Showing posts with label miakhaidina. Show all posts
Showing posts with label miakhaidina. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Andainya Kukembali

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mia Khaidina
Andainya Kukembali
Penulis : Mia Khaidina
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
9789675234941
423 mukasurat


"Apabila cinta tidak ada kekuatan untuk tumbuh sendiri, tidak salah menanam cinta, membajanya utk ia mekar dan bertunas."


Azlin adalah satu watak yg sangat kuat dan bertunjang kukuh. Cinta pada Marc tidak membutakan cintanya pada Allah. 8 tahun dia setia pada Marc dan cuba menarik Marc ke arah Islam, namun Marc tak dapat membezakan budaya dan agama dlm masyarakat Islam. Maka tinggalah Marc dgn tanggapan sehalanya dan Azlin membawa hati yg kecewa balik ke Malaysia.


Sebagai wanita berkerjaya yg menghampiri usia 30 tahun, dia berasa tersindir dgn kata2 org sekelilingnya kerana belum berumah tangga. Kehadiran Amri mnarik perhatiannya, namun semakin mengenali lelaki itu semakin terserlah sifat cemburu butanya. Azlin jadi tawar hati terhadap Amri yg mula mengongkong hidupnya dan sangat tidak gemarkan kerjaya kewartawanannya.


Di saat dia ingin menjauhi Amri, ibu dan ayahnya semakin terpikat dgn sifat sopan santun Amri dan mahu Amri sbg menantu. Azlin tersepit dalam membuat keputusan. Umur yg semakin bertambah, harapan keluarga, semuanya membuat Azlin menerima Amri walaupun tiada cinta. Ada yg berkata lebih baik berkahwin dgn lelaki yg menyintainya daripada berkahwin dgn lelaki yg dicintainya. Azlin mahu menyintai Amri.


Ketiadaan Azlin membuat Marc semakin menghampiri Islam. Scene pengislaman Marc tu buat aku menangis. Sangat menyentuh perasaan.


Setelah memiliki Azlin, Amri semakin berkuasa dan dikuasai cemburu. Azlin tidak kelihatan sebagai watak yg lemah walaupun dia didera Amri. Penulis berjaya menyerlahkan kekuatan Azlin melalui sikap dan pendiriannya. Azlin seorg wanita yg rasional dan berhati-hati. Tapi bila dia tak report polis tu, aku jadi geram lah pulak. Memang dia nak menjaga air muka ibu bapanya, takkan baru 2 bulan kawin dah nak bercerai berai. Amri tu dah boleh dikira peguam yg ada masalah mental. EGO. Sentiasa merasa dirinya tak bersalah dan meletakkan semua kesalahan pada Azlin walaupun jelas dia yg sentiasa GAGAL mengawal perasaan marah.


Bila Azlin sudah tidak sempurna, Amri mudah saja menceraikannya. Masa tu barulah ibu dan bapa Azlin mengerti, menantu yg baik tidak semestinya menjadi suami yg baik. Marc pula? Allah telah memberi Azlin yg sangat sempurna yg setia padanya selama 8 tahun, tetapi dia terlalu keras hati. SEkarang Azlin masih Azlin dan Marc mahu kembali padanya. Tapi mahukah Azlin?


Novel ini mengandungi bait2 kata yg memberi kesan pada jiwa aku (fuhh jiwa tu...). Memorable dan menyentuh perasaan. Bagi yang menghayati kisah Marc, kisah Azlin, anda pasti tersentuh dgn ayat ini, "Kalau itu takdirnya, itulah milikku. Kerana Allah pernah memberi Azlin yg sempurna padaku dulu. Tapi aku membuangnya jauh. Justeru andainya perlu kembali ketika ini dlm keadaan kau yg sebegini, Aku sangat redha."


Amri dan Marc kedua-duanya Islam dan kedua-duanya menyintai Azlin. Tetapi persepsi cinta mereka sangat berbeza. Adusss.. kisah yg membuat aku menangis lagi...


sinopsis/blurb


Cinta itu manis utk dikenang tapi cinta itu lebih manis bila kita dapat menikmatinya dan menghabiskan usia dgn dia dan kita benar-benar cinta. Percayalah kataku Marc adalah sebahagian daripada perjalanan engkau mencari cinta yg luhur. Antara cinta pada Marc dan cinta pada Allah, aku sangat berbangga mengenali kau Lin, yg mampu meninggalkan cinta pada Marc utk Nya. Azli mengangguk lewat kata2 itu, ya masakan dia perlu menjadi murtad semata-mata utk bersama Marc? Nauzubillah min zalik... aku impikan syurga!


Begitulah menjadi manusia bernama perempuan Lin, kalau belum kahwin sibuk ditanya bila hendak kahwin, bila sudah kahwin, sibuk ditanya bila hendak dapat anak, lepas tu bila nk dpt menantu.


"Kadangkala Allah menguji kita dgn menemukan kita dgn org lain sebelum kita bertemu dgn jodoh yg sebenar. supaya kita lebih menghargai kebesaran-Nya" - Anita


"Marc, kenapa baru kini mencari?" Marc senyum.
Debar di dada surut perlahan-lahan. Suara Azlin masuk ke jantungnya.
Marc terhidu-hidu bau pertemua lalu yg penuh rindu.
"Marc, jujurnya aku tidak perlu simpati," tubir mata Azlin panas tiba-tiba. Aduh... air mata janganlah engkau menitis!


--------
Setinggi mana pembangunan, sehebat mana pendidikan, persepsi wanita yg berkahwin lewat sebagai 'tidak laku' sukar dikikis di kalangan sebahagian masyarakat. Justeru, ada wanita memilih jalan singkat, berkahwin atas dasar memadam stigma sosial dan bukan utk membahagiakan diri sendiri. ANDAINYA KUKEMBALI adalah kisah kekuatan seorg perempuan yg ingin membuat pilihan terbaik dlm hidupnya namun tewas dgn stigma sosial masyarakat.

Kala Hujan Menitis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mia Khaidina
Kala Hujan Menitis
Penulis: Mia Khaidina
9789833669912
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM20.90
453 muka surat
Terbitan Buku Prima


"Bebaskah mereka mencari bahagia? Bisakah cinta lama bercantum semula?"


Nadia, gadis polos yg percaya maruahnya luluh di tanah asing, sedangkan itu semua hanya mainan Dani utk merebut Nadia dari Khairi (Kay). Dani sengaja buat Nadia percaya yg dia telah ternoda namun Nadia tanpa sedar menjadi taruhan mainan perniagaan ayah Dani. Nad terlepas ke tangan Datuk Borhan. Ada kanser prostat tapi ada hati nak berbini dua.


Nadia menyangka dia terlalu kotor utk insan sebaik Khairil dan sebab itu lah pertunangan mereka diputuskan dgn alasan dia telah menjadi mangsa rogol dan Dani adalah penyelamatnya. Sayang betul dia tak tau aktiviti sebenar Khairil yang jauh lebih kotor dari dirinya. Nadia masih suci cuma sendiri tidak tahu kenyataan itu.


Khairil mmg frust dgn keputusan Nadia. Dia sungguh2 cintakan nadia, tapi terpaksa dilepaskan. Setelah kembali ke Malaysia Khairil nekad mahu meninggalkan dunia penuh noda, tapi di sini dia tak dapat pekerjaan lalu terjebak semula dlm noda.


Nadia seperti sengaja menjebakkan dirinya dalam dosa bila berhubungan dgn Dani sdgkan dia masih isteri Datuk Borhan. Mungkin kerana dia percaya dia telah tidak suci lagi, tapi sebenarnya itu semua tipu muslihat Dani.


Walaupun Khairil dan Nadia sama2 berdosa tapi rasa mcm Khairil tak layak utk Nadia, tapi kalau dah jodoh tak ke mana. Khairil terlibat jadi anak ikan simpanan sorang Datin yg kebetulannya madu kepada Nadia. Datuk tu bertaubat la jugak tapi Datin Aisy tu terus kesesatan. Siap perangkap Khairil supaya tertangkap basah dgn dia, so tht Khairil tak dapat Nadia. Dia tak segan ker dgn anak2, nak kawin jugak2 dgn Khairil yg muda belia tu. Ending dia aku suka biler Khairil tak appear kat pejabat Kadi sedangkan Datin sekeluarga dah berpeluh2 tunggu dia :)


sinopsis/blurb:

Tapi bagaimana kalau Nadia tahu? Bagaimana kalau Nadia tahu aku lelaki kotor yg berdosa? Apakah aku layak untuk bersamanya lagi dalam keadaan begini? Apakah dia sudi utk bersama aku? apakah aku ini ditakdirkan untuk hidup bergelumang dosa sepanjang usia?


Khairil bahagia melihat Nadia gembira. Dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. Dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. Berhijrah ke ruang yg lebih diredhai. Ya, dia mahu berubah. Dia mahu berhijrah.


Khairil melangkah longlai ke kamarnya. Hatinya berbaur rasa. Entahlah... waktu begini dia tidak tahu apa yg harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. Dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu ttg sejarah hitamnya. Dia tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yg penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hidupnya yg berbalam.


"Saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dlm sangkar emas penuh noda. Saya perlukan lelaki jujur yg luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaanNYA saya tidak perlukan lelaki hipokrit. Saya perlukan suami yg boleh membimbing dunia akhirat.


Saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih ALLAH. Saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."


"Saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis."

---------
Gaya hidup mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yg meruncing antara yg cuba disampaikan dalam novel ini . Utk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. Kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan berwatak gelap, Nadia dan Khairil yg terjerumus dlm dunia kemaksiatan Bermula dengan putusnya pertunangan yg mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri.
~Mia Khaidina~