Showing posts with label kawinpaksa. Show all posts
Showing posts with label kawinpaksa. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Bila Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Suria Fatin
Bila Cinta
Penulis : Suria Fatin
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Ogos 2011
307 mukasurat
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00


"Apabila pandang bertukar sayang... siang terbayang malam termimpi, bila ingatan sering terbayang, cinta kan membara sehangat api."


secara keseluruhan terasa seperti membaca kisah cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kahwin dalam versi pandangan orang lain pula. Mungkin kerjaya dan background tempat saja berbeza. Cuma uniknya heroin tu seorang pereka fesyen, pemilik butik yang sangat minat dengan komik :) Malah komik-komik itulah menjadi pencetus idea kreatifnya dalam menghasilkan ciptaan untuk butiknya.


Kronologi cerita ini ada susunannya tetapi kurang impak dalam penyampaian. Terasa penceritaan terlalu biasa-biasa sehingga tak terkesan klimaks ceritanya di mana. Hafez dan Fatin kelihatan lebih serasi sebagai kawan dan agak janggal sebagai suami isteri. Rasanya cerita ini perlu banyak diperkemaskan dan diedit sebelum diterbitkan supaya impak cerita lebih terasa untuk menyerlahkan kekuatan sebenar cerita. Penulis mempunyai koleksi dialog segar yang menarik tetapi jalinan cerita membuatkan dialog-dialog ini tidak menyerlah.


Kisah ini tentang Fatin seorang gadis berpewatakan comel. Dia hampir-hampir menerima cinta Azlan tetapi dipaksa menerima Hafez sebagai suami. Ibu Fatin memang sudah lama kenal dengan Hafez dan keluarganya. Fatin pun sering cemburu dengan perhatian ibunya terhadap Hafez. Masa zaman sekolah dahulu dia memang ada menyimpan perasaan pada Hafez, namun setelah dewasa dan memiliki perniagaan sendiri, dia membuka hatinya untuk orang lain. Namun Hafez yang ditinggalkan Marni mengundang simpati ibu Fatin kerana bimbang Hafez akan terus menjauhkan diri dari perempuan kerana kecewa tambahan pula ibu kandungnya dulu meninggalkannya kepada nenek dan nenek tidak mampu menjaga dua cucu, lalu diserahkan kepada keluarga angkat.


Kisah ini menumpukan kepada perjalanan hidup Fatin dan Hafez yang membawa kepada berseminya cinta antara mereka. Paling aku tak boleh lupa adalah nama watak antagonis citer ini iaitu Marni. Nama penuh dia Marnieva. Kalau tersilap sebut adala bunyi dekat-dekat seperti nama kedai buku yang aku selalu jugak pegi :)


Konflik sebenar baru bermula ketika mereka mula meluahkan perasaan antara satu sama lain.Cinta mereka mula diuji. Marni mengalami kemalangan yang meragut daya ingatannya. Entah mengapa dia menganggap Hafez adalah suaminya Namun Fatin dan Hafez sangat yakin yang segala-gala ini akan berakhir apabila Marni ingat semula.


Terasa cerita ini ditamatkan sebelum waktunya. Seperti ada lagi yang perlu diceritakan.


sure fine whatever
Rinn


Kebetulan pula Azlan dan Hafez adalah adik beradik kandung.





blurb/sinopsis belakang buku


Fatin;


Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm... aku pernah dengarla orang kata, kalau kita suka dekat seseorang itu... luahkan! Kalau tidak... kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena tolak? Tolong la... walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.


(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! Cintakah aku pada kau? Kalau betul, bila?)


Hafez Azfar;


Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorg ni kata cinta seperti hilang sebutan? Dia yg tak ubah seperti kafein! Tapi tula... macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, Azlan... Fatin, kalau benar aku menjadi penghalang.


(Aku telah jatuh cinta padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak Bila. Aku sendiri tak pasti.)


Haikal Azlan;


Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yg aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yg terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?


(Bila semua ini akan tamat? Ataupun semua ini adalah satu tanda cinta baru bermula?)

Wednesday, August 19, 2009

Chinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan PErtama: 2008
isbn: 9789675229022
RM24.90
Sabah/Sarawak: RM27.90
728 mukasurat


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Tak kira berapa banyak kali Norhayati Berahim mengetengahkan tema kekeluargaan, ianya tetap mempunyai tarikan tersendiri.


Chinta hidup dlm keluarga serba sederhana, tetapi tanpa pengetahuannya, dia merupakan anak angkat, hanya anak saudara kepada Makcik Molek dan Pak Cik Kamal. Dia heran mengapa Pakcik Kamal selalu mencari salahnya. Kesalahan kecil tetapi hukuman sehingga ditampar, dibelasah. Rodin yg pemalas pulak ditatang, disayang.


masa chinta kecik, part dia kena sepak terajang ngan pakcik kamal buat aku nangis. huhu.. sedih siot!!! and bila dia dah keja pakcik kamal ngan chinta buat aku nangis juga especially part pakcik kamal tersentuh dgn ingatan chinta pada dia dan selalu berkirim duit pada dia walaupun dia tak penah mintak.


Kebencian yg dibalas dgn kasih sayang oleh Chinta memang menyentuh hati, terharu membacanya. Kasih sayang itu telah mencairkan hati batu Pakcik Kamal walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Chinta sangat sabar tetapi dia bukan jenis hanya berserah pada takdir, dia ada perjuangan dan pendirian sendiri membuatkan watak Chinta sangat kuat.


Chinta sayangkan Saiful dan ibu bapanya yg buta, namun harta dunia telah membutakan mata Saiful lalu Chinta disingkirkan dari hidupnya.


Raja Akid ada cerita tersendiri. Dia jejaka tampan yg ada konflik jiwa. Ibunya yg sedang asyik berasmaradona dengan lelaki lain telah terkantoi dek Akid. Akid yg masih muda terkesan dari segi emosi akibat peristiwa itu. Dia jadi benci dan jijik dgn perempuan, kecuali Jessi... dan sekarang, kecuali Jessi dan Chinta.


Pakcik Kamal menghembuskan nafas terakhir dgn rasa benci pada Rodin dan kasih sayang menggunung pada Chinta. Angkara Rodin menyebabkan rumah dan tanah (yg sepatutnya milik Chinta) tergadai. Raja Akid muncul menawarkan diri sbg penyelamat namun ada syaratnya, Chinta mesti jadi isteri Akid. Setelah menjadi isteri Akid barulah Chinta tahu yg Akid mempunyai masalah emosi yg amat serius. Rasa benci dan jijik yg tersemai dek perlakuan ibu yang curang membuat Akid kaku ketika memesrai Chinta. Bayangan kecurangan ibunya membuat Akid tidak pernah menghabiskan apa yg dimulakannya.


Chinta bimbang dgn keadaan Akid dan cuba mencari penyelesaian dgn bantuan doktor. Akid ni sekali pantang disebut tentang ibunya dia akan hilang kawalan dan jadi sangat pemarah. Namun Chinta cuba memecahkan kebuntuan itu. Rasanya citer ni sesuai la ada adegan 'blushing' tu sbb significant dgn jalan cerita. :p Yer lah, doctor's order.


Ending yg sangat memuaskan hati! Misteri kelahiran Chinta, kemunculan semula ibu bapa Chinta. Ibu dan bapa Saiful terjaga walaupun hubungan dgn Saiful telah putus. Walaupun akak abrupt semuanya dihimpun di betul2 hujung cerita, tapi ada kepuasanya membaca karya ini :)


p/s bagi siapa yg memiliki copy Chinta yg ada masalah binding, boleh kembalikan ke NB Kara ye? Sbb yg saya ni pun mcm tu jugak.


Resepi popia pisang utk kucc ;)

kulit popia

inti: badam, kelapa parut, pisang

gulung inti dlm kulit popia dan goreng

cicah dengan sos manis spt gula melaka atau madu. nyumm nyummm


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Zahirnya dia lelaki yg sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada yg tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yg menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yg bernama Raja Akid itu tidak penah percaya pada cinta. Bahkan dendam yg berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yg bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.


Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yg disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yg boleh menjawabnya.