Showing posts with label promo. Show all posts
Showing posts with label promo. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Promo Minggu ini...

hehe dah lama aku tak buat promo. Rasa mcm tak der masa nak browsing dan mencari info. Sekarang rasa mcm kesuntukan masa jer. apa2pun pagi2 deepavali ni sempat la aku menjengah blog ni. lepas ni nak update beberapa review yang aku belum update di sini :) Sekarang ni dari ofis dah tak boleh access multiply ni. so kat rumah la boleh update, masalahnya lepas balik keja tu dah malas dah nak jengah2 blog. rasa nak berehat dan nak tido jer.

ok update update!

Yo orang2 kulim! hehe ada rasa nak jumpa siti saleha live? last weekend masa balik kulim aku ada ternampak poster Siti Saleha Enchanteur. Kalau ikut poster tu, siti saleha akan berada di Giant Kulim pada 29 Oktober 2011, sabtu ni jam 3-5 petang. so sapa2 nak gi amik gambar ngan siti saleha atau nak tengok si 'Nora Elena' dari dekat, boleh la ke sana ya? :)


Next! hehe orang2 yang di sekitar plaza angsana johor baru, mari serbu ke sana dan jumpa novelis2 alaf dan buku prima dari 28-30 oktober dr jam 10pg - 10 malam. boleh la gi kumpul tandatangan :) ni jadual penulis2nya.


Bagi kengkawan yang sekitar KL jangan risau, kita pun ada tempat nak serbu jugak :) mulai hari ni (26/10/2011) boleh la kita pegi jalan2 dan shopping buku kat Expo Buku Islam. Expo ni akan belangsung sehingga 1 November 2011. Antara penerbit yg join expo ni adalah Jemari seni, telaga biru, galeri ilmu dan must read :)


Ada rancang nak bawak anak2 jalan2? haaaa jom pegi dataran merdeka. Ada Festival buku kanak2. Ada banyak aktiviti menarik untuk anak2 di sana :) dari jam 10pg - 6ptg. hmm jemari seni pun ada tawaran hebat utk those yang beli buku di sana :) poster promo seperti di bawah ya? aku copy poster promo alaf dan jemari seni :)


Dan akhir sekali, aku nak panjangkan jemputan dari jemari seni. diorang nak ajak korang makan2 nih. bagi yg berminat sila ambil tindakan segera ;) tempat terhad tau.


sekian wasalam utk promo minggu ini. Mak Long tengah rajin update nih...chaiyo! chaiyo!

sure fine whatever
rinn

Wednesday, June 29, 2011

Siti Saleha & Remy Ishak @ Alamanda

Sesiapa berminat boleh la datang ye? hehe.

info dari: http://deyna83.blogspot.com dan budiey.com

sambil-sambil tu bleh singgah kfc :)

 

Sunday, February 13, 2011

Sesi Bersama Penulis NB Kara

terima kasih Kaksu dari NB Kara atas makluman ini. So skrg kita nk tolong war-warkan mengenai sesi bersama penulis nbkara ni. details seperti di bawah :)

Sesi bersama Penulis NB Kara Sdn Bhd.
19hb Februari 2011 (Sabtu) / 2pm - 3pm / MPH Mid Valley
Temui penulis
Norhayati Berahim, penulis novel  Hujan Pun Menari & Dari Kerana Mata
bersama penulis novel 
Nora Ismail,  penulis novel ...Dan Cinta Pun Tersenyum.
Temui mereka untuk sesi bersoal jawab dan juga borak santai.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Wednesday, November 10, 2010

Jemari Seni: Bicara Buku V

 

Penah join program bicara buku? ni kira review buku secara ala2 forum lah. Memang menarik. Jemari seni akan mengadakan sesi bicara buku untuk dua karya terbitannya iaitu ANTARA SAFA DAN MARWAH dan 26 EPISOD GOSIP.

Susah nak pegi sebab ada anak2 yg tak der org nak jaga? haaa tak per, diorang ada sediakan sesi bercerita pada waktu yg sama sesi bicara buku dijalankan. so mak-mak dengar bicara buku anak2 pulak dengar kakak Warna bercerita. hehe. Makanan pun disediakan :)

Sesi ini akan berlangsung di Rumah Jemari Seni beralamat di:

No. 22, Jalan 4/7N 
Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan 
43650 
MALAYSIA (Peta Lokasi saya ada paste kan di bawah ni)

Tarikh: 27 Nov. 2010
Masa: 3.00 ~ 5.00 petang
Nyatakan kehadiran anda kepada Yana (019-3832434) atau e-mel ke info@jemariseni.com
Tempat terhad (30 orang pertama)

Sebelum balik tu bleh la shopping buku2 jemari seni pada harga diskaun sekurang2nya 20% kadang2 diorg buat offer one day only 30%

so, kalau nak gi tu jgn lupa contact Yana yer? kalau malu2 kucing nak call, sms pun buleh. emel pun laaaaaaaaaaaagi buleh.

KLIK PETA UNTUK TENGOK IMEJ YG LEBIH BESAR :)

 

Friday, April 16, 2010

Buku Baru!



Kau Selalu Ada
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Durrah Fatiha
ISBN: 978-983-124-537-8
Terbitan Alaf 21


Sinopsis:


MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.


Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin.


Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan.


Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!

Ku Percaya Ada Cinta
Penulis: Rudi Hirdy
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM20 AHLI: RM16
SABAH & SARAWAK: RM 23 AHLI: RM 19


"Kadangkala... kebetulan itu satu detik permulaan yang indah"



Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak terkebelakang dalam berfesyen serta digelar sebagai ‘wanita sihir’ oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.


Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun di mahkamah rela dijadikan sebagai ‘hamba tebusan’ dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.
Dalam masa yang sama, papa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai ‘kekasih gelapnya’ – Gabriel.

Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.
Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib… pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu?


Hmmm… bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch yang sebenarnya?



Anugerah Cinta
Penulis: Nurul'Ain
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
SEMENANJUNG: RM19 AHLI: RM15
SABAH & SARAWAK: RM 22 AHLI: RM 18


Cinta yang ada pada hati adakalanya satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima.


Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembok besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali yang kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan...


Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam. Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya.


Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.


Kasihku Satu
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Amiza Anaz
ISBN: 978-983-124-531-6
Penerbit Alaf 21


Sinopsis:


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang disangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?






Cinta Dua Benua
Aliaa Rohani
RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-31-0
Terbitan Buku Prima


Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah. Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.





Coklat, Bunga & Si Cupid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
Penulis: Zara Amani


Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.