dalam perjalanan utk mendapatkan penerangan Anis, Aiman ditimpa kemalangan. Tragedi itulah yg mengembalikan Anis pada Aiman.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dalam persoalan hati antara Anis Najwa dengan Aiman, masing-masing memendam perasaan cinta. Biarpun aiman sudah meluahkan perasaannya, namun dia kecewa apabila hasrat hatinya ditolak. Bagi Anis Najwa, bukan kerana tiada rasa sayang di hati, tetapi takut diri dipermainkan. Peribadi Aiman menjadikan Anis Najwa takut utk menerima huluran kasihnya. Dia berharap Aiman berubah, tetapi harapannya hancur apabila Aiman kembali menyambung kasih dgn Amira. Anis Najwa tegar mempertahankan perasaan kasih dan setianya terhadap Aiman walaupun hatinya cuba dimiliki Rizman. Masa berlalu, Anis Najwa dipertemukan dgn Dr. Hakim, lelaki yg sekian lama menaruh hati terhadapnya. Lantaran itu, Anis NAjwa terpaksa akur akan takdir hidupnya walaupun hati tidak merelakannya. Namun, ternyata musibah yg menimpa Aiman telah mengubah perjalanan perhubungan mereka.



Friday, February 20, 2009

Tanya Pada Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Tajuknya aku suka. Membuatkan kita rasa nak segerakan membaca novel ni. Tapi biasala, kalau baca novel penulis yg namanya kelihatan agak baru, aku tak meletakkan harapan yg tinggi. Namun Iman Xara memang tidak mengecewakan dalam kisah ini. Aku belum pernah membaca bukunya "Sepohon Rindu Terlerai" sebelum ini tapi aku rasakan Tanya Pada Hati sangat menarik dan penyampaian sgt kemas dan berkesan walaupun terlalu berhati-hati.


Gelora hidup Farisya tak selalu bergolak, cuma apabila umurnya dan status bujangnya dipersoalkan, terbit riak jugak di permukaannya. Fitri sudah lama melatari hidupnya dan mereka adalah sahabat yg paling baik. Gurau senda menghiasi persahabatan mereka yang makin utuh. Namun apabila Fitri mula membuka hati buat seorg wanita bernama Idayu, Farisya mula merasai getaran cemburu. Dia cuba membuka hati buat Iskandar yang bijak dan baik hati demi utk melupakan Fitri. Tatkala itu, Fitri sudah kehilangan Idayu yg mula memberi perhatian kpd lelaki lain yang lebih lepas laku menunjukkan kasih sayangnya. Hati Fitri pulak dijentik cemburu melihat Iskandar tersenyum bahagia di sisi Farisya.


Sudah terlewat kah Fitri? Kasihnya buat Farisya hanya disedari setelah gadis itu disunting orang. Namun dugaan datang menguji kasih sayang Iskandar buat Farisya. Satu malam durjana Farisya yg terkandas di jalan raya hampir2 diragut kesuciannya oleh 2 lelaki yg tidak dikenali. Iskandar terus merasa jijik terhadap Farisya yang tubuhnya sudah pernah disentuh lelaki lain. Dia segera memutuskan pertunangan walaupun mendapat halangan keluarga kerana bukan senang utk mendapat calon isteri sebaik Farisya. Namun Iskandar nekad. Farisya kecewa namun Fitri sudah nampak jalan bahagia utk dirinya. Dia harus segera bertindak supaya Farisya tidak terlepas lagi.


Kisah ini lebih merupakan pengajaran buat insan2 seperti Idayu dan Iskandar yang membuat keputusan terburu-buru. Insan yang menjadi jodoh yang paling baik utk mereka sudah berada di genggaman, namun mereka menolaknya dan pencarian mereka akan berterusan entah berapa lama lagi utk berjumpa lagi dengan insan-insan bertanggungjawab seperti Fitri dan Farisya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...


Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?


Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini?


Apa yang menyukarkan dia memilih? Dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!


Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?


Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?

---------------


Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini.


RM20.00
480 mukasurat
ISBN 978-967-5118-14-2