Showing posts with label areilasahimi. Show all posts
Showing posts with label areilasahimi. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Calon Jodoh Untuk Adik

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Calon Jodoh Untuk Adik
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak: rm22
9789675067952

"Abang rekomen calon A,
Kak Ina suruh pilih Calon B.
Disebabkan dua calon ini, Arissa pening.
Yang mana satu dia patut undi?"

Azmer, Arina dan Arissa menjalani.hidup.tanpa.ibu bapa. Azmer memikul tanggungjawab sbg ketua keluarga demi kebaikan dua.adik kesayangannya. Dia telah berjaya memastikan Arina berkahwin dgn
lelaki yg terbaik dan dikurniakan dua.cahaya mata yang comel. Azmer menyimpan rahsia duka yg besar namun berjaya disembunyikan dari
pengetahuan Arina dan Arissa.

Sebelum menutup mata, dia mahu memastikan Arissa dijaga dgn baik oleh lelaki yg boleh diharap utk.membimbing Arissa yg masih kebudak-
budakkan walaupun usianya sudah mencecah 23 thn. Khairil Izlan a.k.a EE adalah dirasakan calon.terbaik utk menjaga dan membimbing
Arissa, namun ditolak mentah-mentah oleh Arina dan Arissa yang masing-masing ada sebab tersendiri utk menyenarai hitam Ee yg gemar mengambil adik angkat di kalangan wanita.

Lagipun Arina merasakan Fariz lebih stabil dan matang utk gadis seperti Arissa. Ee terpaksa memikul tanggungjwb besar apabila
impian Azmer menjadi wasiat. Azmer bijak mengatur strategi agar Ee menjaga Arissa sebagaimana Azmer melakukannya semasa hayatnya. Bukan mudah untuk mendekati Cik Arissa yg sudah berprasangka buruk terhadap dirnya, malah benteng terbesar yg menghalang misi Ee adalah si naga berapi yg bernama Arina.

Cerita cinta yg lahir dari sebuah kemesraan sbg kenalan dan sahabat. Cinta hnya disedari kewujudannya setelah sidia disunting jejaka lain.
Plot yg agak tipikal diketengahkan namun pengkongsian kisah kekeluargaan yg sgt dekat dengan hati kita. Marah, benci, bergaduh takkan berjaya mencincang air.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis:
'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu
utk menjadi adik adalah sesuatu yg langsung tidak
masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh
bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa
pasti meletus perang dunia!
Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu
adalha permintaan terakhir daripada Azmer yg
perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa
bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur.
Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan' peluru
torpedo yg keluar dari mulutnya. Berbisa dan
pedas. Sabar Ee... Bersabar itu separuh daripada
iman.
Sumpah! hidup dia jadi tak tentu arah bila abang
dah tak ada. Lupakan ajelah perkara dah lepas tu.
Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee
baik. Percayalah hati.
tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu
ada kakak yag lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak
perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abg Ee
bebaik baik semula dengan kak Maisarah kerana
dia tahu sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang
pada Abg Ee.
Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering
putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka
berdua? Abg Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh!
Hati Arissa sudah gila!

Wednesday, March 28, 2012

2x5

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
500 mukasurat


"Terkini daripada penulis best-seller BAJU PENGANTIN MAK ANDAM."
"Seorang kecewa menonggeng. Seorg kecewa berguling. Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan. Seorg terbang menyeberangi Laut China Selatan. Agak kalau seorg sudah kata sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"


ni cerita replacement bride :) eh, dunia penulisan kita makin dirancakkan dengan cerita2 kahwin paksa dan 'love-hate' relationship. 2x5 turut menambah bilangan kepada genre itu dah pastinya nama Areila Sahimi sudah lebih dari cukup utk mendorong peminat2 novel melayu mencapai karya terbarunya ini yg juga merupakan enovel popular di blogspotnya.


Dalam karya keduanya ini, penulis kelihatan selesa melayarkan cerita romantik komedi dan memang mudah menarik hati pembaca dengan penceritaan begitu. Penulis juga sgt prihatin dengan tagline dan motto2 popular dalam iklan yg digunapakai dengan ton jenaka dalam karyanya. Kali ini karyanya lebih kemas dengan alunan cerita yg tidak meleret-leret. Walaupun kemunculan Sofea seperti sangat predictible tetapi ia tetap menarik utk kita meneruskan pembacaan kerana memang kita nak tau kenapa Sofea menghilangkan diri pada hari pernikahannya. Ada kisah tragic yg disembunyikan Sofea dan kita tertanya-tanya cukup kuatkah cinta Zaim pada Kirin untuk tidak jatuh cinta semula pada Sofea.


Zaim seperti sengaja menempah masalah apabila keluar dgn Sofea dan anaknya. Itu sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan syak wasangka siapa saja, tambah2 Kirin. Kirin pulak seperti sengaja menimbulkan syak wasangka Zaim apabila melayan kehadiran bos Zaim, Johan Razi. Memang sesuai sangatlah tajuknya 2x5. Kalau nak tau apa jadi dari hasil peperangan Zaim ngan Kirin, jgn lupa baca citer nih. Sebahagian kisah ini boleh dibaca di blog beliau. Tapi kalau dah start baca tu, mestilah nak tau endingnya kan? :)


Penceritaan scene sedih tu kira menjadilah dan memang tangkap nangis. Tapi ada org kata aku memang senang tangkap nangis kebelakangan ni. haha... entah la.. tengok citer Karate Kid pun aku nangis! huhu...


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku


Seniman Agung Tan Sri P Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.


Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.


Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumah tangga yg dibina. Bila datang insan ke3 memang payah utk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan tidak berperasaan bgitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.


Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu boleh membawa padah...

Monday, November 21, 2011

Yes Boss!

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Yes Boss!
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
Terbitan Kaki Novel Enterprise
457 mukasurat
9789675067815


"Bos memang macam tu?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "yes boss!"


Edeh kelat mata aku pagi ni. Padan muka sapa suruh stat baca lepas isyak. haha. Mungkin pemilihan hari membaca yang sesuai membuat aku boleh baca novel ni sehingga abis sekali hadap jer. Memang boleh dikelaskan dalam senarai buku yang bila dah stat susah nak berenti. Bagi yang biasa dengan gaya penulisan Areila Sahimi, tentunya maklum dengan cerita romantik komedi yang diselang-seli lawak iklan yang menjadi trademark beliau. Walau bagaimanapun AS sudah bijak mengimbangi lawak iklannya supaya tidak terlalu banyak sampai buleh buat buku panduan iklan pulak :)


Ada rasa yang sangat-sangat puas hati selepas membaca karya ini. Bagi yang meminati kisah ringan dan menghiburkan, karya ini memang pilihan berbaek!!! Jalinan ceritanya kemas walaupun temanya biasa-biasa dan romantik komedi.


Penulisan scene sedihnya amat menjadi kali ni. Menyentuh perasaan. Ada scene yang membuat aku ketawa terbahak-bahak dan ada scene buat aku tangkap leleh. Paling lawak part Ilham buat speech mengenai anjakan paradigma dan azam untuk berubah seperti seekor beluncas yang miang kepada seekor rama-rama yang cantik. Memang tak bleh pakai la cakap mamat lidah bercabang tu. Rasanya masa dia buat speech tu saja dia baik, abis saja speech tu terus jadi ulat bulu balik.


Aryana ni kira jenis yang pandang rupa jugak la. Kalau tak, tak derla dia jatuh hati dengan Ilham. Selalunya kalau perangai k.o, reject! heh heh. tapi Ilham tu bernasib baik, ada gak minah yang baik hati nak kat dia. Tapi tula... kesian Aryana yang rasanya menghimpun dosa tolong menipu untuk Ilham.


Kalau diukur dari cerita-cerita dalam novel ni, kerja Aryana ni memang khas mengurus girlfriends si Ilham saja. Ilham plak, keja mengurus projek syarikat tu adala kot 5%, yang lain2 tu keja mengayat awek jer jadi priority. Ada ka masa terlantar kat hospital pun sempat lagi dia mengorat misi.


Aryana yang penyabar akhirnya meletus juga takat didihnya apabila Melina muncul dengan agenda tersembunyi. Yana-Ilham bertelingkah buat kali pertama sehingga Yana membawa diri ke kampung dan menjadi penjahit kain felt. Kehadiran pengusaha ikan keli berjaya di kampung Yana membuat Ilham tak senang duduk. hmmm macam mana ya Ilham nak tackle Aryana yang dah tau semua trick Ilham dalam nak mengorat perempuan?


hmmm kan bagus citer macam ni, tak citer scene intim lebih-lebih pun ceritanya sudah cukup menarik dan menghiburkan :) Tetiba rasa nak tengok balik citer "Yes Boss!" lakonan Shahrukh Khan dengan Juhi Chawla tu... lagu dia pun best2. hehe. Yaaa jom korek kotak CD di pagi Ahad!


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi dia yg mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss... kena turut. Setiap rentak boss... kena ikut. Semua kena "Yes, boss!"


Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.


Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa saja, Aryana pasti akan mengatakan, "Yes, boss!"


Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar dia perlukan Aryana lebih daripada seorg boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Thursday, November 10, 2011

Areila Sahimi @tv9 hari ini

aku jumpa ni masa jalan2 kat web kakinovel. boleh la tengok Areila Sahimi, penulis kaki novel di tv9 dari jam 8pg - 9pg ni dalam program nasi lemak kopi o.
dari website kaki novel:
Novelis popular KN, Areila Sahimi yang terkenal dengan novel "Baju Pengantin Mak Andam", "2X5", "Iman Suraya" dan "Yes, Boss!" akan muncul di kaca televisyen pagi esok (11hb November, 2011) menerusi rancangan "Nasi Lemak Kopi O" terbitan TV9 antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Jangan melepaskan peluang menonton celoteh Areila di kaca TV anda pagi esok!

Sunday, December 26, 2010

Iman Suraya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Iman Suraya
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Kaki Novel Enterprise
Terbitan: Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama: 2010
RM19.00
Sabah/sarawak: RM22.00
476 mukasurat
isbn: 978967506617


"Benarkah, cinta sejati walau telah pergi akan datang lagi...?"


Whoa sejak penulis ni dikenali melalui "Baju Pengantin Mak Andam", cepat jer karya kedua dan ketiganya muncul di pasaran. Rasa macam baru jer pesta buku pwtc Mac lalu saya dapatkan karya kedua beliau "2x5" kini karya terbarunya muncul dgn tajuk "Iman Suraya". Penulis2 e-novel memang ada banyak stock cerita lah :) Setahun sampai 2 buku boleh publish tuuuu.


Secara umumnya novel ketiga Areila Sahimi ini lebih kemas dan matang pendekatannya jika dibandingkan dengan BPMA dulu yg terlalu banyak menggunakan perumpaman dan peribahasa yg diubahsuai. kalau boleh nak BPMA pun sekemas ini, tentu lebih menarik ceritanya. :)


Iman Suraya mengetengahkan cerita cinta kedua yg menjadi cinta sejati. Tak semua cinta pertama membawa ke jinjang pelamin.


heroin citer ni nama suraya. dah bertunang dgn Azim. Azim ni memang faham la sikap suraya ni and terima dia seadanya. Kira set lelaki baik2 dan sgt caring lah. B4 kawin suraya ni pegi makan angin kat langkawi sorang2, dia suka amik gambar guna DSLR. masa kat langkawi tu dia berkenalan dgn Iman, lelaki yg baru frust sbb x-tunang dia kawin dgn abg dia. kes 'ex ku kakak iparku'. kat langkawi diorang jadi kawan travel sama2. Suraya mmg dah bgtau awai2 dia tunang org dan dia mmg syg giler ngn tunang dia. Iman pon x kisah, dia faham kedudukan suraya and at the same time dia citer gak la kisah duka dia tu. Suraya ni mcm byk nasihat dia la suruh terima kenyataan, jgn sisihkan keluarga sbb benda2 mcm ni.


Selepas pulang ke tempat masing2, diorang meneruskan hidup. Iman belajar menerima kenyataan bahawa Amelia kini kakak iparnya. Dalam diam dia amat menghargai pertemuannya dgn Suraya yg serba sempoi tu, tapi sayang dah nak jadi milik org.


Suraya gembira dapat pulang dan tak sabar2 nak menempuh hari bahagia tetapi tiba2 saja sikap Azim berubah. Mereka sudah jarang bertemu malah Azim sudah jarang menghubunginya melalui telefon. Bila dia tahu hal sebenar, segalanya sudah terlewat. Azim menghembuskan nafas terakhir dan berharap abangnya Norman dpt membahagiakan Suraya.


Walaupun Norman tu ensem, Suraya tak berkenan dgn tingkah laku Norman yg pernah cuba ngorat dia walaupun dia telah bertunang dgn Azim. Norman sering mengungkit wasiat Azim dan membuat Suraya serba salah. Walaupun bertahun-tahun berlalu Suraya masih merasakan cintanya masih kuat utk Azim sehinggalah Iman muncul semula dan membuat dia berasa seperti telah menduakan Azim.


Iman memang nekad nak memenangi hati Suraya setelah mengetahui dia masih belum berpunya, tapi rasa sgt tercabar dgn kehadiran Norman yg kelihatan seperti mengongkong Suraya.


Norman baran lah. sikit2 angkat tangan, sikit2 angkat tangan. kalau kena pelempang dia sah2 tergolek. Iman tu plak sanggup jer kena lenyek ngan Norman sbb nak menguji perasaan Suraya pada dia. Walaupun lebam sana sini tapi dia bahagia sbb Suraya sanggup mempertahankan dia.


halamak takkan Umairah ngan Norman kot? ala Umairah tu baik la.


Bahasa utara dalam novel ni ok tapi ada part yg perkataannya tak wujud pon dlm loghat utara. Ketawaq. apa tu? adusss.




sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb


Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorg isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan berkawan. Sekembalinya ke tempat masing2, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suraya sudah bersedia utk menjadi isteri, Iman pula sedang belajar utk menerima realiti.


Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya bukan dgn Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali kenangan bersama kekasih lama yg dikahwini abangnya sendiri datang bertubi-tubi.


Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin. Isyarat dari tingkah Suraya meyakinkan Iman yg dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Mereka jatuh cinta kali kedua. Namun, di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yg punya potensi utk mana2 gadis di luar sana jatuh cinta padanya.


Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yg sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

Thursday, October 1, 2009

Baju Pengantin Mak Andam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Tajuk: Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi
terbitan: KakiNovel Enterprise
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675067297
524 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00


"Zain, sekeras-keras aku, seselamba manapun aku, Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati ~Aleeya~

"Biarpun dia srabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap istimewa." ~Zain~


SEronoknya dpt baca dengan santai, tak payah terkejar2. Ini bukanlah karya yg dipandang sebelah mata. WALAU BAGAIMANAPUN aku terpaksa membacanya sebelah mata sbb aku sakit mata yg belah kanan. aduila.. tapi habis juga akhirnya :)


Cerita yg disampaikan dalam bahasa yang santai dengan motif utk menghiburkan pembacanya. Kalau dari segi jalan cerita, ini bukanlah jalan cerita baru, ia adalah kisah yg cinta yg sangat biasa, cuma alunan Areila Sahimi menjadikan cerita ini menarik dan subjek utamanya adalah seorang mak andam sambilan menjadikan cerita ini mudah diingati.


Bahasa cerita ini tentu lebih enjoyable buat golongan remaja. Bagi orang lama2 saya tak taulah perasaan diorang biler baca cerita yg ada gaya bahasa santai-modern begini. Saya suka jerrrr :) Makin ramai penulis muda yg menggunakan pendekatan begini utk menyampaikan karya mereka supaya lebih mengikut rentak pembaca2 muda rasanya. Dengan cover yg comel-cute, tajuk yg agak unik, memang mudah memikat hati pembaca utk mencapai novel ini walapun nama Areila Sahimi masih baru dalam dunia penulisan novel.


Cuma pada awal cerita, saya rasa penulis hilang fokus dalam bercerita. Dia tengah cerita tentang satu perkara, tapi tetiba dia termasuk cerita perkara lain sampai beberapa muka surat, and then sambung balik benda yg dia nak cerita mula2. Aku pun jadi hilang fokus and kena flip balik ke muka surat sebelumnya. Tapi memang ralit la baca kisah yg mcm ni sedar2 jer dah abis dah. Dialognya memang sentiasa gila2 dan mengundang tawa. Bahasa-bahasa biasa dan simpulan2 bahasa biasa yg dijumble-rock kan kadang2 nampak pelik dan kadang2 nampak kelakar. Cerita yg ada intipati dan perisa yg sudah cukup sedap dan menarik tetapi ada part2 yg 'serabai' yang perlu digunting kemas2.


Cerita ni disampaikan dlm penceritaan orang ketiga tapi kadang2 jadi macam diceritakan oleh ganti nama aku. hmm rasa macam ada masalah editting. Rasanya cerita ini boleh jadi lebih kemas dan tentunya akan lebih menarik. Nasib baik happy ending. tu yg penting tu ;)



apa2pun tahniah buat penulis muda ini dan saya amat menantikan karyanya yg seterusnya.



serba sedikit tentang kisah ini:


Aleeya ni P.A kat jabatan kerajaan yg merupakan partime student dan partime mak andam (kalau cuti sem lah). Pertemuan dgn Zain di sebuah majlis perkahwinan, lebih mencetuskan rasa sakit hati, tapi lama kelamaan mereka menjadi kawan. Zain terlebih dahulu meluahkan perasaan kpd Aleeya. Di saat Aleeya mula yakin dgn perasaannya, timbul salah faham yg menyebabkan mereka terpisah.


Rasanya dengan membaca novel ni pembaca sebenarnya akan merasa lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat dan mesra. Dia seperti menceritakan pengalaman sendiri yg penuh warna warni dan tentulah gila-gila-mengong.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.


Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?


Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


---

Ada beberapa perkataan yg sangat biasa buat penjawat jabatan kerajaan tetapi mungkin tak biasa utk pembaca umum, contoh mcm CC. Penjawat awam mgkin tau CC tu chief Clerk tapi kalau org lain mgkin tak tau apa perkataan tu. Jadi mgkin lebih elok kalau guna perkataan yg org lain mudah faham jugak. apa2pun itu tak mengganggu jalan cerita yg nak disampaikan.