Showing posts with label cintabospekerja. Show all posts
Showing posts with label cintabospekerja. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Biarkan Ia Berlalu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sha Ibrahim
Biarkan Ia Berlalu
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Oktober 2011
RM37.00
Sabah/Sarawak RM40.00
9789675067860
1140 mukasurat


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yg bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Gila tebal. Tu yang pertama aku sebut bila tengok buku ni. Memang tebal. Memang bukan buku pertama yang akan aku capai memandangkan ketebalannya akan mengganggu 'gaya bebas' yang sering aku amalkan semasa membaca. tak boleh baca semasa agak letih atau mengantuk kerana kalau tangan terkulai buku ni akan tersembam ke muka, jadi la muka berbuku.


tapi bila dah mula baca buku ni memang susah nak berenti. Kronologi cerita tidak membosankan walaupun saiz nya sangat tebal. Misi Nadia untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya dan kematian bapa kesayangannya menjadi tumpuan utama cerita.


Suatu masa dahulu Nadia menjadi mangsa fitnah sehingga dia kehilangan cinta Johan. Dia menghilangkan diri ke United Kingdom dengan perancangan teliti dan nekad utk membalas dendam. Setelah 5 tahun, dia pulang untuk melengkapkan perancangannya dan menamatkan kisah dukanya dengan 'happy ending'.


Kalau kita baca blurb pun Friends Corporation digambarkan sebagai sebuah empayar baru yang berjaya menggugah keteguhan Perkasa Holdings milik bapa Johan. Sebuah syarikat yang menjadi empayar dalam tempoh 5 tahun yg diterajui 3 gadis berusia bawah 30 tahun adalah sangat-sangat mengkagumkan. Macam mustahil pun ada juga. Tambahan pula melihatkan sikap gadis bertiga tu yang keanak-anakan dan ala-ala kanak2 ribena.


Nadia muncul di Friends Corporation akhirnya setelah 5 tahun bekerja di belakang tabir. Tetapi bukan sebagai big boss. Dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha kepada akauntan di situ iaitu Syafiq a.k.a Lion King. Nadia dan Syafiq memang sangat sepadan kerana sikap mereka yang garang, banyak songeh, panas baran dan pantang mengalah. Cara mereka bekerja adalah seperti berperang tetapi kerjasama mereka menghasilkan keputusan yang membanggakan. Persamaan itu menjadikan mereka semakin selesa antara satu sama lain. Memang sepanjang masa la gelakkan Syafiq yg kuat kompelin dan marah2kan Nadia sedangkan Nadia tulah sebenarnya big boss di situ.


Nadia sering terjebak dalam situasi yang menjadikan dia kelihatan seperti seorang gadis liar yang jahat. Sahabat baiknya, Tiara dan Baby memang faham benar dengan sikap Nadia. Kalau Nadia kata "Jangan risau" maksudnya ada la benda besar yang dia akan buat dan menyebabkan orang lain sakit jantung.


Kisah-kisah di sekeliling Nadia juga menarik dan melengkapkan lagi kisah ini. Aku suka citer ni tapi kurang senang dengan watak-watak utama cerita ini yang bebas berpegang tangan dan berpelukan dgn best friend yang bukan muhrim.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.


Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.


Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?


Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

Monday, November 21, 2011

Yes Boss!

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Yes Boss!
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
Terbitan Kaki Novel Enterprise
457 mukasurat
9789675067815


"Bos memang macam tu?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "yes boss!"


Edeh kelat mata aku pagi ni. Padan muka sapa suruh stat baca lepas isyak. haha. Mungkin pemilihan hari membaca yang sesuai membuat aku boleh baca novel ni sehingga abis sekali hadap jer. Memang boleh dikelaskan dalam senarai buku yang bila dah stat susah nak berenti. Bagi yang biasa dengan gaya penulisan Areila Sahimi, tentunya maklum dengan cerita romantik komedi yang diselang-seli lawak iklan yang menjadi trademark beliau. Walau bagaimanapun AS sudah bijak mengimbangi lawak iklannya supaya tidak terlalu banyak sampai buleh buat buku panduan iklan pulak :)


Ada rasa yang sangat-sangat puas hati selepas membaca karya ini. Bagi yang meminati kisah ringan dan menghiburkan, karya ini memang pilihan berbaek!!! Jalinan ceritanya kemas walaupun temanya biasa-biasa dan romantik komedi.


Penulisan scene sedihnya amat menjadi kali ni. Menyentuh perasaan. Ada scene yang membuat aku ketawa terbahak-bahak dan ada scene buat aku tangkap leleh. Paling lawak part Ilham buat speech mengenai anjakan paradigma dan azam untuk berubah seperti seekor beluncas yang miang kepada seekor rama-rama yang cantik. Memang tak bleh pakai la cakap mamat lidah bercabang tu. Rasanya masa dia buat speech tu saja dia baik, abis saja speech tu terus jadi ulat bulu balik.


Aryana ni kira jenis yang pandang rupa jugak la. Kalau tak, tak derla dia jatuh hati dengan Ilham. Selalunya kalau perangai k.o, reject! heh heh. tapi Ilham tu bernasib baik, ada gak minah yang baik hati nak kat dia. Tapi tula... kesian Aryana yang rasanya menghimpun dosa tolong menipu untuk Ilham.


Kalau diukur dari cerita-cerita dalam novel ni, kerja Aryana ni memang khas mengurus girlfriends si Ilham saja. Ilham plak, keja mengurus projek syarikat tu adala kot 5%, yang lain2 tu keja mengayat awek jer jadi priority. Ada ka masa terlantar kat hospital pun sempat lagi dia mengorat misi.


Aryana yang penyabar akhirnya meletus juga takat didihnya apabila Melina muncul dengan agenda tersembunyi. Yana-Ilham bertelingkah buat kali pertama sehingga Yana membawa diri ke kampung dan menjadi penjahit kain felt. Kehadiran pengusaha ikan keli berjaya di kampung Yana membuat Ilham tak senang duduk. hmmm macam mana ya Ilham nak tackle Aryana yang dah tau semua trick Ilham dalam nak mengorat perempuan?


hmmm kan bagus citer macam ni, tak citer scene intim lebih-lebih pun ceritanya sudah cukup menarik dan menghiburkan :) Tetiba rasa nak tengok balik citer "Yes Boss!" lakonan Shahrukh Khan dengan Juhi Chawla tu... lagu dia pun best2. hehe. Yaaa jom korek kotak CD di pagi Ahad!


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi dia yg mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss... kena turut. Setiap rentak boss... kena ikut. Semua kena "Yes, boss!"


Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.


Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa saja, Aryana pasti akan mengatakan, "Yes, boss!"


Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar dia perlukan Aryana lebih daripada seorg boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Sunday, January 30, 2011

Biarkan Aku Merindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Suriani
Biarkan Aku Merindu
Penulis Lily Suriani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Mazuen Yahaya
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
484 mukasurat

"Kehangatan Cintamu mencairkan kebekuan hatiku..."

Ni kisah bos-seketeri. Rafiq yg suka bertukar-tukar teman wanita demi utk mencari wanita yg serasi dgnnya utk dijadikan isteri sering menjadikan setiausahanya, Anntasya a.k.a Anne sbg alasan utk dia melarikan diri dari wanita2 yg mula obses dgn dirinya. Tabiatnya itu berlarutan bertahun lamanya sehingga dia tidak sedar Anne sahajalah yg betul2 faham akan dirinya. Anne sendiri takut utk bergelar teman wanita Rafiq kerana faham benar dgn sikap Rafiq itu. Keputusan Rafiq utk akhirnya bertunang dengan Qistina sepatutnya membuat Anne berasa lega, tetapi dia sendiri keliru dgn perasaannya yg wujud rasa tidak senang apabila melihat Rafiq bersama Qistina. Qistina awal2 lagi sudah mengesan keakraban Anne dgn Rafiq dan mula memasang strategi utk menyingkirkan Anne dari Syarikat DecoFiq.

memang semua staff tak suka Qistina yg sudah berlagak bos sedangkan dia baru berstatus bakal tunang bos. Qistina terang-terangan memerintahkan Anne supaya berenti kerja. Kebetulan pula masa tu Anne dpt offer sambung belajar di University Lim Kok Wing, so dia ambil peluang itu sebagai alasan utk meninggalkan DecoFiq. Sikap Qistina terhadap Anne disampaikan oleh staff lain kpd Rafiq dan Rafiq memikirkan semula keputusannya utk bertunang dgn Qistina. Dia tak sangka Anne langsung tak mengadu padanya tentang sikap Qistina. Keputusan Anne utk sambung belajar membuat Rafiq hilang punca. Dia terbayang2 hidupnya tanpa Anne. Baru brapa hari Anne sambung belajar hidupnya kucar kacir. lepas bercuti utk menenangkan fikiran pun dia masih lagi tak tentu arah. Anne yg kebetulan mencari kerja sambilan utk menampung pengajiannya ditawarkan utk menjadi weekend secretary dan menguruskan temujanjinya dari rumah dan secara online. Anne memang tak menolak sbb dia memang dah serasi dgn semua staff DecoFiq. Rafiq berubah ceria semula. Dia cuba menunjukkan prihatin dan sayangnya pada Anne tapi Anne macam buat2 tak faham saja. Kehadiran Idham membuat Rafiq cemburu dan cuba memenangi hati Anne. Tak sangka pulak Idham ngn Qistina tu boleh bekerjasama pulak utk mengenakan Rafiq.

Selain kisah cinta Anne-Rafiq, kisah perpisahan keluarganya dgn ayah kandungnya juga mencuit perasaan. Anntasya sudah berputus harapan utk menemui ayah kandungnya yg menghilang tetapi adik lelakinya, Adam sentiasa tertunggu2 munculnya ayah yg tidak pernah dikenalinya. Prof Azhar terlalu malu dgn sikapnya dahulu utk kembali kpd keluarganya.

Aku memang menyenangi karya2 Lily Suriani. Karya keempatnya ini memang aku tertunggu tunggu kemunculannya :) kisah cinta sebegini mungkin kedengaran biasa bagi penggemar2 novel, tapi sentuhan Lily Suriani memberi keistimewaan sendiri utk kisah ini. Nama Ariana yg sekali sekala muncul menggantikan nama Anntasya, sedikit mengganggu konsentrasi cerita. Mungkin nama asal watak Anne adalah Ariana dan kemudian diganti dgn Anntasya.


Rinn
sure fine whatever


sinopsis/gengkicap/blurb


Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorg puteri. Hanya 7 tahun dia ditatang bagai minyak yg penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yg membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorg lelaki yg begitu tegar melukai.


Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya utk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yg sama, tidak setia dan tiada yg suci cintanya.


Ketika tangkai hatinya disapa dgn rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dgn sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni istana rindu yg semakin hari semakin usang.


"Ayah... hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku."