Showing posts with label utusanpublications. Show all posts
Showing posts with label utusanpublications. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Childrens Books
Author:Othman Puteh & Aripin Said
Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia
Teribitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Diselenggarakan oleh: Othman Puteh & Aripin Said
RM39.90

Hanya dengan harga RM39.90 u get a great compilation of cerita rakyat. Aku suka kisah-kisah dalam buku ini. Banyak yang membangkitkan nostalgia zaman kecil dahulu.

Cerita ini lebih sesuai dibaca sendiri terutamanya those yang 7 tahun ke atas. Kalau nak cerita kepada budak2 3-4thn mungkin akan susah sikit nak faham sebab gaya bahasanya yg lebih matang dan dewasa. Unless kalau pencerita mengolah semula bahasa mengikut kefahaman yang bersesuaian dengan kanak-kanak peringkat umur tersebut. You can see the excitement in their eyes menghayati kisah-kisah dalam buku ini :)

Aku pernah guna cerita-cerita di sini untuk bercerita kepada anak-anak sekitar 2-4 thn dengan cara membaca terus dari buku, tapi diorang tak faham. Kita kena faham cerita tersebut sebelum menyampaikan semula kepada anak2 ini dalam versi yang mudah mereka fahami yang sesuai yang perbendaharaan kata anak-anak sekitar umur tersebut.

Kadang-kadang yang ada yang suka beli loose copy yg satu buku satu cerita nipis, mungkin patut beli this book. Kita dapat 366 buah cerita dalam sebuah buku, for me, this is a priceless collection :) Kalau tak minat membaca pun, boleh ja baca satu cerita sehari dan by the end of the year, dah abis dah semua story :)

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku

Berseronoklah menikmati cerita binatang, jenaka, pari-pari, lagenda mitos, hantu dan asal usul, sambil belajar mengenai budaya dan tradisi masyarakat bumiputera Malaysia.

Antologi terbesar cerita rakyat Malaysia:
Bacaan harian selama setahun; 1 cerita 1 hari dengan tambahan 1 cerita bulanan

Bacaan warisan yg bermanfaat untuk setiap kanak-kanak:
Dibaca sendiri atau dengan bantuan ibu bapa.

Cerita dibahagikan kepada 2 kategori:
Kategori negeri - cerita rakyat setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak
Kategori nasional - cerita rakyat yang telah diakui sbg milik rakyat Malaysia seluruhnya.

Menggunakan bahawa yg terkawal:
Pemilihan kata berdasarkan senarai perkataan Buku Panduan Bahasa Melayu KBSR
Beberapa perkataan di luar senarai sengaja ditambah dengan maksud meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menggunakan Bahasa Melayu moden dengan mengekalkan gaya klasik.

Cerita disusun sempena hari tertentu antaranya hari Guru, hari Ibu dan Hari Kebangsaan.

Setiap cerita mempunyai nilai murni yg disarankan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan disertai ilustrasi berwarna warni.

Antara cerita menarik:
Pelanduk Berani Negeri Terbilang * Raja Bongsu Pinang Beribut
Udang Galah Bongkok * Puteri Naga Menjadi Pulau
Kerana Tebu Sebatang * Buntat Teloh * Labah-labah Buncit
Pengorbanan Kansiduon * Gergasi Pindah Negeri * Kuda Hijau
Bujang Terboyai * Perang Kayangan * Subang * Budak Membina Negeri
DAN BANYAK LAGI


Sunday, March 13, 2011

Advencer Si Peniup Ney

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Faisal Tehrani
Advencer Si Peniup Ney
Penulis : Faisal Tehrani
Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005
Cetakan Kedua 2006
RM19.00
9789676117625
236 muka surat


Pemenang Hadiah Sastera 2004 Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja


Kisah pengembaraan seorang anak muda bernama Sulaiman bersama sekumpulan 40 Jin Islam ke Negara Fantasia. Jin-jin Islam bimbang kerana remaja mereka semakin rosak di Negara Fantasia yang terletak di atas awan. Hiburan menjadi pujaan mereka, nama Tuhan sudah lama dilupakan. Atas nama musik dan souti samad, Sulaiman berjaya bertapak di Fantasia sebagai salah seorang peserta bersama 40 jin pengiringnya. Ada yang meminatinya kerana wajahnya, ada yang meminatinya kerana suaranya dan ada yang meminatinya kerana landasan musik yang dibawanya adalah kerana Allah.


Banyak perkara tentang musik yang dikongsi dalam karya ini membuatkan kita mengkagumi nikmat Allah. Ada jin yang dihantar sbg pengintip utk mengintip aktiviti kelas muzik Sulaiman yg mengundang rasa kurang senang Raja Jin Bertindik Satu, pemerintah Negara Fantasia.


Konsert pertama yang disertai Sulaiman telah melonjakkan namanya. Puteri kepada Raja Jin Bertindik Satu sangat terpikat dgn ketampanan Sulaiman lalu meminta Ayahandanya memastikan Sulaiman menjadi guru kelas muziknya. Mula-mula tu nampak macam nak belajar tapi lama-lama, dia semakin berani menggoda Sulaiman sehingga cuba meragut kesucian Sulaiman. Eh terbalik? apala nak jadi anak jin nih. Puteri Simone menfitnah mengatakan Sulaiman yang cuba meragut kesuciannya lalu Sulaiman dipenjarakan.


Dalam penjara, dakwahnya tidak terhenti. walaupun masih muda remaja, dia tidak pernah berhenti menyebarkan keagungan agama Islam. Salah sorang lelaki di situ bermimpi dan setelah keluar dari penjara, mimpi yang ditafisrkan Sulaiman adalah benar belaka. Lalu apabila Raja Jin bermimpi, lelaki itu mencadangkan agar baginda mendapatkan tafsir mimpi baginda dari Sulaiman. Takwil mimpi Raja Jin yang diberikan Sulaiman adalah sangat tepat apabila negara fantasi dilanggar pesawat boeing. Kalau tak MAS mesti AirAsia kan? haha. Kesedaran melanda negara Fantasia yang kemudiannya dikenali sbg al-Hidayah.


Kembara seterusnya membawa Sulaiman ke tengah samudera bertemu jin laut pulak, Andak dan Mahajara Tenggiri yang belum pernah mendengar tentang Islam. Dengan nama Allah, Sulaiman berjaya menyembuhkan Maharaja Tenggiri dan dia bersama rakan2 jin pengiringnya dibenarkan menyebarkan Islam di situ. Terharu rasa macam nak nangis bila Maharaja Tenggiri dapat meneka siapa Sulaiman lalu mencium tangannya sbg tanda jin menghormati manusia.

sure fine whatever
alongside


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan u tuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.


Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk seronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!


40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janjij abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.


Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.