Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Norhayati Berahim |
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan PErtama: 2008
isbn: 9789675229022
RM24.90
Sabah/Sarawak: RM27.90
728 mukasurat
"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"
Tak kira berapa banyak kali Norhayati Berahim mengetengahkan tema kekeluargaan, ianya tetap mempunyai tarikan tersendiri.
Chinta hidup dlm keluarga serba sederhana, tetapi tanpa pengetahuannya, dia merupakan anak angkat, hanya anak saudara kepada Makcik Molek dan Pak Cik Kamal. Dia heran mengapa Pakcik Kamal selalu mencari salahnya. Kesalahan kecil tetapi hukuman sehingga ditampar, dibelasah. Rodin yg pemalas pulak ditatang, disayang.
masa chinta kecik, part dia kena sepak terajang ngan pakcik kamal buat aku nangis. huhu.. sedih siot!!! and bila dia dah keja pakcik kamal ngan chinta buat aku nangis juga especially part pakcik kamal tersentuh dgn ingatan chinta pada dia dan selalu berkirim duit pada dia walaupun dia tak penah mintak.
Kebencian yg dibalas dgn kasih sayang oleh Chinta memang menyentuh hati, terharu membacanya. Kasih sayang itu telah mencairkan hati batu Pakcik Kamal walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Chinta sangat sabar tetapi dia bukan jenis hanya berserah pada takdir, dia ada perjuangan dan pendirian sendiri membuatkan watak Chinta sangat kuat.
Chinta sayangkan Saiful dan ibu bapanya yg buta, namun harta dunia telah membutakan mata Saiful lalu Chinta disingkirkan dari hidupnya.
Raja Akid ada cerita tersendiri. Dia jejaka tampan yg ada konflik jiwa. Ibunya yg sedang asyik berasmaradona dengan lelaki lain telah terkantoi dek Akid. Akid yg masih muda terkesan dari segi emosi akibat peristiwa itu. Dia jadi benci dan jijik dgn perempuan, kecuali Jessi... dan sekarang, kecuali Jessi dan Chinta.
Pakcik Kamal menghembuskan nafas terakhir dgn rasa benci pada Rodin dan kasih sayang menggunung pada Chinta. Angkara Rodin menyebabkan rumah dan tanah (yg sepatutnya milik Chinta) tergadai. Raja Akid muncul menawarkan diri sbg penyelamat namun ada syaratnya, Chinta mesti jadi isteri Akid. Setelah menjadi isteri Akid barulah Chinta tahu yg Akid mempunyai masalah emosi yg amat serius. Rasa benci dan jijik yg tersemai dek perlakuan ibu yang curang membuat Akid kaku ketika memesrai Chinta. Bayangan kecurangan ibunya membuat Akid tidak pernah menghabiskan apa yg dimulakannya.
Chinta bimbang dgn keadaan Akid dan cuba mencari penyelesaian dgn bantuan doktor. Akid ni sekali pantang disebut tentang ibunya dia akan hilang kawalan dan jadi sangat pemarah. Namun Chinta cuba memecahkan kebuntuan itu. Rasanya citer ni sesuai la ada adegan 'blushing' tu sbb significant dgn jalan cerita. :p Yer lah, doctor's order.
Ending yg sangat memuaskan hati! Misteri kelahiran Chinta, kemunculan semula ibu bapa Chinta. Ibu dan bapa Saiful terjaga walaupun hubungan dgn Saiful telah putus. Walaupun akak abrupt semuanya dihimpun di betul2 hujung cerita, tapi ada kepuasanya membaca karya ini :)
p/s bagi siapa yg memiliki copy Chinta yg ada masalah binding, boleh kembalikan ke NB Kara ye? Sbb yg saya ni pun mcm tu jugak.
Resepi popia pisang utk kucc ;)
kulit popia
inti: badam, kelapa parut, pisang
gulung inti dlm kulit popia dan goreng
cicah dengan sos manis spt gula melaka atau madu. nyumm nyummm
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
Zahirnya dia lelaki yg sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada yg tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yg menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yg bernama Raja Akid itu tidak penah percaya pada cinta. Bahkan dendam yg berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yg bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.
Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yg disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yg boleh menjawabnya.
novel ni best tapi berbelit-belit kisahnya..
ReplyDeletetapi citer ni tak sesuai untuk bawahan umo..
sbb ada unsur-unsur husband-wife
Saya suka konflik keluarga dan konflik jiwa yg diketengahkan dalam novel ini... dihamparkan dan dihuraikan satu persatu. Endingnya terasa sangat memuaskan hati :) yaaa betul.. tak sesuai utk bacaan bebudak bawah umur sbb ada 'blushing' scene tu walaupun itu arahan doktor. keh keh..
ReplyDeletehahaha blushing ke? ade la jugak hik3
ReplyDeletecite ni besh! sy suke sbbnye sme cm kak rinn hehehe
huihsssh blushing scene lah tu, budak2 tak bleh baca.
ReplyDeletepehni nak baca setiap jumaat ngan billy miligan pulak. hehe