Sunday, December 7, 2008

Salam Aidil Adha 1429

Salam Aidil Adha buat semua yang menjengah ke sini :) Tahun ni raya aidil adha boleh la tahan.. kumpul ramai2 buat laksa kat rumah nih. dah sebulan aku tak balik kampung.. rindu betul ngan katil kat rumah nih. lepas ni berulang balik lah rutin balik 2minggu sekali aku, insyallah. Tahun depan cuti mcm dekat2 ngan weekend. bleh la aku balik lama sikit :) simpan cuti lah utk tahun depan.

 

Balik kali ni tak der la spend byk masa sgt utk baca novel. Ujung2 tahun ni macam2 pulak benda nak kena buat. hopefully semuanya berjalan lancar. Ok all, thanks again ya? Selamat hari raya Aidil Adha. maaf zahir batin :)

 

Di Langit Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008


"Bahagianya bersemayam di sebalik awan menyulam kasih kita"


Di Langit Cinta mempunyai susur galur cerita yang rancak dan tidak membosankan. Hero heroinnya dari latar yang tidak glamor atau kaya. Mereka adalah anak2 muda di sebuah kampung. Tak terasa nak tutup atau letak buku ini selagi tak baca sampai habis kerana semua kita nak tahu apa terjadi akhirnya dalam situasi kehidupan yg seperti ini. Lily Haslina seperti berkongsi pengalaman kewartawanannya dan menyingkap kisah gelap kelab2 malam dan kelab2 dangdoot.


Hani & Raiz adalah pasangan ideal yg sama cantik sama padan. Kalau nak bandingkan dengan couple2 lain ciptaan kak Lily Haslina, mereka ini paling hangat percintaannya. Byk scene yg bukannya hanya membuat Hani tersipu-sipu, saya pun tersipu-sipu jugak, hehe.


Cinta pandang pertama, Raiz tu nampak dari belakang jer si Hani tu, terus dah jatuh hati walaupun gadis itu digelar langsuir bawa keranda (Hani jln tengah panas sambil menggalas dua beg besar). hehe.. kata2 gurauan Raiz memang melucukan tapi kadang2 tu macam keterlaluan dan sinis.


Sebaik saja menyedari kelembutan Hani di sebalik kekasaran yg sentiasa dipamerkan, Raiz tak membuang masa utk meluahkan perasaan. Thanks to Dayang dgn Awang yg 'membantunya' melihat insan 'caring' dalam diri Hani. (Dayang ngan Awang tu sepasang angsa)


Seri Bunga mengumpulkan Hani & Acun dengan Zie, Jujun dan Nicky. Kumpulan Pang5 ni memang ada saja benda yang nak menggamatkan suasana. Kadang2 tak terasa pulak Seri Bunga tu tempat kerja. Macam alam persekolahan pun ada jugak, tambah2 dgn sikap Raiz (anak tokey seri bunga) yang macam Ketua Pengawas. Tapi saya rasa di usia belasan tahun, mungkin perangai begini agak biasa. Watak Hani dalam lingkungan 18thn so saya assume kawan2nya dalam kelompok usia yg hampir dengan Hani. Kelakar pulak scene Hani beria-ia main SNAP dgn geng pang5nya sebab nak menang gula2 getah yg byk utk adiknya, Maya. Tapi last2 tengah belakangnya yg kena SNAP dengan Raiz sebab curi tulang masa kerja.


Ini bukan kisah remaja riang ria semata-mata, Raiz terperangkap dgn keputusan ibunya utk menikahkan dia dgn sepupunya Meriam demi utk melangsaikan hutang. Meriam yg selalu mencari salah Hani membuatkan dia menjadi watak yg sangat kita benci. Hani membawa diri ke KL dan bekerja di kelab dangdoot. Di sini kisah ini telah beralih ke kisah gelap. Hani walaupun dia melayan pelanggan tapi dia tak pernah menyerah diri pada pelanggan2nya.


Raiz tidak bahagia dgn Meriam dan isterinya menyedari hakikat itu. Setelah mengandung perwatakan Meriam seperti berputar 360 darjah. Dia lebih byk berfikir yg baik yg buruk, siapa dia di antara Raiz dan Hani. Dia merelakan Raiz pergi mencari Hani, dia seperti memahami kesengsaraan Raiz. Entah kenapa saya agak kagum dgn evolusi watak Meriam. Dari watak yg kita benci jadi watak yang kita kesian & simpati. Pd masa yg sama tak derlah pulak benci pada Raiz dan Hani yg berkahwin secara rahsia di Bali. Scene Hani-Meriam kat hospital mengundang air mata, pertemuan mereka bukan utk bermusuh tapi berdamai. Terharu membayangkan Hani menyuap makanan kat Meriam dgn perasaan hiba. Seperti utk menamatkan konflik, Hani menderma darah B- kpd Meriam, tapi lepas melahirkan anak, Meriam meninggal dunia. Hani menghilangkan diri selepas kematian Meriam. Sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. Raiz (yg koma earlier) direstui utk mencari Hani dan sama2 menjaga Karina. Tapi nak cari kat mana?


Sebenarnya terlalu byk yang terjadi dalam kisah ini. Kena baca sendiri utk menghayati segala2nya.


Penulisnya: Lily Haslina Nasir, hmm pengalamannya sbg wartawan membuatkan penulisan kisah ini kelihatan sangat real. Kak Lily makin jiwang la. hehe.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.


"Cinta pertama dgn kau tapi malam pertama dgn Meriam!" Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!


Benarkah cuma dia yg setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi batinnya tersiksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.


Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap mlmnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu utk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yg pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba serbi tak mampu.


Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dlm episod kedua. Janji mereka utk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dgn ijab kabul tanpa restu keluarga.


Bagaimana dgn Meriam?


RM19.90
500 mukasurat
isbn: 978-983-124-388-6

Saturday, December 6, 2008

Kebun Mimpi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya, Syud dan Rnysa
Tiga Ceritera dalam Sebuah Kebun Mimpi
by Noor Suraya, Syud & Rnysa
Terbitan Jemari Seni
2008


SEbelum membaca Kebun Mimpi saya dah dimaklumkan yang ini adalah kesinambungan kepada 2 buah novel karya Noor Suraya iaitu 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain'. Ramai sungguh yg tertunggu-tunggu kemunculan Kebun Mimpi versi cetak, aku ni jer yang tak tahu. Saya ni memang tak berapa bagus dalam menghayati e-novel. :) i prefer yang bercetak dan dibukukan. Typical me.


Kebun Mimpi mengumpulkan 3 cerita pendek. Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Tas Merah Jambu oleh Syud dan Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


Ceritera I: Kebun Mimpi by Noor Suraya


Banyak yang membuatkan saya tersenyum biler membaca Kebun Mimpi. Bukan sebab citer ni kelakar tapi sebab ramai watak yang pernah saya kenali membuat 'comeback' dalam novel ini. Membuatkan saya nak menyelak semula karya2 Noor Suraya yang lalu.

Sambungan 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain' ni membuat saya sedih la.. lara gitu. haha. Ending BUC memang la pilu denga pemergian Seera meninggalkan Kamal seorang menempuh hidup. Ending Keranamu Ain adalah sesuatu yang menggembirakan tapi kegembiraan itu lenyap dalam 'Kebun Mimpi' nih. Penghujung yang masih terumbang ambing dan tiada jawapan yang pasti. Biler kucc & kak ju'a bagi tau Kebun Mimpi ada sambungan, saya sedikit lega :)


Dalam Kebun Mimpi nih banyak menceritakan tentang kehidupan Ain sebagai isteri Adam yang dicintainya dan juga perjalanan seharian dia mengarang kisah "Nyanyian Tanjung Sepi". Menarik juga biler ada feed mengenai 'the making of' Nyanyian Tanjung Sepi yang best tu. Ala-ala info belakang tabir gitu.


Byk dugaan yang menanti Ain. Perkahwinannya dgn Adam melukakan hati ibu Adam kerana ianya tindakan yang tergesa-gesa. Adam masih lagi menyimpan dendam terhadap Hanif yang pernah menyintai Ain walaupun Hanif telah berumah tangga. Ini membuatkan Ain menjarakkan hubungannya dgn Hanif.


Berita Ain mengandung memang menggembirakan, namun Adam terpaksa pergi jauh demi tugas. Kesempatan itu digunakan oleh Ain utk menghabiskan novel NTS yang sedang diusahakannya. Dalam keseronokan menulis, kadang2 rasa sepi menerpa. Tak disangka2 Ain keguguran namun rezekinya ada kerana dia mengandung anak kembar rupanya.


Kamal hadir dalam kisah ini ketika ketiadaan Adam, Adam terpaksa meminta Kamal membantunya menjaga Ain yang masih lemah kerana dia tahu keluarganya takkan mampu menjaga kebajikan Ain. Ain bukan menantu pilihan.


Antara watak2 yang familiar yang muncul semula adalah sbb Dr. Khalida, Nuha, Dahlia, Neem & King Shah erk ramai lagi.. kalau baca ni memang menggamit nostalgia membaca novel2 noor suraya. Yg best nya universe dlm novel kaksu semuanya sama dan mereka saling bertembung dari semasa ke semasa. :)


Ceritera II: Tas Merah Jambu by Syud


iskkk jiwang lah citer nih. haha... macam tak betui jer aku tersengih sengih tersenyum senyum sorang2.


Kisah ini tentang Nisa. Seorg secret admirer. Dia syok kat Adif tapi tak pernah meluahkan perasaan. Dia menyintai dari jauh saja. Hanya rakan2 terdekat yang tahu rahsia hatinya. Berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong, kad raya yang terperam setahun akhirnya sampai ke tangan Adif. Nisa pengsan. Adif pula semakin curious dan berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong juga, misi mencari gadis berbeg pink bermula...


Ceritera II: Albatros: Antara Langit dan Bumi


Saya rasa macam baca dua cerita yang tak ada kena mengena antara satu sama lain dalam kisah ini walaupun watak 'Taqi' adalah kesinambungan dari kisah pertama.


Izzah-Ehsan terpisah meninggalkan cinta tak terucap yang tiada closure. Pertemuan semula ada pelbagai kemungkinan dan kehadiran Asri menvariasikan lagi kemungkinan yang sedia ada. Saya lebih suka chemistry Izzah-Ehsan ;)


Adriena-Taqi-Rasydan. Pembacaan sekali lalu sedikit membuat saya confuse tambah2 dengan keadaan Adriena yang tidak menentu emosinya. Lepas tu seperti hilang ingatan pula. Saya seperti tak menyebelahi sesiapa utk digandingkan bersama Adriena, mungkin sbb tiada rasa mesra dengan watak2 dan apa2 kemungkinan sahaja antara ketiga-tiga watak ini saya menerima seadanya. Kisah ini menarik dan sekiranya pembaca diberi peluang mengenali Adriena-Taqi-Rasydan dgn lebih rapat, mungkin ia lebih mengesankan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.


Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud


Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.


Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.


Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.


RM21.50
536 mukasurat
isbn: 978-967-5118-10-4


Wednesday, December 3, 2008

Semalam Yang Berlalu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Julia Jazmine
Semalam Yang Berlalu by Julia Jazmine
Terbitan Pekan Ilmu Publishing
2008


"Dia berharap langkahnya itu akan meninggalkan semua kenangan semalam. Kenangan yang ingin dilupakan"


Biler tengok cover buku ni memang tak sangka langsung ianya terbitan Pekan Ilmu Publishing. Begitu juga buku-buku Pekan Ilmu yang pernah saya baca sebelum ini iaitu Kau Kesayanganku dan Cinta Goniey. Improvement yang baik utk memberikan first impression yang baik utk pembaca novel.


SEmasa membaca permulaan kisah ini tentang Afira yang bekerja dgn Aidil dan perasaan Afira terhadap Aidil, terasa ini adalah kisah tipikal seorg gadis yg jatuh cinta dgn bos sendiri. Bila anda baca buku ni janganlah membina assumption yang tipikal tu kerana memang ada twist yang penulis masukkan dalam cerita ini.


Penceritaan kisah ini agak mendatar dan tidak merumitkan. Kemunculan watak 'Annuar' agak kurang mengesankan kepada Afira kerana bagi saya perasaan Afira terhadap Aidil adalah lebih kuat berbanding perasaannya terhadap Annuar.


Watak-watak dalam novel ini seperti tidak ada naik turun perasaan yang ketara. Semuanya seperti cepat memproses situasi dan cuba menjadikan keadaan lebih baik. Aidil yang dlm keadaan tidak sedarkan diri meragut kesucian Afira. Dia sendiri tidak ingat peristiwa itu kerana mabuk. Afira menanggung derita lalu membawa diri ke kampung. Afira langsung tidak melaporkan perkara ini kepada polis malah dia seperti meletakkan sedikit kesalahan pada dirinya walaupun jelas dia telah diperkosa tanpa rela.


Opah Afira yang sakit tu seperti tenang jer menerima cerita Afira yang diperkosa dan tenang jugak memujuk hati Afira. Hani kawan baiknya pada saat pertama saja seperti meragui cerita Afira namun kemudian percaya pada AFira. Dia masih lagi bersikap biasa dgn sepupunya yg telah memperkosa kawan baiknya. Saya rasa seperti ada yang tidak kena di situ.


Tindakan Afira kembali bekerja dgn Aidil setelah tempoh 2 bulan saya rasakan agak pelik sedangkan dia masih ada perasaan takut2 terhadap Aidil yg bersahaja. Seperti bertentangan dengan cara pendirian Afira dengan tindakan yang diambilnya. Annuar yang kemudiannya mengetahui kebenaran tentang keadaan Afira juga seperti dapat menahan perasaan marah terhadap Aidil. Terasa seperti tak da sesiapa yg beranggapan Aidil bersalah. Namun tindakan Annuar menyalahkan diri sendiri kerana peristiwa hitam tu memanglah patut sbb dia yang suruh Afira hantar Aidil balik ke apartmentnya.


Saya agak tertarik dengan watak Sherri, tunangan Aidil yang dikatakan angkuh dan sombong, dan jugak watak ibu saudara Afira yg suka menjaga tepi kain org. Sedikit sebanyak watak mereka ini menguis perasaan menjadi geram tapi tak diexploitasi semaksimum mungkin. All the best to Julia Jazmine dan saya harap beliau akan mewarnai lagi dunia penulisan novel cinta melayu :)


note: Terima kasih Khar for the book dan terimalah review ikhlas dari saya :)


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Afira berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran kerja di sana. Di KL, dia menumpang di rumah Hani, temannya semasa di universiti. Afira jatuh hati kepada Mohd Aidil merangkap bosnya tanpa menyedari lelaki itu adalah sepupu kepada teman serumahnya. Namun perasaannya itu dipendam kerana lelaki itu sudah pun bertunang.


Pertemuannya secara tidak langsung dengan Annuar telah berjaya mencuri hati Afira. Namun Afira tidak segera menerima apabila Annuar menyatakan niat hatinya utk memperisterikannya. Disangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan mesra Annuar dengan Afira putus di tengah jalan disebabkan oleh satu kejadian ngeri yang menimpa diri Afira.


Berjayakah Annuar meyakinkan cinta sucinya hanya utk Afira? Dapatkah Mohd Aidil mencari punca mengapa Afira ingin berhenti menjadi setiausahanya? Percayakan Hani dengan pengakuan Afira mengenai apa yg menimpa dirinya? Bagaimana pula penerimaan Opah Milah terhadap cucunya itu...?

catatan di blog Pekan Ilmu Publications:


"Dia memandang ke langit. Cuaca mulai mendung, awan hitam hampir menyelubungi seluruh langit tetapi dia masih tetap berdiri di situ. Kereta sewanya dipandang. Dari tempat dia berdiri, dapat dilihat beberapa buah kotak tersusun rapi di bahagian tempat duduk belakang..."


Haruskah percintaan berakhir dengan tragedi? Apakah kematian akan mewajarkan segala perngorbanan yang telah dilakukan selama ini. Memang dalam hidup, bukan semua yang kita idamkan akan tercapai. Seringkali halangan yang mendatang, memusnahkan segala impian yang ingin dicapai. Afira dan nafasnya yang mengensot pergi dalam titis air mata dan pelukan kasih sukma yang didambakan selama ini.


Apakah yang sebenarnya berlaku? Dapatkan jawapannya di dalam novel 'Semalam Yang Berlalu' - garapan Julia Jazmine.


(untuk membeli novel ini secara online, sila ke blog http://mekmulong.blogspot.com/ atau emelkan ke mekmulong@gmail.com)

RM16.00
286 mukasurat
isbn: 9789675106248

Plain Jane

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nurul Syahida
Plain Jane by Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
Tahun 2008


"Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. Aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu"


"Karya terbaru novelis Soalnya Hati"


Antara buku yg aku sambar masa pestabuku alaf 21 yang lalu. Sebabnya? banyak betul recomendations dari kawan2 dan juga request review bagi those yang nak tahu mengenai cerita ini. SElepas baca buku nih, baru lah saya tau sebabnya. Nurul Syahida berkongsi rasa dengan cara santai dalam novel ini. Balkis seperti menjadi akrab dengan kita di sepanjang penceritaannya. Kelucuan yg selamba membuatkan kiter tersenyum dan ketawa.


Kis adalah seorang gadis yg biasa2 dan tidak menonjol biler dilihat dalam khalayak ramai. Dialah Plain Jane dalam kisah ini. Bagi orang, mungkin Khir yg bendul itu sesuai utk dirinya, namun Kis tidak mahu membohongi diri. Khir merimaskan. Kemunculan Zaniel membuatkan Kis terkedu. Kenapa jejaka rebutan seperti Zaniel berkenan pada seorg Plain Jane? Sedikit demi sedikit Kis seperti terkeluar dari zon 'Plain Jane' nya dibawa Zaniel. Dia tidak berasa dirinya berubah, tapi dia berasa org2 sekelilingnya berubah. Yang penah membenci dirinya makin akrab pula. Yang pernah mendampinginya seperti menjauhkan diri.


Dalam meredah perubahan Kis lupa, siapa yang berubah sebenarnya. Dia terlena dalam jaga. Seorang Plain Jane sendiri tak pernah perasan yang ada seorg Plain Joe yang menaruh perasaan kepadanya malah sentiasa ada tidak jauh dari dirinya, mamat jiwang pulak tu, huhu... Akan terus hanyutkah Kis meninggalkan dunia Plain Jane nya?


Satu kisah yang membuatkan kita muhasabah diri. Perubahan yang bagaimanakah yang kita mahu? perubahan yang bagaimanakah yang kita perlu? Ada yang mahu mengubah kita dan mungkin ramai yang tidak mahu kita berubah?


Terima kasih Nurul Syahida kerana berkongsi Plain Jane dgn kita :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maksud saya, kawan2 Ana terdiri daripada gadis2 yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.


Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.


Kadang-kadang kita perlukan drama dalamhidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!


Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.


Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.

------------------------------
Seorg guru pernah memberitahuku. "Tulislah apa yg kamu tahu." Aku tahu perasaan menjadi gadis yag tidak punya apa-apa kelebihan menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara org lain mendapat tumpuan. Aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorg Plain Jane. Namun aku bertuah kerana mempunyai keluarga yg memahami kamhuanku dan mempunyai teman2 karib yg sanggup meredah api utkku. Aku juga tahu bagaimana rasanya tiba2 mendapat sesuatu yang hanya wujud dlm mimpi. Dan aku mahu berkongsi apa yg aku tahu dgn beribu org lagi yg mungkin berkongsi rasa yg sama. Novel ini buat Tn. Haji Kamarudin dan Puan Latipah; satu2nya pasangan suami isteri yang masih menggunakan komik, hikayat rakyat dan cerita seram utk memupuk minat membaca anak-anaknya.
~Nurul Syahida~


RM16.90
351 mukasurat
isbn: 978 983 3669 48 6

Tautan Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ryana Adrina
Tautan Kasih by Ryana Adrina
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2007


"Wajahmu masih kutatap meskipun telah terlindung di balik tirai semalam"


Dah banyak hari habis baca buku nih.. sebenarnya selang seli baca ngan buku nak exam.. tension gak asyik baca buku yang penuh dgn prosedur saja, sekali sekali tu ngelat lah jugak!


Ini kisah cinta yang terputus setelah zaman persekolahan berlalu. Masing2 meneruskan hidup hingga melangkau kedewasaan. Athirah dan Irfan tak pernah merancang utk bertemu semula, namun takdir seperti memberi peluang kepada mereka namun permainan takdir membuat hati mereka celaru. Macam mana ya?


Irfan sudah berkahwin dan sudah bercerai. Penceraiannya menjadi perhatian media kerana bekas isterinya, Syazwani adalah seorg celebrity.Dia sudah jelak dengan perubahan isterinya sejak bergelak pelakon hingga mensia2kan dirinya dan anak2. Kesabaran ada batasnya.


Athirah pulak seorg wartawan yg sudah bertunang dengan Danish. Danish terasa dipersiakan kerana Athirah sentiasa mengejar tuntutan tugasnya yg tidak menentu. Pelik pulak biler seorang wartawan seperti Ati tak berminat nak tengok mcm mana rupanya bekas suami Syazwani yang Aznan kata hensem tu. Kalau tak, awallah sikit Athirah berkemungkinan bertemu Irfan.


Segalanya menjadi permulaan semula buat mereka apabila terserempak dalam satu pertemuan yg tak disangka. Namun ketika itu Irfan sudah pun menyuarakan nekad hatinya utk bertunang dengan Zuriana, pekerjanya yang iras-iras Athirah. Bagaimana dia nak membetulkan keadaan itu. Mengecewakan Zuriana dan merawat luka Ati yang kecewa dgn Danish yg mencari kasih lain utk melayan hati yg sunyi?


Athirah ragu2 menerima Irfan, namun segalanya seperti menjuruskan dirinya ke arah Irfan apabila anak2 yang dikenali dan dikasihinya rupa2nya adalah milik Irfan. namun Zuriana tidak akan berdiam diri. Dia akan sebarkan yg seorang wartawan telah merampas tunangannya! berita panas lagi.


Kisah yang tidak mendatar, ada saja peristiwa yang membuatkan kita ingin tahu apa akhirnya buat Athirah dan Irfan. Takdir seperti mahukan mereka bersama tetapi permainan takdir telah membuatkan jalan ke pelamin mereka bersimpang siur, penuh roundabout dan traffic light. eh.. macam jalan kat shah alam.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Entah mengapa... Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi namun hati menidakkan. Ada yg disayangi tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yg tinggal pada dirinya? dia sedar, dia harus memberi peluang kpd hatinya utk menerima dan memberi tapi dia tidak pandai mengungkapkan kalimah cinta seperti kata seorg temannya;


"Kau harus pandai mengambil hati dan mencintai seorg lelaki andainya kau ingin mencintai mereka. Kau tak seperti gadis2 lain yg ternyata asyik meladeni hati dan perasaan dengan lelaki pujaan. Kau seperti tak pernah teruja punya seorg teman lelaki..."


Ah... lelaki! Perlukah dicari? Atau si dia akan datang dgn sendiri?


Indah nama yg diberi tidak seindah lingkaran hidup yg dilalui. Itulah Irfan Iskandar. Hidupnya dihujani tohmahan. Namun dia sedar, sekemas-kemas perancangan manusia, ALLAH jua yg berkuasa menentukan segala-galanya.


Athirah & Irfan - kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang... pertemuan kedua hanya berlaku di saat masing-masing hampir memulakan kehidupan baru.


"Haruskan mereka sekali lagi tunduk mengikut telunjuk takdir, menerima sahaja apa yg ada di depan mata? Atau membiarkan sahaja hati terus memendam rasa kecewa?"

Sinopsis di website alaf 21:


Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta.


Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan.


RM 17.00
444 mukasurat
ISBN : 978-983-124-307-7

Tuesday, December 2, 2008

PASTIKAN KEHADIRAN ANDA DI PESTA BUKU BERIKUT:

Start:     Dec 17, '08 10:00a
End:     Dec 21, '08
Location:     Perpustakaan Negeri Seberang Perai
PESTA BUKU PULAU PINANG

SESI BERTEMU PENULIS
19 Dis 2008

Emma Maizura
Damya Hanna
Hezzy Azra
Hasreeyati Ramli

*info dari website Alaf 21.