Showing posts with label anisayuni. Show all posts
Showing posts with label anisayuni. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Saat Kau Kata Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Saat Kau Kata Cinta
Penulis: Anis Ayuni
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
518 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90


"Hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara"


Perkenalan selama 3 bulan di PLKN menjadikan Nuril dan Darwina sahabat. Darwina menganyam impian bersama Hijaz yg dicintai sejak zaman sekolah namun apabila Nuril menunjukkan gambar-gambar mesra dirinya bersama Hijaz di luar negara membuatkan Darwina patah hati namun menyembunyikannya dari pengetahuan Nuril. Hijaz memberi alasan mengahwini Nuril utk membalas dendam pada Darwina yg tidak mengendahkannya selepas itu. Nampak sangat kaki kelentongnya. Masa berbual di telefon dengan Nuril siap bersayang-sayang dan "I miss you". Sia-sia saja sikap berani Hijaz mempertahankan cintanya di hadapan guru-guru di zaman sekolahnya.


Azril berjaya mengembalikan keceriaan dalam hidup Darwina. Darwina kembali bahagia membilang hari dia dan Azril akan dapat bersama-sama ke akhir hayat. Tetapi segalanya musnah dengan kemunculan isteri Azril yg dikahwini atas pilihan keluarga. Lagi sekali Darwina mengundur diri.


Hijaz tiba-tiba kembali dan cuba merayu kembali hati Darwina. Kemunculan Abg Syafi yang dikenalinya ketika bercuti di luar negara menjadikan Darwina ada tempat berlindung.


Perjalanan cinta Darwina diceritakan bersulam dengan travelog menarik membawa kita menyusuri United Kingdom bersama Abg Syafi dan Darwina :) Sememangnya antara Azril, Hijaz dan Syafi, Syafi lebih matang dan gentleman. Mungkin faktor usia menjadikan Syafi lebih berhemah dalam bercinta.

Selain kisah cinta Wina, Wina juga menghadapi masalah untuk menerima hakikat bahawa ayahnya berkahwin lain setelah ibunya meninggal dunia. Dia menolak mentah-mentah untuk mengenali ibu tirinya (Umi) yg sangat disenangi adiknya, Amar. Dia tak dapat menyelami kesunyian hati ayahnya apabila kedua-dua anaknya sudah dewasa. Sunyi hati ayahnya terubat dengan kehadiran umi. Emosi cerita aku rasanya paling kuat ketika Wina mula menyedari keikhlasan hati umi dan keluarganya menerima ayahnya seadanya. Sedangkan dia tidak langsung mengambil tahu. Dia hanya tahu hatinya kecewa bila ayahnya kawin lagi.


sure fine whatever
AlongSide




sinopsis/alongside/blurb


Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan utk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dgn Hijaz berakhir dgn kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dgn Azril. Lelaki itulah sandarannya utk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dgn Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yg tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yg merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yg diharap, derita yg tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dlm bercinta.


Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?


9789831245194

Tuesday, October 6, 2009

Sungguh Aku Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Sungguh Aku Cinta
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
500 mukasurat
isbn: 9789831244333
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90


"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"


Tidak hilang identiti kisah manis-jiwang dari nukilan Anis Ayuni walaupun ini kali pertama kisah cinta darinya yg digarap degn menggunakan sudut pandangan orang ketiga.


Kisah kali ini tentang Maira dan Fajar yang sama-sama meminati aktiviti lasak. Aktiviti2 sebegitulah yg dimanfaatkan oleh Fajar utk mendekati Maira yg sukar ditawan hatinya. Maira sentiasa mengelak walaupun semua org tahu Fajar mengejar cintanya. Selepas kena blasah dgn bekas suami Maira barulah Fajar tahu kisah sebenar. Maira pernah berkahwin ketika belajar di luar negara dan sekembalinya ke Malaysia, dia diceraikan kerana Azhan nak kawin dgn Sofia yg enggan dimadukan walaupun Maira rela bermadu.


Maira meneruskan hidup dan kerjanya sbg janda muda dan dia sentiasa merahsiakan statusnya supaya kisah sedih tidak diungkit semula. Serangan Azhan tidak mematahkan cinta Fajar, malah dia lebih bertekad utk memiliki Maira. Maira akhirnya menyambut cinta Fajar tetapi ibu Fajar tak mahu anak terunanya memperisterikan janda walaupun dia tahu Maira tu baik dan pernah membantunya semasa diragut.


Fajar diminta memilih sama ada ibu tersayang atau Maira. Fajar akur memilih ibunya namun dia berjanji tidak akan bekahwin melainkan kalau Maira yg menjadi isterinya. Dalam kemenangan, ibu Fajar kalah sebenarnya.


Tragedi yg menimpa adik Fajar, Nur Suria yg sama mcm maknya tak suka Fajar kawin ngan janda. Namun dia kini berada dalam situasi Maira apabila suaminya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan. Tinggallah dia bersama anaknya yg masih kecil. Kemudian, seorg jejaka bujang mahu memperisterikannya. Ini membuatkan Nur Suria dan ibunya terfikir begitulah keadaan Maira apabila Fajar mahu memperisterikannya. Dpt kah Fajar mengejar cinta Maira sedangkan Azhan sudah kembali menagih cinta dari Maira. Tapi Maira sudah serik dgn cinta.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb


Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yg janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yg sudah berkecai.


Maira bangkin mendepani takdir. Bukan serik utk bercinta lagi tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.


Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yg tidak bahagia utk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yg sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.


Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Tuesday, May 6, 2008

Seribu Kali Sayang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Mengapa kuteringat bila cuba melupa, kumenangis bila cuba tertawa"

Semasa berbual dgn kak ima di telefon, dia ada menyebut tentang kisah ini dan saya tak fikir panjang dan terus memulakan baca buku ni sebaik saja buku Sara Kirana saya selesaikan. Penceritaan di awal kisah ini agak slow dan belum terasa rentak Anis Ayuni di dalamnya.. melepasi bab kelima baru lah saya menemui rhythm yg saya cari dan saya menghabiskan bacaan tanpa berhenti. Bagi saya kisah ini jauh lebih menarik dari Suara Hati dan Kau Kekasihku, sama menarik seperti Yg Terindah dan Bayangan Rindu tetapi tak boleh lawan hebatnya kisah Manisnya Cinta dan Gemersik Kalbu. Bagaimana pun sentuhan Anis Ayuni ini bagi saya tidak menghampakan peminat-peminatnya. Cerita 'sweet' yang dilakarkan memang menjadi.

Abby dibenci kakaknya kerana sebaik saja dia lahir, bapa mereka pergi meninggalkan ibu mereka. Menginjak usia dewasa, tiada perubahan berlaku dlm perhubungan mereka. Abby menuntut di Padang Indonesia, kepulangannya menemukan dia dgn Abg Faiz, kawan kakaknya. Disangkakan Abg Faiz berkenan dgn kakaknya tetapi rupa2nya dia selalu datang utk menjengah Abby. Pinangan Abg Faiz meletakkan Abby dalam dilema.

Rahsia perpisahan ibu dan bapa Abby tersingkap apabila Pak Mus muncul dan menyatakan ayahnya masih ada utk mewalikan pernikahannya. Konflik dgn Kak Lisa juga terlerai apabila Abby sanggup meletakkan diri dlm bahaya demi menyelamatkan nyawa darah dagingnya, tapi kemunculan 'Sham' di antara dia dan abg Faiz menyebabkan Abby dibakar cemburu, walaupun pengikat kasih mereka, Aliya, telah lahir ke dunia.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditingga ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu, hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kaklisa yg dialah punca penceraian ibu dan bapa mereka, sgt membebankan jiwa. kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehdiran Syd Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yg terbaik utk kakaknya. Sikapnya y g bertanggungjwb melindung sesekali membuat kan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakna boleh dijadikan teman sendiri.

Hasrat meminang yg disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yg salah kerana bercinta dgn kakak, mengapa pula yg dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa.

Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak hatinya tak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar salam kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak.

Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilema. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

RM19.90
535 mukasurat

Tuesday, May 15, 2007

Bayangan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Bayangan Rindu by Anis Ayuni


"Salam kasih siapakah yang sungguh mengusik ke sanubari ini"


sepanjang baca buku ni, kita akan come across a few familiar characters macam Zairi ngan Dhira dari 'Kau Kekasihku' where the ending dlm buku tu Dhira keguguran, kan? tapi dlm buku ni anak2 diorang dah berderet tiga nak masuk empat. :) watak 'kak farah' yg pernah putus tunang dgn Zairi dulu pun ada.. kan masa dlm 'kau kekasihku' Zairi pernah terkena buatan orang menyebabkan dia seolah olah mati pucuk. Dlm novel ni Farah cuba santau kan Dhira tapi gagal sebab hampir2 mengena Iddya.


Selain dari tu ada jugak muncul watak Elly Farhana dengan Zahari dari novel "Yang Terindah" yg jadi jiran kepada keluarga Iddya. anak diorang 2 orang Watak Sufian dari "gemersik kalbu" mula2 tu tak perasan sangat sbb Iddya banyak merujuk kpd Sufian sbg Abg Pian yg merupakan abg sepupunya. Kalau tak baca credits by Anis ayuni maybe x perasan pon sufian tu.


Kisah Iddya yang melalui kisah2 percintaan dalam hidupnya sejak zaman sekolah lagi. Dia berkasih secara rahsia dengan Baien dan pada masa yg sama rapat dgn Kiew. Setelah Baien keluar negara, kepulangan Baien membawa berita yg perhubungan mereka tak dapat diteruskan lagi. Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti dan semasa berhubungan dengan Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tiada berselindung, tiada nak control-control ayu. Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa2nya Lufti tu saudara sesusu Iddya. aduih kesian betui.. memang tak sangka. apa2pun Kiew is still around tapi Iddya tak berani meluah perasaan sbb takut Kiew sangka lepas tak dapat orang lain barulah sibuk nak cari dia. hmm cerita ni hampir sama dengan cerita "Yang Terindah" also by Anis Ayuni.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.


sinopsis di website alaf


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.


Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


Harga : RM 19.90
Halaman :592

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku PWTC - 5 Mei 2007

Last Saturday sempat la pegi PWTC sempena pesta buku. Tak rugi datang awal sebab tak la crowded sangat. Hari pun cerah tak ujan. Alhamdulillah. I arrived around 11 a.m. Sampai2 tu terus masuk dewan Karangkraf sebab tu la dewan pertama kat pintu masuk. Gilanya tengok banyak buku.. yang tu nak yang ni nak. So terpaksa letak budget around RM100 saja, takut la nanti beli sakan kang terbabas, ada yang makan sup buku ujung bulan ni.
Saya utamakan buku2 yang ada penulis kat pesta buku tu sebab nak amik signature la! ehehe.. Antara yang ada masa tu Lynn Dayana, Rose Harrisa, Lily Haslina Nasir, Aisya Sofea, Zara Juita, Anis Ayuni, Norzailina Nordin, Meen Zulaikha, Damya Hanna dan Ramlee Awang Murshid. Kalau ada yang datang after 1.30 ptg tu akak tak tau la.. sebab masa tu dah naik tren balik putrajaya.. memang pi semata-mata nak jengah alaf.. tu pun dah menyenget bawak buku takkan nak singgah tempat lain..
Esoknya, Sunday tu tak dapat pegi sebab ada banyak keja kat opis nak kena settle for Monday nyer event! aduih.. jelesnya Cekputeh dapat pegi and jumpa Aina Emir dgn Noor Suraya.. Nak wat camner, tak der jodoh, may be next time..
sure fine whatever
Rinn

Sunday, May 6, 2007

Yang Terindah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Yang Terindah by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad


"Malam menjadi siang bila hati kita bersatu"


Kisah cinta dlm buku kedua by Anis Ayuni jauh lebih baik dari 'suara hati' :) apa2 pun 'Gemersik Kalbu' lah yang paaaaaaaling best! apa yang menarik pembaca menghayati citer ni adalah cara penyampaian yang penuh berhati-hati, luahan perasaan yang dihurai dgn baik dan saya suka puisi yg Akmil tulis.. shahduuuuuuu..


Kita dibawa mengikut kisah-kisah cinta yang dilalui oleh Elly Farhana tapi akhirnya membawanya balik kembali kepada seseorang yang sudah dikenalinya sekian lama tapi mengambil masa yang lama utk jatuh cinta. Dari kecil elly memang rapat dgn zahari dan semasa dia di U pon dia ada ceritakan hubungan cintanya dgn Akmil dan kemudian dgn TJ yg kedua-duanya kecundang. Zahari sentiasa menaruh harapan dan bila dia meluahkan perasaan pada Elly, agak mengecewakan bila Elly menyatakan selagi ada cinta dalam hati Zahari dia mesti menjauhkan diri dari Elly. Tapi kemudian Zahari ditimpa kemalangan dan Elly semakin sedar mengenai hati dan perasaannya sendiri. Ada juga diselitkan kisah nostalgia ibu Elly yg lumpuh.. Elly mendapati bapanya masih hidup dan berharap akan bertemu dgn ayahnya, tanpa diketahuinya dia sudah berjumpa dgn bapanya, cuma belum kenal.


Sinopsis belakang buku:


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.


Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.


Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.


Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?


Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...


Harga : RM 15.00
Halaman :448

Wednesday, March 21, 2007

Kau Kekasihku

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni

"Aku dah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang"


novel terbitan 2006 ini agak popular di kalangan pembaca. kalau dilihat dlm tahun 2006 saja dah 3 kali diulang cetak, mungkin lebih. nampaknya Anis Ayuni sudah ada peminat2 yang akan membeli bukunya hanya berdasarkan nama penulis! sudah pasti peminat dah tertunggu tunggu novel terbaru dari Anis Ayuni. Saya cuma belum baca 'yang terindah' and i look forward to reading tht book very soon.


kali ni penulis membangkitkan kisah yang berkaitan dengan lelaki yg mati pucuk. ada watak 'nicky' seorang lelaki yang lembut yang pernah disindir oleh Dhira. Nicky berkahwin dengan Aisyah dan dikurniakan cahaya mata. Dhira berkenalan dgn Zairi ketika bercuti ke Beijing. Jatuh cinta pandang pertama. Dhira letih menunggu zairi nak declare, sudah 2 pinangan ditolak sbb menunggu zairi, akhirnya zairi akur dan masuk meminang lalu mereka mendirikan rumahtangga tapi Dhira musykil mengapa zairi tak pernah mahu menyentuhnya sepanjang bergelar suami isteri. Dhira tahu tentang masalah Zairi setelah terbaca artikle dan ubat ubatan yg diambil oleh Zairi. Dhira cuba membantu dengan mencari seorang ustaz. Rupanya Zairi pernah memutuskan pertunangan dan tindakannya itu menyebabkan seseorang menggunakan cara halus utk menyiksa batin Zairi. Dhira mencuba memujuk Zairi utk mencuba cara rawatan ustaz tu utk menyembuhkan kelemahannya. Zairi ni tak percaya benda2 halus ni. Dhira minta dilepaskan dan mereka berpisah buat sementara waktu.. Zairi akhirnya akur berjumpa ustaz dan mengamalkan petua dan ayat2 suci Al Quran yang dicadangkan.. pehtu nak kena ngorat Dhira balik pulak.


menarik juga kisah hubungan kak fiza dgn x boipren dia Safwan, duda anak 3. Konflik hubungan Kak Fiza ngan Sofea interesting tapi agak cepat pulak watak sofea suka kat kak fiza.


terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad:
Sinopsis belakang buku:


Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."

Harga RM19.90
533 muka surat

-----------
Sinopsis (dari website Alaf) : KAU KEKASIHKU Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Suara Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Suara Hati by Anis Ayuni


"akan kurahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati"



dalam kesibukan kerja minggu ni sempat jugak curi2 masa habiskan buku
ni. memang dpt rasa ini adalah hasil penulisan pertama anis ayuni.
novel2 yang menyusul selepas suara hati jelas membuktikan anis ayuni
improved a lot in her writing. "yang terindah" saja yg saya blom
baca.


modal cerita yang agak biasa untuk genre cerita LOVE AT SECOND
CHANCE. penulis mcm mengkhaskan separuh buku untuk Hani dan Abg Naim, manakala half lagi utk Hani dan Haris. tapi kita diceritakan lebih
spesific tentang Hani dan Naim jadi mungkin kita rasa cinta Naim
lebih kuat dan meninggalkan kesan mendalam pada Hani.


suasana dan emosi kesedihan yang cuba diceritakan ketika kematian
Naim tidak sampai kerana saya tak tersentuh langsung dengan situasi
itu. time lapse dia agak mengejut, tiba2 jer dah tiga tahun and then
dah dua tahun tengok2 total dah lapan tahun, macam lost counting
pulak rasa.


watak Marlis yang dijadikan org ketiga yang sedikit menggugat
perkembangan hubungan Hani dan Haris boleh dijadikan interesting tapi
tak difokuskan sangat, cuma dari reaksi keluarga hani yg tidak senang
dengan Harris kerana mendapat cerita yang bukan2 dari Marlis. Marlis
sendiri datang meminta maaf atas fitnah yg ditaburkan sebelum dia
berpindah ke Penang. itu pun tidak diceritakan yg melibatkan Marlis,
hanya dari apa yang disampaikan oleh bekas ibu mertua Hani. mudah jer
konflik diselesaikan dan akhir Hani kembali kepada Haris. Happy
ending.


serba sedikit tentang kisah ini. Hani bercinta dengan Haris, haris
tiba2 hilang tanpa berita selama 5 bulan. Naim yang berkenalan dgn
Hani melalui keluarganya jatuh hati dengan Hani dan mula mengambil
hati Hani, Hani senang dengan sikap Naim yang penyayang. Mereka
bertunang atas aturan keluarga. bagi Hani kemesraan mereka
disalahertikan tapi demi menjaga hati keluarga dia menerima lagipun
haris seolah-olah tidak menghiraukan dia lagi, lagipun Naim seorang
yang baik. menjelang perkahwinannya dia pergi berjumpa haris buat
kali terakhir, walaupun haris ada alasan kukuh membela dirinya tapi
Hani tak mampu lagi memberhentikan perkahwinannya, dia sudah nekad
bahawa pilihan keluarganya adalah yang terbaik.


naim memang suami dan ayah yang baik, akhirnya pergi menyambut seruan
Ilahi. Dua tahun kemudian dia berjumpa semula dengan Haris secara
tidak sengaja dan Haris cuba mendapatkan Hani semula.. lebih kurang
mcm tulah ceritanya..


sure fine whatever



Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad

Sinopsis belakang buku:


Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan
dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu
dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah
pada Haris, pilihan sendiri.


Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa
khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka
berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian
menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris
yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya
semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih
terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah
cinta untuk kali kedua?


RM13.90
327 mukasurat

Tuesday, March 20, 2007

Manisnya Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Manisnya Cinta by Anis Ayuni


ni buku kedua karya Anis Ayuni yg saya baca. menarik juga baca cara nazmi merahsiakan dirinya yg sebenar, ditonjol diri yang tak terurus, berpakaian serba kekurangan sbb dia seorang pemandu bas. Cinta Ifti dan Nazmi adalah cinta pandang pertama walaupun masa tu Ifti bersama-sama 3 anak2 yg dianggap seperti anak2nya sendiri hingga Nazmi salah sangka tetapi tetap menaruh hati terhadap Ifti.


Ifti dlm dilema jugak sbb tertarik kpd seorang driver bas, rakan2 sekerja juga meragui kemampuan Nazmi menerajui rumah tangga sekiranya mereka berkahwin. Hubungan mereka berterusan dan Cairo menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. masing2 ada rasa cemburu tetapi Ifti tidak dapat menahan cemburu bila nampak nazmi berjalan sambil menolak stroller bersama seorang perempuan.. lalu percintaan mereka putus di tengah jalan...


Ifti ngan nazmi ni kalau bergurau sikit2 cubit, sikit2 cubit, cubit pipi la, lengan la, perut la, bahu la.. dlm citer lain pon ada cubit2 gak tapi rasanya dlm citer ni la paling banyak sekali.. rasanya kalau kumpul semua sekali mau dah lebam2 Nazmi ngan Ifti tu..


Sure fine whatever



Sinopsis Belakang buku:


apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?


Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!


Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?


Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?


Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


RM 17.00
480 muka surat

Gemersik Kalbu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Gemersik Kalbu by Anis Ayuni


"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"


buku ni antara yang first baca dulu, tapi tak review sbb masa tu tak create group ni or blog lagi.. masa weekend terasa nak baca semula and i was wondering kenapa i put this book dalam group ke2 "good". lepas abih baca baru la paham.. memang citer ni seronok dibaca.. buku Anis Ayuni i baru baca dua buah, this one and Manisnya cinta, rasanya citer Gemersik kalbu ni lagi best la..


"Guru yang sederhana memberitahu. guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi."


kisah cikgu Ana yang bercinta dan bertunang dgn cikgu wan yang kemudiannya mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak. Ana tinggal seorang terkapai kapai kerana dia sendiri tidak rapat dengn keluarga kandungnya, ibunya bagai kekok bila bersama dengannya, dia banyak menumpang kasih dengan keluarga cikgu wan yang melayannya seperti anak sendiri. ketika melanjutkan pelajaran secara sambilan, Ana dan kak shikin menumpang di rumah Auntie Zarina, di situlah dia berkenalan dengan Sufian yg memberi first impression yg buruk kpd Ana. Sufian jatuh hati dengn Ana tapi ana sukar menerima orang lain kerana masih lagi ingatkan cikgu wan. Bila Ana nekad nak pindah rumah semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Sufian, Sufian memasang perangkap supaya Ana terpaksa mengahwininya.


Sepanjang menjadi isteri sufian, Ana dpt melihat kebaikan sufian dan dia terduga bila sufian sakit dan Ana terpaksa menjaganya di hospital. bila sufian dan sihat, ibunya pulak masuk hospital.. ana sabar melayan kerenah ibu kandungnya yg menyakitkan hati hingga menimbulkan kembali rasa kasih sayang ibunya terhadap dirinya.


Sufian mula mengatur strategi untuk menduga hati dan kasih Ana dan cuba mengalih cinta Ana dari orang yang telah tiada kpd dirinya yang terlalu menyintai Ana.. fun to read.


sure fine whatever



terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:


Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


RM 18.00
592 muka surat