Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Syud, Hlovate, Noor Suraya |
Penulis: Syud, Hlovate, Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Terbitan Pertama Tahun 2009
Harga: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
isbn: 9789675118241
630 mukasurat
Selepas Gurindam Jiwa dan Kebun Mimpi, lahirlah Tiga Ceritera yang ketiga dari Jemari Seni, Pelangi :)
Ceritera 1: Pelangi by Syud
“Dia seperti sesuatu yg berwarna warni tetapi tidak semua orang Nampak. Dia macam… pelangi.”
Selepas 'Tentang... Dhiya' dan 'Tas Merah Jambu' (Kebun Mimpi), aku dapat simpulkan yang karya ketiga ini Syud menunjukkan kematangan dalam watak-watak yang dilakarkannya. Manisnya tetap ada dan masih ada scene2 cheeky yg membuat kita tergelak senang. Konflik emosi dan kepercayaan diletakkan sbg isu dalam kisah cinta ini. Sesuatu yang biasa kita dengar dalam mana2 karya. Biasa, tapi Syud menanganinya dengan baik dan berjaya memanipulasi situasi perasaan watak2 utama dlm cerita ini utk membuat kita turut sama berdebar menanti pengakhiran kisah Iman-Usamah ini.
Saya meletakkan cerita ni dalam kisah cinta selepas kahwin. Iman dan Usamah belajar utk saling menerima kebaikan dan keburukan masing2, namun bila ada rahsia yang pada mulanya tak terluah, ianya membuatkan kepercayaan Iman pada Usamah goyah. Tambah2 Usamah sendiri tidak dapat membuktikan yg dia tidak bersalah. Usamah didakwa mempunyai anak lelaki bersama Syaz, makwe lamanya. Usamah sendiri tak penah ingat pernah intim sampai ke tahap itu bersama Syaz, tapi anak itu terlalu mirip wajahnya, malah ujian DNA juga positif! Hmm macam mana Usamah nak keluar dari kemelut yg mcm ni? Tak sangka Iman yg terlebih dahulu dpt memecah kebuntuan apabila terserempak dgn anak seiras Usamah itu, dan ternyata Usamah perlu dibela. Banyak lagi liku2 hidup Usamah-Iman yg interesting utk kita susuri tambah2 masa diorang mula2 kena kawin tu... macam set2 kawin paksa la. Aku mesti nak tergelak kalau teringat part diorang nak lawan pijak kaki tu. peh tu kantoi ngan mak mertua pulak. hehe.
Novel akan datang dari Syud: Untuk Awak Teja Aulia
---------------------------------
Ceritera 2: Ked's Story by Hlovate
“Cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu… masuk akal ke?”
Masa mula-mula baca Ceritera 2 ni aku macam blurr sbb rasa macam sepatah apa pun tak paham. ramp, deck, kickflip bla bla.. apokobondo aku tak paham. haha.. last aku cari permulaan ceritera 3 and sampai la last page ceritera 2 tu ada la dia tunjuk jenis-jenis deck dan juga bahagian2 penting skateboard. haaa baru aku ngerti sikit2. lepas tu baru la pembacaan aku lancar. sbb aku ni jenis kalau baca benda yg aku tak paham, memang jadi mengong mcm nyamuk kena spray ridset.
Membaca kisah budak2 skater ni buat aku rasa tua lah. Haha.. memang citer budak2 muda huha huha. Kisah cinta yg diselitkan adalah antara Ked dan Nawal. Ked suka kat Nawal tapi Nawal mempunyai perspektif sendiri terhadap jejaka2 skater yg dianggap romeo tapi Ked bukan lelaki yg macam tu, so dia cuba utk prove kan siapa dia pada Nawal supaya mendapat tempat istimewa di hati Nawal. Sesi-sesi dating Hadi-Diana menjadikan Ked dan Nawal semakin mengenali antara satu sama lain. Nawal hanya menyedari yg dia betul2 sayangkan Ked setelah mendapat berita mengejutkan dari Fudge, “dia dah tak ada”. Fudge tu pandai la wat gempak, aku pun tekejut, tambah2 Nawal tu tentu dah macam nak pengsan.
Kat akhir citer ni ada nota: Untuk mengetahui kesudahan kisah Ked dan Nawal serta kisah sebenar Minn dan AO, pastikan anda tidk ketinggalan mendapatkan Versus, projek Hlovate selepas ini.
------------------
Ceritera 3: Rumah Kecil di Ujung Padang
“Akukah kunang-kunang yg dilupai orang tika mentari menyinsing?”
Aku rasa Rumah Kecil di Ujung Padang ni mengembalikan Noor Suraya yg aku tunggu-tunggu. Hehe. Bukannya apa, rasa mcm dah lama tak baca cerita dia yg macam ni. Mengembalikan kenangan kepada buku-buku Noor Suraya dengan CESB yg aku suka.
Kisahnya tentang Durrah yang baru mengetahui dia sebenarnya anak angkat dan bapanya berada di Indonesia. Frust dgn abg keluarga angkatnya yg tak jadi kawin dengan dia, dia membawa diri ke Indonesia untuk bersama keluarga ayahnya. Mungkin dia terpikat pada jejaka doctor haiwan, Mas Heru yg dok kat Rumah Kecil di ujung padang tu sbb dia mengingatkan Durrah kepada Haiqal. Tapi Mas Heru tu plak syok kat adik tiri Durrah. Aduih.. kesian betui kat Durrah. Dia frust lagi, so dia lari balik Malaysia pulak. Huhu… nasib baik ada tempat nak lari pi lari mai. Kali ni macam dia dah tak bleh lari sbb dia nekad nak mintak mak dia pinangkan sorang jejaka yg dia bekenan utk dia sebelum jejaka tu kawin ngan orang lain… siap sabotaj baju kawin lagi ha. kalau frust, mana dia nak lari lagi. Hehe.
Novel akan datang dari Noor Suraya: Jaja & Din
blurb:
Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah pelangi...
Ceritera I
PELANGI-SYUD
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi... Tapi Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yg melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?
Ceritera II
KED'S STORY - HLOVATE
Khalid Faizal... Ked... Hadiah... Nawal
a lady... a romeo... a skater
Florida-Virginia... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah.
Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate?
FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
Kalau nak diikutkan logik... cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu... masuk akal ke?
Ceritera III
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG - NOOR SURAYA
Akukah kunang-kunang yg dilupai org tika mentari menyinsing?
"...papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia," Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
"Semua org bilang mas sangat pendiam."
"...tetapi tidak dgn gadis yg aku suka."
Gadis yang aku suka?
Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?
sy beli novel ini semata-mata rindukan karya Kak Su..
ReplyDeleteternyata rindu ini terubat.. :)
ha'ah... saya pun rindukan karya2 kaksu dulu.. Rumah Di Ujung Padang memang mengembalikan aura noor suraya :)
ReplyDeleteade novel bru la...izan ske kat Hlovate...
ReplyDeletehaaa kalau ske kena ar bli Pelangi sementara nak nunggu Versus kuar tak lama lagi
ReplyDeleteketiga-tiga penulis ni kakmar minat bangetttt...hehehehe..
ReplyDeleteuntung la ni, beli satu dapat tiga kak mar :)
ReplyDeleterinn, tau tak pe..hahaha..
ReplyDeletethx for the review :)
ReplyDeleteurw :) thanks for the story :)
ReplyDeleterinn, terima kasih untuk jadi orang pertama baca n ulas ahaks... di net :)
ReplyDeleteRKdUP ini karya lama yang digali semula, hmm... dua kali bercuti ke Bandung baru ada semangat nak siapkan.
Zorroe2, Marsha tq ya, sudi membaca Pelang...
riyomiharu... opps, cik kak ni pun ada, hi komrad... bila kita nak 'bergabung' nulis lagi :p
lorrr RKdUP ni simpan dalam tanah ke? sampai kena gali. Nasib baik tak reput. Thanks for writing and sharing :)
ReplyDeletehehehe msh cmt dlm lemari
ReplyDeletenmpknye kena usaha keras tuk bc novel2 lain b4 smp ke yg ni hik3
ape saje korang ni
ReplyDeletehaha.. ayat 'usaha keras' tu dahsyat betul. haha.. jgn sampai buku jadi keras tak bleh bukak sudah la. hehe.
ReplyDeleteeh2 jgn le gtu
ReplyDeletenanges kang xdpt bc novel ni hik3 lalala5
usaha keras tu sbb da byk novel dibeli tp xsmpt nk khatam sume hahaha
ha ni buku baru js nak kuar lagi ni.. yg saidatul safaa tu.. :p
ReplyDeletebetul Rinn.. bila baca kisah cinta budak-budak terasa diri ni dah tua....mcm masa g tgok wayang crita twilight new moon kat dalam tu bila perhati sekeliling sema budak-budak muda.. hua..hua... tapi masa masuk laman js baru ni, Versus akan dijual masa pesta buku PWTC next month... beli jgn x beli....
ReplyDeletetak per alice, young at heart, tu yg penting haha... kiter tak folo la twilight. Tapi suka tengok wayang citer kartun... memang ramai budak2. haha. Rasa mcm cikgu yg dok jaga budak2 rombongn pulak. Versus memang dah lama masuk list nih. hehe
ReplyDeletekak rinn kalo kiter x bca ked's story trus bca versus xper ker??
ReplyDeleteboleh ja. kalau tak salah, ked's story tu macam spin-off dari versus jer.
ReplyDeletebeli novel nih sbb nak bace ked story..ok lah not bad...tp bile bace sume citer...sy lagi favor karya Syud (pelangi)..best...interesting...sy suke language die.. rmh kecil di ujung padang pun ok...at last kawin jugak si durah tu dgn abg die..igtkan kawin dr. tu..citer ni ade kait2 skit dgn surat ungu untuk nuha....skrg nih nak tggu versus pulakk..hehe
ReplyDeletekenapa nak tunggu versus? kan versus dah kuar since pesta buku kat pwtc haritu? haaa gi bli cepat hehe.
ReplyDelete