Showing posts with label cintakedua. Show all posts
Showing posts with label cintakedua. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Bening Merah Jingga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazurah Aishah
Bening Merah Jingga
Penulis : Nazurah Aishah
Editor: Norzuzilawati Sulaiman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama Julai 2011
RM20.00
RM23.00 Sabah/sarawak
513 mukasurat
9789675118630

Kisah Ellina, seorang anak angkat yang diragui status sahnya. Ibu Ellina meninggal dunia ketika sedang menyusu dirinya. Hajah Maisarah menerima Ellina dengan penuh kasih sayang tetapi Haji Idris tidak pernah membuka hatinya untuk menerima Ellina malah melarang isterinya menyusukan Ellina. Ehsan anak kandung mereka jatuh hati pada adik angkatnya. Dia tahu ibunya bukan ibu susuan Ellina, so dia mahu Ellina menjadi isterinya. Ellina banyak mengalah dalam menghadapi kerenah Haji Idris malah dia pernah cuba menerima Raizal sebagai tunangan tetapi pertunangan itu membuat Ehsan kecewa dan bergaduh dengan Raizal. Ellina tidak dapat mencari keserasian dengan Raizal malah dia rasa terkongkong dengan pelbagai protokol ketika bersama raizal. Semua itu membuatkan Ellina nekad utk memulangkan cincin pertunangan. Tindakan Ellina membuat Haji Idris dan adik beradiknya bertambah benci pada Ellina.

Kepulangan Ehsan dari luarnegara membuat haji Idris resah. Dia bimbang cinta antara ehsan dan ellinna membara semula. Sampai bila2 dia takkan terima Ellina yang tidak tentu keturunan itu. Awal-awal lagi ellina mengalah dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Haji Idris ni tak pernah hargai pengorbanan Ellina malah hasrat Ellina berpindah tu pun diberi komen yang sinis dan negatif. Kononnya senanglah ellina nak berfoya-foya bila jauh dari keluarga. adoi sakitnya hatiku. Ehsan seorang lelaki yang kuat cemburu. Ellina bercakap di telefon pun dia boleh jeles sedangkan dia tak tau dengan siapa Ellina bercakap. Hajatnya ditentang bulat-bulat oleh Haji Idris. Diungkit ungkit pula tentang status kewangan Ehsan yang tak menentu. Baru keja dah sibuk nak kawin. Ellina mengalah dengan Haji Idris. Dia tahu ayahnya mahukan menantu dari keturunan baik2, malah Islam sendiri menyarankan memilih isteri yang dari keturunan baik2. Status sahnya membuatkan dia tiada dalam senarai calon Haji Idris untuk dijadikan menantu. Elly berjanji tidak akan berkahwin dengan Ehsan selagi dia tak dapat mencari bukti bahawa dia zuriat yang sah.

Pencarian Ellina membawanya ke Kota Bharu dan perkenalan dengan Shahrul. Shahrul mulanya kelihatan sangat baik tapi rupa2nya kaki menipu dan perabih harta orang. adussss sungguh tak tahu malu mamat tu. Dah tu suka pulak meletakkan kesalahan pada orang lain. Kehadirannya ke rumah seorg ahli Parlimen merungkaikan sedikit demi sedikit mengenai kedudukan Ellina. Ellina yakin itulah lelaki yang menjadi suami ibunya tetapi lelaki itu menidakkan yang dia pernah bernikah dengan Melissa.

Risau pulak bila Ellina ni kelihatan melayan saja kerenah Shahrul yang cakap besar tetapi kosong tu. Gila tak malu Shahrul tu, siap suruh Ellina juai laptop utk dapatkan duit dari Ellina. Katanya nak ke UAE untuk bekerja.

Penolakan Ellina membuat Ehsan merajuk dan cepat2 mencari pengganti untuk menyakitkan hati Ellina. Aqilah dipinang dengan restu tidak berbelah bagi dari Haji Idris. Hantaran 21ribu Haji Idris sanggup support asalkan calon isteri Ehsan bukannya Ellina. Dia tak bising-bising pulak bab baru bekerja dan duit pun tak cukup lagi nak bagi makan anak bini. Tindakan Ehsan buat aku rasa memang patut pun Ellina cuba lupakan Ehsan tu.

Aku lemas dengan Hj Idris, Ehsan dan Shahrul. Lambatnya Hannan nak timbul.

Setelah separuh buku barulah watak Hannan dan si comel Faye Nasuha difokuskan dan menjadi penyeri cerita dan penyeri hidup Ellina. Hannan kehilangan isteri dan Faye menjadi penawar. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan mahu memberikan yang terbaik kepada Ellina yang sudah di book nya sebagai mummy baru Faye. Masalahnya Ellina rela jadi mummy Faye tapi bo layan Hannan. Watak Hannan lebih kepada pemujuk dan penyejuk hati. Si Ehsan pulak jenis hendak dipujuk dan dimanja-manjakan, kuat merajuk dan kuat cemburu pula tu. aduih...

Dah la Ellina pening memikirkan kesahihan bapa kandung dia, Hannan pulak menyelit dengan menjadikan Faye sebagai umpan utk menarik perhatiannya. Tapi sedikit sebanyak perkara ni menjauhkan dia dari memikirkan Ehsan dan Shahrul. Terharu betul dengan penerimaan famili Hannan. Mereka tidak banyak songeh. Sangat menyenangkan hati. Ada hikmahnya Elly berpisah dengan Ehsan. Banyak rasa sakit hati hilang dengan kehadiran Hannan sekeluarga. Hannan membuat kita rasa gembira untuk Ellina :) Hannan saaaaaaaaaaangat sweet :)

Penamat yang mana Nazurah nak bawa Ellina? hmm... aku seronok pulak bila Aqilah kena tangkap basah dengan orang lain. Padan muka Haji Idris dan Ehsan tu. Rasa macam selalu jugak terbaca kisah anak yang dibintikan dengan Abdullah kerana tidak berayah akan mendapat ayah angkat bernama Abdullah atau kebetulan nama Ayah betul dia memang Abdullah.

sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:

novelcinta@multiply.com
"Astagfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.

"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? anak haram?"

Benarkah Elinna dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapalah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dgn Ehsan, mama?

Tetapi bagai mana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yg sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yg sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak, janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!

Friday, May 13, 2011

Impikan Mentari

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Impikan Mentari
Impikan Mentari
Penulis: Shahzy Hana
Editor: Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin
398 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675118555


Semasa membaca bab-bab awal cerita ini aku rasa ada part yang seperti tidak kena dan terburu-buru. Bakal pengantin perempuan sibuk nak balik kampung untuk persediaan akhir tapi bakal pengantin lelaki memilih untuk memadu asmara dengan bakal adik ipar di rumah bakal pengantin perempuan? Apo lah tak kreatif nya si pembuat onar berdua tu. Pilih la tempat strategik sikit.


Kisah ini banyak melagukan kisah sendu seorang Izzati. Hatinya luka parah setelah bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri di rumahnya sendiri. Dia rela melepaskan Fahmy kepada Hanni.


Kehadiran watak Ikhman terasa seperti tiba-tiba sahaja berada di depan mata dan menawarkan cinta. Terasa ada shortcut dan tak terasa bulan-bulan atau tahun-tahun yang berlalu. Ikhman tu pulak rasanya seperti seorg pelajar sekolah yang remaja, bukannya seorang lelaki berkerjaya yang menguruskan sebuah syarikat. Mudah saja dia meninggalkan kerja hanya kerana frust cintanya ditolak Izzati.


Berdasarkan maklumbalas yang aku terima dari sorang dua yang dah mula baca novel ni, ada yang sudah berenti sebelum sampai separuh cerita. Adus ruginya! Aku syorkan korang teruskan baca sampai habis kerana emosi cerita ini sangat menyentuh hati.


Hanni seperti diburu bayang2 sendiri apabila dia sering mencemburui Izzati dgn suaminya, sedangkan dia sendiri yang merampas Fahmy dari kakaknya. Perkahwinan antara Izzati dengan Ikhman melegakan keluarga dan sedikit sebanyak mengelak Izzati dari menjadi mangsa salah sangka adiknya. Perdamaian antara Hanni dan Izzati sangat menyentuh hati tapi sedikit sebanyak aku curiga juga dengan perubahan Hanni yang mungkin menyimpan perasaan dendam dalam diam.


Apabila Izzati disahkan mengidap leukimia, keikhlasan kasih sayang Hanni dan Ikhman terhadap Izzati teruji pada tahap maksima. Ikhman yang di awal cerita cintanya kelihatan seperti terburu-buru dan keanak-anakkan berubah kelihatan seperti cinta sejati yang ikhlas dan matang. Dia setia menemani Izzati yang terlantar dan terserlah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menyintai Izzati.


Hanni pula memang sudah sedar diri dan tanpa berfikir dua kali dia sanggup mendermakan sum-sum tulangnya demi menyelamatkan nyawa Izzati. Tapi dia sedang sarat mengandung, maka dia tak dapat menderma dengan serta merta. Susur cerita di akhir-akhir kisah ini kelihatan seperti harapan semakin malap; tapi akhirnya terang benderang disuluh mentari :). Ending yang membuat kita menghembuskan nafas lega :)


Cerita ini tak banyak conflict, hanya Hanni dan Fahmy yang menjadi pencetus tragedi cerita. izzati tiada sebarang masalah dengan keluarga mertua atau keluarga mertua-tak-jadi. Dia seorang yang sangat disenangi oleh semua orang.


Penggunaan ganti nama aku yang kadang2 berselang antara Zati dan Ikhman kadang2 mengelirukan. Sekali sekala kena semak awal bab untuk pastikan siapa yang menjadi 'aku' pada masa itu.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis:


Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat Hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba2 Izzati 'dihidangkan' dengan babak bakal suaminya bermukah dgn adiknya sendiri?


Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?


Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.


Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan mengidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?


Impikan Mentari


Shahzy Hana menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?


Thursday, May 12, 2011

Kau Selalu Ada

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Durrah Fatiha
Kau Selalu Ada
Penulis: Durrah Fatiha
Editor: RUzita Awaludin
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
479 mukasurat
9789831245378


"Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam..."


Menarik juga kisah tiga gadis nakal ni. Keakraban mereka disenangi keluarga malah mereka kelihatan lebih akrab daripada adik beradik. Qayyim yang merupakan abang kepada Malihah secara tidak langsung turut memainkan peranan sebagai seorang abang juga kepada Syahindah dan Nurnisa. Qayyim memang arif benar dengan kerenah tiga gadis itu yang kadang-kadang tidak terduga. Pukul 3 pagi sambut birthday sbb mak dia bagitau dia dilahirkan jam 3 pagi. Setelah tamat belajar, ketiga-tiga mereka bekerja di syarikat Qayyim.


Malihah kurang berkenan pada Syiqin, gadis yang berjaya mencuri hati Qayyim. Dia nampak sendiri sikap sebenar Syikin yang disembunyikan di sebalik senyuman manis. Malihah mencadangkan agar Syahindah dan Nurnisa mengorat abg Qayyim supaya perhatian Qayyim dapat dialihkan dari Syiqin. Tanpa mereka ketahui, Qayyim terdengar rancangan licik mereka dan bersedia menghadapi pelaksanaan misi menggodanya oleh si Indah dan Nisa dengan hati yang senang :) Qayyim memberi kerjasama yang sangat baik sehingga Indah dan Nisa sendiri terkejut dgn respond dari Qayyim. Permainan bertukar menjadi sesuatu yang serius apabila ketiga-tiga hati telah tersentuh oleh perasaan halus. Qayyim memutuskan hubungan dengan Syiqin dan memilih Nisa menjadi tunangannya. Indah yg lebih pendiam menyembunyikan kekecewaan agar persahabatan mereka terjaga. Pertunangan dengan Nisa telah menjauhkan Indah dari Qayyim. Qayyim baru menyedari yang dia lebih selesa bersama Indah berbanding Nisa. Indah merupakan teman berbual yang sangat baik. Malah aktiviti kemasyarakatan yg sering disertainya menunjukkan keikhlasan hati Indah yang sangat luhur. Selepas bertunang dgn Nisa tu barulah 'chemistry' antara Indah dan Qayyim terserlah.


Syarikat Qayyim dilanda masalah apabila isteri muda bapanya berpakat dgn abgnya untuk mengikis wang syarikat. Qayyim tidak mahu kehilangan sesuatu yang telah diusahakan mereka sekeluarga sekian lama. Syiqin tampil dengan menawarkan bantuan yang tidak dapat ditolak dengan syarat Indah dan Nisa mesti diberhentikan. Syiqin memang cemburu sangat dengan kemesraan mereka bersama Qayyim. Pertunangan dengan Nisa akhirnya senyap begitu saja dan Syiqin mengambil alih. Perkahwinan dengan Syiqin memberi ruang yang luas untuk Syarikat Qayyim bangun semula. Dia tidak sampai hati memberhentikan Indah lalu menghantar gadis itu untuk bertugas di ladang miliknya yang tidak diketahui Syiqin. Nisa pula mahu berniaga sendiri.


Syiqin mengamuk apabila mengetahui Indah masih bekerja dengan Qayyim dan menghasut Mak Mah supaya menggalakkan Bidin mengorat Indah. Bidin keterlaluan apabila cuba memperkosa Indah. Indah menghadapi trauma dan keluarganya bimbang tiada lelaki yang mahu memperisterikan Indah lagi jika mengetahui apa yang telah terjadi. Indah tidak pernah menjalani pemeriksaan dan tidak menceritakan apa yang telah terjadi dengan Bidin. Qayyim tampil menawarkan diri untuk melindungi Indah dan memperisterikannya. Indah mendapat sokongan penuh dari Malihah dan Nisa. Mereka mahu Indah segera sembuh dari trauma yang dihadapinya. Walaupun Qayyim cuba mengelakkan menyebut tentang Bidin, dia sendiri ragu-ragu dengan kesucian isterinya.


Takdir untuk watak Syiqin agak 'predictible' tetapi terasa terlalu tergesa-gesa sehinggalah ke detik penamat kisah ini. Apa-apapun, it's a happy ending :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/AlongSide/sinopsis


Malihah, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yg mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim.


Ternyata misi mereka tidak semudah yg dirancang. Perasaan cinta yg sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dgn dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!


Monday, May 9, 2011

Selamat Malam Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Selamat Malam Kekasih
Penulis: Aina Emir
Editor : Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367885
568 mukasurat


"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada seorang pun yang tahu"


Maya Kamilla dari keluarga yang kaya raya. Walaupun bergelar balu, bapanya masih mahu dia bersuami semula dengan lelaki yang kaya dan setaraf dengan mereka. Pilihan terbaik untuk Maya adalah Izz Al Din, adik kepada arwah suaminya (Farhan) yang baru putus tunang. Ibu mertuanya juga mengalu-alukan Maya terus menjadi menantunya.


Bapa Maya mahu menambahkan kekayaan keluarga seperti yang dijanjikan ibu Izz Al Din, sedangkan Izz Al Din sekeluarga yang terpaksa mendapatkan semula Maya sebagai menantu jika mahu kekayaan terus kekal menjadi milik mereka. Farhan telah mengaturkan segala-galanya dengan penuh teliti sebelum meninggal dunia.


Maya dan ibu tirinya meragui keikhlasan cinta Izz Al Din, lagipun Maya lebih tertarik kepada Misyal yang dua tahun lebih muda darinya. Maya cuba menyembunyikan perasaannya kerana sedar cinta mereka tak akan direstui. Misyal awal-awal lagi sudah terpesona dengan kecantikan Maya yang keanak-anakan.


Bapa Maya menerima Misyal bekerja di syarikatnya kerana yakin dengan kebolehan Misyal. Misyal dan Maya selesa bekerjasama dan perasaan hati semakin kukuh walaupun mereka mengelak untuk berbincang mengenainya. Tempat peranginan milik Maya yang jauh dalam hutan memaut hati Misyal tetapi Izz Al Din tak putus-putus mengomel kerana Nissan Skyline nya yang comot dan tergores ketika perjalanan ke sana. Mungkin keindahan Kamillaville sendiri tidak dapat mengubati sakit hati Izz.


Pencarian di Indonesia banyak memberi peluang kepada Misyal dan Maya untuk saling meluah rasa. Misyal semakin berani melamar dan memaksa Maya membuat keputusan untuk memilih di antara dirinya dan Izz. Maya akhirnya nekad mendapatkan abangnya di Brunei untuk mewalikan nikahnya. Kehadiran Maya tidak disenangi ibu Misyal yang teringin bermenantukan Liyana, anak bekas kekasihnya.


Ada dua kejutan yang disembunyikan dengan baik oleh penulis, iaitu rahsia keluarga Izz Al Din yang kehilangan kekayaan gara-gara wasiat Farhan. Wasiat yang menjadikan Maya sudah cukup kaya-raya walaupun tidak berkahwin dengan Izz. Kejutan kedua adalah sebab sebenar mengapa ibu Misyal benci sangat dengan Maya. Mungkin kita akan menyangka ibu Misyal mahu bermenantukan anak dara dan bukannya mak janda. Kelembutan Maya memikat hati adik beradik Misyal dan bapa mertuanya tetapi tidak berjaya melembutkan hati ibu Misyal. Liyana tu kalau senonoh tak apalah juga.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside multiply/sinopsis


Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah dia ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.


Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.


Izz al Din tidak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana dengan niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamillla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.


Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Ke manakah arah yg ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?


Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.


Wednesday, March 30, 2011

Seandainya...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rys Areesa
Seandainya...
Penulis Rys Areesa
Editor: Jabatan Editorial KNE
896 mukasurat
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama Mac 2011
RM29.00
Sabah/sarawak: RM32.00
9789675967624


"Takdir memang sudah tertulis begitu,
suratan bukanlah lagi suatu kebetulan..."


Kisah ini diceritakan dalam bentuk sinematografi yg boleh kita bayangkan pergerakan dan suasana ceritanya. Gaya penceritaan ini membuat satu layar terbentuk dalam minda kita yg menunjukkan watak2 dalam kisah ini bergerak melakonkan cerita. Rasa macam sedang menonton drama pun ada juga. Tak der lah rasa macam hero heroin bercinta saja sepanjang masa. Perkembangan perasaan cinta antara dua hati dalam suasana bekerja disulam dengan baik dan tidak kelihatan janggal bila dibaca.


Dalam kerancakan Kaki Novel menerbitkan cerita-cerita cinta kontemporari dalam bahasa santai, 'Seandainya...' kelihatan berbeza dengan nada yg lebih serius dan gaya penceritaan yang lain dari yang lain.


Rasanya ramai pengikut cerita Wan Zaharris dan Areena secara online. Inilah masanya utk mengikuti apa kesudahan kisah mereka.


WZ dan Areena ni banyak main tarik tali lah. Bukan Areena saja yg tidak pasti dgn perasaan sebenar WZ malah kita pun rasa seperti dibiarkan menanti tanpa keputusan yg pasti. Areena lebih bertindak merahsiakan rasa hati dan bersikap selamba. Wan Zahari tu pulak bila sudah terlajak kata meluah perasaan, dia akan cover line dengan menyebut dia hanya bergurau.


Walaupun berada dalam ketidakpastian, Areena jadi kekasih yg setia. Rupa2nya WZ ada sebab yg kukuh utk menjadikan Areena begitu. Ibunya seorg yang sangat membenci org KL seperti Areena. Baginya orang KL pemusnah ikatan keluarga. Siapa yg sudah terikat dgn org KL akan meninggalkan keluarga selama-lamanya. Ketegasan seorg ibu membuatkan WZ cuba melupakan perasaannya terhadap Areena.


Cara Wan Zaharris menduga hati Areena dgn mewujudkan seorg kekasih yg dipanggil Husna kelihatan hampir sama dgn cara Zaharris Azman (kekasih lama Areena) menduga perasaan Areena dgn berpura-pura jatuh hati dengan wanita lain dan memuja-muja wanita itu di hadapan Areena. Kedua-dua lelaki itu seperti mahu menjatuhkan ego Areena yg sentiasa bersifat tenang.


Memang sayu bila memikirkan dilema Wan Zaharris. Nak ikut kehendak hati sendiri atau kehendak hati wanita yang paling penting dalam hidupny? Melepaskan Areena dan berkahwin dengan seseorg yg tinggal paling hampir dgn rumahnya di kampung? Bila dilihat dari sudut ini Wan Zaharris lebih jauh menderita berbanding Areena.


Pergerakan separuh kedua cerita membawa kita ke lembaran baru kisah Areena. Kehadiran Nabila yg bukanlah misteri mana tetapi wanita itu mencetuskan fenomena besar dalam hidup Areena bersama suaminya. Rentak cerita berubah ke nada thriller di hujung-hujung cerita membuatkan kita turut merasakan debarannya.


Shamsul Azhar yg bertahan sekian lama akhirnya mengalah dgn perasaan sendiri. Sebaik saja dia mengalah tu, aku merasakan dia terus hilang 'keistimewaan' dalam cerita ini. Sebelum detik itu Shamsul Azhar kelihatan lebih istimewa berbanding Wan Zaharris. Bila Shamsul Azhar mula mengalah, dia terus kelihatan tidak jauh berbeza dgn Zaharris Azman atau Wan Zaharris.


Bila anda mula membaca novel ini mungkin ada satu ending yg straight forward yang anda bayangkan. Tak kiralah apa yang anda bayangkan, ianya adalah sesuatu yang gerenti takkan berlaku di pengakhiran cerita ini.


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan... tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tak baik utk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." - Wan Zaharris.


"Mencintai seseorg itu bukan hanya pada kata-kata. mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. hanya yg benar2 benar ikhlas boleh memahaminya." - Areena.


Meskipun Nur Dhila Areena boleh memilih, bukankah memang hanya ada seorg sahaja kekasih yg abadi?




Sunday, February 27, 2011

Hati Bila Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Allyna
Hati Bila Cinta
Penulis: Lynn Allyna
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
512 mukasurat
9789675067648

"Hati kalau dah cinta, benci pun boleh jadi sayang. Sehari tak pandang mulalah jadi gila bayang"

Fenn pernah berkahwin tetapi belum sempat menjadi seorg isteri, suaminya pergi menyahut panggilan Ilahi. Pengalaman itu menjadikannya seorg yg lebih suka menjauhi lelaki.

DZ pernah dikecewakan kekasih hati. Membuat dia agak sukar mempercayai wanita lagi. Pertemuan pertama dengan Fenn tidak mencetuskan sebarang bunyi antara mereka. Tetapi pertemuan2 berikutnya berdentum dentam dengan pergaduhan demi pergaduhan. Ada saja idea utk saling menyakitkan.

Pengalaman silam Fenn menimbulkan simpati ibu DZ dan dia berhajat menyatukan DZ dgn Fenn tetapi kedua2nya membantah. Peristiwa ibu Dz jatuh sakit membuatkan dia percaya hanya Fenn dapat menyenangkan hati ibunya. Dia cuba membuat perjanjian kontrak utk bertunang dgn Fenn tetapi ditolak mentah2. Lalu peristiwa eksiden dgn Fenn dijadikan modal utk mengugut Fenn lalu memaksa Fenn menjadi kekasihnya datingnya utk 90hari.

Perwatakan DZ berubah sepanjang 90hari itu membuatkan Fenn seram sejuk. Kehadiran Syaril, abg arwah suaminya yg sangat seiras dgn suaminya itu membuat DZ jadi cemburu. Hari2 keluar dating membuatkan mereka saling mengenali dan mula menyenangi perilaku sebenar mereka. Tanpa sedar Fenn sendiri merasa kecewa apabila hari ke 90 tiba.

Background Fenn sbg janda berhias yg dianggap membawa sial adalah sesuatu yg jarang2 kita baca dalam novel melayu, tetapi kisahnya dengan DZ dan dgn Syaril membuatkan cerita ini jadi kisah cinta yg biasa-biasa saja.

Memang ada 2 watak yang nama Sarah dlm citer ni ke? *garu pala

sinopsis/blurb/novelcinta@multiply

Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dgn kucing. boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?

Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali kali dia ditolak. Pelbagaicara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar menjadi rindu dan sayang.

Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yg paling dicintainya. tapi siapa yg mampu mengelak kehendak tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya utk Nur Fazreen"

Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Tuesday, February 1, 2011

3 Jantung Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nisyah
3 Jantung Hati
Penulis: Nisyah
Terbitan Jemari Seni
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
Cetakan pertama Disember 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: Rm22.00
97896751185010
452 mukasurat


Kisah ni bila dibaca secara keseluruhannya terasa biasa-biasa sahaja tetapi ada manisnya. Permulaan kisah Nadim-Nadira terasa terlalu cepat. Mungkin kerana penulis lebih banyak menyelami perasaan Nadira. Cerita cinta yg perfect, seorang balu muda yg masih ayu, beranak satu bertemu dgn sorang jejaka hensem berusia 38 tahun yg kaya, romantis dan sangat caring. Memang jadi dreamy dan senyum manis kalau membacanya :)


Imran meninggal dunia ketika Ensha memerlukan kasih seorg ayah. Kehadiran Nadim mengisi kekosongan yg dirasakan Ensha. Dia bahagia kerana ada lelaki yg melayannya spt anak manja dan dia mahu ibunya, Nadira menerima Nadim supaya nadim betul2 jadi babahnya. Nadira pula seperti belum bersedia utk melepaskan kenangan dan ingatan terhadap Imran, namun kehadiran Nadim membuat dia jatuh cinta lagi. Berpuluh kali dia mengelak, beribu kali Nadim datang mengisi hari2nya bersama Ensha.


Nadim terpikat dgn Nadira sejak mula terpandang wajahnya. Walaupun hajatnya tidak direstui ibunya, namun dia nekad. Tak sangka lah Puan Sri Suhaida tu berpura2 baik dgn Nadira utk mengenakannya di hari pertunangan Nadim. Bak kata Stacy, "Jahatnya kamu!"


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis/novelcinta


"Menahan diri darpada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung


Benarkan cinta seorg perempuan terhdp seorg lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kisahnya takkan berubah?


Lalu bagaimana pula andainya muncul seorg lelaki lain yg setara? kalaupun tidak leih baik daripada si jantung hatinya yg telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? susahnya memahami hati perempuan, kadang2 dalamnya tidak terduga; kadang2 berkata 'ya' di dalam, di luarr tetap mengaku 'tidak'!


Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati meninggalkan dia merana berrsama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba2 muncul dia! Dia yg berebut mahu jadi jantung hatinya yg ketiga. Sanggupkah dia membiarkan haitinya diisi lagi kalau kasihnya pada imran sudaah [euh?


Nisyah menulis ttg hati seorg perempuan yg tersepit antara kenangan cinta lama dgn munculnya 'org baharu' yg begitu mengharap cintanya. NISYAH begitu berhati2 membuat keputusan dlm 3 Jantung hati utk mengubah hidup nadira selamannya.

Sunday, December 26, 2010

Iman Suraya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Iman Suraya
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Kaki Novel Enterprise
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama: 2010
RM19.00
Sabah/sarawak: RM22.00
476 mukasurat
isbn: 978967506617


"Benarkah, cinta sejati walau telah pergi akan datang lagi...?"


Whoa sejak penulis ni dikenali melalui "Baju Pengantin Mak Andam", cepat jer karya kedua dan ketiganya muncul di pasaran. Rasa macam baru jer pesta buku pwtc Mac lalu saya dapatkan karya kedua beliau "2x5" kini karya terbarunya muncul dgn tajuk "Iman Suraya". Penulis2 e-novel memang ada banyak stock cerita lah :) Setahun sampai 2 buku boleh publish tuuuu.


Secara umumnya novel ketiga Areila Sahimi ini lebih kemas dan matang pendekatannya jika dibandingkan dengan BPMA dulu yg terlalu banyak menggunakan perumpaman dan peribahasa yg diubahsuai. kalau boleh nak BPMA pun sekemas ini, tentu lebih menarik ceritanya. :)


Iman Suraya mengetengahkan cerita cinta kedua yg menjadi cinta sejati. Tak semua cinta pertama membawa ke jinjang pelamin.


heroin citer ni nama suraya. dah bertunang dgn Azim. Azim ni memang faham la sikap suraya ni and terima dia seadanya. Kira set lelaki baik2 dan sgt caring lah. B4 kawin suraya ni pegi makan angin kat langkawi sorang2, dia suka amik gambar guna DSLR. masa kat langkawi tu dia berkenalan dgn Iman, lelaki yg baru frust sbb x-tunang dia kawin dgn abg dia. kes 'ex ku kakak iparku'. kat langkawi diorang jadi kawan travel sama2. Suraya mmg dah bgtau awai2 dia tunang org dan dia mmg syg giler ngn tunang dia. Iman pon x kisah, dia faham kedudukan suraya and at the same time dia citer gak la kisah duka dia tu. Suraya ni mcm byk nasihat dia la suruh terima kenyataan, jgn sisihkan keluarga sbb benda2 mcm ni.


Selepas pulang ke tempat masing2, diorang meneruskan hidup. Iman belajar menerima kenyataan bahawa Amelia kini kakak iparnya. Dalam diam dia amat menghargai pertemuannya dgn Suraya yg serba sempoi tu, tapi sayang dah nak jadi milik org.


Suraya gembira dapat pulang dan tak sabar2 nak menempuh hari bahagia tetapi tiba2 saja sikap Azim berubah. Mereka sudah jarang bertemu malah Azim sudah jarang menghubunginya melalui telefon. Bila dia tahu hal sebenar, segalanya sudah terlewat. Azim menghembuskan nafas terakhir dan berharap abangnya Norman dpt membahagiakan Suraya.


Walaupun Norman tu ensem, Suraya tak berkenan dgn tingkah laku Norman yg pernah cuba ngorat dia walaupun dia telah bertunang dgn Azim. Norman sering mengungkit wasiat Azim dan membuat Suraya serba salah. Walaupun bertahun-tahun berlalu Suraya masih merasakan cintanya masih kuat utk Azim sehinggalah Iman muncul semula dan membuat dia berasa seperti telah menduakan Azim.


Iman memang nekad nak memenangi hati Suraya setelah mengetahui dia masih belum berpunya, tapi rasa sgt tercabar dgn kehadiran Norman yg kelihatan seperti mengongkong Suraya.


Norman baran lah. sikit2 angkat tangan, sikit2 angkat tangan. kalau kena pelempang dia sah2 tergolek. Iman tu plak sanggup jer kena lenyek ngan Norman sbb nak menguji perasaan Suraya pada dia. Walaupun lebam sana sini tapi dia bahagia sbb Suraya sanggup mempertahankan dia.


halamak takkan Umairah ngan Norman kot? ala Umairah tu baik la.


Bahasa utara dalam novel ni ok tapi ada part yg perkataannya tak wujud pon dlm loghat utara. Ketawaq. apa tu? adusss.




sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb


Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorg isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan berkawan. Sekembalinya ke tempat masing2, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suraya sudah bersedia utk menjadi isteri, Iman pula sedang belajar utk menerima realiti.


Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya bukan dgn Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali kenangan bersama kekasih lama yg dikahwini abangnya sendiri datang bertubi-tubi.


Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin. Isyarat dari tingkah Suraya meyakinkan Iman yg dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Mereka jatuh cinta kali kedua. Namun, di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yg punya potensi utk mana2 gadis di luar sana jatuh cinta padanya.


Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yg sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

Wednesday, October 20, 2010

Aku Milikmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aleya Aneesa
Aku Milikmu
Penulis: Aleya Aneesa
Terbitan alaf 21 Sdn bhd
RM15.00
9789831241356
405 mukasurat


"Namaku sudah tertulis di hatimu..."


buku ni aku bli 2nd hand :) tak sangka dpt juga akhirnya. antara karya terawal aleeya aneesa dgn alaf 21 :) cerita ini padat kisah nya tapi mungkin penyampaian mendatar sedikit mengurangkan highlights cerita ini. Memandangkan ni antara karya terawal penulis ini dengan alaf, kira ok lah jugak ceritanya. Kalau kita tengok koleksi novel aleya aneesa sekarang ni banyak lah yg best best :)


wairah - model sambilan + penulis novel Hasra ainul
faridah-ibu kpd wairah
adnan - ayah kpd wairah. seorg penghulu jahat kg telaga hitam
intan - madu faridah yg sebaya wairah
aizam - anak imam shahdan
Atikah - sepupu wairah, bakal isteri nasir
nasir - tunang Atikah
Ikhmal - kawan nasir
farisya + huzaimi - kenalan ikhmal


aizam salah sangka dgn wairah yg dibantu ikhmal ketika satu kejadian tak dijangka di sebuah kedai buku. aizam cepat jer marah dan cemburu

Adnan tak restu hubungan wairah - aizam. dia tak suka imam shahdan.

kata2 hinaan dari Aizam merobek hati wairah dan mereka putus. Wairah makin kecewa apabila mendapat tahu aizam ditangkap basah dgn Nana di kg mereka.


Intan memang sakit hati dgn wairah. dia tak nak adnan berbaik2 dgn anaknya sendiri. sering dilaga2kan dan bawa citer buruk2 tentang wairah kepada Adnan hingga Adnan memaksa Wairah berenti kerja sbg model. malah utk pastikan wairah putus dgn aizam, adnan memfitnah imam shahdan sekeluarga malah merancang agar aizam ditangkap basah dgn nana yg memang sudah lama bekenan kat aizam. walaupun aizam melafazkan kata2 hinaan ketika dalam keadaan tertekan dgn isu fitnah terhadap keluarganya, Wairah tak dapat memaafkan dia kerana kata2nya terlalu menyakitkan hati.
Ikhmal memperkenalkan Husna sbg anaknya utk menduga hati Wairah, end up dia yg merana bila tak dpt contact wairah. wairah betul2 terasa hati dgn sikap ikhmal.


Ikhmal sedikit gentar apabila ibunya yg bekenan kan Wairah offer kat Ikhwan, adiknya yg pantang tengok perempuan cantik.


Adnan insaf setelah terserempak dgn isteri mudanya yg sedang memadu asmara dgn org kepercayaannya. Dia kembali ke pangkuan Faridah dan melepaskan jawatan penghulu.


Ikhmal rasa tertipu bila Wairah x pernah bgtau yg dia sebenarnya penulis terkenal. mcm over merajuk la pulak si Ikhmal tu hanya kerana Wairah merahsiakan yg dia sebenarnya penulis novel terkenal tanah air. Ikhmal dan Aizam saling berlumba memenangi hati wairah tapi luka yg ditinggalkan aizam terlalu dalam sehingga wairah menolak kedua-duanya dan membawa diri keluar negara utk merawat hati yg luka. Dia berjanji akan pulang apabila hatinya sudah sembuh. Kepulangannya disambut si dia yg setia menunggu :)


bila baca sinopsis belakang buku, ada beberapa nama yg tak tally dgn nama dalam cerita.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Wairah mempunyai kekasih bernama Aizam. Mereka sudah lama berkawan sejak kecil lagi. Hubungan itu telah diketahui oleh ibunya tetapi ayah Wairah tidak setuju dan minta Wairah memutuskan hubungan dgn Aizam. Pelbagai cara ayahnya lakukan utk memisahkan mereka hinggalah pada suatu hari Aizam telah ditangkap berkhalwat dgn gadis bernama Lin. Hancur hati Wairah bila mendapat tahu berita itu.


Akhirnya, wairah membuat keputusan utk ke Kuala Lumpur dan menetap di rumah sepupunya bernama Anisyah. Anisyah telah bertunang dgn Nasir dan nasir mempunyai seorg kawan karib bernama Ikhmal. Sebaik saja Ikhmal memandang wajah Wairah, dia sudah mula tertarik. Namun bagi Wairah, hatinya telah tertutup utk lelaki.


Pelbagai cara dilakukan oleh Ikhmal utk memikat hati Wairah dan pada masa yg sama kekasih lamanya, Aizam datang menagih kasih. Seringkali dia menelefon menyatakan hasrat hatinya. wairah bingung memikirkan. akhirnya dia membuat keuptusan melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa pengetahuan Aizam dan Ikhmal. biar kedua-duanya tak dapat.


Setelah 3 tahun menuntut ilmu, Wairah pulang ke tanah air. Kepulangannya disambut oleh seorg lelaki. siapa lelaki itu? Adakah lelaki itu Adnan, ayah Wairah atau aizam mahupun kamal?

Saturday, May 29, 2010

Setiap Jumaat

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Setiap Jumaat
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Rm24.90
sabah/sarawak RM27.90
723 mukasurat


"Persahabatan itu telah menjadi racun"


Kisah ini terasa kelainannya dan memorable. Misteri rahsia yg dipegang ibu Jasmine menjadikan kita tak sabar nak tahu bilakah saatnya rahsia itu terlerai.


Jasmine dan Ku Pian dibesarkan dalam keluarga yg berbeza status. Rajuk telah membawa mereka utk berada di Jepun utk merawat hati yang luka.


Jasmine kecewa dgn tindakan ibu tercinta yg sanggup berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sedangkan ayahnya baru sekitar setahun meninggal dunia. Dia merasakan seperti pengorbanan arwah ayahnya sia2. Dia menganggap ibunya sbg balu beranak 5 yg gatal dan tidak menghargai penat lelah arwah suaminya menyara keluarga besar mereka.


Ku Pian sentiasa merasa ayahnya mengongkong hidupnya sejak kecil. Kawan2 dan girlfriend2nya tak pernah mendapat approval dari ayahnya yg sentiasa dianggap bertanggapan serong. ayah dia tu sikit punya baik. SEtiap latar belakang kawan2 dan gelfren2 ku Pian disiasat dan memang Ku Pian tu pakar memilih org2 yg tak senonoh dan tak sesuai. Ku Pian kecewa dan merajuk lalu melarikan diri ke Jepun tanpa pengetahuan ayahnya.


Perkenalan 'Masako' ini dan 'Ultraman' itu menjadi titik permulaan sejuknya dua hati yang membara dgn kebencian itu. Setiap Jumaat menjadi hari pertemuan mereka dan perpisahan yg tak dijangka terjadi itu membungakan rindu yg sangat mekarr di hati mereka. Rindu dan hati yang terpujuk membawa mereka kembali ke keluarga masing2 dengan pemikiran yg lebih rasional dan terbuka. Tapi rindu terlalu bergemuruh di hati sehingga hari2 yg dilalui terasa ada ruang yg kosong.


Kepulangan kali ini membuka lembaran baru dlm hidup mereka setelah bertahun-tahun merajuk. Jasmine menyesali diri yg melulu menghakimi ibunya yg sebenarnya lebih byk berkorban demi keluarga mereka. ayah mereka yg merupakan pembaca meter dan bekerja sbg pengawal di sebelah malam rupa2nya memadukan ibunya. Malah setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya yg menyara anak ayahnya bersama isteri baru dan memberi kasih sayang tak berbelah bagi. sebenarnya sebelah malam, ayahnya bukan pegi kerja pengawal, ayah dia balik rumah bini muda. Sebab tu mak dia sampai tak kira masa rehat kalau bekerja semasa dia bersekolah dulu demi memastikan kewangan mereka cukup utk terus menimba ilmu.


ustaz yg dnikahi ibunya adalah insan yg sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya dan adik beradiknya. Mereka semua menyayangi ayah tiri mereka yg sgt baik hati.


Penyakit Ku Pian membawanya lebih dekat kepada keluarga Jasmine. Masako yg dicari-carinya ada tidak jauh darinya. Tapi Ku Pian tu masa kat Jepun dulu ok jer, tapi biler balik Malaysia terus jadi gatal semacam tambah2 masa mula2 jumpa Jasmine.


Akhirnya Ultraman berkahwin dgn Masako... hehe.


sinopsis/blurb


Hidup di negara orang memang payah. apatah lagi di negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...

Saturday, March 6, 2010

Potret Wajah Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Antasya Balkis
Potret Wajah Kekasih
Penulis: Antasya Balkis a.k.a Syamimi Aminolah
Terbitan Kaki Novel
Cetakan pertama: 2009
9789675067198
RM20.00
Sabah/sarawak: RM23.00
547 mukasurat


"Di kala aku dipagari keliru, wajahmu hadir... meleraikan kebuntuanku."


Tengok nama Antasya Balkis, memang terus rasa nak baca novel ni :) Cerita ni bagi aku membawa tema cinta yang agak berat, tapi bila membacanya, tak der lah heavy pun ceritanya.


Ceritanya tentang Haryani yg dibenci makngahnya kerana menolak lamaran lelaki pilihan mak ngah. Haryani enggan sbb lelaki tu pernah cuba menodanya. Haryani melarikan diri ke kota. Nadia, teman lamanya memperkenalkan dia pada Faris, abg angkatnya. Faris memang jatuh hati pada Haryani tapi Haryani lebih bersikap hati2. Namun pertemuan tak diduga dgn Nazrin telah memikat hati Haryani. Pada masa yg sama Haryani turut terkesan dgn kebaikan Faris, namun Nazrin lebih bijak bermain kata berbanding Faris yg berat mulut. Yani seperti menunggu juga Faris memulakan langkah pertama terhadap perhubungan mereka, namun Faris tetap begitu. Nazrin lebih berani meluah perasaan dan romantis menggoda hati Yani.


Pembaca akan awal2 lagi menyebelahi Faris kerana Nazrin tu ligat orgnya. Dia memang pantang melihat wanita cantik. Dia suka menggoda namun hatinya sentiasa lekat pada Maya. Maya faham benar dgn sifat Romeo Nazrin. Dia cuba membuang Nazrin dari hatinya tetapi gagal. Dia akan sentiasa kembali kepada Nazrin. Apabila Maya menjauh, Nazrin terus melamar Yani. Yani menerima dgn hati terbuka kerana yakin Faris tiada perasaan padanya. Dan pada malam dia diperkenalkan kpd keluarga Nazrin, dia mendapat kejutan hebat apabila mengetahui Faris adalah anak angkat kesayangan dlm keluarga Nazrin dan Nadia.


Nadia agak kecewa kerana bukan Faris pilihan Yani, namun terubat jua kerana Nazrin adalah abg sulungnya. Kwn baiknya akhirnya menjadi kakak iparnya juga. Faris frust la!

Tapi saya tak suka sikap Faris yang berdiam diri. Dia tahu benar dgn keligatan Nazrin dlm memikat perempuan. Kalau dia betul sayangkan Yani, tentu dia berani mempertahankan Yani supaya tidak terjebak dgn Nazrin yg bermata keranjang. Kalau Nazrin tu berubah baik tak pa lah jugak. ni di sepanjang tempoh pertunangan, Nazrin tidak pernah menunaikan janji dgn Yani kerana sibuk melayan Maya. Faris dihantar utk menggantikan tempatnya, malah masa pilih cincin dan cuba baju pengantin pun Faris yg menemankan Yani.


Perkahwinan mereka berlangsung dengan gilang gemilang dan 6 bulan pertama perkahwinan mereka, segalanya membahagiakan. Namun sekali sekala mata Nazrin menakal jugak dgn perempuan2 lain. Kehadiran Maya membelah dua perhatian Nazrin dan lebih berat pada Maya lah. Yani kembali nanar dgn sikap Nazrin yg sering mungkir janji dan masih menghantar Faris utk mengganti tempatnya. Maya ada perancangan sendiri utk memusnahkan rumahtangga Nazrin. Nazrin setuju mengahwininya tetapi sayang utk melepaskan Yani.


Pergaduhan tercetus apabila Yani menerima gambar Nazrin sedang bercumbu dgn Maya. Semasa dlm perjalanan balik kg, kereta mereka kemalangan. Nazrin meninggal di tempat kejadian manakala Yani hilang ingatan. Di sinilah kisah kemuncaknya bermula...


Dgn persetujuan keluarga, Faris cuba membina ingatan palsu dalam minda dan jiwa Yani. Dia berjaya membuat Yani percaya yg cincin yg tersarung di jarinya adalah cincin pertunangan mereka. Faris sanggup membayar hingga RM15,000 seperti dipinta mak ngah semata-mata supaya rahsia itu ditutup kejap. Berjaya ker Faris mempertahankan ingatan palsu itu? Kalau nak tau kisah selanjutnya, kena lah baca :)


Haryani tu tak takut pacat tapi geli pulak dengan cacing. Macam pelik lah pulak.


SEmasa dlm proses membina memori palsu buat Yani tu Faris memang dah berpakat dgn keluarganya dan keluarga Yani tapi dia macam terlupa pulak dengan kawan2 Yani. Bila Yani masuk kerja balik, mestilah diorang akan question Yani tentang kemalangan yg telah menimpa dirinya dan suaminya.


Masa Yani baru sedar selepas kemalangan, Faris ada bagitau Yani yg mereka telah bertunang dan cincin yg tersarung di jari Yani adalah cincin pertunangan. Tapi kenapa selepas itu ada pulak scene Faris hantar rombongan meminang? Yani tak query pulak kenapa kena meminang dan bertunang dua kali. Macam tak selari pulak penceritaan.


Akhirnya tibalah masa utk Yani betul2 mengingati segala-galanya kerana Mak Ngah sudah meracun fikiran Yani setelah Faris gagal memberi tambahan RM15,000 padanya. Rasanya masa tu sepatutnya Faris tu prove la yg Nazrin tu bukan suami yg baik. Gambar2 Faris dgn Maya dan surat luahan perasaan Yani padanya boleh dijadikan bukti kukuh utk meyakinkan Yani. Ni tak, Faris membiarkan dirinya tersiksa sampai sakit2 kurus kering. Idok pun bagi jer Yani tu tersondol pokok getah ker apa, mesti otaknya center balik. hehe.


Penceritaan sesaran ingatan yg kembali ke minda Yani selepas satu lagi kemalangan tu kelihatan seperti copy-paste pulak dari bab eksiden yg mula2 tu.


Apa2pun ni adalah happy ending :) Happy for Faris :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Faris. Kau umpama pelangi selepas gerimis, seindah kelopak awan di langit seharum kasturi...


Nazrin, aku cinta padamu kerana kau lelaki yg bertakhta di hati, beraja di jiwa. Cintaku padamu hanyalah kesetiaan.


Nadia... cinta dan kasihmu terlalu agung buatnya seluas langit dan bumi. Kau lambang cinta yg agung!


Sayangnya, kisah cintaku yg indah berakhir derita. Dia yg aku puja hanyalah debunga yg ditiup angin. Singgahnya hanya pada bunga yg indah dan harum baunya. Aku kecewa!


Datang pelangi bawakan aku bahagia. Membuat aku alpa siapa diriku yg sebenarnya. Diri diulit sayang tidak bertepi. Namun ketika sedarku seketika... Dua potret wajah kekasih datang memayungi hati. Dalam diam aku memilih pelang itulah cintaku utk selama-lamanya...

Friday, February 26, 2010

143

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Pingu Toha
143
Penulis: Pingu Toha
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118302
520 mukasurat


"143... maksudnya I love you"


Covernya sangat manis! Tak jemu dipandang dan amatlah cutenya! Sepanjang minggu ni aku banyak baca buku yg cover backgroundnya putih. saya peminat novel LUVE! Sweet giler. Cerita cinta yg ada kelainan dan membuat hati berlagu riang :)


Dlm novel ni Pingu Toha membahagikan pengisahannya dalam 3 bahagian. Aku suka cara yg macam ni sbb tak pening nak baca. Kadang2 biler semua kisah diceritakan secara selari, aku jadi confuse jugak kdg2 tu. Al Maklumla org blurr. Yang ni terasa kemas dan teratur. Tiga bahagian itu dipisahkan dalam tiga time frame yg berbeza dan ditamatkan dengan penyatuan di endingnya. Smart!


Bhg Pertama (time frame: Present) lebih menumpukan pada watak2 utama dalam L.U.V.E dulu iaitu Uth dan Lana.


Lamanya Uth tunggu nak lafazkan i love you pada Lana tu. Mula2 rasa mcm sweet ja malu2 gitu. Lepas tu rasa cam dah mcm meleret. Dan kemudian macam slow giler Uth ni, macam nak sekeh jer kepala dia dengan racket. Dan kemudian rasa mcm nk jerit "just tell her Uth!" dah sah2 Lana nak gak kat dia. And lama2 mcm bosan la Uth ni. Baik Lana cari org lain. And saya dah tak kisah dengan ending Uth ngan Lana. Saya rasa rugi besar jer Keri dan Haikal melepaskan Lana pada Uth yg nampak sangat takut pada komitmen walaupun org tu pun suka kat dia. Dia tak der self confidence mcm Keri dan Haikal. Macam Bucks yg masih muda tu.


Aku hanya suka Uth dan Lana setakat ending L.U.V.E saja. Uth takkan buat first move. Lana yg kena buat rombongan gi minang Uth kalau betul2 nak kawin dgn Uth. ;)


Bahagian kedua (past tense) adalah tentang Keri (ex Lana) dan Elina (ex Uth)


Keri tu serbasalah nak kat Elina sbb dia ni ex romeo, Elina set2 muslimah pakai tudung, gelak tutup mulut. Keri dah jatuh cinta dgn sleeping beauty yg boleh ketawa dlm tidur. Haha. Wierd. Tapi Keri dah bersedia menyerahkan sebelah hatinya pada Elina, belahan jiwanya. Dan rupa2nya Elina memang menunggu hati yg sesuai utk dirinya, Raden yg sebelum ni cuba menyerahkan hatinya, kena reject sbb hati Elina menidakkan. Ni bukan bagi hati as in bagi bantal bentuk hati ker.. ni betul2 bagi hati, yang kena bedah kat hospital lepas tu pasang kat hati Elina. hah! ada pakwe yg sanggup? Keri sanggup!


Bahagian ketiga (3 tahun akan datang) pulak kisah Violet, si Vee yg ala2 stalker Uth dlm LUVE tu, scary girl. haha. Tapi dalam bahagian ni Vee tak scary lagi. Dia tahu hati dia terdetik dengan kehadiran Bucks. Sweet lah pulak Vee dgn Bucks tapi Vee mcm serba salah sebab Bucks tu muda 5 tahun dari dia tapi Bucks tu sgt matang, jauh lagi best dari si Uth. Even after beberapa tahun Uth masih mcm tu, tak der improvement. Haha sori Uth. Keri ngan Vee improved a lot. And selimut Pingu tu sangat comel, ok?!


yup ending nya happy2 belake. Uth dah lafaz cinta, eh bukan lafaz, dia taip jer dlm ym. And Lana terima, apa? terima? adui, tak serik2. Rasanya selagi Pingu Toha tak cerita diorang akad nikah, naik pelamin, dapat anak, aku tak rasa Uth ngan Lana tu happy ending. So, bila ler Lana nak hantar rombongan meminang ye?


Apa2pun memang kisah cinta yg sangat manis dari Pingu Toha. Kisah cinta The Little Mermaid, Sleeping Beauty dan Rapunzel versi Pingu Toha. Tahniah! :)


sure fine whatever
Rinn



SINOPSIS/BLURB


Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.


4
Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.


3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.

* * *

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya

Saturday, December 26, 2009

Cinta Datang Lagi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash Nur Idris
Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244807
RM17.00
sabah/sarawak: RM20.00
440 mukasurat


"Tak mungkin kuingkari suara hati yang membisik namamu"


Haaa patutla ada yg kata citer ni sambungan citer Ria Qistina! tapi bukan sambung da... ni kira Bikash jadikan watak Fariz dari RQ tu sebagai hero citer CDL ni :) mcm spin-off tv series pulak.


Kalau sapa yg tak ingat Fariz ni, dia ni la yg mengayat power Ria Qistina tapi tak berjaya walaupun dia model dan hensem giler. Tak sangka pulak Erwann yg aku tak bekenan tu pun ada jugak. ADuih mamat tu dalam RQ tersangat la perasan bagusnya. Geram aku.


Ha lagi satu tak sangka! Raisya tu kakak kepada Raniaa rupanya! ala.. heroin 'Bukan Pilihan Hati' tu... Tak sangka lah pulak Erwann dpt Raahah :). Banyak nya tak sangka!


Citer ni bagi aku menarik tapi part Fariz menggunakan Raisya utk mendapatkan Shereen tu aku rasa mcm tak kena jer. Apa pasal nak ngorat Raisya kalau dia nak mendapatkan Shereen? Aku mcm tak dapat nak proses la part tu. Sedangkan dia boleh jer sound direct kat Jaspal tentang rancangan dia sbb Jaspal tu pun memang nak kembali pada Raisya and Fariz pun tahu. Unless kalau tujuan Fariz approach Raisya sbb nak pujuk Raisya supaya membuka hatinya menerima Jaspal kembali sbb Raisya mcm dah tak nak dah beri peluang pada Jaspal. Cara pendekatan Fariz kepada Raisya adalah lebih kepada nak mencuri hati atau lebih senang cakap, nak ngorat la...


Lagi satu.. ermmm kenapa aku rasa citer ni ada unsur2 'gatal'? haha... Bukannya apa, ada sesetengah scene tu macam over miang la pulak. Bikash ni kira ada fans dari kalangan pelajar2 skolah kerana karyanya yg bersahaja dan menghiburkan. tapi biler banyak diselitkan unsur2 'gatal' tu aku rasa tak sesuai la pulak budak2 baca. Sebenarnya kalau cerita sikit2 tu takper, ia akan kelihatan sweet, tapi biler terlebih cerita, kiter plak rasa seram lain macam. ha ha.. aku tak tau nak luahkan mcm mana tapi lebih kurang mcm tu lah aku rasa.


Kisahnya tentang Fariz dan Raisya yg sama2 ditinggalkan kekasih yg berlainan bangsa. Kekasih diorang tu terpaksa berkahwin kerana kehendak keluarga. Jaspal bekas kekasih Raisya berkahwin dgn Shereen, bekas kekasih Fariz. Fariz dan Raisya bertemu di majlis perkahwinan kekasih mereka dan dari situ kisah mereka yg tersendiri bermula...


Niat Fariz yg mulanya ingin mempergunakan Raisya jadi lain setelah dia benar-benar mengenali Raisya. Tapi sayang rahsianya terbongkar sebelum waktunya dan dia nekad mengejar cinta Raisya walaupun terpaksa berdepan dgn ibu dan bapa Raisya. Ibu Raisya mcm tak bekenan kat Fariz sbb suka amik kesempatan ke atas Raisya kalau dibiarkan berdua-duaan. Sampai pengsan makcik tu! kesian! haha.


Sejujurnya aku lebih suka kisah Jaspal-Shereen yg kena kawin paksa tu. ;) Ada misteri yg disembunyikan Shereen dan Jaspal mahu tahu siapakah yg pertama dalam hidup Shereen. Shereen sebenarnya makan hati setiap kali bersama Jaspal kerana Jaspal tak pernah ingat pada satu kejadian ketika dia masih remaja dulu. Aku lebih banyak menangis mengenangkan Shereen dalam cerita ini. Memang kasihan... apa2pun yg best tu citer ni happy ending for both couples!


sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan utk org yg dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sbg isteri.


Bukan Raisya seorg yg kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yg anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing2 dlm majlis yg sama. Satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan 2 hati yg derita ini menjadi akrab.


Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya utk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?


Namun bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkan dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?



Tuesday, October 6, 2009

Sungguh Aku Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Sungguh Aku Cinta
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
500 mukasurat
isbn: 9789831244333
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90


"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"


Tidak hilang identiti kisah manis-jiwang dari nukilan Anis Ayuni walaupun ini kali pertama kisah cinta darinya yg digarap degn menggunakan sudut pandangan orang ketiga.


Kisah kali ini tentang Maira dan Fajar yang sama-sama meminati aktiviti lasak. Aktiviti2 sebegitulah yg dimanfaatkan oleh Fajar utk mendekati Maira yg sukar ditawan hatinya. Maira sentiasa mengelak walaupun semua org tahu Fajar mengejar cintanya. Selepas kena blasah dgn bekas suami Maira barulah Fajar tahu kisah sebenar. Maira pernah berkahwin ketika belajar di luar negara dan sekembalinya ke Malaysia, dia diceraikan kerana Azhan nak kawin dgn Sofia yg enggan dimadukan walaupun Maira rela bermadu.


Maira meneruskan hidup dan kerjanya sbg janda muda dan dia sentiasa merahsiakan statusnya supaya kisah sedih tidak diungkit semula. Serangan Azhan tidak mematahkan cinta Fajar, malah dia lebih bertekad utk memiliki Maira. Maira akhirnya menyambut cinta Fajar tetapi ibu Fajar tak mahu anak terunanya memperisterikan janda walaupun dia tahu Maira tu baik dan pernah membantunya semasa diragut.


Fajar diminta memilih sama ada ibu tersayang atau Maira. Fajar akur memilih ibunya namun dia berjanji tidak akan bekahwin melainkan kalau Maira yg menjadi isterinya. Dalam kemenangan, ibu Fajar kalah sebenarnya.


Tragedi yg menimpa adik Fajar, Nur Suria yg sama mcm maknya tak suka Fajar kawin ngan janda. Namun dia kini berada dalam situasi Maira apabila suaminya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan. Tinggallah dia bersama anaknya yg masih kecil. Kemudian, seorg jejaka bujang mahu memperisterikannya. Ini membuatkan Nur Suria dan ibunya terfikir begitulah keadaan Maira apabila Fajar mahu memperisterikannya. Dpt kah Fajar mengejar cinta Maira sedangkan Azhan sudah kembali menagih cinta dari Maira. Tapi Maira sudah serik dgn cinta.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb


Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yg janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yg sudah berkecai.


Maira bangkin mendepani takdir. Bukan serik utk bercinta lagi tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.


Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yg tidak bahagia utk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yg sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.


Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Thursday, October 1, 2009

Baju Pengantin Mak Andam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Tajuk: Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi
terbitan: KakiNovel Enterprise
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675067297
524 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00


"Zain, sekeras-keras aku, seselamba manapun aku, Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati ~Aleeya~

"Biarpun dia srabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap istimewa." ~Zain~


SEronoknya dpt baca dengan santai, tak payah terkejar2. Ini bukanlah karya yg dipandang sebelah mata. WALAU BAGAIMANAPUN aku terpaksa membacanya sebelah mata sbb aku sakit mata yg belah kanan. aduila.. tapi habis juga akhirnya :)


Cerita yg disampaikan dalam bahasa yang santai dengan motif utk menghiburkan pembacanya. Kalau dari segi jalan cerita, ini bukanlah jalan cerita baru, ia adalah kisah yg cinta yg sangat biasa, cuma alunan Areila Sahimi menjadikan cerita ini menarik dan subjek utamanya adalah seorang mak andam sambilan menjadikan cerita ini mudah diingati.


Bahasa cerita ini tentu lebih enjoyable buat golongan remaja. Bagi orang lama2 saya tak taulah perasaan diorang biler baca cerita yg ada gaya bahasa santai-modern begini. Saya suka jerrrr :) Makin ramai penulis muda yg menggunakan pendekatan begini utk menyampaikan karya mereka supaya lebih mengikut rentak pembaca2 muda rasanya. Dengan cover yg comel-cute, tajuk yg agak unik, memang mudah memikat hati pembaca utk mencapai novel ini walapun nama Areila Sahimi masih baru dalam dunia penulisan novel.


Cuma pada awal cerita, saya rasa penulis hilang fokus dalam bercerita. Dia tengah cerita tentang satu perkara, tapi tetiba dia termasuk cerita perkara lain sampai beberapa muka surat, and then sambung balik benda yg dia nak cerita mula2. Aku pun jadi hilang fokus and kena flip balik ke muka surat sebelumnya. Tapi memang ralit la baca kisah yg mcm ni sedar2 jer dah abis dah. Dialognya memang sentiasa gila2 dan mengundang tawa. Bahasa-bahasa biasa dan simpulan2 bahasa biasa yg dijumble-rock kan kadang2 nampak pelik dan kadang2 nampak kelakar. Cerita yg ada intipati dan perisa yg sudah cukup sedap dan menarik tetapi ada part2 yg 'serabai' yang perlu digunting kemas2.


Cerita ni disampaikan dlm penceritaan orang ketiga tapi kadang2 jadi macam diceritakan oleh ganti nama aku. hmm rasa macam ada masalah editting. Rasanya cerita ini boleh jadi lebih kemas dan tentunya akan lebih menarik. Nasib baik happy ending. tu yg penting tu ;)



apa2pun tahniah buat penulis muda ini dan saya amat menantikan karyanya yg seterusnya.



serba sedikit tentang kisah ini:


Aleeya ni P.A kat jabatan kerajaan yg merupakan partime student dan partime mak andam (kalau cuti sem lah). Pertemuan dgn Zain di sebuah majlis perkahwinan, lebih mencetuskan rasa sakit hati, tapi lama kelamaan mereka menjadi kawan. Zain terlebih dahulu meluahkan perasaan kpd Aleeya. Di saat Aleeya mula yakin dgn perasaannya, timbul salah faham yg menyebabkan mereka terpisah.


Rasanya dengan membaca novel ni pembaca sebenarnya akan merasa lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat dan mesra. Dia seperti menceritakan pengalaman sendiri yg penuh warna warni dan tentulah gila-gila-mengong.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.


Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?


Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


---

Ada beberapa perkataan yg sangat biasa buat penjawat jabatan kerajaan tetapi mungkin tak biasa utk pembaca umum, contoh mcm CC. Penjawat awam mgkin tau CC tu chief Clerk tapi kalau org lain mgkin tak tau apa perkataan tu. Jadi mgkin lebih elok kalau guna perkataan yg org lain mudah faham jugak. apa2pun itu tak mengganggu jalan cerita yg nak disampaikan.


Sunday, August 16, 2009

Tirai Semalam

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Adriana Zahra
Tirai Semalam
Penulis: Adriana Zahra
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
RM17.90
isbn: 9789675234217
407 mukasurat


"Kau datang tanpa dijangka, kini kau pergi tanpa diduga..."


Jauh perbezaan rasanya bila saya baca dua buku prima dalam jarak masa yg dekat sebegini. Selepas membaca Dalam Hati Ada Kasih, saya rasa berkobar-kobar nak baca satu lagi buku terbitan Buku Prima, so saya capai Tirai Semalam di rak. Berlainan sekali penghayatan saya.


Saya sedikit rimas dengan kronologi cerita yg berterabur. PEnceritaan tak ada masalah cuma saya agak bingung dengan timeframe yang dilatarkan utk setiap bab novel ini.


Bila masa present, bila masa past, bila flashback dan bila kejadian semasa. Berhempas pulas jugak saya cuba menghabiskan dan memahami cerita ini kerana ceritanya ada tarikan. Lagi satu yg membuat saya rimas, penggunaan bahasa inggeris yg terlalu banyak, dan kelihatan spt banyak betul kesalahan dalam ayat2nya. errr saya ni tak der la reti sgt bahasa inggeris tapi saya dapat rasakan ada ayat yg tidak kena. Saya rasa ini bukan kali pertama saya rasa begini apabila membaca ayat2 bahasa inggeris dalam novel2 terbitan Buku Prima. SAya tak pasti sama ada Buku PRima ada editor utk bahasa inggeris atau tidak spt Alaf 21, rasanya kalau tak ada, baik elakkan penggunaan bahasa inggeris yg terlalu banyak kesalahan bahasanya. Utk novel ini, saya rasakan kalau digunakan keseluruhan bahasa melayu mungkin lagi cantik dan menarik. Ia tidak memberi signifikasi kepada cerita. Bagi saya bahasa melayu yg digunakan penulis ini lebih mendalam dan penuh penghayatan berbanding bahasa inggeris.


Ady, Luqman, Poji, Royman, Yashu dan Danish adalah lelaki-lelaki yg hadir dalam hidup Aini. Tidak semua dianggap kekasih, hanya Yashu yg saya nampak kukuh melekat di hati Aini sbg kekasih, namun Yashu yg romantis itu telah mencalarkan kepercayaannya. Tanpa disedarinya Royman menjadi dalang. Saya rasa tindakan penulis menyembunyikan Ady di dalam Yashu menarik sekali dan begitu juga cara Royman muncul dari dalam Danish sangat mengejutkan dan sweet jugak.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakng buku
”Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketik 'salji' kerinduan beraja di hati ini kita Aini” - Ady


Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi man mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati. Yashu.


Kembali dari langit... pandangan jatuh ke bumi yg terbentang di bawahnya. Menanti, menadah dan menghakhiri segala yg telah lepas terjadi... seperti akan kembali berulang sekali lagi... tidakkan sama seperti dahulu ia menanti kasih yg hilang berlalu.-Nur Qurratu'Aini


"Aku tak pasti macam mana nak jelaskan segalanya padamu Aini... betapa aku cintakan dirimu yg lengkap sebagai seorg wanita yg sempurna bagiku... sungguh sayu hati ini Aini. Mungkinkah engkau akan menerima aku lagi selepas ini?" - Danish.


----------
TIRAI SEMALAM terhasil dari pengalaman dan imaginasi saya semasa di Negara Matahari Terbit. Keindahan bunga sakura yg melambai-lambai dek hembusan angin mencetuskan rindu Aini pada Yashu Oshitaro. Dan juga cinta monyet kepada Aini dan Ady. Pada masa yg sama kawan baik Aini, iaitu Danish menaruh hati kepada gadis ini sejak mula-mula belajar di Negara Matahari Terbit. Namun takdir menentukan segalanya, kebahagian yg dinanti-nantikan Aini, musnah. Ady terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia turut terkorban. Aini hilang punca dan Danishlah yg banyak memberi semangat pada gadis ini. Sehinggalah Aini akur dgn ketentuan Ilahi. Apa yg ingin saya sampaikan di sini ialah cinta yg luhur dan murni tidak semstinya berakhir dgn kebahagiaan. Kita hanya merancang namun ALLAH menentukannya.
~Adriana Zahra~


Sunday, March 8, 2009

Bunga Syurga

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anita Aruszi
Bunga Syurga by Anita Aruszi
Terbitan Kaki Novel
Tahun 2008


"Andai kau kutip seribu kerikil sekalipun untuk merejam hatiku... namun aku takkan sesekali berpaling dari sisimu"


Akhirnya plastik buku ni aku bukak juga. Dalam kesibukan kerja aku berjaya menghabiskan novel ni. Memang menarik dan aku tak sabar nak tahu pengakhirannya. Makin byk pulak lelaki yang tinggi egonya diletakkan penulis2 sebagai watak utama. WAtak2 begini biasanya mencabar kekuatan watak wanita dalam cerita tersebut. Namun suasana yang diwujudkan penulis di antara Riffki dan Hijjaz memang menarik dan manis.


Atas sebab masalah kewangan Hijjaz terjebak dalam perjanjian yang mengikatnya kepada Riffki. Walaupun bukan terpaksa kahwin ker apa tapi dia terpaksa akur dengan arahan2 Riffki walaupun kadang2 tu mcm gila. Rasanya lelaki ego memang sikapnya tak boleh teka kot? tak konsisten karakter Riffki ni sekejap macam tu, sekejap macam ni, sekejap macam nun. Sikap yg tak konsisten ini membuatkan watak Riffki nampak lemah walaupun egonya kuat. Apa2pun saya suka scene Riffki-Hijjaz dan cerita ini bukan saja menyingkap perasaan Riffki-Hijjaz tetapi juga menyingkap sejarah lama orang tua mereka. Saya suka dengan misteri hubungan lama antara bapa Daniel, bapa Riffki dan ibu Hijjaz.


Ahemmm nama 'Nurul Akma' tu mengingatkan aku kepada nama watak utama dalam Fanfiction jiwangunited yang popular bertajuk 'Percaya Pada Cinta'. *wink to Unknown Author*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.


Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.


RM23.00
625 mukasurat
isbn: 9789675067112


Friday, February 6, 2009

Sonata Kasihku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Hazneza Abdul Hamid
Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
Tahun 2008


"Salju kasihmu merantai hatiku"
"Sonata kasihku kekadang rancak, kekadang perlahan.
Beralun mengikut rentak hati. Kali ini biarlah ia
beralun menjadi sonata yang mengasyikkan.
Sejak mengenali dirimu, aku mula jadi seorg
perindu. Bagaikan pungguk rindukan bulan,
sambil ditemani sunyinya suasana malam."


Antara penulis yang aku sentiasa tertunggu-tunggu karyanya di pasaran :) akhirnya sampai jugak hajat utk memiliki novel terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid "Sonata Kasihku". Sebelum apa2 aku nak ucapkan tahniah buat Siti Hazneza yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.


Siti Hazneza masih bermain dengan isu perasaan dan emosi wanita. Seperti biasa, garapannya terasa kuat dan menghembus semangat waja ke dalam jiwa pembacanya. Watak2 wanita Siti Hazneza amat cekal dan dibaluti iman yg kuat buat yg Maha Pencipta.


Tumpuan kita kali ini adalah Hawa. Seorang penulis, pensyarah & penceramah motivasi. Seorang Hawa yang sangat cintakan Yun, seseorg yg telah menolak cintanya dan meninggalkan dirinya. Cintanya buat Yun sentiasa subur dan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Yun. Hawa bersahabat baik dengan Haikal, terlalu baik sehingga kalau ditakdirkan mereka berkahwin, mereka akan setuju. namun Haikal tidak sanggup utk 'dimadukan' dengan Yun. Ingatan Hawa terlalu kuat buat Yun. Sesiapa yg mahu mengahwini Hawa mesti sanggup berkongsi kasih dgn Yun. Hawa faham dan Haikal akan sentiasa kekal di jiwanya sbg sahabat yang paling sejati dan paling dikasihi. Muncullah Adam. Lelaki yang sanggup bermadu dengan Yun dan Haikal dalam jiwa Hawa. Dia berjanji akan membahagiakan Hawa. Hawa tidak menolak jodoh yang baik untuk dirinya. Lalu pernikahan itu berlaku. Hawa gembira dikurniakan suami sebaik Adam, romantik pulak tu. Ada terselit babak2 romantis hawa-adam.

Sejauh manakah Adam dapat menahan diri dari bersoal jawab tentang Yun? Adam seperti mahukan sesuatu yang lebih dari Hawa yang berjaya menjadikan dia lelaki yg paling bahagia. Tanpa mereka ketahui, roh Hawa sudah mengenali roh Amirul. jasad mereka tak pernah bertemu namun roh mereka sudah saling menyapa. Siapa Yun? Amirulkah dia? Demi utk menenangkan hati Hawa, Adam mencari Yun.


Memang sayang utk meninggalkan buku ini bila mula membacanya. Tapi aku terstop biler tetiba la pulak ada scene yg agak tersipu sipu utk aku membacanya, yg aku rasakan kalau tak ada scene begitu tu cerita ini sudah cukup hebat dan sangat menarik *sighs*. Cerita yang kita sukar utk meneka apa akan jadi di muka surat seterusnya, apatah lagi endingnya. Setakat ini aku belum pernah kecewa dengan ending novel2 Siti Hazneza. *sengih*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Salju kasihmu merantai hatiku.
Aku ibarat kuda yang patah kakinya...
berlari dalam kesakitan sambil ditemani
rintih-rintih hujan... demi meraih sebuah kemenangan
cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku
bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah
diciptakan untukku. Tapi... izainkan aku terus mendoakanmu
Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.
Karena dgn itu roh kita akan saling mengenali.
Di sebalik sonata kasihku... aku cuba mencari kebahagiaan
diri bersama Adam. Seorg suami yang sanggup 'dimadu'
oleh isterinya. bilamana aku gelisah ingatkan Yun,
keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mulai goyah.
goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun
demi kasih yang mula berputik... akan kubajai sehingga ia
mekar mewangi.


RM17.90
352 mukasurat
9789838939003



Bunga Kasih

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Bunga Kasih by Norhayati Berahim
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
Tahun 2001


"Harum cinta kasih mengukir rindu berpanjangan"


Antara buku yang sudah terjeruk kat rak buku aku. hehe. akhirnya aku berjaya menghabiskannya. :) Kisahnya menarik tapi aku tak tau kenapa terasa hambar. Konflik cerita ini meluas dan tidak tertumpu kepada watak hero heroin sahaja. Ceritanya mudah dan memang sangat rapat dengan genre karya2 NB yang lain :)


Kisah ini tentang Anis dan keluarganya. Dia adalah anak isteri kedua ayahnya. Berlaku perebutan harta setelah ayahnya meninggal dunia. Isteri pertama ayahnya mahu meragut semua kesenangan hidup mereka walaupun kesenangan itu hasil titik peluh Anis sekeluarga. Keangkuhan Datin Asmah telah menyebabkan Adila lebih rapat dengan madunya dan dia sendiri sudah lupa dengan seorg lagi anak perempuan yg pernah dilahirkannya lalu dibesarkan oleh madunya juga. Terbongkarnya rahsia itu telah meruntuhkan ego Datin Asmah apatah lagi bila semua orang dah tau yg dia sebenarnya isteri kedua, bukannya ibu Anis.


Rohan anak muda Manhattan yg berkelana ke Malaysia utk mencari ibunya. Dia terpaut dengan Anis yg tabah mengharungi hidup. Pencariannya telah merapatkan lagi hubungan dia dengan Anis malah lebih daripada rapat apabila ibu yg dicari rupa2nya sangat dekat dengan mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Anis merintis jalan pahit dgn penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yg telah dipupuk bertahun-tahun cuba dirampas oleh Baharom yg sama-sama mekar di satu jambangan. Dalam kegetiran itu, Anis terperangkap dgn hukum takdir setelah kehadiran Nasir, Iskandar dan Rohan. Siapakah Iskandar yg pernah dilupakan itu? Siapa nasir yg ingin menjernihkan kekusutan keluarga? dan siapa pula Rohan yg cuba mencuri hati wanitanya?


RM23.90
450 mukasurat
isbn 9839459303

Friday, November 7, 2008

Kenangan Terindah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hezzy Azra
Kenangan Terindah by Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008


"Biarlah memori semalam tinggal tersimpan di sudut hati"


Hezzy Azra kembali dengan karya terbaru. Selepas Melodi Kasih memang ramai tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Melodi Kasih byk mengumpulkan peminat Hezzy Azra tambah2 yg gemarkan sentuhan penulis jiwang romantis.


SEjujurnya saya lebih sukakan Akmal-Risa dlm novel ini berbanding Zaha-Fariq dalam Melodi kasih. Akmal-Risa bermula sebagai sahabat dan bertukar menjadi kekasih. Kemunculan Akmal pada permulaan cerita tak dianggap penting kerana dibayangi Ridzwan. Sama saja dgn Fariq dalam Melodi Kasih. Kemunculan pertamanya tidak menarik perhatian tetapi penulis bertindak menaikkan watak ini dalam cerita, jadi hero lah. Cinta Ridzwan-Risa rasanya kurang meninggalkan kesan, kerana mungkin sebab phase kisah mereka diceritakan dengan agak laju. Cepat rasanya cinta Wan beralih arah.


Saya suka membaca interaksi Ridzwan-Akmal di hujung cerita. Kegeraman Ridzwan dilakar dengan baik oleh Hezzy melalui kata2 Ridzwan kepada AKmal. Memang geram dengan Wan, macam nak berdiri dan sekeh2 mamat tu. Tak ada scene yg membuatkan saya rasa nak nangis. Cuma mungkin penghujung cerita Wan-Regina sahaja ada la rasa sedih sikit2.


Penulis meletakkan Wan-Regina di mukasurat2 akhir. Bagi yang suka membaca ending sebelum membeli buku, mungkin akan menganggap Wan-Regina adalah watak2 utama. Rasanya pilihan tajuk "kenangan terindah" adalah lebih baik daripada tajuk asalnya "kasih berubah" kerana ia seperti memberi hint kepada pembaca mengenai kisah dlm novel ini dan mungkin mengganggu 'surprise' cerita.


Ridzwan. dia ni baik dan bertanggungjawab tapi gelojoh. semua nak cepat. bila berlaku sesuatu yg tak disangka2 dia akan menyalahkan orang lain. sampai keputusannya mengahwini Regina dan memutuskan pertunangan dengan Risa pun dia menyalahkan Akmal. Ada ka patut? Kesian Akmal. Wan yg sedap2 kawin Akmal yg dipersalahkan kerana meninggalkan Wan semasa dia buat keputusan utk berkahwin dgn Regina. Dia juga menuduh Akmal merancang utk merampas Risa darinya.


Marisa. Seorg gadis yg sangat setia dlm bercinta. Lama masa diambilnya utk melepaskan kenangan bersama Wan. Bersahabat dgn Akmal kerana dia menyenangi gurau senda dgn lelaki itu. Mereka berkongsi suka duka. Dalam suasana bergurau mereka saling cabar mencabar dalam renungan tapi mereka lupa dengan kehebatan renungan dan benarlah kata "dari mana datangnya cinta? dari mata turun ke hati".


Akmal. Wan dan Risa adalah sahabatnya. Dia tak suka Wan memilih Regina dan meninggalkan Risa. Kembalinya dia ke Malaysia merapatkan persahabatannya dgn Risa. Dia mahu meluahkan perasaan tapi ingatan Risa terhadap Wan terlalu kuat sehingga sering terlepas menyebut nama Ridzwan. Dia menguji diri tentang sedalam mana cintanya pada Risa. Rindunya menggunung tak mampu dibendung. Pada masa yg sama dia turut menguji Risa yang resah membilang hari utk bertemu lagi dgn Akmal.


Marisa memutuskan utk meletakkan kesetiaannya pada Akmal. Namun Ridzwan kembali bersama Rayyan yg comel, tanpa Regina di sisi. Ridzwan menagih cinta dan rumah tangganya terumbang ambing. Risa memerlukan kepercayaan Akmal tapi mampukah Akmal membendung cemburu? Sorang hensem macam mat salleh, sorang hensem macam mat korea. Mana satu nak pilih ye?


Errr ada orang tanya kisah EJ (Melodi Kasih) ada terselit kat mana2 tak? hehe... ada plak tanya saya. tanya la penulisnya. ;) Ada peminat EJ nampaknya. Saya pun suka EJ jugak!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.


Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.


Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirim­kan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.


Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah ke­liru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?


RM19.90
520 mukasurat
isbn: 9789831243954