Showing posts with label nbkara. Show all posts
Showing posts with label nbkara. Show all posts

Monday, July 9, 2012

KeINDAHan Cinta IMAN

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Zuraidah Othman
keINDAHan Cinta IMAN
Keindahan Cinta Iman
penulis: Zuraidah Othman
Editor: Anida Daud
terbitan : NB Kara
553 muka surat
Rm22.90
Sabah/Sarawak : RM25.90

"Setiap masalah ada penyelesaiannya"

Kisah ini tentang bagaimana seorg wanita muda mengendalikan 4 jiwa anak muda remaja yg masing2 inginkan perhatian dan kasih sayang.
Kehadiran Peah Brutal dan pemergian ibu yang Indah cintai menjadikan permulaan cerita agak rancak dengan konflik keluarga. Indah menjadi mangsa keadaan apabila cintanya dgn Shahim tidak direstui gara2 sejarah lalu kakak ipar Indah.

Demi harta perniagaan, Indah bakal dikahwinkan dgn Badri Iman yg sudah anak 4. Kakak ipar dn abgnya dikaburi tamak haloba dgn harta. Indah yg byk terhutang budi dgn keluarga tu berada dlm keadaan trrsepit. Dia akhirnya menerima setelah berbincang dgn Badri Iman dan mengnggap hutang budi langsai lagipu nasib 4 'anak-anak' Badri Iman sangat menyentuh hatinya.

Anak pertama, Aisyah amat menguji kesabaran Iman. Aisyah mencemburui Iman yg menikahi jejaka idamannya. Aisyah sudah bijak mengatur strategi utk menyingkirkan Iman malah sanggup mengugut dan mempergunakan adik-adiknya utk merealisikan misinya. Aisyah penuh dgn muslihat tetapi anak2nya yg lain amat menyenangi Iman.

Zuraidah Othman berkongsi kisah konflik dalaman keluarga dalam suasana mendebarkan. Aisyah bagai anak.singa yg menyembunyikan taring dan giginya, menunggu dalam gelap utk menyerang Iman bila masanya perfect. seramlah si Aisyah ala ala minah psyco tu. Kebaikan Iman berjaya melunturkan keangkuhan Peah Brutal, namun berjayakah Iman nak tackle remaja yg punya jiwa yg melonjak-lonjak utk memberontak?

sure fine whateverr
Rinn
note: (boleh share review saya tapi please letak link atau credit kepada blog ini. terima kasih)

MeRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
“Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi.”
Dia menangis lagi. Cepat-cepat air jernih itu dikesatnya.
“Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?”
“Jangan sebut perkataan ikhlas di depan saya. Awak ikhlas sangat ke nak kahwin dengan saya? Kan awak nak kahwin dengan saya sebab nak carikan orang gaji untuk budak-budak tu!”

Tuesday, October 25, 2011

Sejam RM2.50

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Norhayati Berahim
Sejam RM2.50
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Anida Daud
RM29.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
867 mukasurat
Terbitan NBKara
9789675229251


"Sengsara itu ada ganjarannya"


Sudah menjadi cara Norhayati Berahim sekarang ini untuk bercerita tentang watak-watak utamanya sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah ke alam dewasa dan berumah tangga. Mungkin sebab itulah novel-novel baru beliau sering mencecah 800 muka surat. Cara begitu membawa kita lebih dekat mengenali watak-watak dalam ceritanya. Ceritanya terasa padat walaupun ketebalannya tak agak-agak. KEbelakangan ini banyak juga novel-novel baru bersaiz tebal. Semakin ramai penulis suka menghasilkan karya yang tebal-tebal. Masalahnya kadang-kadang ceritanya best tetapi cerita menjadi 'dragging' atau berulang-ulang membuatkan keseronokan cerita hilang begitu saja.


Keluarga Sean dan keluarga Wafa ada dugaan tersendiri dalam menempuh hidup sejak zaman kanak-kanak. Sean sering kecewa dengan bapanya yang selalu mengenepikan haknya sebagai anak hanya kerana ibunya isteri kedua. Tan Sri itu lebih mengutamakan isteri dan anak-anak di sebelah sana sedangkan dia lima beradik bersama ibu mereka memendam rasa kecewa yang menggunung.


Tan Sri Fakrul perlu menjaga reputasinya sebagai orang terkenal agar tidak terjejas dengan terbukanya rahsia yang disimpan sekian lama. Dia menahan diri dari berlamaan dengan Puan Nori sekeluarga. Dia lebih menumpukan perhatian kepada Puan Sri Fatimah dan dua anak mereka.


Kematian adiknya, Ashraf, membuat Sean lebih membenci bapanya. Ashraf pergi tanpa sempat bertentang mata dengan bapa mereka. Ashraf begitu mengharapkan kehadiran bapa mereka untuk memberi kata-kata semangat bagi dia meneruskan sisa-sisa hidup yang tidak lama. Perkenalan Ashraf dengan Wafa mengubat sedikit lara di hati Ashraf dan Sean. Walaupun masih kecil, Wafa pandai mengambil hati sedangkan dia sendiri menanggung derita penyakit yang membawa maut.


Haron, anak isteri pertama Tan Sri Fakhrul, ada pakej lengkap sbg anak org kaya yang kacak bergaya. Tapi dari segi pekerti, Haron sangat tercorot. Walaupun pandai mengaji, dia gemar bertukar-tukar pasangan. Banyak persoalan mula terungkai selepas kematian Tan Sri Fakhrul.


Wafa dalam dilema pada mulanya apabila mengetahui yang rupa-rupanya ibunya sekarang adalah ibu tirinya. Ibu sebenarnya sudah berkahwin lain dan mempunyai anak. Dia tidak pernah menyangka perjalanan hidupnya selepas itu menjadi gembira dengan kehadiran dua orang ibu yang terbaik untuk dirinya walaupun bapa kandungnya bukanlah seorang yang 'supportive' terhadap minatnya dalam bidang lukisan.


Lebih separuh pembacaan aku masih lagi tak menemui 'sejam RM2.50' tu. Suku terakhir barulah kita bertemu dengan tajuk cerita ini. Demi menyuburkan semangat Islam di US, Wafa menggunakan kuasa "Sejam RM2.50" untuk menarik anak-anak kecil dan remaja US ke surau. errr bukan United States ya? US tu Ulu Saritan di mana keluarga di situ bukanlah kaya raya dan tahap sosial kehidupan masyarakat Islam di situ sangat menyedihkan. Di situlah juga Wafa bertemu Hussin, anak muda yang luhur hatinya. Kalau diorang kawin, diorang akan dapat 4 orang ibu kandung/mertua/tiri yang baik-baik belaka :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali."


"Apa salahnya Hraon tu? Dia bukan kejar orang, org yg kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!


"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebyk sepuluh bilion!"

"Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun."


Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan utama. Bukannya pekerti lelaki itu.


"Aku hairan sungguh kau ni."
"Hairan apanya?"
"Apa yg kau benci sangat dgn Haron tu? Aku tak faham. Kau tau tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dgn apa yg Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionaire!"


Bodoh! Mahu saja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Org bodoh macam Safina saja yang tergila-gilakan lelaki mcm Haron. Aku tidak sebodoh itu!


Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki dan bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yg ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yg singkat ini?

Monday, March 14, 2011

Dari Kerana Mata

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Dari Kerana Mata
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Suraya Yacob
Cetakan 1 - Januari 2011
Terbitan NB Kara
870 Mukasurat
RM28.00
RM31.00 (sabah/Sarawak)


"Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti"


Jaliha selalu dipukul ibunya (Ramona) sedangkan anak-anaknya yg lain, Johari dan juriah tak kena pulak. Nasib baik ada Nek Senah yg sentiasa menyokong dan membantu Jaliha mematahkan ayat2 pedas menyakitkan yg dilontarkan Ramona kepada Jaliha.


Berpindah ke tempat baru menemukan Jaliha dan Johari dengan Atan. Seorg budak yg menjual lastik utk membantu neneknya mencari wang. Walaupun masih budak-budak, dia sering membantu Tok Daud mengajar anak-anak di kampung itu mengaji. Atan memang seorg anak yg rajin. Ketulusan hati Jaliha dalam melayannya sebagai sahabat membuat Atan mengganggap Jaliha sangat baik dan bercita-cita mengahwini Jaliha bila dewasa nanti. Johan pun baik juga dgnnya. Jaliha tak pernah lokek meminjamkan basikal kpdnya.


Nenek Atan meninggal dunia dan Atan dibawa pergi tinggal bersama sebuah keluarga yg kaya raya. Sejak itu dia terputus hubungan dengan Jaliha.


Di sana Atan membesar sebagai Nik Azri yang masih menanti detik pertemuan semula dengan Jalihanya. Selepas Jaliha, tidak pernah muncul sesiapa yg setanding Jaliha. Kalau anak2 orang kaya yg lain gemar mengumpul kereta, Nik Azri gemar mengumpul basikal dari bermacam-macam negara sbg koleksi peribadi.


Hidup Jaliha bertambah baik setelah ibunya berkahwin lain. Ingat ka bapak tiri dia tu nanti garang dan jahat, tapi rupa2nya lelaki itu sangat bertimbang rasa dan jauh lebih baik dari ibunya yg gemar memukulnya.


Jaliha membantu sahabatnya, Zaitun menjaga anaknya Akim setelah suami Zaitun hilang tanpa berita. Kalau tengok cara Zaitun melayan Akim, hampir2 sama seperti Ramona (ibu Jaliha) melayan Jaliha semasa kecil dulu. itu yg membuat Jaliha sangat protektif terhadap Akim.


Jaliha tu buka butik pengantin. Keputusan ibu bapa Nik Azri utk mengahwinkan Nik Azri dengan Diana telah menemukan Nik Azri dengan Jaliha di butiknya.


Nik Azri ambil masa jugak utk siasat sikit2 sebelum betul2 confirmkan sama ada itulah Jaliha yang dicari-carinya. Takut nanti silap orang pulak. Ternyata itulah yg dicari-carinya :) tapi Jaliha kenal lagi ke Atan tu?


Buku ni sangat tebal. Mungkin sebab NB tak banyak menggunakan teknik flashback. Beliau lebih banyak bercerita dari mula sampai habis. Dari kecil sampai dewasa, so kisahnya menjadi sangat tebal. NB banyak menyelitkan kisah2 dan ayat2 pengajaran utk renungan kita bersama.


sure fine whatever
alongside




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis:


Bolehkah dipercayai cinta seorg kanak2 yg tidak punya apa2? Bolehkah dipegang segala janji dan kata2? Bagi ramai org, cinta seorg kanak2 hanya cinta monyet, cinta yg cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yg akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok ke pokok dan pergi tanpa apa2 rasa?


Tetapi bagi seorg anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yg datang dari mata turun ke hati. Cinta yg memicu dia terus berdiri dan berlari.


Cinta bagi seorg kanak2, ianya terlalu jujur utk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Tuesday, February 22, 2011

...dan cinta pun tersenyum.

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nora Ismail
...dan cinta pun tersenyum.
Penulis Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
Editor : Norhayati Berahim
Terbitan NBKara
630 mukasurat
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
http://novelnbkara.blogspot.com/


Ervan
Indonesia

Surihani
Malaysia

"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."


Lepas pegi majlis pelancaran baru lah aku perabis novel ni :) Nora menyatukan dua hati berlainan negara dalam kisah cinta menyentuh hati ni. Karya ini menggabungkan dua bahasa dalam satu naskah. Ianya sesuatu yg baru bagi aku. Tetapi Nora berjaya membuat kita berupaya mengasingkan lenggok bahasa melayu malaysia dgn lenggok bahasa melayu indonesia apabila membaca dialog watak berlainan negara dalam novel ini. Kedua-dua bahasa itu diintegrasikan dengan baik dan dibantu dgn maksud perkataan indonesia di penghujung setiap bab bagi memudahkan pemahaman pembaca malaysia.


Ervan adalah model metroseksual kaya raya dari Indonesia yg terpaksa tinggal di Pulau Besar, Johor atas perintah ibu dan ayahnya. Mak dia org Malaysia dan ayahnya orang Betawi. Resort Prima Sakti dibina dengan namanya yg gah. Ervan menurut tetapi pada masa yg sama dia cuba memberontak dari jauh. Sikap Ervan membuat ramai pekerja resort yg pelik dgn sikapnya. Dah la tak tahan panas, dengan nyamuk pun dia nak gaduh.


Surihani adalah gadis pulau yg berpendidikan luar negara. Bertahun di luar negara tidak pernah mengikis kemelayuan dalam dirinya. Setiap kali Ervan berbicara dlm bahasa Inggeris Amerika, Surihani akan sentiasa membalasnya dalam bahasa melayu. Tapi bila Ervan cakap melayu Indonesia, kerap juga Surihani salah faham sehingga percuma saja Ervan menerima tamparan wanita dari Surihani. Entah berapa kali lah Ervan tu merajuk, haha. Mau Surihani tak bara, nak jalan balik rumah pun Ervan guna payung! Aduih.


Separuh pertama cerita ini adalah dirancakkan dengan serangan balas membalas dialog antara Surihani dan Ervan. Dialog2 mereka menjadi penyeri cerita membuat kita tergelak-gelak dengan kerenah pasangan ini. Tragedi yg dicetuskan penulis di tengah-tengah cerita adalah cukup mengejutkan buat aku sbb memang tak sangka langsunglah tragedi sehebat itu datang menduga sedangkan mereka sedang membilang detik tibanya hari bahagia.


Watak Akhil yang sejak kecil dipandang tinggi oleh Surihani berubah menjadi watak negatif setelah pinangannya ditolak. Akhil tu memang bila cakap jer mesti ada ayat2 fitnah, ayat2 spekulasi dan ayat2 nak melaga-lagakan orang. Tak pernah nak bersangka baik. Memang sakit hati betul lah dgn Akhil tu. Penulis seperti menunjukkan perbezaan antara cinta yg menguasai akal dgn cinta yang dipandu akal melalui watak Akhil. Cinta antara manusia bukanlah yg paling utama dalam hidup kita. Cintai Allah dahulu, barulah menyintai orang lain.


Di awal cerita Ervan yg memburu cinta Surihani tetapi di akhir cerita, Surihani yang memburu cinta Ervan. Macam mana boleh jadi macam tu? hmm...


Tisu kena claim dgn Nora nih.


sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan kena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dgn cahaya matahari!"


"What?" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatanya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.


"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah.


"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" maki Ervan dgn bengang.
..............

Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kpd Allah? - Ervan


It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani.

Monday, February 21, 2011

NB celebrated Birthdays with Friends




Bulan Januari yg lalu Norhayati Berahim telah mewar-warkan jemputan ke rumah beliau bagi meraikan harijadi bersama rakan2 pembaca dan penulis serta anak2. Macam pegi kenduri :) Semua yg hadir dan dilahirkan pada bulan januari telah diraikan pada hari tersebut dalam suasana santai dan mengenyangkan ;)

Sunday, January 30, 2011

...Hujan Pun Menari...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Norhayati Berahim
...Hujan Pun Menari...
Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Editor: Anida Daud
mukasurat: 893
RM29.50
Sabah/Sarawak: RM32.50


"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya"

mata berpinar bila tengok ketebalan novel ni yg lebih dari 800 mukasurat, dekat2 900 lah jugak! tapi bila tengok nama kat cover rasa macam dah telan ubat yg mujarab utk masalah mata berpinar tadi :)


Hujan pun menari membawa kisah Muna sekeluarga. Kita menyusuri perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah dewasa. bapanya seorg ustaz yg aktif memberi ceramah dari masjid ke masjid. Keputusan bapanya utk beristeri baru membuatkan Muna kecewa tapi ibunya pasrah dgn keputusan itu. ayah dan ibunya adalah insan yg tidak berprasangka, selalu bersangka baik dan pasrah menempuh hidup. Mungkin itu menjadikan mereka insan yg tidak berhasad dengki. Walaupun Muna kelihatan memberontak dgn perubahan dalam keluarganya, tetapi sebenarnya dia pun ada sikap berbaik sangka. Tak kira berapa kali org warning dia tentang sikap sahabatnya Tuminah yg sering menyebarkan cerita2 buruk tentang dirinya, Muna tak pernah termakan cakap orang. Baginya, Tuminah tetap sahabat. Tuminah tu stat bencikan Muna bila jejaka idamannya, Dol Azim jatuh hati dgn Muna.


Bagi aku kisah Ustaz Jalil - Cikgu Ara - Ustazah Aminah lebih menarik berbanding kisah Muna yg kelihatan agak stereotype dgn kisah2 sahabat jadi kekasih yg pernah kita baca sebelum ini.


Ustaz Jalil ni memang macam tiada beban batu digalas seteleh berkahwin dgn Ustazah Aminah. Walaupun Ustazah Aminah tu graduan timur tengah yg tinggi ilmu agama, dia bukanlah seorg isteri yg baik. Dia tidak pernah menghormati Ustaz Jalil yg baik tu. Cikgu Ara adalah seorg isteri dan ibu yg sangat baik. Rasa cemburu yg mekar di hati ustazah Aminah menjadikan dia seorg yg tamakkan perhatian dan harta benda ustaz Jalil, sedangkan rumah yg dia duduk tu pun adalah hasil bayaran ansuran yg dikongsi antara ustaz jalil dan cikgu Ara utk masa depan anak2 mereka yg 5 org tu. Sibukla ustazah tu nak rebut harta ustaz jalil yg tak seberapa. Cikgu Ara memang sangat cool dan penyabar orgnya. Dia tidak mudah melatah dan memberontak seperti ustazah Aminah yg sangat tidak percayakan suaminya sendiri.


Kematian Ustaz Jalil menunjukkan cara yg berbeza kedua2 isterinya meratapi pemergiannya. Walaupun berteman air mata siang malam, cikgu Ara pasrah dgn ketentuan Ilahi tetapi sebaliknya ustazah Aminah meraung-raung menyalahkan orang tu orang ni. Yg geram tu, dia nekad tak nak pindah dari rumah yg bukan miliknya.


Kisah ini kemudian tertumpu pada Muna yg semakin meningkat dewasa. Sahabat datang dan pergi tetapi Qurban adalah sahabat yg sentiasa mengikuti perkembangannya dan mereka kembali akrab bila dah bekerja. Muna masih lagi berkawan dgn Tuminah dan Dol Azim. Tuminah masih lagi dgn sikapnya yg suka buat2 baik dgn Muna sdgkan dia pada masa yg sama sentiasa memburuk-burukkan Muna depan org lain. Keputusan Dol Azim berkahwin dgn Tuminah sedikit sebanyak membuat Muna kecewa, mungkin kerana sepanjang persahabatan, Dol Azim sentiasa mempamerkan rasa cintanya kepada Muna. Keputusan Dol Azim akan buat sapa2 saja rasa heran. Macam ada yg tak kena.


Masalah Muna dgn Tuminah sedikit berkurang selepas perkahwinan itu. Kepulangan anak angkat Pak Lang dan Mak Langnya yg berstatus Datuk dan Datin membuat Muna tak senang duduk di rumah besar itu. Dia sering disindir dan dikutuk Danial yg merasakan Muna dan adik beradiknya sedang mengambil alih harta2 bapanya sedangkan dia yg lebih layak (dia tak tau dia tu anak pungut, eksyen lebih). Bila mengetahui status dirinya, Danial membuat perancangan utk berlakon jadi baik dan meminta ibunya meminang Muna utk dijadikan isteri. Muna mulanya menurut tetapi kemudian menolak setelah berbincang dgn ibunya Cikgu Ara yg sangat berdiplomasi. Membuat Muna sedar di mana letaknya rasa cinta yg sebenar.


Qurban pulak menyangka dia lebih tertarik kepada Siti yg manja semacam tu. Tapi pengaruh Siti membawa dia ke arah yg tak baik. Pertunangan Muna membuatkan dia rasa semacam. Tanpa sedar dia membandingkan kelebihan dan kekurangan antara Siti dan Muna. Dari segi rupa mungkin Muna ketinggalan tapi dari sisi lain Muna jauh lebih indah dari Siti.


blurb / novelcinta@multiply / sinopsis

Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya

Peritnya melihat emak diduakan. walau emak begitu sempurna tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yg mahu tidak mahu, harus tabah. Sbg anak sulung, Muna mengerti, dia dgn emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.


Dlm kepayahan menempuh onak kehidupan... Ketika gelap, ketika cahaya suram... sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari... Qurban... lelaki itu tetap di sisi.

Thursday, July 1, 2010

Resipi Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iejay Zakaria
Resipi Hati
Penulis: Iejay Zakaria
Terbitan NBKara
Cetakan Pertama 2010
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
525 mukasurat


"Cinta itu seperti masakan yg ada macam2 rasa"


Apa rasa bila baca novel ni? Rasa macam nak makan. Bukan makan buku, tapi resepi dia sedap2lah. Tapi tak semua resepi aku baca dalam novel ni sbb aku lebih tertarik nak mengikuti kisah Adriana dan Zuan. Pada awal2 cerita tu aku baca la jugak resepi2 yg diselitkan. Tapi bila dah tiba part2 yg kita tak sabar nak tau, aku skip jer part2 resipi tu.


nanti bila2 rasa nak masak something new or different, boleh la cari novel ni kat rak :) Novel ni macam fusion of buku resepi dan novel. Apa yg characters citer ni makan or masak, akan diberikan resepi di muka surat seterusnya :)


Kisah ni tentang Adriana dan Zuan yg bertemu dan bercinta. Dalam tempoh 3 bulan saja Zuan membuat keputusan utk memperisterikan Adriana, Seorg gadis manis yg berbudi bahasa, pandai masak pulak tu!


Adriana adalah anak yatim. Zuan pulak dari keluarga yg bercerai berai. Ibunya dari keturunan baba-nyonya yg menganut Islam kerana mengahwini ayahnya. Ibu Zuan gembira menerima kehadiran Adriana sbg menantu tetapi adik Zuan tu rupa2nya berdendam dengan Adriana sejak dibuang sekolah. Ermilza percaya dia dibuang sekolah sbb Adriana yg report. So dia mengambil peluang utk membalas dendam ketika sebumbung dgn Adriana. Memang plan dia sentiasa membuahkan hasil tetapi dendamnya tak padam. Dia berjaya buat Adriana keguguran, malah dia mempergunakan kawannya utk memerangkap Adriana dlm keadaan yg sgt memalukan sehingga Adriana dihalau keluar dan menyebabkan suami isteri itu terpisah kira2 5 tahun. Geram la ngan Zuan tu yg lebih percayakan adiknya dari isteri sendiri.


5 tahun yg berlalu telah mematangkan Zuan. Dia menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab dan tak jemu2 menjejak Adriana. Pertemuan semula dgn Adriana membuat dia sgt gembira tambah2 pula ada Aryan di sisi Adriana dan dia percaya Aryan itu anaknya. Tapi ada rahsia mengejutkan yg dipegang Adriana. Sedih gilerrrrr. Bukan senang Zuan nak ngorat balik bini dia, so dia amik langkah alternatif, dia ngorat Aryan dulu. ;)


Mati2 aku ingat Kerol tu lelaki! ceh! haha. Mau tak tekejut aku bila Kerol nak kawin ngn Azlan! haha. edeh.


sure fine whatever
alongside


blurb/sinopsis belakang buku:


Ramai yg fikir cinta dtg semula jadi. Cukup kalau kita mencintai seseorg dan orang itu mencintai kita. Ada pula org rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya org yg bercinta tidak kecewa.


Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi. Perlu diikuti dgn peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yg sering dicubanya. Namun selepas berkahwin Adriana baru sedar, cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama. Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yg menciptanya. Tetapi cinta memerlukan dua org yg berlainan jiwa dan rasa bekerjasama.


Pelbagai dugaan rumah tangga menyedarkan Adriana, persamaan resipi masakan dan resipi rumahtangga hanyalah satu... iaitu kesabaran.

Saturday, May 29, 2010

Setiap Jumaat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Setiap Jumaat
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Rm24.90
sabah/sarawak RM27.90
723 mukasurat


"Persahabatan itu telah menjadi racun"


Kisah ini terasa kelainannya dan memorable. Misteri rahsia yg dipegang ibu Jasmine menjadikan kita tak sabar nak tahu bilakah saatnya rahsia itu terlerai.


Jasmine dan Ku Pian dibesarkan dalam keluarga yg berbeza status. Rajuk telah membawa mereka utk berada di Jepun utk merawat hati yang luka.


Jasmine kecewa dgn tindakan ibu tercinta yg sanggup berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sedangkan ayahnya baru sekitar setahun meninggal dunia. Dia merasakan seperti pengorbanan arwah ayahnya sia2. Dia menganggap ibunya sbg balu beranak 5 yg gatal dan tidak menghargai penat lelah arwah suaminya menyara keluarga besar mereka.


Ku Pian sentiasa merasa ayahnya mengongkong hidupnya sejak kecil. Kawan2 dan girlfriend2nya tak pernah mendapat approval dari ayahnya yg sentiasa dianggap bertanggapan serong. ayah dia tu sikit punya baik. SEtiap latar belakang kawan2 dan gelfren2 ku Pian disiasat dan memang Ku Pian tu pakar memilih org2 yg tak senonoh dan tak sesuai. Ku Pian kecewa dan merajuk lalu melarikan diri ke Jepun tanpa pengetahuan ayahnya.


Perkenalan 'Masako' ini dan 'Ultraman' itu menjadi titik permulaan sejuknya dua hati yang membara dgn kebencian itu. Setiap Jumaat menjadi hari pertemuan mereka dan perpisahan yg tak dijangka terjadi itu membungakan rindu yg sangat mekarr di hati mereka. Rindu dan hati yang terpujuk membawa mereka kembali ke keluarga masing2 dengan pemikiran yg lebih rasional dan terbuka. Tapi rindu terlalu bergemuruh di hati sehingga hari2 yg dilalui terasa ada ruang yg kosong.


Kepulangan kali ini membuka lembaran baru dlm hidup mereka setelah bertahun-tahun merajuk. Jasmine menyesali diri yg melulu menghakimi ibunya yg sebenarnya lebih byk berkorban demi keluarga mereka. ayah mereka yg merupakan pembaca meter dan bekerja sbg pengawal di sebelah malam rupa2nya memadukan ibunya. Malah setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya yg menyara anak ayahnya bersama isteri baru dan memberi kasih sayang tak berbelah bagi. sebenarnya sebelah malam, ayahnya bukan pegi kerja pengawal, ayah dia balik rumah bini muda. Sebab tu mak dia sampai tak kira masa rehat kalau bekerja semasa dia bersekolah dulu demi memastikan kewangan mereka cukup utk terus menimba ilmu.


ustaz yg dnikahi ibunya adalah insan yg sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya dan adik beradiknya. Mereka semua menyayangi ayah tiri mereka yg sgt baik hati.


Penyakit Ku Pian membawanya lebih dekat kepada keluarga Jasmine. Masako yg dicari-carinya ada tidak jauh darinya. Tapi Ku Pian tu masa kat Jepun dulu ok jer, tapi biler balik Malaysia terus jadi gatal semacam tambah2 masa mula2 jumpa Jasmine.


Akhirnya Ultraman berkahwin dgn Masako... hehe.


sinopsis/blurb


Hidup di negara orang memang payah. apatah lagi di negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...

Friday, April 16, 2010

Layang-layang Bertali Kaca

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Layang-layang Bertali Kaca
Penulis: Norhayati Berahim
Cetakan pertama 2010
Terbitan NB Kara
922 mukasurat
RM29.90
sabah/sarawak RM32.90
9789675229145


"sakit tangan digerit kaca sakit lagi hati yang terluka"


922 mukasurat!!! huarghhhh... tapi tak tau kenapa ni antara buku terawal yg dibeli dari pesta buku yg baru lalu yg aku capai dan baca. Aku amik masa less than 3 days untuk habiskan. selang seli dgn keja2 masa weekend dan sibuk2 ngemas sbb mak aku tiba2 jer decide nak datang malam ahad tu! lintang pukang aku kemas rumah.


Kisah yg panjang ini bermula dari zaman kanak2 si hero dgn heroin. Permulaan yang menjadi perpisahan dan masa akhirnya menemukan mereka semula atas rancangan yg sangat sempurna oleh si heroin walaupun duapuluh tahun telah berlalu ;) I like!


Bagi aku kisah zaman kanak2 Manja, hingga remaja dan menempuh alam dewasa itu sangat relevan dengan evolusi Manja. Dia dari seorg yg sgt naif menjadi seorg yg sgt tabah. Dia tak mahu terkena sumpahan nama, "Manja". Dia mencari peluang utk lari dari tipikal kehidupan gadis kaya raya yg spoiled. Dia bertemu jalan yg dicari dan pengalaman banyak mengajar dia menjadi wanita yg lebih bijak.


tapi macam pelik pulak Manja yg membesar dalam pendidikan di Malaysia tak terdedah langsung dgn basic keagamaan. Mungkin private class la kot. kan bapak dia kaya gilerrrr.


Kebetulan2 yg wujud dlm cerita ni seperti sangat terancang. Semua yg terlibat saling kait mengait dalam universe kecil novel ini. Macam tak der orang lain nak terserempak. Balik2 orang tu jumpa orang ni, kenai orang sana yang adik beradik dgn orang sini. LEbih kurang macam tu lah.


BAgi yang merancang nak baca novel ni, boleh skip part bawah ni sbb nak cerita la sikit ttg kisah ni.


Kisah ini tentang Manja, anak Tengku Shariman yang tidak manja seperti namanya. Dia dididik dgn penuh disiplin yg keras oleh Tengku Shariman. Segala tindak tanduknya diperhatikan. Dia tidak bebas seperti anak2 kecil yg lain. Manja bijak bermain janji dgn bapanya sehingga Tengku Shariman terlepas kata, dan pantang baginya jika janji tidak ditepati. Perancangan Manja menjadi lalu terlepaslah dia dari sangkar Tengku Shariman dan dia terbang bebas di Kota London. Di sana kita mungkin menyangka dia akan jadi remaja rosak, tetapi sahabat2 pilihannya membawa dia ke jalan yg diredhai Allah. Berkat bimbingan Zakiah dan tunjuk ajar Sariyanti, Manja menjadi wanita solehah yg sudah pandai memasak :) Perubahannya memberi kejutan pada Tengku Shariman, namun perubahan itu sedikit demi sedikit terjangkit pada Tengku Shariman. Hidupnya makin positif dan aman.


Masa kat London tu pengalaman bersama Ku Sam dan Jimmy membuat Manja serik dgn lelaki yg lebih cintakan darjat dan kekayaannya. Dia nekad takkan memilih lelaki yg begitu. Dia mahu lelaki yg jatuh cinta dengan dirinya tanpa mengetahui bahawa dia adalah waris tunggal Tengku Shariman.


Azmin berpindah ke bandar atas tugas bapanya sbg pegawai Daerah. Di desa dia rapat dgn anak2 desa dan Ain Jamilah telah memikat hatinya. Hobi bermain layang2 menemukan dia dengan adik kecil yg comel bernama Manja. Manja seronok main layang2 di situ kerana Azmin dan ibunya tidak memandang statusnya. Mereka melayannya dng baik. masa tu manja baru 8 thn. Kemudian mereka terpisah.


Setelah bertahun2 berlalu, Ain dah berkahwin. Walaupun cinta monyet, Azmin mcm frust la. Azmin mendedikasikan hidupnya kepada ibu yg menjadi mangsa suami yg gila berbini dua tiga. Adiknya Johan juga ada perangai bapanya. Hanya Azmin yg bertahan dgn kerenah ibu yg dulunya penyayang, sekarang jadi pemarah dan bengis. Semua org gaji yg dibayar lari lintang pukang selepas dibaling pinggan mangkuk, tapi... pada suatu hari, datang seorg gadis yg sangat manis, menawarkan diri utk menjadi orang gaji di rumah itu. Tanpa sedar satu cahaya kecil sudah mula memercik di suatu sudut di rumah itu... dan cinta suci bakal memenuhi sanubari Azmin dan ibunya.






sinopsis blurb:


Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang2 sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dgn bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.


Sesekali dia melihat layang2 itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang2 bukan lah mudah.


Tidak bijak menganggar, layang2 akan menjunam. Tidak pandai memegang tali, layang2 akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang2. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.


Bagi Manja, bermain layang2 adalah satu kebebasan yg hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati.

Sunday, April 4, 2010

Galau Di Hati Seri

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kusyi Hirdan
Galau Di hati Seri
Penulis: Kusyi Hirdan
Terbitan NB Kara
isbn: 9789675229138
RM21.50
sabah/sarawak: RM24.50


"dari fitnah mereka bersatu"


Novel terbaru Kusyi Hirdan kali ni bersama publisher NB Kara. Bagi saya kisah dlm novel ini dalam nada penceritaan yg matang dan amat sesuai utk mereka yg gemarkan kisah yg lebih serius dan tidak main2. tak der hoo haa hoo haa.


Kisah ini tentang 2 orang yang tidak pernah saling mengenali tetapi kedua2nya agak dikenali dalam bidang masing2 dan ada reputasi yang perlu dijaga. Namun ada mata-mata yang mahu melihat karier mereka berkocak sedikit demi utk menarik perhatian masyarakat umum.


Atas perancangan teliti orang dalam yang amat dipercayai Seri dan Sulaiman, mereka berdua ditangkap berkhalwat. Kisah mereka mula digembar-gemburkan dalam pelbagai media dan langsung populariti kedua-duanya melonjak dalam bidang masing2 walaupun masih ada mulut2 jahat yg memperkatakan hal mereka. Setiap jejak mereka diikut penuh minat. Malah mereka tak dapat mengelak dari bertemu selepas kejadian tangkap khalwat diorang tu. Tak dapat dinafikan selepas itu perkenalan mereka lebih rapat, malah Sulaiman sudah semakin mengenali keluarga Seri. Sulaiman tu ada pangkat Datuk dan sedang mula melonjak dalam dunia politik negara. Skandal tu telah menjadikan namanya sgt popular di Malaysia.


Mula2 tu Sulaiman ni memang anti-artis yg nyanyi2 nih. Macam2 dia kutuk malah penah bergaduh dgn Seri selepas kejadian tangkap khalwat diorang. Tapi bila sudah mula mengenali Seri, dia terdiam. Seri bukan hanya menyanyi tetapi dia hanya menyanyi lagu2 ketuhanan dan menolak menyanyi di kelab2 atau tempat2 yg menghidangkan hidangan tidak halal. Dia amat menjaga prinsipnya. Pengurusnya merasakan populariti Seri makin merudum, so sebab tulah dia perangkap Seri dgn Sulaiman supaya tercetus kontroversi dan ternyata hal itu telah menaikkan jualan album terbaru Seri. Mereka makin galak mencipta gosip supaya kisah Seri-Sulaiman akan sentiasa segar di dada2 akhbar dan majalah.


Ha jenuh bersilatla Datuk muda tu mengelak persoalan demi persoalan dari wartawan2. Ada skali tu Sulaiman gi jumpa dgn bapa Seri, tapi wartawan dah mai penuh depan rumah sbb diorang dpt berita yg Sulaiman datang meminang Seri. macam2 soklan diorg tanya sampai Sulaiman cuma jawab no komen. Dah pandai dah bg jawapan artis ;) Tapi biler sorang tu tanya betul ke Seri tu dah mengandung, Sulaiman langsung tak bagi komen dan blasah mamat celupar tu. Kesian betul2 tetiba jer hidup dia jadi huru hara. Tapi dalam huru hara tu sempat jugak dia berkenan kat Seri ;P


Macam pelik pulak Sulaiman tak syak langsung Yasmin Ghaz tu mak dia. Dia tak penah tengok surat beranak sendiri ke? kalau nama mak dia Fatimah Saad ker, Atikah Hj Pawi ker, Noraini Othman ker, kot la tak perasan sebab nama2 yg popular dan ramai. Kalau Yasmin Ghaz? Rasanya satu jer kot dan kelainan tu membuatkan nama tu memorable sepatutnya (ye ke?). Pendapat aku jer la... Mula2 tu memang syak macam2 kat Yasmin Ghaz ni. Nak kata baik macam tak baik, nak kata tak baik, baik lah pulak... sapa yg suka baca gossip column cuba baca tengok citer ni. hehe.


sinopsis/blurb:


Seri Arina seorg penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yg lebih baik. Sesuai dgn imejnya sbg artis bintang realiti yg bertudung, dia cuba berdakwah dgn caranya yg tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohma dunia yg penuh kepura puraan ini, namun kealpaannya yg sedikit menjadikan dia mangsa fitnah yg amat lelah.


Bg Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yg bersih dan jujur. Di masa yg sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yg baginya melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dlm peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut...

Saturday, October 31, 2009

Aku Bukan Billy Milligan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Aku Bukan Billy Milligan
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan pertama: 2009
isbn: 9789675229084


"Dendam itu membuat dia sering gelisah"


soalan pertama yg org akan tanya adalah SAPA BILLY MILLIGAN??? hehe.. aku pun tanya soklan yg sama. Kalau nak tau kena la baca novel ni atau pun buat mcm kak ima, search jer kat internet :) Oklah, billy milligan tu sorang lelaki yg disahkan ada multiple personality ada personaliti yg baik dan ada yg jahat (sehingga membunuh dan merogol)


Masa di awal cerita, seolah2 dibayangkan Yazirlah Billy Milligan yg dirujuk dlm novel ini tapi saya dapat rasakan presence Adam lebih kuat dan ternyata takdir mereka yg kelihatan tak akan bertembung akhirnya bertemu dan mewujudkan suasana yg menarik dlm cerita ini.


Laura adalah anak miskin. Ibunya pernah berkahwin dgn org kaya, tetapi ditinggalkan suami begitu saya setelah beranak 3. Membuatkan ibunya tak suka org kaya. Kenapa nama Laura? hehe.. mak dia suka tengok citer omputeh Little house on the prairie so dia namakan ler anak pompuan dia Laura. Laura kita akan sangat kenal dan boleh relate peribadinya dgn heroin2 NB yg lain. Dia sangat selamba dan banyak tersenyum dlm menghadapi hidup.


Dia tahu kasihnya dgn Yazir, anak org kaya yg sygkan ibunya dan tak akan menolak permintaan ibunya dan Laura tahu ibu Yazir tak pernah suka dia berkawan dgn Yazir. Then percintaan mereka terputus setelah Yazir terpaksa berkahwin dgn wanita pilihan ibunya. Bagi saya yazir ni lelaki yang pandai dan romantis bercinta tapi tak pandai mempertahankan cintanya.


Masa mak Yazir bagi duit riburiban kat Laura tu ingat ker laura nak kejar bagi balik, tapi Laura siap bukak syarikat sendiri ha.. puas hati!


Adam pulak, lelaki yg tak punya apa2. Dia dan arwah ibunya dihina kerana bapanya banduan. Dia mahu membina nama sendiri supaya dipandang tinggi dia menjadi pemain saham yg berjaya di usia yg sgt muda. Perkahwinan dgn Rozita tidak memberi erti padanya. Dia sudah lupa Tuhan dan dia sudah lupa gelak tawa. Hidupnya kosong walapun terisi dgn isteri seorg lawyer yg cantik dan harta yg melimpah ruah.


Hajat utk membeli Teratak Alam utk dia dan isterinya telah menemukan dia dgn agen hartanah yg selamba, Laura. Namun Teratak Alam tidak berjaya menguja kan hati Rozita. Malah mereka merancang utk bercerai dan Rozita pun mcm dah ada calon lain utk menggantikan Adam yg dibenci ibunya kerana dari keturunan banduan walaupun kaya.


Hajat Adam utk menjual semula Teratak Alam telah menemukan semula Laura dgn Adam. Hubungan bisness bertukar menjadi akrab dan Adam mula bergantung dgn Laura utk membuat keputusan berkaitan Teratak Alam yg kemudiannya tak jadi dijual. Laura cuba utk tidak salah faham keakraban mereka kerana dia tak mahu gigit jari di kemudian hari kerana dia dan ibunya pernah patah hati disebabkan lelaki kaya.


Adam tertarik pada Laura tapi sukar mengakuinya. Dia yg dulu berwajah serius, sudah mula ketawa sikit2 (seketeri dia kata gelak macam kereta rosak) haha..


Laura serba salah biler Adam makin rapat dengannya, malah ikut dia balik kampung menyungkur di laut mencari geragau. ibu Laura berkenan gak kat Adam tapi kemudian kureng sikit biler taw Adam tu kaya raya. Lawak pulak biler Laura menolak cinta Adam dgn alasan ibu dia tak suka lelaki kaya, tapi biler Adam tanya mak Laura mak laura menidakkan malah menerima pinangan Adam. Nasib baik Laura tak pengsan.


Tapi Adam tu kadang2 gatal terlebih la.. tak der apa2 lagi dia dan nak belai nak cium minah tu mcm teddy bear.


btw KUCC!!! dlm novel ni ada resipi Ayam masak kicap with tapai. hehe...
ko dah try ker popia pisang yg dlm 'CHINTA' tu? huhu...

sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dpt membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati spt Warren Buffet!


Namun Adam silap percaturan. Setelah kekayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.


Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!


Wednesday, August 19, 2009

Chinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan PErtama: 2008
isbn: 9789675229022
RM24.90
Sabah/Sarawak: RM27.90
728 mukasurat


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Tak kira berapa banyak kali Norhayati Berahim mengetengahkan tema kekeluargaan, ianya tetap mempunyai tarikan tersendiri.


Chinta hidup dlm keluarga serba sederhana, tetapi tanpa pengetahuannya, dia merupakan anak angkat, hanya anak saudara kepada Makcik Molek dan Pak Cik Kamal. Dia heran mengapa Pakcik Kamal selalu mencari salahnya. Kesalahan kecil tetapi hukuman sehingga ditampar, dibelasah. Rodin yg pemalas pulak ditatang, disayang.


masa chinta kecik, part dia kena sepak terajang ngan pakcik kamal buat aku nangis. huhu.. sedih siot!!! and bila dia dah keja pakcik kamal ngan chinta buat aku nangis juga especially part pakcik kamal tersentuh dgn ingatan chinta pada dia dan selalu berkirim duit pada dia walaupun dia tak penah mintak.


Kebencian yg dibalas dgn kasih sayang oleh Chinta memang menyentuh hati, terharu membacanya. Kasih sayang itu telah mencairkan hati batu Pakcik Kamal walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Chinta sangat sabar tetapi dia bukan jenis hanya berserah pada takdir, dia ada perjuangan dan pendirian sendiri membuatkan watak Chinta sangat kuat.


Chinta sayangkan Saiful dan ibu bapanya yg buta, namun harta dunia telah membutakan mata Saiful lalu Chinta disingkirkan dari hidupnya.


Raja Akid ada cerita tersendiri. Dia jejaka tampan yg ada konflik jiwa. Ibunya yg sedang asyik berasmaradona dengan lelaki lain telah terkantoi dek Akid. Akid yg masih muda terkesan dari segi emosi akibat peristiwa itu. Dia jadi benci dan jijik dgn perempuan, kecuali Jessi... dan sekarang, kecuali Jessi dan Chinta.


Pakcik Kamal menghembuskan nafas terakhir dgn rasa benci pada Rodin dan kasih sayang menggunung pada Chinta. Angkara Rodin menyebabkan rumah dan tanah (yg sepatutnya milik Chinta) tergadai. Raja Akid muncul menawarkan diri sbg penyelamat namun ada syaratnya, Chinta mesti jadi isteri Akid. Setelah menjadi isteri Akid barulah Chinta tahu yg Akid mempunyai masalah emosi yg amat serius. Rasa benci dan jijik yg tersemai dek perlakuan ibu yang curang membuat Akid kaku ketika memesrai Chinta. Bayangan kecurangan ibunya membuat Akid tidak pernah menghabiskan apa yg dimulakannya.


Chinta bimbang dgn keadaan Akid dan cuba mencari penyelesaian dgn bantuan doktor. Akid ni sekali pantang disebut tentang ibunya dia akan hilang kawalan dan jadi sangat pemarah. Namun Chinta cuba memecahkan kebuntuan itu. Rasanya citer ni sesuai la ada adegan 'blushing' tu sbb significant dgn jalan cerita. :p Yer lah, doctor's order.


Ending yg sangat memuaskan hati! Misteri kelahiran Chinta, kemunculan semula ibu bapa Chinta. Ibu dan bapa Saiful terjaga walaupun hubungan dgn Saiful telah putus. Walaupun akak abrupt semuanya dihimpun di betul2 hujung cerita, tapi ada kepuasanya membaca karya ini :)


p/s bagi siapa yg memiliki copy Chinta yg ada masalah binding, boleh kembalikan ke NB Kara ye? Sbb yg saya ni pun mcm tu jugak.


Resepi popia pisang utk kucc ;)

kulit popia

inti: badam, kelapa parut, pisang

gulung inti dlm kulit popia dan goreng

cicah dengan sos manis spt gula melaka atau madu. nyumm nyummm


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Zahirnya dia lelaki yg sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada yg tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yg menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yg bernama Raja Akid itu tidak penah percaya pada cinta. Bahkan dendam yg berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yg bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.


Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yg disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yg boleh menjawabnya.



Sunday, June 7, 2009

Lagu Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iejay Zakaria
Lagu Cinta by Iejay Zakaria
Terbitan NB Kara
Tahun 2009


"Sengketa itu terlalu manis utk diungkapkan"


Delivery yang baik dan lain dari yg lain hasil karya pertama Iejay nih. Lagu yang berkumandang di setiap bab membuat kita seperti menghayati filem muzikal :) Lagu hindustan pun ada! haha. Penyampaian cerita yg unik dan menarik. Lagu feveret den Percaya Pada Cinta pun ada!! hehe sukerrrrr. Bleh buat soundtrack khas utk novel ni lah ye?


Kisah cinta yg dialunkan dalam cerita ini agak biasa tetapi apabila dialunkan dlm bentuk kompilasi, ianya kelihatan manis dan membuat kita tersenyum. Lagu Cinta ini adalah kompilasi lagu2 yg menceritakan perjalanan cinta Aleya dan Idzham. Cinta yg sudah lama berputik mengambil masa yg lama utk berkembang kerana salah faham dan menimbulkan sengketa antara mereka di tempat kerja. Namun bila masing2 tak bertemu mata mereka jadi rindu plak nak bergaduh. So, bergaduh pun bergaduhlah asal kan dpt berjumpa :)


Sentuhan komedi dalam cerita ni pun menarik jugak.. memang tergelak la... especially part Aleya terperanjat disebabkan 'Cik Li' sehingga terpanjat atas Idzham... haha.. terperanjat sampai terpanjat.


Tak berapa suka dgn cara Idzham melarikan diri dari Aleya yg sudah diberi pengharapan yg tinggi utk hidup bersama. Dia meninggalkan Aleya tanpa kata putus. Membuatkan dia seperti lelaki yg tak bertanggungjawab. Kalau dia perlukan masa utk 'heal', berterus terang jer lah.. tapi tu lah... nak dijadikan cerita... Tindakan Aleya memilih Syah pun buat saya geram... huhu.. tu yang lagi tak boleh nak lepas buku ni selagi tak abis baca. Even selepas jumpa family Syah yg eksyen semacam tu pun dia still nak teruskan perkahwinan dgn Syah. Geram jugak memikirkan Arin yg merupakan musuh dlm selimut, kawan yg berkawan utk 'makan' kawan. Bleh insert lagu Yuna "I'm not like you" kat sini. hehe


Jarak masa yg diberikan utk Idzham dan Aleya cukup utk menjadikan mereka insan matang apabila bertembung semula. Banyak persoalan yg perlu dirungkaikan... Aleya nekad mahu meneruskan majlisnya. Dia mahu menjadi isteri yg terbaik utk suaminya. So sapa nak jabat tangan tok kadi? Idzham ker Syah? Aleya tak nak ambil tahu. Dia terlalu gementar hingga tak tahu suara siapa yg melafazkan akad di hadapan kadi. ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja ayat-ayat manis yg dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.


Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yg membara bertukar malap dgn tiba2. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu2 cintanya?


RM21.00
sabah sarawak: RM24.00
isbn: 9789675229039
604 mukasurat
c

Friday, May 8, 2009

Aku Ada Kamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Aku Ada Kamu by Lily Haslina Nasir
Terbitan NB Kara
Cetakan Pertama 2009


"Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"


Bukan selalu baca novel yg heroinnyer gedik. biasanya rival heroin yg gedik. hehe.. Sofi Aidura ni jenis dah printed all over her with words like "nak buat camner lahir2 dah lawa dan seksi mcm ni".


Digambarkan Aidura ni pakwe keliling pinggang tapi tak der la rasa diorang tu mcm pakwe pun, sekadar kuar sekali dan mungkin si pakwe2 tu perasan biler dah dapat kuar dgn Dura, terus cap jadi makwe dia. Dura ni memang jenis tak tolak rezeki. Sikap dia yg mcm tu yg memerangkap dirinya sendiri. Dia sendiri seperti nak orang tu anggap dia special girlfriend dan jenuh jugak lari sana lari sini utk elak bertembung dgn steady boyfriend dia yg setia, Hisham.


Permulaan cerita kita diperkenalkan dgn Sofi Aidura dan keligatannya dan juga rakan2 serumah dia Suraya & Nora. Ntah naper aku asyik terbayang muka kaksu NB kara ngan Nora Ismail. hehe.


Bagi saya cerita ni jadi sangat menarik biler terbongkar rahsia saka dlm keluarga Aidura dan juga aktiviti si Sheila tu utk mendapatkan Hisham dgn menggunakan khidmat dukun, Nyai Menur. Siap ada mentera utk seru Hisham lagi ha. Macam real ja. Takut pulak aku nak baca, kang nanti tetiba jer ntah Hisham mana mai ketuk pintu rumah, kan susah! Err Kak Lily nampaknya makin berani dan galak bercerita adegan2 romen2tik. so sgt2 tak sesuai utk bacaan remaja. Aku rasa adegan2 ini tak adalah memberi signifikasi kepada jalan cerita.


Kat mana yer kak Lily cari info siap ngan mentera ni? aku rasa la.. dia gi interview Nyai Menur lah.


citer nyer tentang Sofi Aidura yang cantik jelita, jadi rebutan jejaka di kampus dan di luar kampus. Walaupun dia mesra jer ngan jejaka2 tu semua, hatinya sudah lama terpaut dgn Hisham yg sabar melayan kerenah keanak-anakannya. Aidura ni mcm ada kepentingan sendiri setiap kali berbaik dengan jejaka2 tu, contohnya seperti nak makan free dan nak dptkan nota assignment.


Mak Aidura kat kampung kelam kabut biler tiba2 jer ada orang masuk meminang tanpa pengetahuan Aidura. Jejaka yg hanya dianggap rakan biasa mahu memperisterikannya, sedangkan dia hanya nak seronok2 berkawan. Tak abis lagi tekejut dgn pinangan tu, Mak Aidura pening kepala dengan panggilan dari Kapten Khairul yg mahu merisik anak daranya dan nak tau bila nak boleh hantar rombongan meminang. Laris betul Sofi Aidura tu. Namun jodohnya sudah tersurat dgn Hisham yg nekad mahu memperisterikan Aidura setelah diserang denggi. Sheila yg dh lama syok kat Hisham tak dapat menerima hakikat dia tewas di tangan budak sekolah (Aidura belajar kat U dia panggil budak sekolah).


Terkedu aku bila pasir kubur, bunga kubur, kayu kubur, segala macam benda yg berasal dari kubur yg dikirimkan sbg hadiah perkahwinan Aidura & Hisham, telah digubah menjadi artwork oleh Hisham. haha. kelakar jer.


Perkahwinan mereka yg bahagia diduga dengan sapaan ilmu hitam kiriman Sheila. Hisham tak lut pulak dengan seru2 dan mantera2 sheila tu tapi Aidura kena teruk.


Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg terkawin ye. :)


cerita yang paling menarik dari kaklily setakat yg mana saya dah baca karya2 kak lily. (saya memang cuba kumpul karya2 LHN). cuma scene romance hisham-aidura saya rasa terlalu explicit penceritaannya dan melimitkan kesesuaian buku ni pada sesuatu had umur sahaja. tanpa babak asmara hisham-aidura pun saya dah rasa kisah ini ada kekuatannya. selain dari citer hantu, citer yg ada adegan asmara cam ni pun buat saya seram jugak. :) rata2 nampaknya ramai yang suka benar dgn cerita ni.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati.


Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila.


Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.


Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
sabah/sarawak : RM26.00
isbn: 9789675229060
646 mukasurat
editor: Anida Daud


Friday, May 1, 2009

Tuhan Lebih Tahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nora Ismail
Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2009


"Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya"


Rina dan Hazry memang bersahabat baik. Mereka biasa bergurau senda, bertepuk tampar. Bagi yang melihat mungkin menyangka mereka bercinta, namun kedua-dua menidakkannya.


Hazry sudah mempunyai teman wanita yg amat dikasihinya, Elisha. Elisha tak pernah menyembunyikan rasa cemburunya terhadap keakraban Hazry-Rina. Hazry dan Elisha sering 'terlanjur' ketika bersama.


Sikap manja Hazry ketika bersama Rina memang merimaskan dan membuatkan Rina serbasalah, terutamanya apabila dia sudah mula menerima Azfarel sbg lelaki istimewa dlm hidupnya. Dia tak mahu Azfarel salah faham dgn kemesraan dia dan Hazry.


Hazry terasa spt hilang segala2nya apabila ayahnya yg penyayang meninggaldunia dan Elisha mahu putus utk mengejar cita2nya di luar negara. Kedatangan Rina ketika dia sedang berduka dan dipengaruhi extacy membuatkan dia tidak sedar lalu meragut kesucian sahabatnya sendiri.


Hazry sendiri tidak berapa ingat kejadian itu. Rina amat kecewa apabila Hazry membuat keputusan utk belajar di luar negara. seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sempat juga Hazry menceritakan segala2nya kpd Elisha. ADuih dlm byk2 manusia dlm dunia ni, dia gi ngadu kat Elisha tu buat apa. geramnya rasa mcm nak sekeh2 jer Hazry tu.


Azfarel yg disangkanya akan meninggalkannya rupa2nya menjadi pembela nasibnya yg malang setelah disahkan mengandung. Hubungan kekeluargaan Azfarel mmg sgt akrab dan walaupun kurang senang, mereka tetap merestui Azfarel dan belajar menerima Rina dgn sebaik2nya. Rina yg trauma dan histeria di malam pertamanya terpaksa ditenangkan oleh ibu Azfarel. Kesian Azfarel terkulat2 jer bila semua org tengok dia semacam masa tu. hehe. mesti org ingat dia tu yg tak sabar2.


Namun keluarga Rina sendiri membuangnya kerana menyangka dia dan azfarel terlanjur dan menconteng arang di muka mereka.


Beberapa tahun berselang Rina bahagia bersama Azfarel dan anaknya, Ikhzal. Dia menyatakan kesediaan utk mengandung lagi dan Azfarel sgt gembira kerana sebelum ni Rina terlalu trauma utk mengandung lagi.


Hazry pulang dan sudah bertunang dgn Nafisa (adik tiri Elisha. aduih, tak dak orang lain ker nak dibuat tunang, dah la perangai pun lebih kurang).


Rina mendapat projek bersama syarikat milik keluarga Hazry, walaupun maklum mengenai itu, dia meneruskan kerja2nya dgn Hazry. Hazry spt tiada rasa bersalah dan Rina pula spt sudah hilang traumanya namun sentiasa berhati-hati ketika bersama Hazry. Tunang Hazry makin cemburu kerana Rina bukan saja lebih bijak menjalankan kerja, malah hazry & ibunya spt terpikat dengan kebaikan dan kebijakan Rina berbanding dirinya.


Azfarel disahkan ada ketumbuhan di otaknya dan menolak utk buat pembedahan kerana dia boleh sembuh tetapi akan lumpuh. Dia tidak mahu keadaannya membebankan, tambah2 anak kedua mereka bakal lahir.


Walaupun Hazry menyatakan dia tidak mencintai Fisa, ibu Hazry, seorg ibu penyayang yg mementingkan kasih sayang dlm keluarga, tidak pulak menolak apabila ibu Fisa datang memaksanya mempercepatkan perkahwinan Hazry dgn Fisa. Fisa dan ibunya dua2 perangai tak sesuai dibuat menantu dan besan. mcm mana la Hazry dgn ibunya boleh terima. RAsa mcm ada yg tak kena saja bila seorg ibu spt Pn. Haziah membiarkan anak kesayangannya merosakkan masa depan sendiri dgn mengahwini perempuan spt Fisa yg tak penah nya nak tunjuk perangai yg elok2 walaupun di depan Pn. Haziah. Kalau Fisa tu jenis bermuka-muka mungkinlah Pn. Haziah tertipu, tapi ini terang terangan.


Azfarel yakin umurnya tidak panjang atau mungkin dia akan lumpuh, tapi saya pelikla, kenapa dlm byk2 manusia kat dunia ni, dia memilih utk mengamanatkan anak2 dan isterinya kat Hazry tu. Rasanya Hazry bukanlah lelaki yg boleh diharap utk diserahkan harta yg paling penting dlm hidupnya. Dah la masa tu Hazry dah kawin. TAkkan nak bagi Rina jadi bini no.2 kot?


ERkkkkkkkkkkkkkk!! banyak nyer aku dah tercerita.. jadi utk cerita selanjutnya, cari lah novel ni. masih panas di pasaran. :) haa jangan sangka endingnya semudah itu ya? banyak lagi yang Nora nak cerita dalam novel ni... dan yg penting, aku suka aja dgn ending nya. terima kasih Nora Ismail :)


sure fine whatever
rinn







sinopsis belakang buku:


Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....


RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
isbn 9789675229077
670 mukasurat


Friday, February 20, 2009

Secantik Anugerah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sarnia Yahya
"Derita hati itu tidak berpanjangan"


Aku beli buku ni masa Rumah Terbuka NB Kara tahun lepas! whahaha.. dah lama dah baru ni sempat baca. Sebenarnya nak baca "Bunga Syurga" tapi aku cari buku tu tak jumpa. Mana pi taktau... aduih.. lepas ni operasi menggeledah lah pulak. hehe.


Sebenarnya tergerak nak beli buku sbb byk jugak mendapat emel cadangan utk membaca novel ini. Agak laris di pasaran untuk penulis baru seperti Sarnia Yahya.


Sarnia seperti sudah berpengalaman dalam penulisan. Ceritanya kemas dan teratur. Isunya agak biasa, namun misteri yg disembunyikan Azri dan juga Farid yang berperanan menyulitkan lagi peluang Azri utk kembali bersama Aisya. Takdir seolah-olah tidak menyebelahi mereka. Kalau diikutkan peluang, Azri dan Aisya mempunyai peluang yang amat2 baik utk kembali bersama dan pastinya mereka akan bahagia, namun takdir sudah tersurat ada jodoh yang lebih baik utk mereka.


Memang kesian la kat Azri dan Aisya yg menderita kerana kesilapan org lain. Tapi kehadiran Firdaus mengubat hati Aisya. Azri yg terpahat di ingatan tak mungkin dilupakan terus namun Firdaus sabar membina bahagia dlm hidup Aisya. Kebenaran yg terbongkar membuatkan Firdaus serbasalah kerana Azri dan Aisya terpisah suatu masa dahulu adalah kerana angkara adiknya, Fahrin. Azri menanggung kesilapan yg dilakukan Fahrin sehingga menjadikan Firdaus seisi keluarga terhutang budi yg besar pada Azri. Tiada harga yang dpt membayar jasa Azri kepada mereka.


Scene Aisya-Firdaus adakalanya sweet dan adakalanya merimaskan sbb over romantic dan mcm tak der keja lain lah pulak biler bersama.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Ditinggalkan tanpa pesan ketika cinta sedang mekar berbunga, membuatkan Aisya menutup hatinya terus untuk cinta. Tetapi... bkn kehendak Azri melepaskan Aisya. Dia juga turut merana, malah lebih menderita kerana cinta itu bukan miliknya lg.


Sesungguhnya kegagalan itu secantik anugerah buat mereka.


RM19.90
502 mukasurat
isbn: 978-983-43473-7-6

Friday, January 16, 2009

Harum Chempaka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Harum Chempaka by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Cinta itu datang ketika hatinya tertutup"


Dah lama tak mengulit buku NB :) akhirnya berjaya juga menghabiskannya. Terima kasih kak ima for the book.


Dalam karya kali ini NB membawa kisah yang jarang2 sekali kita ambil kisah. Dalam suasana kampung juga berlaku kes sumbang mahram. Seorang suami yg menjalinkan hubungan dengan adik ipar sendiri. Entah ke mana hilangnya pertimbangan kemanusiaan. Sudah hilang iman, sudah hilang rasa takut kepada YANG MAHA BESAR. Perkara sebegini sudah berleluasa di sekeliling kita, membuat kita terfikir, apa nak jadi dengan dunia sekarang? kita sudah dikelilingi perkara2 yang dilaknati Allah. Wallah ua'lam.


Tak sah karya NB kalau tak ada watak lelaki yang kita benci sangat2. Tak kiralah heronya atau watak sampingannya. Saya bersyukur sangat2 sebab Chempaka tak end up dengan Sheikh Adli yang sentiasa fikir dialah yang terbaik sehingga Chempaka diperlekehkan tanpa rasa simpati. Geram juga memikirkan Chempaka yang lama mempertahankan persahabatan dengan manusia yang macam Sheikh Adli tu. namun Sheikh ADli terpaksa menelan kembali penghinaan yang pernah dilontarkan kepada Chempaka apabila dia sendiri jatuh cinta pada Chempaka. Itu pun sebab ada lelaki lain yang berkenan dan serius nakkan Chempaka tu. bukan calang2 orang, pilot tuuuuuu. Barulah kalut Sheikh Adli nak menunjukkan rasa cinta dia pada Chempaka. tapi guna approach ala2 caveman zaman batu. tak bertamadun langsung! ishskkk!! marah ni!


Chempaka, wanita tabah menempuh hidupnya yg telah tunggang langgang ditinggalkan ayahnya. Ketabahan yang diwarisi dari ibunya menjadikan dia wanita kental. Rezeki mereka sekeluarga semakin murah namun kerenah adik bongsunya, Dahlia, sekali lagi memalit lumpur dalam sejarah keluarga mereka. Namun semua itu tidak menghalang Andrian utk menaruh rasa kasih buat Chempaka yang sudah dikenali hati budinya. Bunga Chempaka di laman makcik Kejora disunting penuh berhemah namun siapa tahu, ada tragedi menunggu di salah satu persimpangan hidup mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira
tetapi boleh mati kerananya.


RM24.00
isbn: 978983437369
685 mukasurat











Serasi di Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nora Ismail
Serasi di Hati by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2008


"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"


Memang ada yang menarik mengenai cover buku ini. Agak menonjol bila dibariskan di rak bersama buku2 lain kat kedai. Penulis ini lebih dikenali sebagai Rose Harissa di kalangan peminat-peminatnya. Novel yang sebenarnya karya pertama beliau ini akhirnya terbit juga di bawah label NB Kara setelah lama terperam. Tu lah, peram2 akhirnya masak jugak tapi masih hijau ya! Evergreen gitu. Banyak jugak review2 positif yang saya tengok kat internet dan juga review2 tak formal dari rakan2 yg dah membaca novel yang glamer dengn gelaran 'novel epal hijau' ni. Rata-rata memang diorang suka bangat sama novel nih. Boleh lawati blog penulis ini utk membaca komen2 menarik dari peminat2nya: http://roseharissa.blogspot.com


cover novel ini sangat menggambarkan 2 watak utama dalam kisah ini. Zarul dan Edrinaz. Mereka bukanlah sempurna, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.


Memang awal2 saya dah beritahu Rose yang citer ni bukan dalam genre favourite saya, dia pun awal2 dah cakap "aku tulis buku ni bukan utk ko sorang baca". haha. Memang senang nak berterus terang dgn Rose ni. Apa2pun, saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Cerita yang biasa pun akan terasa istimewanya di tangannya.


Zarul, lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha yg mementingkan hawa nafsu daripada perasaan. Zarul terperangkap dan kini dia mula berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Mahukah dia begini selamanya?


Edrinaz, seorg gadis manja yang suka memanjakan suami kesayangannya, Shamsul Azman, dengan hadiah-hadiah dan wang ringgit. Namun Shamsul Azman hanya mengasihinya apabila mendapat sesuatu dari Edrinaz. Hanya Edrinaz yg memujuk. Edeh, susah la kalau mcm ni, mengharapkan pendapatan isteri dan tidak mahu berusaha utk memajukan diri.


Pertemuan Zarul-Edrinaz bakal mencetuskan perubahan besar dalam hidup mereka. Zarul bukan tercipta utk Zalina Asha dan Shamsul Azman tidak layak utk menerima kasih Edrinaz. Edrinaz mahu menjadi kakak yg menasihati Zarul agar kembali ke pangkal jalan. Zarul bersedia utk berubah namun dia tidak dapat menganggap Edrinaz sbg kakaknya. Hatinya sudah diselubungi perasaan cinta yg mendalam.


Godaan kekasih lama dan suntikan fitnah Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman hilang pertimbangan. Edrinaz dilepaskan dengan satu lafaz yang menggegarkan seluruh hidupnya. Zarul tidak membuang masa utk mempamerkan prihatinnya yg tidak berbelah bagi buat Edrinaz yg sedang trauma kehilangan suami dan anak dlm kandungannya. Terkedu dia biler kali pertama menerima bunga dan coklat sbg tanda penghargaan dari Edrinaz. Edrinaz ni memang jenis suka bagi orang hadiah lah. Zarul tidak mahu kelihatan sbg adik lagi di mata Edrinaz, dia mahu menjadi lelaki yg mengusik perasaan Edrinaz. Kesian Edrinaz tu. Dia nak mimpikan Shamsul Azman tapi wajah Zarul yg menjelma ;)


Scene Zalina Asha langgar Zarul tu mengingatkan saya pada babak2 terakhir novel cinta mekar di hati oleh penulis ini yg masa Tengku Alis nak langgar anak Ady Rafizal tu. Mcm scene recycle lah pulak. walaupun baru eksiden Zarul nak jugak ikut Edrinaz jumpa mak dia, Zarul lebih pandai mengambil hati ibunya berbanding Shamsul Azman dulu.


Edrinaz sudah hampir dlm genggaman namun Shamsul Azman kembali merayu kasih bekas isterinya. Dia kelihatan seperti lelaki yang hilang haluan. Edrinaz kesiankan Shamsul Azman, sekian lama bersama membuatkan dia tidak boleh nak ignore saja lelaki tu. Delivery Rose dlm novel ni memang membuatkan kita berdebar2 biler nak find out sapa yang Edrinaz pilih. Ending nya ada macam ala2 citer movie muzikal pun ada jugak, jiwang gitu. :)


Thanks Rose for Serasi Di Hati. Aku lega sangat kerana tajuknya ditukar. hehe... and good luck with "Mulanya Satu Cinta" yang bakal terbit tak lama lagi. Ishhhhhh... macam tak sabar pulak nak tunggu nih. Weh... citer Ervan biler nak kuar? Best la ko nyer teaser kat blog ko tu.


ermm bagi yang cari buku ni di pasaran tapi tak jumpa2 tu, rebutlah peluang membeli buku ni secara online kat blog roseharissa.blogspot - Dapat penanda buku special yang siap tertera wajah 'Zarul'. Promote jgn tak promote.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.


RM21.00
610 mukasurat
isbn: 978-967-5229-01-5

Sunday, May 6, 2007

Murni Kasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Murni Kasih by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd.

"Cinta itu tidak pernah terpadam walau di penghujung usia"

Satu kisah yang jarang diceritakan dalam novel-novel cinta. Ada banyak part yang predictible tapi susunan ayat-ayat Norhayati berahim mampu membuat saya rasa sangat sebak, sedih dan nak menangis. Ada kepuasan selepas menutup buku ini.

Mengisahkan 3 sahabat sejak kecil iaitu Dino, Murni & Ojan. Mereka mempunyai hala tuju yg berbeza. Persahabatan mereka tidak disenangi ibu Ojan. Ada kisah cinta lama yang menjadikan Murni kelihatan seperti onar di mata ibu Ojan. Murni paling bijak antara mereka bertiga dan melanjutkan pelajaran ke Kanada. Dino dan Ojan di malaysia saja. Dino buka kedai mekanik manakala Ojan menjadi kebanggaan ibunya sebab berjawatan besar di bank.

Murni kembali dan menghabiskan kontrak 3 tahun dgn syarikat yg menajanya dulu lalu nekad membuka business caregiver. Walaupun ditertawakan oleh Ojan, Murni tabah dgn sokongan Dino syarikat itu berjaya ditubuhkan dan ternyata pulangannya amat menguntungkan. Murni bukan saja untung dari segi kewangan tetapi dia dapat memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang sejati dari rumah persaraan yang ditubuhkannya. Ojan sebenarnya berjauh hati dgn Murni yg tak menghiraukan perasaannya, dia jeleskan Dino yg rapat dgn Murni. Pada masa yg sama Loqman Aqeem yg pernah melanggan khidmat 'caregiver' dari Murni turut menaruh hati padanya tapi dia agak berat meluahkan perasaan sbb Murni hanya dipandang sbg orang gaji sedangkan masa tu Murni terpaksa 'turun padang' sebab staff tak cukup.

memang susah nak predict di awal cerita sapa yang menjadi pilihan Murni? Dino, Ojan atau Aqeem? kena la baca.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ah... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan.

RM23.90
670 mukasurat

Wednesday, March 21, 2007

Terima Kasih Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
"Didakapnya duka walau terasa menyakitkan"


Kali ini kita diperkenalkan kepada wanita unggul seterusnya dalam karya Norhayati Berahim iaitu AMNA, Dr. Amna, seorang pakar forensik. dah lepas baca beberapa (baru beberapa hehe) buku Norhayati Berahim saya dapati watak2 wanita yang dipaparkan dalam cerita-ceritanya agak sama and sometimes biler baca tu macam terbayangkan orang yg sama cuma dalam background cerita yang berbeza, tapi tetap menarik sebab NB sentiasa menyelitkan kisah2 harian watak2 utamanya sehingga kita betul2 mengenali watak itu di sepanjang cerita. tak der la bercinto 24jam.


Amna seorang yang terlalu baik, penyabar dan pemaaf, namun semua itu tidak cukup utk mengikat cinta Imlan yang beralih cinta kepada wanita yang lebih sempurna di matanya iaitu Zawani(sexy terlebih). Ntah apa la yang dipandang si Imlan kat Zawani tu yang beberapa tahun lebih tua dari nya sendiri yang sudah berumur akhir 30-an.


Watak2 dalam citer NB biasanya berusia akhir 30-an dan mempunyai karier yang kukuh. watak Amna hampir sama dengan kentalnya watak Kesuma dalam "Hanya Kerana Cinta" dan watak Imlan amat menjengkelkan sama seperti watak Dhirran dalam "Nota Cinta Buatmu" (tapi RAOF la yang paling paling paling paling menjengkelkan, eee tak abih lagi ni geramkan Raof tu dalam citer "Hati Yang Luka" sian Widad..). Chyril pulak lebih kurang macam Graham dalam "nota cinta buatmu".


Bagaimana pun perjalanan ke arah wujudnya cinta Amna/Chyril memang berbeza. mulanya tak nampak langsung macam mana Amna-Chyril boleh end up together, tapi kejadian demi kejadian yang berlaku dalam hidup mereka adalah menjurus kepada titik pertemuan dua hati yang sebenar benarnya meant for each other.


Ada dua scene yg betul2 menyentuh hati, boleh nangis wo, pertama masa Amri, Adik Amna yang tiba2 pulang ke pangkuan Amna, teringin nk makan nasi lemak, n then masa dlm perjalanan balik ke rumah sewa nya dia dipukul hingga maut. and yg kedua masa lawatan Dolly kawan Amy yg juga sahabat baik Amna. Amy mati dlm kemalangan di genting highlands. Amna buat autopsi utk kedua-dua mayat Amy dan adiknya Amri. I was thinking ada ker hospital yg membenarkan orang yg ada pertalian/hubungan dengan mangsa utk membuat autopsy. sepanjang saya menonton kisah2 hospital.


seperti ER, General Hospital, Grey's Anatomy, Doogey Howser M.D dan macam2 lagi lah Doktor yg ada hubungan dengan mangsa biasanya tak dibenarkan buat autopsi sbb melibatkan emosi dan akan mengganggu konsentrasi doktor tersebut.. tapi ntah la.. maybe kat Malaysia boleh kot.


err NB suka hero bukunya berdarah campuran kan? kan? kan? err lagi satu, buku ni macam revised edition jer.. ada diedit dari cerita asal ker? sbb ada jugak cari2 kat internet yang org2 yg terlebih dahulu baca dari saya kata buku ni 800 pages plus plus and byk typing error, tapi ni yang CP beli kan ni only 619 pages and takder la byk typing error pon cuma the english lines ada sedikit kesilapan grammar dan sekali saja penulis macam terkeliru watak wani dgn rozita di muka surat 477.


sure fine whatever



sinopsis belakang buku:



hidup ini penuh dengan dugaan, sesekali jaguh dan sesekali tersungkur. Namun dugaan itu yang mematangkan dirinya. Walau sakit kerana dikhianati... itulah takdir yang harus diterima dengan hati terbuka.


RM23.00
619 muka surat