Showing posts with label noorsuraya. Show all posts
Showing posts with label noorsuraya. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Langsir Biji Remia

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Noor Suraya
Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan JS Adiwarna
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
263 mukasurat
Cetakan Pertama 2011
RM17.00
sabah/sarawak RM19.00
9789670201139


"Duha, pandanglah mataku yang berbisik..."


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Allah boleh mengambil haknya itu pada bila-bila masa sahaja. Membaca kisah ini membuat kita muhasabah diri. Rasa rendah diri itu perlu supaya kita tidak menjadi riak. Riak dan takbur hanya milik ALLAH (yang maha besar) semata-mata.


Duha Hafa menyembunyikan kisah sedihnya di sebalik purdah hitam yang hanya menyerlahkan matanya yang sangat cantik. Umair sudah lama jatuh cinta pada Duha Hafa yang berdarah campuran Melayu-Gujerat. Dia akhirnya meluahkan perasaan hati yang minta disampaikan kepada Duha melalui kenalan rapatnya. Duha Hafa membuat keputusan utk menyingkap purdahnya supaya Umair dapat menatap kisah sebenar. Umair tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun cinta itu masih ada tetapi dia tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta. Dia terlalu ingin terus jatuh cinta pada Duha Hafa tetapi wajah itu membuatkan dia tidak sanggup untuk memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun dia amat sayangkan Duha Hafa. Umair tidak mahu menjadi lelaki yang mempermainkan hati perempuan kerana setelah meluahkan hasrat utk mengikat Duha Hafa, barulah dia melihat wajah sebenar Duha Hafa. Dia cuba menyemai rasa cinta namun wajah campuran 'Melayu+Gujerat+kesan kebakaran' itu kini membuat dia mendapat mimpi ngeri. Sepasang mata yang sangat cantik itu pun sudah hilang keindahannya di mata Umair. (memang sengaja ayat mcm berulang ulang sebab aku geram dengan Umair yang menyintai wajah Duha Hafa berbanding budi pekerti Duha Hafa)


Umair.
Dia lelaki yang sangat baik. Cintanya dari zaman kanak-kanak terus mekar sehinggalah ke alam dewasa. Duha Hafa yang dikenalinya sangat cantik. Walaupun belajar di luar negara, cintanya buat Duha Hafa tidak pernah goyah. Comel sungguh cara Umair cuba menarik perhatian Duha Hafa yang sudah berpurdah itu. Apabila Duha Hafa akan berangkat mengerjakan umrah selama tiga minggu, Umair resah kerana bimbang Duha Hafa yang cantik jelita itu akan disambar jejaka lain. Sebab itulah dia segera meluahkan hasratnya. Umair adalah jejaka sempurna yang sering diketengahkan dalam novel-novel melayu. Jatuh cinta pada heroin yang cantik jelita. Walaupun dugaan melanda, dia akan memastikan gadis yang dicintainya diperisterikan. Tapi bagaimana kalau yang dahulunya cantik sudah tidak akan cantik lagi? Mampukah dia terus menyinta sepanjang hayat tanpa rasa jijik? Umair jenis yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya.Dia menceritakan keadaan perasaannya kepada Duha Hafa dan berjanji akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru Duha Hafa. Umair sendiri benci dengan perasaannya ketika itu. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaannya.



Ahmad Muhsin.
Bakal peguam syariah yang cantik budi pekertinya. Hatinya terpaut pada Duha Hafa ketika sama-sama mengerjakan umrah. Duha Hafa terpaksa membuka hijabnya ketika beribadah di sana. Rasa terkejut ada tetapi hatinya tetap sejuk memandang wajah itu. Risikan pertamanya ditolak tetapi dia mencuba sekali lagi setelah mendapat tips 'teknik-teknik berbicara dengan berkesan dengan Duha Hafa' dari Tok Habsah ;)


Dua jejaka ini mempunyai dua persepsi perasaan yang berbeza terhadap rasa cinta dan kecantikan. Kedua-dua cinta Umair dan Ahmad Muhsin terhadap Duha Hafa adalah 'dari mata turun ke hati'.


Duha Hafa.
Kemalangan yang menimpanya membuat dia sedar betapa takburnya dia dengan kecantikan dahulu. Dia tak dapat lari dari perasaan rendah diri lalu menutup wajahnya dengan purdah. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya dengan pembedahan plastik (tambahan pula pembedahan pertama kurang berjaya). Lagipun keinsafan menyedarkan dia bahawa keadaan wajahnya yang sekarang ini menjadikan dia lebih baik dari dahulu dan terhindar dari rasa riak.


Cara Noor Suraya melayarkan kisah ini membuat Duha Hafa kelihatan sangat cantik dan indah orangnya walaupun kita sering diingatkan tentang keadaan wajah sebenar Duha Hafa. Hanya orang indah dan cantik peribadinya seperti Ahmad Muhsin dan keluarganya sahaja dapat melihat keindahan Duha Hafa. Mereka sekeluarga jatuh cinta dengan pekerti Duha Hafa sehingga kekurangan di wajahnya tidak langsung merubah perasaan mereka kepada dia. Rasa rendah diri membuat Duha Hafa menolak hasrat Ahmad Muhsin, dia tidak mahu Ahmad Muhsin memperisterikannya hanya kerana wasiat (atau mungkin kerana dia masih mengharap Umair yg berjanji untuk mencuba menerima dia seadanya?). Duha Hafa nak Ahmad Muhsin kata 'I love you' kot. haha... mampus. Jejaka pendiam dan pemalu macam Ahmad Muhsin nak buat macam tu? Gaya bahasa melayu yang tersusun indah membuat karya yang penuh pengisian ini sangat istimewa. (buat aku rasa segan pula dengan gaya penulisan aku yang macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ kena bom, bersepah, bersepai. Boleh nangis cikgu BM aku.)


Rasa terkilan Umair yang digambarkan di bab-bab akhir membuat aku rasa puas hati. Dia berkehendakkan isteri yang cantik, maka dapatlah dia seorang isteri yang sangat cantik. Anak-anak penyeri hidup pun tidak dapat menjadikan dia seorang suami yang bahagia. Kata-kata yang paling sesuai ketika itu untuk Umair adalah "ambik kau!"


Cinta Ain Najwa pada Adam sangat utuh. Dia gembira menyintai Adam tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Buat aku rasa nak baca semula Keranamu Ain dan Kebun Mimpi.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?


Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.


Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?


Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.


--------
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta cerita-ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1994) dan Hadiah Penghargaan Cerpen Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

Tuesday, June 15, 2010

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
isbn: 978-967-5118-40-1
592 mukasurat
cetakan pertama 2010


Bertambah lagi satu koleksi tiga ceritera dalam simpanan aku :) aku suka set2 macam ni sbb ceritanya gerenti pendek dan tidak meleret. Aku mudah merasa puas hati dengan cerita2 pendek tambah pula bila tengok nama2 yg tertera kat kulit buku ni. Lagi lah membuat aku tersenyum lebar dan pasti ada hidangan kisah manis di dalamnya :)


Ceritera I
Damai by Saidatul Saffaa


Kisah ini seperti kombinasi pengembaraan, percintaan, dan sejarah dalam satu naskah yg interesting utk dibaca. Kalau aku dihidangkan dgn senaskah buku sejarah turki, sah2 aku tak baca. Saidatul SAffa menyulam kisah silam Turki dalam kisah pengembaraan Nas ke Turki. Nas tu nak siapkan tesis dia. Ketibaannya ke Turki menemukan dia dgn Sadiq. Pertemuan yg membuat hati kedua-duanya dicuri oleh satu sama lain. Pengetahuan Nas yg kurang tentang kehidupan masyarakat Turki membuatkan dia yg pd mulanya mula menerima Sadiq bertukar kepada cuba memadamkan api cinta yg mula menyala.


Di Turki ada dua jenis masyarakat Islam. Kalau keluarga yg mengamalkan Islam, mereka akan berpegang pada tali Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi ada satu lagi golongan Turki moden yg sudah bersalut solid kebaratan hingga nama sahaja Islam tapi hidup mereka langsung tidak Islam. Sadiq dlm golongan kedua.


Nas cuba mencari damai dengan mencari jalan keluar dari Istanbul. Maka tibalah dia di Konya. Di situ dia mencari arah diri. Dia takut pada dosa silam, pada perasaannya buat Sadiq. Namun dia gagal melarikan diri kerana Sadiq juga sedang mencari diri di situ. Sadiq menemui damai apabila bersama Nas dan dia sanggup berubah supaya dapat menjadi suami pilihan Nas.


Tak sangka pulak Sadiq tu sampai sanggup pasang plan baek punya dgn famili Nas :)

--------
Ceritera II
Yang Jauh di Pulau by Noor Suraya


Bagi yang mengikut kisah Piyah dan Piyan karya Noor Suraya secara online, tentulah tak sabar2 nak tau apa akhirnya kisah Piyah dan Piyan tu. So apa lagi, baca la dalam naskah ni :)


Cerita ini tentang Ainnul Suffiah Syuhada dan Sophan Sophian atau nama glamer masing2 Piyah dan Piyan :)) Piyah adalah gadis kota yang kaya raya yg dihantar oleh ibu bapanya ke rumah toknya di Pulau Langkawi supaya dapat dididik menjadi perempuan instead of menjadi peladang FarmVille FB yang berjaya.


Piyah seorg anak yg menurut kata dan segala tunjuk ajar tok diterimanya dgn baik. Kunjungan ke 'market' ikan telah menemukannya dgn Piyan yg membuat dia termimpi2. Perasaannya tidak hanya sebelah pihak rupa2nya, namun Busu, bestfriend Piyan, bertindak menjadi duri dalam daging membuat kemesraan Piyah dan Piyan tidak memekar. Tambahan pulak Piyah dah salah faham dgn status Piyan.


Salah faham itu berterusan hingga bertahun2. Piyan sangka Piyah menolak cintanya kerana dia penjual ikan, lalu dia sanggup membawa diri ke Scotland supaya bila pulang nanti dia akan bergelar pensyarah, baru lah layak nak sunting Piyah. Akhirnya, sebuah buku resipi terbitan Jemari Seni telah menjadi titik pertemuan mereka semula yang membawa ke pengakhiran yg indah :)


Jgn lupa 'tengok' special appearance 'Kak Nila' dan 'Kak Ajah' Jemari Seni dlm citer ni. hehe.. selalu tengok nama diorang dalam Buletin Jemari Seni jerrrr.

-----------
Ceritera III
Langit... Tetap Biru by Syud


Zahra dalam cerita ini sangat2 mengingatkan aku pada Nisa (Tas Merah Jambu). Sebab diorang ni jenis simpan perasaan kat si jejaka tapi tak luahkan perasaan. Tengok dari jauh saja, tapi bila jumpa, memang buat macam tak ada apa2.


Zahra tak pernah simpan harapan utk mendapat balasan cinta dari Fikri sbb dia tahu Fikri berkasih dengan Hana. Setelah bertahun2 membawa haluan masing2 dia bertemu semula dgn Hana, gadis manja yg ceria. Dia simpati dgn Fikri kerana Hana seperti sudah mulai bosan dgn sikap Fikri yg dikatakan mengongkong. Mungkin Hana tu jenis yg masih suka hidup bebas tanpa ikatan.


Zahra menjadi tidak menentu apabila suatu hari dia menerima emel dari Fikri yg bertanyakan tentang sebuah cerita online yg pernah dikarang Zahra suatu ketika dahulu kerana nama watak dalam cerita tu sejibik sejibun nama Fikri. Emel itu membawa communication diorang secara online tanpa Fikri ketahui yg Zahra adalah kawan Hana masa diorg belajar dulu. Dia percaya namanya hanya kebetulan dlm cerita itu.


Namun ketika menggoogle emel penulis cerita itu, rahsia Zahra sudah terbongkar dan Fikri rasa tertipu kerana kisah cintanya rupanya bukan kebetulan spt cerita yg Zahra.


Sejak identitinya terbongkar Zahra menjadi tidak selesa kerana semakin hari semakin kerap dia terserempak dengan Fikri. Peristiwa dia hampir2 melanggar Fikri gara2 mabuk pil karbon, membuat dia akhirnya bercakap dgn Fikri walaupun hanya sepatah dua. Fikri sendiri heran dgn diri sendiri sbb dia tak rasa nak marah pun. Sweet la cara Fikri nak tackle Zahra tu.


tak dapat nak pisahkan perkataan 'comel' dari setiap ending kisah2 Syud :) Haaa dengar2nya buku baru Syud akan kuar Julai ni :) kat pesta buku selangor boleh la beli.


sure fine whatever


sinopsis/blurb

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
"Panas ke?"
Pakcik muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?


Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...


Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~Syuhada


"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!


Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu, Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

Friday, January 22, 2010

Jaja & Din

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118272
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
482 mukasurat


Antara novel yg dinobatkan sebagai cerita terbest 2009! Tapi aku dah masuk 2010 barulah baca. huhu... Aku tengok kat entry kengkawan, ramai jugak yg mengangkat cerita ini di ranking yg atas2 dlm senarai top 10 diorang. Memang patut pun!


Ada la budak2 muda aku rekemen baca buku ni, biler tengok blurb ada sebut 'ustaz', respond dia "ala... citer ustaz ke?" Hmm never judge a book until you read it to the last sentence.


Di awal cerita kisah ini saya rasakan agak lambat dan walaupun penuh dengan 'teaser' yg ditaburkan si Jaja di sepanjang ceritanya. Aduih, saja jer nak buat org rimas menunggu dia bercerita sampai habis. huhu... terserlah kenakalan Jaja dalam cara dia bercerita begitu. apa2pun penghujung cerita menjadikan keseluruhan cerita menjadi indah dan menarik walaupun air mata sedang bercucuran. huhu... Tangkap nangis la ujung2 tu.


Jaja ni sbenarnya jatuh cinta pandang pertama dgn Ustaz Din. Menarik betul cara Jaja menyiasat latar belakang Din hanya dengan bantuan sekeping gambar iklan. Walaupun makan tahun jugaklah dia nak jumpa Din tu, dia tetap tak berputus asa, sehingga dia sanggup meminta emak, ayah dan uncle Aqmarnya utk pinangkan Din utk dia. Apa jadi kalau anak perempuan org kaya meminang ustaz sekolah agama yg nekad mahu hidup secara sgt sederhana dan sanggup pergi berjuang fi-sabilillah hingga ke Afghanistan demi kerana ALLAH? Tersentuh aku part Jaja terfikir walaupun dia sudah lama melupakan ALLAH tapi ALLAh tak pernah melupakan dia. Tak rugi menatap setiap muka surat naskhah ini. Noor Suraya membawa kita menatap kisah ria seorang Jaja, hiba, penuh emosi dan menangis bersama-samanya. Betullah! Kenali Jaja dan pasti anda akan mengenali Din (nota dari Kaksu yg interfrem sepanjang citer Jaja & Din nih).


Tergelak aku masa Jaja suarakan hasrat hati kat parents dia nak pinang Din tu, dia siap pakai pantun lagi kalau mak ayah dia takmo pinangkan:
Tanam pinang rapat-rapat
biar mudah puyuh berlari
kalau kupinang pinang tak dapat
kupujuk pujuk ku bawak lari.
(Jaja nak bawak lari Din gi kawin kat Siam)


Sejujurnya, saya lebih suka tajuk asalnya, "Jaja Menantu Che Pa" walaupun Che Pa tak der la dialog sgt dlm citer nih. hehe.


Blurb yg ada soalan ala-ala SPM tu menarik la... tapi mcm khususkan cerita utk perempuan lah pulak sbb ayatnya kan "Sekiranya ANDA tiba2 bertemu LELAKI yg membuat jantung anda...."


Part Jaja qada solat lama2 tu buat aku teringat masa muda2 dulu, aku pun sibuk qada solat mcm tu jugak. siap buat jadual ikut waktu semayang. mana yg dah qada siap pangkah. Tapi yg paling byk qada semayang subuh ngan maghrib. haha! taubat! tapi ngelat!


Kalau pengaruh citer ni kuat, nanti ramai la perempuan2 gi minang lelaki yg dia bekenan. ;)


sinopsis/blurb:


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dgn lelaki yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?


A. katakan: lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.


Jaja telah memilik jawapan C


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dgn segala 'peraturan hati' yg selama ini aku junjung!


Implikasinya:
"Alahai anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!"
"Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?"


Inilah cerita Jaja yg meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sbg suami. Tegarkah Jaja seorg media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

Tuesday, August 18, 2009

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Syud, Hlovate, Noor Suraya
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Penulis: Syud, Hlovate, Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Terbitan Pertama Tahun 2009
Harga: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
isbn: 9789675118241
630 mukasurat


Selepas Gurindam Jiwa dan Kebun Mimpi, lahirlah Tiga Ceritera yang ketiga dari Jemari Seni, Pelangi :)


Ceritera 1: Pelangi by Syud
“Dia seperti sesuatu yg berwarna warni tetapi tidak semua orang Nampak. Dia macam… pelangi.”


Selepas 'Tentang... Dhiya' dan 'Tas Merah Jambu' (Kebun Mimpi), aku dapat simpulkan yang karya ketiga ini Syud menunjukkan kematangan dalam watak-watak yang dilakarkannya. Manisnya tetap ada dan masih ada scene2 cheeky yg membuat kita tergelak senang. Konflik emosi dan kepercayaan diletakkan sbg isu dalam kisah cinta ini. Sesuatu yang biasa kita dengar dalam mana2 karya. Biasa, tapi Syud menanganinya dengan baik dan berjaya memanipulasi situasi perasaan watak2 utama dlm cerita ini utk membuat kita turut sama berdebar menanti pengakhiran kisah Iman-Usamah ini.


Saya meletakkan cerita ni dalam kisah cinta selepas kahwin. Iman dan Usamah belajar utk saling menerima kebaikan dan keburukan masing2, namun bila ada rahsia yang pada mulanya tak terluah, ianya membuatkan kepercayaan Iman pada Usamah goyah. Tambah2 Usamah sendiri tidak dapat membuktikan yg dia tidak bersalah. Usamah didakwa mempunyai anak lelaki bersama Syaz, makwe lamanya. Usamah sendiri tak penah ingat pernah intim sampai ke tahap itu bersama Syaz, tapi anak itu terlalu mirip wajahnya, malah ujian DNA juga positif! Hmm macam mana Usamah nak keluar dari kemelut yg mcm ni? Tak sangka Iman yg terlebih dahulu dpt memecah kebuntuan apabila terserempak dgn anak seiras Usamah itu, dan ternyata Usamah perlu dibela. Banyak lagi liku2 hidup Usamah-Iman yg interesting utk kita susuri tambah2 masa diorang mula2 kena kawin tu... macam set2 kawin paksa la. Aku mesti nak tergelak kalau teringat part diorang nak lawan pijak kaki tu. peh tu kantoi ngan mak mertua pulak. hehe.


Novel akan datang dari Syud: Untuk Awak Teja Aulia
---------------------------------

Ceritera 2: Ked's Story by Hlovate
“Cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu… masuk akal ke?”


Masa mula-mula baca Ceritera 2 ni aku macam blurr sbb rasa macam sepatah apa pun tak paham. ramp, deck, kickflip bla bla.. apokobondo aku tak paham. haha.. last aku cari permulaan ceritera 3 and sampai la last page ceritera 2 tu ada la dia tunjuk jenis-jenis deck dan juga bahagian2 penting skateboard. haaa baru aku ngerti sikit2. lepas tu baru la pembacaan aku lancar. sbb aku ni jenis kalau baca benda yg aku tak paham, memang jadi mengong mcm nyamuk kena spray ridset.


Membaca kisah budak2 skater ni buat aku rasa tua lah. Haha.. memang citer budak2 muda huha huha. Kisah cinta yg diselitkan adalah antara Ked dan Nawal. Ked suka kat Nawal tapi Nawal mempunyai perspektif sendiri terhadap jejaka2 skater yg dianggap romeo tapi Ked bukan lelaki yg macam tu, so dia cuba utk prove kan siapa dia pada Nawal supaya mendapat tempat istimewa di hati Nawal. Sesi-sesi dating Hadi-Diana menjadikan Ked dan Nawal semakin mengenali antara satu sama lain. Nawal hanya menyedari yg dia betul2 sayangkan Ked setelah mendapat berita mengejutkan dari Fudge, “dia dah tak ada”. Fudge tu pandai la wat gempak, aku pun tekejut, tambah2 Nawal tu tentu dah macam nak pengsan.

Kat akhir citer ni ada nota: Untuk mengetahui kesudahan kisah Ked dan Nawal serta kisah sebenar Minn dan AO, pastikan anda tidk ketinggalan mendapatkan Versus, projek Hlovate selepas ini.


------------------
Ceritera 3: Rumah Kecil di Ujung Padang
“Akukah kunang-kunang yg dilupai orang tika mentari menyinsing?”


Aku rasa Rumah Kecil di Ujung Padang ni mengembalikan Noor Suraya yg aku tunggu-tunggu. Hehe. Bukannya apa, rasa mcm dah lama tak baca cerita dia yg macam ni. Mengembalikan kenangan kepada buku-buku Noor Suraya dengan CESB yg aku suka.


Kisahnya tentang Durrah yang baru mengetahui dia sebenarnya anak angkat dan bapanya berada di Indonesia. Frust dgn abg keluarga angkatnya yg tak jadi kawin dengan dia, dia membawa diri ke Indonesia untuk bersama keluarga ayahnya. Mungkin dia terpikat pada jejaka doctor haiwan, Mas Heru yg dok kat Rumah Kecil di ujung padang tu sbb dia mengingatkan Durrah kepada Haiqal. Tapi Mas Heru tu plak syok kat adik tiri Durrah. Aduih.. kesian betui kat Durrah. Dia frust lagi, so dia lari balik Malaysia pulak. Huhu… nasib baik ada tempat nak lari pi lari mai. Kali ni macam dia dah tak bleh lari sbb dia nekad nak mintak mak dia pinangkan sorang jejaka yg dia bekenan utk dia sebelum jejaka tu kawin ngan orang lain… siap sabotaj baju kawin lagi ha. kalau frust, mana dia nak lari lagi. Hehe.


Novel akan datang dari Noor Suraya: Jaja & Din


blurb:


Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah pelangi...


Ceritera I
PELANGI-SYUD


Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi... Tapi Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...


Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yg melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?


Ceritera II
KED'S STORY - HLOVATE


Khalid Faizal... Ked... Hadiah... Nawal
a lady... a romeo... a skater
Florida-Virginia... Malaysia-USA


Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah.
Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate?
FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!


Kalau nak diikutkan logik... cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu... masuk akal ke?


Ceritera III
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG - NOOR SURAYA


Akukah kunang-kunang yg dilupai org tika mentari menyinsing?


"...papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia," Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
"Semua org bilang mas sangat pendiam."
"...tetapi tidak dgn gadis yg aku suka."


Gadis yang aku suka?


Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?

Saturday, December 6, 2008

Kebun Mimpi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya, Syud dan Rnysa
Tiga Ceritera dalam Sebuah Kebun Mimpi
by Noor Suraya, Syud & Rnysa
Terbitan Jemari Seni
2008


SEbelum membaca Kebun Mimpi saya dah dimaklumkan yang ini adalah kesinambungan kepada 2 buah novel karya Noor Suraya iaitu 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain'. Ramai sungguh yg tertunggu-tunggu kemunculan Kebun Mimpi versi cetak, aku ni jer yang tak tahu. Saya ni memang tak berapa bagus dalam menghayati e-novel. :) i prefer yang bercetak dan dibukukan. Typical me.


Kebun Mimpi mengumpulkan 3 cerita pendek. Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Tas Merah Jambu oleh Syud dan Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


Ceritera I: Kebun Mimpi by Noor Suraya


Banyak yang membuatkan saya tersenyum biler membaca Kebun Mimpi. Bukan sebab citer ni kelakar tapi sebab ramai watak yang pernah saya kenali membuat 'comeback' dalam novel ini. Membuatkan saya nak menyelak semula karya2 Noor Suraya yang lalu.

Sambungan 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain' ni membuat saya sedih la.. lara gitu. haha. Ending BUC memang la pilu denga pemergian Seera meninggalkan Kamal seorang menempuh hidup. Ending Keranamu Ain adalah sesuatu yang menggembirakan tapi kegembiraan itu lenyap dalam 'Kebun Mimpi' nih. Penghujung yang masih terumbang ambing dan tiada jawapan yang pasti. Biler kucc & kak ju'a bagi tau Kebun Mimpi ada sambungan, saya sedikit lega :)


Dalam Kebun Mimpi nih banyak menceritakan tentang kehidupan Ain sebagai isteri Adam yang dicintainya dan juga perjalanan seharian dia mengarang kisah "Nyanyian Tanjung Sepi". Menarik juga biler ada feed mengenai 'the making of' Nyanyian Tanjung Sepi yang best tu. Ala-ala info belakang tabir gitu.


Byk dugaan yang menanti Ain. Perkahwinannya dgn Adam melukakan hati ibu Adam kerana ianya tindakan yang tergesa-gesa. Adam masih lagi menyimpan dendam terhadap Hanif yang pernah menyintai Ain walaupun Hanif telah berumah tangga. Ini membuatkan Ain menjarakkan hubungannya dgn Hanif.


Berita Ain mengandung memang menggembirakan, namun Adam terpaksa pergi jauh demi tugas. Kesempatan itu digunakan oleh Ain utk menghabiskan novel NTS yang sedang diusahakannya. Dalam keseronokan menulis, kadang2 rasa sepi menerpa. Tak disangka2 Ain keguguran namun rezekinya ada kerana dia mengandung anak kembar rupanya.


Kamal hadir dalam kisah ini ketika ketiadaan Adam, Adam terpaksa meminta Kamal membantunya menjaga Ain yang masih lemah kerana dia tahu keluarganya takkan mampu menjaga kebajikan Ain. Ain bukan menantu pilihan.


Antara watak2 yang familiar yang muncul semula adalah sbb Dr. Khalida, Nuha, Dahlia, Neem & King Shah erk ramai lagi.. kalau baca ni memang menggamit nostalgia membaca novel2 noor suraya. Yg best nya universe dlm novel kaksu semuanya sama dan mereka saling bertembung dari semasa ke semasa. :)


Ceritera II: Tas Merah Jambu by Syud


iskkk jiwang lah citer nih. haha... macam tak betui jer aku tersengih sengih tersenyum senyum sorang2.


Kisah ini tentang Nisa. Seorg secret admirer. Dia syok kat Adif tapi tak pernah meluahkan perasaan. Dia menyintai dari jauh saja. Hanya rakan2 terdekat yang tahu rahsia hatinya. Berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong, kad raya yang terperam setahun akhirnya sampai ke tangan Adif. Nisa pengsan. Adif pula semakin curious dan berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong juga, misi mencari gadis berbeg pink bermula...


Ceritera II: Albatros: Antara Langit dan Bumi


Saya rasa macam baca dua cerita yang tak ada kena mengena antara satu sama lain dalam kisah ini walaupun watak 'Taqi' adalah kesinambungan dari kisah pertama.


Izzah-Ehsan terpisah meninggalkan cinta tak terucap yang tiada closure. Pertemuan semula ada pelbagai kemungkinan dan kehadiran Asri menvariasikan lagi kemungkinan yang sedia ada. Saya lebih suka chemistry Izzah-Ehsan ;)


Adriena-Taqi-Rasydan. Pembacaan sekali lalu sedikit membuat saya confuse tambah2 dengan keadaan Adriena yang tidak menentu emosinya. Lepas tu seperti hilang ingatan pula. Saya seperti tak menyebelahi sesiapa utk digandingkan bersama Adriena, mungkin sbb tiada rasa mesra dengan watak2 dan apa2 kemungkinan sahaja antara ketiga-tiga watak ini saya menerima seadanya. Kisah ini menarik dan sekiranya pembaca diberi peluang mengenali Adriena-Taqi-Rasydan dgn lebih rapat, mungkin ia lebih mengesankan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.


Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud


Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.


Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.


Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.


RM21.50
536 mukasurat
isbn: 978-967-5118-10-4


Sunday, October 26, 2008

Panggil Aku Dahlia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni Publishing
Tahun 2008


Sudah tentulah ni antara novel yang saya tertunggu-tunggu utk tahun 2008 ni. Akhirnya lahir juga setelah berhempas pulas di 'labour room'. Tahniah buat Kaksu :) sudah tentu peminat2 kaksu dah berpusu-pusu ke kedai2 buku utk mendapatkan hasil karya penulis kesayangan ramai ni.


Secara keseluruhan, kisah ini memang padat dan menarik. Wadi-Dahlia sentiasa hadir dalam interaksi yang segar dan memikat tumpuan pembaca. Mereka dilahirkan utk bermusuhan dan itulah yang mereka lakukan semasa di bangku sekolah. Part sarbat berudu tu memang meng'uwek'kan, haha. Ganas jugak aksi2 serangan balas Wadi-Dahlia ni masa zaman sekolah.


Setelah sekian lama Dahlia pergi, kini dia kembali. Wadi dan Dahlia sudah tidak seperti dulu lagi. Akal menjadikan mereka tidak samseng seperti dulu, tapi Dahlia sentiasa sangsi dengan kehadiran Wadi yang masih kelihatan nakal di matanya. Namun Wadi kelihatan sgt serius meluahkan perasaannya, setiap kali Dahlia cuba membuat Wadi pergi dari hidupnya, Wadi semakin menjadi sebahagian dari hidupnya. Masalahnya adakah Wadi masih membawa misi serangan terbesar ke atas Dahlia? Masih kreatif dan inovatif lagikah Dahlia utk merangka serangan balas terhadap Wadi? Dlm usia 24thn mereka adalah 'rival' dalam business teh di Cameron Highlands. Bapa Wadi mahu menguasai segala2nya, manakala bapa Dahlia akan cukup bersyukur sekiranya mereka dpt bertahan di dalam business ini.


Sedikit sebanyak kisah ini mengingatkan saya kepada Tanah Andriyana, jatuh cinta pada musuh keluarga. Tapi part yg lain tu tak derlah sama. yang ini lebih segar lebih romantis, lebih mencuit hati.


Misteri yg dibawa pergi Lorrinda Anilov Orbida membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Berjayakah seorg arkeologist (Dahlia) mengorek rahsia aib yg berkubur dalam keluarganya? Bagi yang pernah membaca karya2 kaksu sebelum ni tentunya berdebar-debar melayari kisah ini kerana adanya watak Farhan yang mungkin berjaya merebut Dahlia dari Wadi. Memang terasa evolusi perasaan seorg Dahlia yg memusuhi Wadi kepada Dahlia yang semakin menyenangi Wadi. Kehadiran Neem dan Mia Zara menyerikan lagi kisah ini.


Dlm novel ni banyak kali gak menggunakan ayat "Wadi ni la." comel! Memang byk perbuatan Wadi yg tak disangka2 membuatkan Dahlia selalu mengeluarkan kata2 "Wadi ni la".


Penerangan lukisan karya Dahlia tu membuatkan saya teringat subjek lukisan saya yang selalu dpt warna merah dulu.. yer la.. masa sketch lukisan tu nampak macam orang, biler bubuh water color semua, jadi pokok lah pulak. Memang kerastangan bab2 melukis nih.


2nd Review by Rinn

Tajuk Novel: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
ISBN: 978-967-5118-09-6


Ceritanya: Cerita benci jadi cinta. Musuh jadi kekasih. Memang saya suka genre yang begini. Yang paling saya suka dlm novel ni, bukan sebelah pihak menjadi mangsa dalam kisah ini. Ada sesetengah kisah, bila menceritakan genre ini, watak heroin selalu terkena dan sentiasa geram dan tertekan. Lain pulak dengan Wadi dan Dahlia. Ada saja serangan balas antara mereka. mereka seperti pahlawan ke medan perang. setiap kali menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah, mereka hadir dengan strategi, dengan persiapan untuk serangan balas yg hebat. hehe.. mcm citer perang pulak.


Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu disisipkan mengenai sejarah arkeologi malaysia terutama di perak dan johor. Dahlia penah cuba memboring kan Wadi dengan cerita2 lama ini. owh, dan kenali jugak jenis2 teh :)


Permusuhan berpunca dari perusahaan teh yang asalnya satu menjadi dua. Datuk Ma'rof dan Megat Qais meneraju Sykt Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor. Datuk Ma'rof mahu memiliki segalanya dari Megat Qais. Even Lorrinda, ibu Dahlia pun dia nak jugak.


Misterinya: Misteri kisah ini melibatkan kes kematian. Kematian Lorrinda, adakah bunuh diri atau dibunuh? kelihatannya dia seperti membunuh diri dengan meminum susu beracun. Dahlia menjumpai ibunya dlm keadaan yg menyayat hati. Lalu dia dihantar ke Australia utk menyambung hidup. Di sana dia menjadi lebih dewasa, menjadi seorg wanita. Misteri Lorrinda dibiarkan sepi. Dahlia juga tak merancang utk kembali, namun panggilan dari bapanya tidak dapat ditolak. Dia kembali dan misteri Lorrinda bakal dibongkar. Dahlia tahu ibunya menjadi mangsa tapi keadaannya telah disalahfaham, sehingga suami sendiri meminggirkan dirinya.


Deliverynya: hmm apa kelayakan saya utk komen cara penulisan seseorg penulis. Namun dari mata saya yang hampir kosong ilmu penulisan (tengok cara saya tulis review pun tau kan?), cara penyampaian Noor Suraya menyerap ke dalam perasaan. membuat kita rasa friendly dgn Dahlia. Bersama-sama dia menghadapi Wadi dan kehidupannya di kawasan tanah tinggi tu. Keresahan Dahlia menjadi keresahan kita.


Penulisnya: Noor Suraya? Dia tahu apa yang nak disampaikan. Teratur bahasa & ceritanya dengan luahan rasa yang membuat kita terangkap dalam ceritanya.


NOvel ini mengingatkan saya kepada: abe dan amek di kg kuala boh. ekspedisi memancing dgn abe laiyin (kitorang yg ikut dia basah dari ujung rambut sampai ujung kaki, abe layin tu ujung kain yg dia pakai jer basah). Saya juga teringatkan bunga2 di Hotel Equitorial Cameron Highlands.


Wadi Hannan - masa sekolah dia ni budak lelaki yg nakal. Dia paling suka mengacau Dahlia. Kalau Dahlia tak datang sekolah, dia jadi tak keruan. Pernah gurauannya menyebabkan gadis itu mendpt parut seumur hidup di bhg bawah wajahnya. Dia panik sehingga pernah berkata pada dirinya sekiranya tak dak orang nak kawin ngan Dahlia disebabkan parut tu, dialah yg akan menjadi lelaki yg mengahwini Dahlia. Di usia 24 tahun dia bertemu semula dengan Dahlia. Parut itu masih di situ dan Dahlia tidak berusaha utk menyembunyikannya. Namun Dahlia yg biasa2 saja tu tak payah buat apa2 utk membuat Wadi jatuh cinta padanya. Tengok Dahlia menguap pun Wadi dah jatuh cinta tergolek-golek. Sabo jer aku.


Dahlia - dia bencikan Wadi hannan yang sentiasa membuat hidupnya kucar kacir. Parut angkara Wadi dijadikan peringatan mengenai lelaki jim-alif-ha-ta tu. harta yg tergadai menjadikan Dahlia kecewa dgn diri sendiri yang tak berusaha menyelamatkan harta keluarganya. Wadi muncul dengan lamaran yg mengejutkan, dia bukan saja menawarkan diri sbg suami, malah harta dahlia yg tergadai sanggup djadikan mahar. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa, binasa. jadi nak ikut yang mana satu? Hatinya dijentik cemburu bila terserempak Wadi dengan gadis lain. Kenapa pulak macam tu? Wadi melamar dirinya tapi masih mendampingi wanita lain. Cemburu tandanya sayang? Saya dapati Dahlia yang kembali selepas ke Australia lebih matang berbanding Dahlia zaman sekolah yang cepat melenting. Dia seorg yg pemaaf dan sanggup melupakan, mengabaikan kenangan lalu kerana lebih mementingkan masa hadapan. Ciri ini dalam Dahlia menjadikan Wadi seorg yang bernasib baik di dalam cinta namun ada syarat Dahlia yg wajib Wadi penuhi.


Farhan, Neem, Mia Zara, King Shah - watak-watak sampingan yang menyeri dan memantapkan lagi kisah ini. Ibu Farhan berkenan kat Dahlia. Neem dihantar bersama Farhan dgn misi utk menyatukan Dahlia dan Farhan. Namun hati mereka telah dicuri oleh org lain. Lagipun Neem lebih sibuk memasak daripada menjalankan amanat ibunya. Mia Zara adalah partner in crime si Dahlia, manakala King Shah pulak perancang strategi Wadi. Tak sangka la pulak Shah Botak bekenan kat Neem! :)


Cameron highlands menjadi medan 'pertempuran' mereka. Namun pertemuan kali ini semakin hari semakin mendamaikan. Mereka mungkin menjadi pelerai permusuhan yg diwarisi turun temurun. Namun bapa Wadi makin tamak. Dia tak mahu keluarga Dahlia survive di Cameron Highlands. Malah dia tak kisah sekiranya Wadi mengahwini Dahlia utk mengikis harta bendanya. Idea kahwin tu memang Wadi suka, tapi bab kikis tu, dia ada agenda tersendiri. Dia mahu mengahwinkan Teh Timor dan Teh Sutra dlm ikatan abadi. Dia takkan biarkan Dahlia sengsara. Ibunya kesiankan gadis sebaik Dahlia menjadi mangsa Wadi. Dia suka Dahlia jadi menantunya tapi dia tak mahu Dahlia menjadi mangsa Wadi yg terkenal dgn romeonya. Sejuk hatinya melihat keikhlasan Dahlia melayan bapanya. dia mahu anak yg seperti itu dan dia tak pernah mendapat semua itu dari Wadi.


sure fine whatever
Rinn



sinopsis belakang buku:


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?


Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!


Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.


Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?


Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!


RM21.00
542 mukasurat
ISBN: 978-967-5118-09-8

Sunday, July 13, 2008

Minum Pagi Sambil Bicara Fasal Buku II




13 Julai 2008
9.15 pagi
A&W LRT Tmn Jaya


Terima kasih tak terhingga buat kak yah & kak su sbb sudi invite saya sebab kalau tak dimaklumkan thru emel memang sy tak tahu langsung mengenai slot ini. Kat sini ada problem sikit nak access web jemari seni. Seronok dpt join :) Uda yg penah tinggal jejak kat sini pun ada :) terima kasih sudi bertegur sapa :)


Kali ni saya tak der lah terkial-kial cari tempat sbb lokasinya memang mudah dicari dan sangat berdekatan dgn LRT Tmn Jaya :) Nampaknya ada rezeki lagi berjumpa dgn Ahada & Fitrina :) Thanks.. kalau tak saya ni tercangak cangak jugak la sorang2. Jenis tak berani nak tegur orang yg baru jumpa :) Thanks Fitrina sbb tolong amik gambar :) I'm 4ever grateful.


Dalam majlis kali ni 3 buah novel baru Jemari Seni dibicarakan iaitu Lili Buat Najah, Bila Nysrah Kata Tak Mahu dan Tentang Dhiya. Halus cinonet rasanya review saya berbanding review2 Pembicara2 novel yang diundang. Saya ni review jenis ikut rasa di hujung lidah, tanpa sebarang pengetahuan asas penulisan, kira memang ikut rasa seorang pembaca santai.


Pembicara menyampaikan bicara dalam suasana yang santai, friendly dan two way communication. Ada juga yang bangun dan tampil memberi pendapat. Saya pun bangun banyak kali jugak tapi utk snap gambar. haha.. hasil2nya nilah gambar2 yang diambil sepanjang majlis :)


Penulis2 yang hadir tentulah penulis2 novel yang dibicarakan (uiks macam masuk court pulak) iaitu Nazurah, Syud dan Aidil. Juga penulis2 otai Noorsuraya dan Samsiah Mohd Nor :) Thanks Pn. Samsiah sbb sudi sign novel2 yg saya bawak, ada yg baru, ada yang dah lunyai. hehe. Akhirnya dpt jugak beli novel 'cinta jati klasik'. She confirmed that TBM2 dan TBM3 memang dah tak der di pasaran.. abih dah yilek pucik. nanti mungkin pn. Samsiah akan usahakan utk terbitan semula. so kita tunggulah... sekarang ni ronda2 kedai 2nd hand lah kot2 ada :)


kak su nampak makin perple, kak yah nampak makin ayu, naz nampak makin langsing, syud nampak makin tinggi.. huhu.. rasanya mungkin sbb masa jumpa diorang dulu diorang duduk. Apa2 pun all the best to the writers and publisher. Terima kasih lagi sekali kerana sudi mengundang saya. Nampaknya tak der apa lah yang dpt saya bantu, tolong tempek lucky number kat bawah doorgift jer..


Di sini saya selitkan hampir 100 foto sepanjang majlis, ada jugak yang saya selitkan notes pada gambar :)


sure fine whatever
Rinn

Sunday, April 27, 2008

Biru Ungu Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Biru Ungu Cinta by Noor Suraya
Terbitan Creative


"Masihkah ada cinta bila kasih sayang kehilangan makna?"


sejak suka dgn penulisan kak noor suraya, memang tercari-cari novel ini, akhirnya dapat juga. :) Thanks Kaksu sudi sign *sengih sebulan*


Satu lagi kisah kehidupan seharian yang biasa kita atau kawan2 kita lalui namun kadang2 kita tak menduga perkara-perkara biasa ini berlaku dan membawa takdir berbeza kepada insan2 dlm novel ini.


mungkin kerana saya terlalu byk kali membaca karya2 kak noor suraya membuatkan saya dapat meneka Fattah yang Seera cintai takkan menjadi orang dikahwininya dan tekaan saya Kamal yg bakal memiliki Seera adalah tepat sekali :)


Seera melakukan perkara yg difikirkannya terbaik utk Fattah dgn menolak pinangannya setelah dia disahkan tidak boleh mengandung sampai bila2 (Seera merahsiakan perkara ini dari semua org termasuk kembarnya sendiri). Saya berpendapat tindakan Seera amat tepat sekali kerana Fattah adalah anak tunggal dan tanpa kehadiran cucu tentunya ibu bapa Fattah takkan gembira. Tindakannya itu telah menimbulkan kebencian di hati ibu Fattah. Makin malap peluang Seera utk menjadi milik Fattah walaupun Fattah rela memperisterikan Seera dan berjanji tidak akan menduakannya walaupun mereka tidak akan dikurniakan cahaya mata. Namun tindakan ibu Fattah masuk meminang Dayang Mariana yg disangkakan pilihan hati Fattah menjadikan Seera lagi sekali mengundurkan diri. Bapa Seera sendiri sudah tidak mahu percaya lagi pada Fattah utk memperisterikan Seera. Hancur lebur impian mereka utk hidup bersama.


Kamal sudah lama menyimpan impian utk memiliki Seera tetapi sudah lama kena reject ngn Seera. Tindakannya menghulurkan budi yg tak terbalas kepada keluarga Seera menjadikan keluarga Seera dgn senang hati menerima pinangan ibu Kamal. Seera menceritakan segala kekurangannya kepada Kamal namun Kamal tak kisah, malah, ibu Kamal sendiri sudah berkenan sgt kat Seera tu. Sedihnya Seera kena kawin paksa tapi dia tak menyangka yg sebenarnya perkahwinan itu akan menyebabkan dia jatuh cinta dgn lebih hebat lagi kepada suaminya. Namun takdir Tuhan, siapa dpt menyanggahnya.. aduih.. sedihnya, sebelum baca buku ni saya baca Lili buat Najah.. endingnya mcm ni juga, huhu lagi la aku sedih.. Err Kaksu, Nazurah.. ada chance ker si Kamal terserempak dgn Tasha? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diamaku dpt rasakan cinta yg bersinar, cinta yg tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening... sedangkan ungu itu warna dukaku. Yg membeku di dalam hatiku, yg mengalir dlm jantungku dgn luka yang paling dalam, berdenyut nyilu... menjalar pilu menjulang lesu.

RM17.90
340 mukasurat

Sunday, March 16, 2008

Launching PSP & GGD by Jemari Seni




Minum Petang Sambil Sembang-Sembang Fasal Buku Baru: 15 Mac 2008 (Sabtu)
Lokasi: The Rain, Bdr Baru Bangi.

Panjang betul tajuk acara hitea jemari seni ni. Saya nak menyampaikan ucapan jutaan terima kasih buat kak yah dan kak su kerana sudi memanjangkan jemputan ini kepada saya. Terharu betul! Kali pertama juga saya hadir majlis seperti ini. Sebelum2 ni gi pesta buku jer.

Saya tiba agak awal, dalam lingkungan pukul 2 lebih. Macam segan lah pulak masa tu sbb tak kenai sorang pun. Kak Yah n Kak su tu pun baru pestaim jumpa sbb selalunya berurusan melalui emel dan sms sahaja. Kelihatannya semua orang sudah lama saling mengenali, aku sorang jer macam tercangak sikit.. haha tak der kawan lagi. sebelum majlis mula aku berkenalan dgan Ahada n Fitrina. Thanks for making me feel at home :) TAk sangka pulak aku terduduk sekali dgn cik pengerusi majlis bersama adiknya.

Lepas sesi doa dan ucapan penulis. Ada sesi makan2 sambil2 tu ada review ringkas dari editor Garis-Garis Dejavu dan Persis Sebutir Pasir. Tak rugi aku usung buku satu beg.. dapat jugak amik tandatangan kak su. thanks so much.

Tak sangka pulak ada sambutan hari jadi buat Anis (Rnysa) penulis buku Relevenkah Aku Di Hatimu. Anis.. jadi ke projek AIR2u? haha..

Ada lagi yg tak sangka, pestaim aku menang lucky draw. selalunya kalau 10 orang ke bawah, baru lah ada chance number aku naik.

It was a pleasant event. Thanks Pn. Noorsuraya, Manjlara, John Norafizan & Rnysa sbb sudi sign buku :) and also thanks jugak kak su & kak yah sudi include saya dalam event ni. Thanks kak yah sudi hantar sampai komuter UKM. Tak sangka pulak satu train dgn Anis.. dpt gak nyembang2.

sure fine whatever
Rinn

Wednesday, October 10, 2007

Keranamu Ain

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Keranamu Ain by Noor Suraya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

“Kita telah terlalu lama membuat masa dan merana”

Lepas gigih mengcollect buku Bikash, now i have another mission, nak collect buku2 noor suraya pulak  buku yg baru saya dapat ni bertajuk ’Keranamu Ain...” Beli masa merayau2 kat MPH Alamanda beberapa hari sebelum puasa. Buku ni keluaran tahun 2001 and in 2001 tu saja dah dua kali buku ni diulang cetak. Seperti dalam ’rindunya kian membara’, dlm buku ni juga ada dua calon yg berkemungkinan end up with the heroin. And tak kira dgn sapa Ain end up, pembaca pasti berpuas hati. Saya memang seronok sangat bila Ain tak pilih Haris! Tak kira la insaf macam mana pun dia tu, dia tak deserve to be with someone yg macam Ain. Saya agak terganggu dengan cara penceritaan yg kadang2 membahasakan Ain sebagai ‘aku’ dan kadang2 macam diceritakan oleh pihak ketiga. Walau bagaimanapun citer memang menarik minat saya utk terus membaca walaupun esoknya nak kena bangun sahur.

Citer ni mengisahkan tentang Ain yg bekerja dgn Haris yg mempunyai prasangka buruk terhadap wanita setelah ditinggalkan kekasih hatinya. Setelah bertahun-tahun bekerja dgn Ain barulah dia mula memerhatikan Ain dari kacamata yg berbeza, tapi pada masa itu Ain sudah mula rapat dengan kawan lamanya, Adam. Ain dan Adam saling memendam perasaan. Ain kecewa kerana Adam meluahkan perasaannya setelah sahabat baiknya, Maisarah mengakui amat menyintai Adam. Ain takkan sekali-kali melukakan hati Maisarah, lalu membawa diri ke Brunei. Haris menjejaki Ain ke Brunei tetapi Ain masih lagi tak dapat menerima Haris kerana ingatannya terhadap Adam terlalu kuat. Adam pulak frust menonggeng sorang2 sebab salah faham dan membuat kesimpulan yg salah.

Ada jugak kelibat Dr Khalida dan Dr Zainnur dalam citer ni.

Sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang2 terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insam dalam dunia dgn gayanya yg tulen. Anggun dalam darjahnya yg tersendiri. Indah dalam peribadinya yg sempurna.

RM16.90
273 mukasurat

Saturday, July 21, 2007

Tanah Andriyana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Tanah Andriyana by Noor Suraya
Terbitan cesb

"Haruskan sengketa keluarga diteruskan..."

sebahagian besar kisah ni telah saya ceritakan dalam review "GUrindam Jiwa". Dalam buku ni saya lebih tertarik dgn kisah cinta Ku Fitri dgn Andriyana yg masih lagi mesteri bagi saya walaupun dah baca 'hati andriyana' banyak yang diungkaikan terutamanya dalam nota2 yang ditinggalkan oleh Andriyana, cerita lama menjadi sgt jelas dan menarik. Kisah Lara dgn Yusof dan Ali Hakem dgn Maryam tak banyak sangat especially ttg kisah cinta mereka. bagi saya watak2 dalam citer ni ada chemistry yg baik :) Lagi satu, pantun2 jiwang kat sini best la.. :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Apa guna pasir setambun
kalau tidak setinggi duduk
apa guna kasih setahun
kalau tidak seumur hidup

Yana.

Apa khabar nasi di daun
nasi di talam bagai nak mati
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati

Ku Fitri.

RM17.90
307 m/s

Friday, July 20, 2007

Gurindam Jiwa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate, Imaen & Noor Suraya
"Tiga ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa"
Terbitan Jemari Seni Publishing

Ceritera 1: Schubert's Serenade by Hlovate
Gurindam Jiwa:
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Mulanya ingat nak baca 5Tahun 5 Bulan dulu tapi tak kesampaian.. buku dah dapat tapi dah baca Schubert's serenade dulu. What can i say, awai2 lagi saya dah ngam ngan gaya berbahasa yg errmm boleh dikatakan funky/urban.. huhu ada ke? Rasanya very close to gaya percakap biasa, penampilan perumpaman yg moden dan baru menarik dan mencuit hati dan ada kadang2 tu saya ni bukannya paham sangat, maklumla orang kampung. saya mmg blank tambah2 bab2 muzikal, piano dan violin, blurr la sikit amik masa nak paham tapi sangat enjoyable biler baca kisah ni.

Mengisahkan Ju'a yang kehilangan kasih sayang seseorang yg asalnya bgitu asing bagi dirinya tapi kemudian orang itu (abg shah - abg tiri) menjadi seseorang yg significant dlm hidupnya, tapi pada hari dia menerima adik baru, abg shah pergi utk selama lamanya. Kehadiran EG mencuit hati Ju'a kerana sgt2 mengingatkan kepada abg shah. Dia jadi marah pada EG kerana seolah2 mengingatkan dia pd abg shah, dari schubert's serenade hinggalah ke romano sport dan RXZ membangkitkan kenangan dgn abg shah melalui EG.

Ceritera II: Vendetta by Imaen
Gurindam Jiwa:
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

fuh.. gurindam jiwa yg nekad ni.. sanggup mati utk kekasih. Nampaknya Imaen seorang penulis thriller yg ada masa depan yg cerah. Bahasa yang digunakan menunjukkan dia begitu familiar dgn isu-isu yg diketengahkan. saya seperti sedang belajar benda2 baru. Mungkin juga sebab saya tak pernah amik tau hal-hal sebegitu sebelum ini. 'foreign legion', komando pencen, macam2 lah. Tajuknya saja menunjukkan cerita ini penuh dengan dendam, dendam seorang kekasih yg mahu membela kematian kekasihnya. Watak utama, D menjejaki those yg terlibat dalam satu rompakan yg meragut nyawa isterinya. Satu persatu diburu dan dihapuskan. Teringat pulak citer P.Ramlee, enam jahanam. :) Not my cup of tea, sekadar membaca dan menghabiskannya, namun di sepanjang pembacaan banyak pengajaran yg dpt saya kutip dan menginsafkan.. yer la tetiba jer gi kedai cari semula buku2 fiqh dan tauhid.. huhu..

I was hoping D insaf dan tak terus membunuh kerana dendamnya sbb dia macam sudah mula kembali ke jalan Allah tapi tula.. dendam tetap perlu dilunaskan, bagi melengkapkan kisah 'vendetta'

Ceritera III: Hati Andriyana by Noor Suraya

Gurindam Jiwa:
Batang selasih mainan budak
daun selasih dimakan kuda
becerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Bila baca tajuknya saya teringat salah satu buku Noor Suraya ada bertajuk 'tanah andriyana'. selepas baca 'hati andriyana' baru lah saya baca 'tanah andriyana'. kelihatannya 'hati andriyana' adalah seperti ringkasan kepada 'tanah andriyana' namun ada jugak 'the lost scenes' yg disisipkan dalam 'hati andriyana' yg menjadikan keseluruhan kisah lebih menarik dan lengkap. kisah permusuhan keluarga di tangan Noor suraya menjadi menarik dan diwarnai kisah2 cinta 4 keturunan. Andriyana-Ku Fitri, Manjalara-Joshua, Ali Hakem-Maryam dan tentu sekali Aliya-Hadi.

Cerita ni adalah tentang sengketa dua keluarga yg berakar umbi dari kehadiran Andriyana ke pulau langkawi, mencuri hati Ku Fitri. Tanah yg diwariskan kepada Andriyana dipersoalkan ke sah han nya.. Pertemuan Aliya dan hadi membangkitkan sejarah & sengketa lama. cinta Andriyana dan Ku Fitri memecah belahkan dua keluarga, dapatkah cinta Aliya - Hadi menyatukan mereka semula? Hadi seorang pecinta yg pasti dengan hatinya manakala Aliya lebih byk berfikir komplikasinya.

Saya belum pernah membaca 'tanah andriyana' semasa membaca 'hati andriyana', tp saya tiada masalah utk memahami kisah ni, semuanya diceritakan dgn baik. Garang betul la aliya tu tapi tak sangka dia berjiwa seni. lepas dia jatuh hati dgn hadi, nenek dia bagi markah B- utk perubahan aliya.. hehe ingat ker leh dpt A- ker.

Aliya dlm buku ini kelihatan lebih berkobar-kobar membongkar misteri kisah moyangnya berbanding aliya dalam 'tanah andriyana'. Kisah Aliya dan tok nek nah ada dalam buku ni, tapi dalam 'tanah andriyana' tak der. Hati Andriyana dan Tanah Andriyana memang saling melengkapi. Benda yg dlm Tanah Andriyana, ada dalam Hati Andriyana.

disebabkan 'hati andriyana' saya beli 'tanah andriyana' :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Ceriteria I - Hlovate (m/s 1-175)

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"

there could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II - Imaen (m/s 179-319)

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"

Ceritera III - Noor Suraya

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri.

Cerita Hati Andriyana adalah edisi berkembar dgn Tanah Andriyana, terbitan CESB




Sunday, June 24, 2007

Surat Ungu Untuk Nuha

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya


Terbitan Jemari Seni Publishing (JS)


Nama Noor Suraya pada kulit buku ini membuat saya membeli buku
terbitan Jemari Seni buat kali pertama. Ni lah baru saya tau eNovel
dibukukan. menarik. masa melawat blog kak su saya tengok ada eNovel
baru! nanti bleh la luangkan masa menatap eNovel baru tu.


Masa saya baca 'nyanyian tanjung sepi' dan 'rindunya kian membara'
kisah cintanya berat dan endingnya memang tak disangka.. saya tak
sangka kak su lg best bila menulis santai sebegini dan sarat dengan
puitis yang tak melemaskan saya.. ekcili saya ni tak der la reti
sangat puitis2 ni tapi kerana menghayati kisah Nuha-Alang ni, memang
saya really into the story and suuuuuka sangat cara penulisan
yg 'romantic comedy' lah. citer ni kat area 'bagan' ni mencuit gak
hati saya sbb bagan tu tempat saya ronda2 dulu la.. naik feri pi
balik sana pulau nuh. ha tu dia keluaq tequih cakap kedah!


Kisah Nuha-Alang bermula dari pertemuan yg menimbulkan rasa benci
terutamanya di hati Nuha terhadap Alang yang selamba badak.
Penampilan Alang yang tak menarik menambahkan lagi kebenciannya.
Tapi pertemuan mereka seperti ditakdirkan dan mereka terpaksa
bertemu muka setiap hari. Alang yg suka mengusik, Nuha yang tak
tahan diusik memang sentiasa menjadi sebab utk mereka berperang.
Tapi semua itu secara tak langsung merapatkan mereka, menjadikan
mereka saling mengenali hati budi masing2. Hubungan mereka yg ntah
apa2 ini teruji bila tragedi menimpa Alang. Nuha makin tak paham dgn
hatinya, kekurangan Alang menyebabkan dia semakin rapat dan mesra
dengan alang walaupun sesekali dia masih lagi diusik. Alang yang
sudah hilang salah satu panca inderanya membawa diri setelah Nuha
menolak cintanya. Perpisahan membuatkan mereka sedar, Cinta sudah
mengetuk pintu hati, tapi dapatkah mereka bersama? Saat Nuha sudah
mula pasti dengan perasaannya, Alang pulak mendiamkan diri. Nuha
tahu apa yg patut dilakukan supaya Cinta tak berlalu pergi, tak
kiralah Alang pulang dgn lengkap pancainderanya atau tidak.. eceh..
mcm nak tersajak pulak..


dalam buku ni jugak ada memberi updates mengenai Dr Aqmar dan
isterinya Dara, serta Dr Kalida yg sudah ada 2 anak dgn Dr. Zainur.
Err watak2 ni dari citer Nyanyian Tanjung Sepi! nasib baik dah
baca..


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar


"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya


Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"


Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspress
Langkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung
2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak
Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak
mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang
mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini
rupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup
adalah suatu perjalanan waktu!


RM20.00
490 mukasurat

Tuesday, April 17, 2007

Nyanyian Tanjung Sepi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Ingat ka tanjung mana.. tanjung penang rupanya.. :). What can I say... i love Noor Suraya's writing. Buku tebal ni tak terasa masa berlalu bila membacanya.. start kat putrajaya, habis masa kat kuantan nun. :) Kalau secara ringkas cerita sebegini memang banyak diutarakan oleh beberapa penulis.. yg menjadi kelainan adalah cara Noor Suraya mengolah dan mendewasakan watak2 dalam cerita ni. tapi kadang2 tu tercari cari jugak watak 'hitam' seperti Masri (dalam rindunya kian membara).

Pergolakan bermula sejak awal cerita lagi.. Lida (bakal doktor) yg memendam perasaan terhadap pensyarahnya, lelaki idamannya, Dr. Zainur. Mimpinya hancur apabila keluarga sepupu sebelah aruah ayahnya datang menuntut janji utk mengahwinkannya dgn Dr Aqmar yang 11 tahun lebih tua daripadanya. Sebenarnya profesor tu pun syok jugak kat Lida, tapi sama la mcm Lida tu memendam perasaan.. tu la tak sound direct, orang lain dah kebas, padan muka. Dr. Zainur tu tak yg Lida sudah disunting orang, dia hantar rombongan meminang tetapi ditolak.. frust giler dia. kalau ikutnya boleh stop lagi sbb masa tu lom kawin tapi mak Lida tak bagi tau Lida.. tapi later dia mcm menyesal selepas tau yg Lida memang ada hati dengan Dr Zainur tu.

Hasrat keluarga ditunaikan dan Lida terpaksa menguburkan perasaannya kepada Zainur. Kasih sayang Aqmar mengikat Lida sbg isteri yang taat. 'Siapa dia sebelum daku' memang menjadi persoalan antara mereka tapi mereka saling berterus terang. Aqmar tau kedudukan Zainur dan Lida tau kedudukan Dara. Nuur Hannah menjadi cahaya hidup mereka, ketia bahagia mencurah-curah, cahaya mereka terpadam dan pergi utk selama-lamanya. Pemergian kali kedua Aqmar ke kanada menjadi titik permulaan pergolakan hubungan antara Lida dan Aqmar yg berusia 10 tahun. Dara nekad medptkan semula Aqmar hingga berjaya memerangkap Aqmar dgn ikatan perkahwinan dgn mngugut Aqmar. Aqmar berkahwin atas sebab agama. Tapi dia gagal bersifat adil, Lida terpaksa dilepaskan. Lida keguguran anak kedua

Dr Khalida bertemu semula dgn Dr Zainur tetapi status nya dirahsiakan. bila Zainur berani melamar, khalida menyertai UNICEF dan berpengkalan di Bali. Mereka bertemu lagi setelah beberapa tahun dan kali ni Zainur sudah menjadi seorang yg berani mempertahankan cintanya.

sure fine whatever
Rinn

Wednesday, March 21, 2007

Rindunya Kian Membara

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Rindunya Kian Membara by Noor Suraya


"Cinta itu pelik? Seperti hujan panas. Dalam hujan ada panasnya, dalam panas ada hujannya."


Susah jugak nak cari buku ni di kedai buku kat putrajaya ni, memang tak jumpa la.. nasib baik masa gi bli tiket kat pudu raya rasa nak jengah kedai buku kat situ and dapat la buku 'Rindunya Kian Membara' ni :)


Berbelit belit emosi dan tali perut ku bila baca buku ni! Banyak sangat yang saya tak setuju takes place in this story. I like those kind of feelings take place bila membaca buku. Tht means the writer berjaya mengacau bilau kan my thinking. kadang2 tu kalau baca straight forward to tak best jugak kan? Ini bukannya sesuatu yang tidak baik, tapi sebenarnya menunjukkan penulisan Noor Suraya ni memang menarik perhatian saya hingga tak senang duduk, baring atau berdiri!


Keputusan yang diambil oleh Farhana pada mulanya seolah-olah boleh dijangka tetapi selepas itu dan selepas itu dan selepas itu, lain pulak jadinya. I'm glad things get better in the end. Thank you Noor Suraya for this one :) masa baca buku ni all i keep on saying is "kenapaaaaaaaaa? kenapaaaaaaaaaaa?" but the ending tu cured everything la.. i'm glad Farhana end up in a great family with kids.


Serba sedikit tentang cerita rindunya kian membara ni. Kisah Farhana yg kembali dari luar negara dengan gelaran doktor linguist especially dlm bhs perancis. Dia pernah berkahwin dgn masri yg pernah memberi lafaz taklik, jika dia kawin dgn org lain, secara otomatik Farhana diceraikan. so, tht wht happened and Farhana mengembara jauh melanjutkan pelajaran. selepas 7 tahun, she returned with her twins Zaynn and Zetti. bila masri tau, dia terus buat tuntutan hak penjagaan walaupun dia sendiri sudah ada 5 orang anak diiringi ugutan kalau nak kembali anak2nya, Farhana mesti berkahwin semula dengan Masri. Farhana enggan, i think walaupun keputusan tu memisahkan dia dgn anak2nya tetapi tu tindakan yg bijak la especially mengenangkan mak Masri yang memang tak sukakan Farhana. Tapi kesian la Farhana menanggung rindu pada anak2nya.


Imran yg dulu pernah meminang Farhana kembali dgn rasa cinta yang pernah surut. Dulu Farhana tolak sbb nak kawin ngan masri, now tak der penghalang dah. Tapi bila dia dah mula terima Imran, Ilham (suami kepada aruah sahabat baik Farhana) pulak meluahkan perasaan. Farhana dan serba salah especially dia mmg rapat dengan anak2 Ilham. dilema, dilema yg merimaskan.


ada dua scene yg memang tertahan tahan tak nak nangis, first yg masa Farhana dgn ibu Imran, asking her to marry her son sdg kan masa tu Farhana menanggung sakit kanser payudara. Dia rasa dia takkan jadi wanita yg sempurna buat seorang yg sebaik Imran.


Yang kedua masa Masri hantar Zaynn dan Zetti balik. Zaynn yang kesakitan dibalun ibu tirinya. kesian sungguh. Masri tu sanggup membiarkan anak2 sendiri menderita daripada menyerahkan mereka kembali kpd Farhana.


aku ni kesian kat imran sebenarnya.. hehe.. Ilham tu mementingkan diri sendiri. menggunakan anak2 sbg alasan utk menarik Farhana! tapi tula dah jodoh mcm mana.. apa2pun Ilham memang seorang suami dan bapa yg baik. ishhhh.. dok kesian kat imran lagi ni! Rasanya kalau imran fight sikit dan tak menyerah saja, maybe dia dpt kawin ngan Farhana. kesian imran..


sure fine whatever



Sinopsis belakang buku:


Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang lalu kita harus mencarinya semula... Tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemui lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila- bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


RM20.90
392 mukasurat