Showing posts with label melatipublishing. Show all posts
Showing posts with label melatipublishing. Show all posts

Tuesday, July 8, 2008

Kus Spirit Boy

Rating:★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Rudolph The Red Nosed Boy
Kus Spirit Boy by Rudolph The Red Nosed Boy (RTRN)
Terbitan Melati Publishers 1994


buku ini adalah cerita dalam cerita. Cerita seorang A-Mat yang suka membaca novel pengembaraan Kus Spirit Boy sehingga kerja2 basuh pinggan di restoran terbengkalai.


Kus Spirit Boy adalah nama komersil Ku Mi yang berbadan besar. Kisah pengembaraan KSB bermula dengan kunjungannya ke kota lama utk melarikan diri dari manusia2 yg suka menyakatnya, lalu membawa pertemuan dgn Linggam dan pengembaraan misteri. Pertembungan dgn Pakkuda yg sentiasa berpistol menggerunkan KSB.


Si kembar Marco dan Marcio pulak bertemu dgn Ar Gie Jie Rie Gee yg mengaku puteri raja.


Kadang2 rasa macam kisah pengembaraan yg menarik dan lucu dan kadang2 rasa macam citer kartun pun ada jugak. kalau kisah ni dalam bentuk kartun komik, mesti lebih menarik, tak kira la utk org dewasa atau kanak2. Nama2 dalam kisah ni pun tak der lah bunyi melayu sangat.. ada Bebeto, ada Motorola.. hehe..

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

"Kalau kena gigit... phuh... tak sanggup aku nak bayangkan..."

"BESAAAR sangat!!!"

RM6.50
120 mukasurat

Tuesday, April 1, 2008

Fiona

Rating:★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ujang
Fiona by Ujang
Terbitan Melati Publishing

Kali pertama saya membaca karya Ujang. Bagi saya kisah ini memaparkan gaya hidup yang sangat bebas dan pergaulan lelaki perempuan tiada batasnya. cerita watak2 meneguk air haram diceritakan seperti minum milo atau kopi. rokok, arak, judi, perempuan adalah perkara biasa buat kebanyakan watak dalam buku ini. Tapi saya suka dengan sajak di kulit belakang buku ini yang menyebabkan saya membaca buku kecil ini.

Serba sedikit tentang citer ni.. Zack dan Ahadiat bersahabat baik. Zack terperangkap dalam kahwin paksa dgn isterinya yg dinikahi ketika masih menjadi isteri Dino, kawan baiknya. Dino seperti ada dendam tersendiri dan berjaya menggoda isteri Ahadiat. Pertemuan pertama antara Zack dan Fiona membuat Zack tergoda dan jatuh cinta. Fiona ni rupa2nya ada sugar daddy. Dia dan Zack pernah tidur bersama tapi tidak terlanjur. di hujung2 cerita pertalian antara watak2 rupanya tidak jauh. fiona rupa2nya girlfrien kpd Dato Johnny Black yg merupakan Zack & Ahadiat's punya business associate and also bapa kepada Dino. Thrill mula terasa apabila Dino ditemui mati dan Johnny Black mengesyaki Zack yg telah melarikan Fionanya dan Ahadiat yang isterinya pernah digoda Dino. Johnny black menyerahkan pistol kpd pembantunya dan mahu Zack dan Ahadiat ditangkap hidup2.. and then.. ada tertulis perkataan 'bersambung'.. haha.. ingat ker citer ni abis, tapi rupanya ada sambungan.. aduih mana la nak cari sambungan buku yang diterbitkan pada tahun 1993 mcm ni? *garu pala*

Sinopsis belakang buku:

Kubangkit berkali kali
untuk jatuh mencium bumi jejakmu
ku tarik jari jemari
hanya untuk mengelak sentuhan manjamu.
Ku mendongak ke sinar mentari
hanya untuk dibakar cinta panasmu
Kuselam laut nan biru,
hanya untuk menyelami karun hidupmu.
Kukait bintang di awan,
hanya untuk menerangi hari-hari silammu.
Kucuba menjauhkan diri,
hanya untuk tidak kembali ke pangkuanmu.
Kuteguhi hari-hari muka
hanya gagal melupakan wajahmu.
Aku berdiri di sini... Fiona,
hanya untuk kecundang dalam...
cinta kasihku.

park inn, penang
november 30, 1993
ras adiba radzi

RM6.90
150 mukasurat