Showing posts with label shawa. Show all posts
Showing posts with label shawa. Show all posts

Saturday, October 27, 2007

Penghujung Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:S. Hawa
Penghujung Rindu by S. Hawa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Lagu rindu bernyanyi di hati yang dah berbunga"

Lepas baca buku ni, saya pi la kat web alaf nak mencari maklumat mengenai enulis dan buku ni, tapi result carian keluar "tiada rekod" hmm kenapa ye? whatever pun, buku ni dah seminggu saya habis baca cuma tak berkesempatan utk mengetuk keyboard utk buat entry kat website ni.

Karya s.Hawa yang pernah saya baca sebelum ini adalah Diari Seorang Guru dan saya aaaaaaaaaamat menyukainya. Ini juga merupakan salah satu faktor yg menyebabkan saya membaca buku 'penghujung Rindu' ni, selain dari itu, masa sibuk2 macam ni saya memang aim baca buku2 yang lebih nipis. Teknik penyampaian penulis ni memang ringkas dan pantas. Teknik ni digunakan semasa dalam "Diari Seorang Guru" dan ianya amat bersesuaian tetapi dalam 'Penghujung rindu" teknik nyata tidak berkesan dan di awal2 cerita saya cepat bosan. Bila tiba di pertengahan cerita barulah saya boleh meneruskan sehingga tamat cerita. misteri siapa talibarut nenek Farha agak menarik. Kebetulan yg timbul dari pertemuan Farha-Adam seperti terlalu cepat kerana terus membawa dia kepada wanita yang dicari-cari iaitu ibu kandungnya. mungkin sebab tu buku ni tak der la tebal sangat. Konflik ibu kandung Farha dgn neneknya tidak diselesaikan. tak tau la nenek Farha tu idup ker, dah wasalam ker. Buku ni sesuai dibaca semasa kita betul2 free.

serba sedikit tentang cerita ni, semasa nenek Farha koma, dia mendapat tahu neneknya cuba utk mensabotaj restoran milik ibu kandung Farha yg disangkanya telah mati. Ini membawa Farha ke bumi Keningau. Pertemuan dgn Adam membawa Farha terus ke ibunya yg tidak tahu latar belakang Farha. Farha mahu mencari tali barut yang mahu menjatuhkan ibunya dan
pada masa yg sama mahu mencuri kasih ibunya. Kasih ibu dipancing, kasih Adam pulak yang bertaut.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Naluri manusia berkasih sayang, walau bagaimanapun cuba diputuskan... biar disekat dengan tujuh petala langit, namun naluri kasih seorang anak terhadap ibunya tetap kuat terasa.

Farha, gadis yang selama ini mempercayai ketiadaan ibunya sejak bertahun lalu, tidak dpat menahan rasa apabila mengetahui cerita rekaan tersebut palsu belaka. Keputusan dibuat, ibu yang dikatakan telah tiada perlu dicari. Tidak ada siapa yang dapat menahannya. walau
nenek yang selama ini menatangnya sepenuh hati cuba menentang, tapi kuasa kasih sayang... sukar dimengerti.

Lantas Farha menguatkan tekad cuba mencari ibu tercinta. Meski di sudut hati dia tidak begitu meyakini, namun dia berserah pada takdir dan percaya... kuasa kasih sayang adalah kuasa yang akan mengatasi segalanya.

Pertemuannya dgn Adam secara tidak sengaja berjaya merungkai seribu persoalan yang terpendam selama ini. Meski dia sudah bersedia menerima segala kemungkinan, namun banyak perkara yang tidak diduga terpaksa ditempuhinya. Berakhirkah kemarau rindunya atau mungkinkah duka berpanjangan? Dia pasrah menerima segalanya...

RM11.00
246 mukasurat

Wednesday, March 21, 2007

Diari Seorang Guru

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:S. Hawa
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Diari seorang guru by S. Hawa


"Dari helaian waktu kutemui halaman dirimu"


:) ntah kenapa this book manage to make me smile. Memang rasa macam baca diari. Gaya bahasa sangat santai seperti bercakap dengan diri sendiri. Pengalaman seorang guru baru, Kamaliah memang menarik dan realistik (mungkin sebab saya pon penah gak merasa jadi cikgu baru).


ntah mengapa rating saya utk kisah ini agak tinggi, mungkin dikaitkan dengan pengalaman sendiri jugak kot :)


Dalam coretan diari ini Kamaliah meluahkan segala-galanya, tentang keluarganya, kisah seharian di sekolah, perasaan yang mula berputik terhadap Azhar yg di conquer oleh cikgu Rozita.


Pengalaman-pengalaman kelakar yang dititipkan juga sekali sekali menyebabkan ketawa tersembur keluar especially masa dikejar sekumpulan sapi jantan semasa menunggu bas dan juga kejadian 'fire drill' yg menyebabkan Kamaliah yg tak tau apa2 lari berterabur sama ligatnya dengan budak2 lain yg panik, dgn rambut mengerbang dan bersalut salah satu baju tidur yg menjadi koleksinya.


Cerita yang biasa tapi cara penulisan yang menarik dari perspektif yang lain menjadikan buku ni agak special.


SErba sedikit tentang buku ini. Mengisahkan cikgu Kamaliah yg mula bertugas di sekolah sri Meranti. Agak jauh dari rumahnya, terpaksa naik bas yg disewa khas. Di skolah Kamaliah bertemu dgn guru2 yg bermacam2 perangainya spt cikgu syam yang peramah dan becok, cikgu azhar yg mulanya pendiam tapi sgt menyenangkan, cikgu rozita yg cemburu kerana syok kat cikgu azhar dan lain2 lagi lah. Cabaran besar Kamaliah di sekolah adalah berdepan dgn pelajar, cikgu rozita yang dah anti dgn dia dan juga musuh tradisinya sejak azali iaitu tikus.


Ada juga diselitkan kisah kakaknya maliah yang bercerai akibat fitnah dan angkara orang luar yg berhasad dengki dgn bekas suaminya. Kamaliah memainkan peranan menjernihkan semula keadaan.


Sure fine whatever


Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd.
Sinopsis Belakang buku:


Kehidupan Cikgu Kamaliah berubah sejak bertugas sebagai guru di Sri Meranti, sebuah sekolah pedalaman di Sabah. Di sanalah pelbagai peristiwa pahit dan manis dialami satu persatu. Karenah pelajar-pelajar tidak melunturkan semangatnya, tetapi sindiran guru-guru lain pula mengundang rasa putus asa.


Di kala menghadapi perit getir, kata-kata perangsang dan dorongan daripada Cikgu Azhar membuatkan Cikgu Kamaliah tidak keseorangan. Semangatnya berkobar-kobar untuk menjadi pendidik yang berdedikasi demi bangsa, agama dan negara.


Hubungan rapat Cikgu Azhar dan Cikgu Kamaliah membuatkan Cikgu Rozita cemburu dan menuduh Cikgu Kamaliah mahu merampas Cikgu Azhar daripadanya. Namun peristiwa 'fire drill' di asrama merungkai memori empat tahun lalu.


Diari milik Cikgu Kamaliah tercatat segala rahsia hati. Tatapilah diari ini untuk mengetahui apa yang akan terjadi. Diari yang sarat dengan pengalaman, kasih sayang, suka duka kehidupan, pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.


Sinopsis dari website Alaf21:


Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.


Harga RM 11.00
300 mukasurat