Showing posts with label redang. Show all posts
Showing posts with label redang. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Kuala Terengganu & Balik KL - Post Redang




Sabtu 11/7/2009 Kitorang dah sampai KUala Terengganu. Bila sampai tu dah rasa lapar dahaga semua. Sementara tunggu Anita Aruszi sampai, kitorang makan2 dan minum2 dulu.


LEpas check in balik kat Ping Anchorage,, Nita dengan adik dia bawak kitorang jalan2 dan shopping2 kat Pasar Payang n then terus ke Taman Monumen masjid2 dunia tu and then kitorang solat maghrib kat Masjid Kristal.


Mlm tu Sil balik dulu sbb ada hal. THanks so much Anita & adik nyer sebab angkut kitorang semua sekali gi hantar Sil. kalah nak hantar org gi umrah.. dah lambai2 bagai.


Then sebelum berpisah, Nita bwk makan kat restoran McGyver. Aku berpeluang gak rasa nasi goreng special Mc Gyver. huhu... sedaaaaaaaaaaap. air buah dia semua ada one scoope of vanilla ice cream.


Esok paginya kitorang bangun awai lagi sb flight awal pagi. pukul 6 lebih dah naik teksi utk ke airport. Dan kebetulan selepas check dan masa tengah breakfast, tersermpak dengan SYUD yg kebetulan satu flight balik ke KL yg sama :) so apa lagi... ambik gambo ler. tambah koleksi :)


Lepas sampai LCCT tu kitorang naik bas la balik KL Sentral. Aku, dd, ngan jun gi ronda2 kat markas cari buku :) banyak jugak la yg terbeli dan ada yg org pesan. Lepas jun check in kat hotel, kitorang terpengsan for at least 1/2jam. hoho. lepas mandi2 baru la aku gerak balik ke PUtrajaya :)


abisss..


sure fine whateverr
rinn

Pulau Redang 9/7-11/7/2009




Ni plak gambar2 bermula dgn part yg kitorg mula2 menjejakkan kaki ke persisiran Pulau Redang ni. Memang jadi rasa tamak haloba cemana ntah.. semua sudut rasa nak snap dan setiap satu sudut tu, mau tiga empat shot aku ambik... Every angle is a masterpiece! SUBHANALLAH


Kitorang dok kat Redang Lagoon. Cute little chalets yg sesuai utk 3-4 org. 2 tingkat tau. ada tilam queen size di tingkat atas dan tingkat bawah. Corner lot la best sikit sbb ruang dia lebih besar. ish. jeles plak denga jiran sebelah. hehe.


Ada 3 kali sesi snorkling. Yg first day kat Pulau Lima. Sini bleh nampak ikan2 dan batu karangnya. yg 2nd day sebelah pagi kat Marine Park. Sini byk ikan jer, tak der batu karang sb dekat dengan pantai. Permandangan kat sini cantik sangat. And sebelah petang tu tempat snorkling kat Pulau Kerengga. Laut kat sini dalam betul. Batu karang dgn ikan nampak sayup sayup nun di bawah sana. ada gak yang nampak penyu. aku tak nampak lah pulak.


Selain daripada sesi snorkling yg disediakan, kitorang ada gak buat sesi snorkling suka hati kat tepi2 pantai. :) siap ada kelas mengapungkan diri lagi. hehe.


Last day tu masa nak balik, kitorang ketinggalan bot utk ke feri sebab misinformation dari pihak chalet.. siap kena buat isyarat kecemasan lagi ha.. hehehe.. nasib baik tak der kena buat isyarat asap ker semboyan ke.


Around noon kitorang dah sampai ke Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu.


sure fine whatever
rinn

Kuala Terengganu - Pra Redang 8/7/09-9/7/09




Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi bercuti. Before this kalau jalan2 pun, atas urusan rasmi atau ada tugas la. Kali ni betul amik cuti utk bercuti. Memang berbeza perasaannya. Kalau bercuti mcm ni baru la betul2 bleh enjoy la sikit sb tak payah pikir hal keja.. selalunya mesti terfkir nanti next session meeting apa pulak nak kena settle, ntah2 pukul 2-3pagi blum tentu bleh tido lagi.. aduih.. penat!


Rombongan 9 org ni berkumpul kat kL Sentral, eh... silap Jujun sorang la yang tiba dari miri dgn connecting flight dia. nasib baik la dia berlari utk mengejar flight ngn cukup2 masa jer utk cek in.


First time aku naik air asia and first time jugak dpt pilot pompuan. Nama Norashikin. Kitorang cek in kat Ping Anchorage kat K.T dan sampai2 tu memang la lapar. Kitorang gi makan kat Stesen bas K.T. Then terus jalan kaki sambil mencuci mata menghala ke Pasar Payang yg femos tu. Then kitorang survey la jugak lokasi Jeti Syahbandar sebab esok pagi2 dah nak amik Feri Sejahtera terus ke Pulau Redang.

Kitorang mkn mlm kat Dataran Syahbandar dan biler return balik ke HOtel malam tu memang dah letih dan terlena.


Ping Anchorage ni hotel dia murah jer, RM35 satu malam. Utk backpackers yang singgah sekejap2 kira ok la sbb memang dia sediakan basic needs utk bermalam. Katil queen, meja sisi, tempat sidai kain semayang and tht's it. lantai pun tak der alas. Tempat mandi kat luar, macam asrama lah pulak.


Nanti aku tambah gambar2 kat Redang dlm album lain pulak :)


sure fine whatever
rinn