Showing posts with label top10. Show all posts
Showing posts with label top10. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Top 10 Buku Paling Kerap Diulang Baca 2009

Sekejap jer dah nak abis tahun 2009 ni. Fuh... cepat sungguh masa berlalu.


Ada jugak yg request buat top 10 list utk buku baru paling best. Aku rasa aku tak boleh la nak buat camtu. Buku baru berapa kerat sangat yg aku baca. So mcm last year, aku buat top10 buku yang paling kerap aku ulang baca utk sepanjang tahun 2009 tak kira la buku tu terbitan tahun bila. ada gak buku lama yg aku suka baca sampai lunyai, so masuk lah jugak dlm list ni. Kadang2 tu buku tu aku present kat kawan2 yg rajin bg pinjam buku, lepas tu aku p beli lain utk diri sendiri. haha... dapat la yg baru. Biasanya aku suka memilih buku yg membuat aku gelak ketawa... tapi kadang2 aku rasa nak baca buku sedih jugak.


Bila aku tengok2 list buku2 yang aku dah baca tahun ni, aku dapati buku2 yang aku baca tahun ni menyusut bilangannya berbanding tahun-tahun sebelum ni. Huhu... adakah bermakna aku dah semakin malas membaca? bukan sikit pulak tu.. difference kira2 50 buah buku. Dopamine is kicking in... (aku baca kat blog anita aruszi hehe)


bermula dengan 200 lebih buku setahun, menyusut ke 150 buah buku setahun dan tahun ni sekitar 100 buah buku sahaja. Kalau benda ni konsistent maksudnya tahun 2010 nanti aku baca 50 buku saja la dan tahun berikutnya sebuah buku setahun? haha. tapi memang penah dengar org kata, minat/cinta kita pada sesuatu akan memuncak selama 2 tahun sahaja dan kemudian ia akan semakin menyusut. Betul ke? Memang aku perasan yang sekarang ni aku dah kurang membeli buku berbanding tahun-tahun sebelum ni. Kecuali pesta buku pwtc. sbb masa tu banyak buku murah2. Mungkin jugak sbb lambakkan buku dari pwtc tu yg memenuhi gobok kat rumah aku membuatkan aku kurang membaca buku baru. bila aku stat baca buku baru tu, buku dah jadi buku lama dah. :)


Tahun ni aku lebih banyak membaca semula buku2 lama yg aku suka berbanding buku yg masih tersadai kat rak. Mcm tahun lepas, ni aku buat top10 list utk buku2 yang paling kerap aku ulang baca utk tahun 2009.

10. Rindunya Kian Membara by Noor Suraya



9. Kau sayangku by Bikash Nur Idris


8. Bunga Syurga by Anita Aruszi


7. Tentang... Dhiya by Syud


6. Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati


5. Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri


4. Jika Benar Cinta by Lynn Dayana


3. Sejuta Nafas Cinta by Shanika Latisha


2. Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa


1. Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman


so that's it!!! ni lah buku2 yg paling banyak kali aku capai dan baca utk tahun ni. kalau nak ikutnya ada banyk lagi ni  tapi yg 10 ni la paling kerap. Kengkawan boleh gak kalau nak bagi top10 list sendiri kat comments di bawah. happy to share. :) thanks sooooooooo much for visiting. Tak der la aku sunyi sorang2 kat sini. haha.