Showing posts with label 5bintang. Show all posts
Showing posts with label 5bintang. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Langsir Biji Remia

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Noor Suraya
Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan JS Adiwarna
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
263 mukasurat
Cetakan Pertama 2011
RM17.00
sabah/sarawak RM19.00
9789670201139


"Duha, pandanglah mataku yang berbisik..."


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Allah boleh mengambil haknya itu pada bila-bila masa sahaja. Membaca kisah ini membuat kita muhasabah diri. Rasa rendah diri itu perlu supaya kita tidak menjadi riak. Riak dan takbur hanya milik ALLAH (yang maha besar) semata-mata.


Duha Hafa menyembunyikan kisah sedihnya di sebalik purdah hitam yang hanya menyerlahkan matanya yang sangat cantik. Umair sudah lama jatuh cinta pada Duha Hafa yang berdarah campuran Melayu-Gujerat. Dia akhirnya meluahkan perasaan hati yang minta disampaikan kepada Duha melalui kenalan rapatnya. Duha Hafa membuat keputusan utk menyingkap purdahnya supaya Umair dapat menatap kisah sebenar. Umair tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun cinta itu masih ada tetapi dia tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta. Dia terlalu ingin terus jatuh cinta pada Duha Hafa tetapi wajah itu membuatkan dia tidak sanggup untuk memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun dia amat sayangkan Duha Hafa. Umair tidak mahu menjadi lelaki yang mempermainkan hati perempuan kerana setelah meluahkan hasrat utk mengikat Duha Hafa, barulah dia melihat wajah sebenar Duha Hafa. Dia cuba menyemai rasa cinta namun wajah campuran 'Melayu+Gujerat+kesan kebakaran' itu kini membuat dia mendapat mimpi ngeri. Sepasang mata yang sangat cantik itu pun sudah hilang keindahannya di mata Umair. (memang sengaja ayat mcm berulang ulang sebab aku geram dengan Umair yang menyintai wajah Duha Hafa berbanding budi pekerti Duha Hafa)


Umair.
Dia lelaki yang sangat baik. Cintanya dari zaman kanak-kanak terus mekar sehinggalah ke alam dewasa. Duha Hafa yang dikenalinya sangat cantik. Walaupun belajar di luar negara, cintanya buat Duha Hafa tidak pernah goyah. Comel sungguh cara Umair cuba menarik perhatian Duha Hafa yang sudah berpurdah itu. Apabila Duha Hafa akan berangkat mengerjakan umrah selama tiga minggu, Umair resah kerana bimbang Duha Hafa yang cantik jelita itu akan disambar jejaka lain. Sebab itulah dia segera meluahkan hasratnya. Umair adalah jejaka sempurna yang sering diketengahkan dalam novel-novel melayu. Jatuh cinta pada heroin yang cantik jelita. Walaupun dugaan melanda, dia akan memastikan gadis yang dicintainya diperisterikan. Tapi bagaimana kalau yang dahulunya cantik sudah tidak akan cantik lagi? Mampukah dia terus menyinta sepanjang hayat tanpa rasa jijik? Umair jenis yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya.Dia menceritakan keadaan perasaannya kepada Duha Hafa dan berjanji akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru Duha Hafa. Umair sendiri benci dengan perasaannya ketika itu. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaannya.



Ahmad Muhsin.
Bakal peguam syariah yang cantik budi pekertinya. Hatinya terpaut pada Duha Hafa ketika sama-sama mengerjakan umrah. Duha Hafa terpaksa membuka hijabnya ketika beribadah di sana. Rasa terkejut ada tetapi hatinya tetap sejuk memandang wajah itu. Risikan pertamanya ditolak tetapi dia mencuba sekali lagi setelah mendapat tips 'teknik-teknik berbicara dengan berkesan dengan Duha Hafa' dari Tok Habsah ;)


Dua jejaka ini mempunyai dua persepsi perasaan yang berbeza terhadap rasa cinta dan kecantikan. Kedua-dua cinta Umair dan Ahmad Muhsin terhadap Duha Hafa adalah 'dari mata turun ke hati'.


Duha Hafa.
Kemalangan yang menimpanya membuat dia sedar betapa takburnya dia dengan kecantikan dahulu. Dia tak dapat lari dari perasaan rendah diri lalu menutup wajahnya dengan purdah. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya dengan pembedahan plastik (tambahan pula pembedahan pertama kurang berjaya). Lagipun keinsafan menyedarkan dia bahawa keadaan wajahnya yang sekarang ini menjadikan dia lebih baik dari dahulu dan terhindar dari rasa riak.


Cara Noor Suraya melayarkan kisah ini membuat Duha Hafa kelihatan sangat cantik dan indah orangnya walaupun kita sering diingatkan tentang keadaan wajah sebenar Duha Hafa. Hanya orang indah dan cantik peribadinya seperti Ahmad Muhsin dan keluarganya sahaja dapat melihat keindahan Duha Hafa. Mereka sekeluarga jatuh cinta dengan pekerti Duha Hafa sehingga kekurangan di wajahnya tidak langsung merubah perasaan mereka kepada dia. Rasa rendah diri membuat Duha Hafa menolak hasrat Ahmad Muhsin, dia tidak mahu Ahmad Muhsin memperisterikannya hanya kerana wasiat (atau mungkin kerana dia masih mengharap Umair yg berjanji untuk mencuba menerima dia seadanya?). Duha Hafa nak Ahmad Muhsin kata 'I love you' kot. haha... mampus. Jejaka pendiam dan pemalu macam Ahmad Muhsin nak buat macam tu? Gaya bahasa melayu yang tersusun indah membuat karya yang penuh pengisian ini sangat istimewa. (buat aku rasa segan pula dengan gaya penulisan aku yang macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ kena bom, bersepah, bersepai. Boleh nangis cikgu BM aku.)


Rasa terkilan Umair yang digambarkan di bab-bab akhir membuat aku rasa puas hati. Dia berkehendakkan isteri yang cantik, maka dapatlah dia seorang isteri yang sangat cantik. Anak-anak penyeri hidup pun tidak dapat menjadikan dia seorang suami yang bahagia. Kata-kata yang paling sesuai ketika itu untuk Umair adalah "ambik kau!"


Cinta Ain Najwa pada Adam sangat utuh. Dia gembira menyintai Adam tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Buat aku rasa nak baca semula Keranamu Ain dan Kebun Mimpi.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?


Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.


Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?


Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.


--------
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta cerita-ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1994) dan Hadiah Penghargaan Cerpen Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).

Wednesday, March 30, 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Alina Haizar
Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Cetakan kedua Mac 2011
Editor: Jabatan Editorial KNE
759 mukasurat
RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00
9789675067655


"Cinta datang tanpa disedari...
walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati."


Teringat balik kisah ni pun dah cukup utk buat aku tersengih. hishh macam orang tak betul kan?


Kisah ini bermula di Italy. Nia ditugaskan menjadi pemandu pelancong kepada sekumpulan pelawat dari Malaysia. Pertemuan semula dgn Zaril Ikhwan mencetuskan flashback yang panjang. Haaaa flashback ni lah yang akan membuatkan kita melekat terus dengan cerita ini.


Zaril Ikhwan ni dulu pernah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri yang meragut pelbagai keupayaan dirinya termasuklah mindanya seperti sudah 'reset' kepada minda seorg kanak2. Neneknya risau bila emak dan ayahnya nak masukkan dia ke rumah kebajikan kerana tiada siapa pun yg dapat mengendalikan Zaril Ikhwan yg serba kekurangan itu. Neneknya yg kaya raya tu telah mengambil Zaril Ikhwan tinggal bersamanya dan dia mencari seorg calon cucu menantu yg boleh menjaga cucu kesayangannya dengan baik setelah dia meninggal dunia nanti.


Ani, adik Nia yang berenti sekolah selepas peperiksaan PMR menjadi pilihan. Ani seorg gadis yang cantik dan pandai menguruskan rumahtangga malah mahir di dapur. Calon beginilah yang terbaik utk Zaril Ikhwan. Tetapi di saat2 akhir Ani menarik diri kerana sudah lama jatuh hati dengan rakan sekampungnya. Dia menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Ibu Nia sudah pun mengambil wang hantaran utk menebus semula tanah mereka yg tergadai gara2 ayah Nia yang tidak bertimbangrasa. Kesihatan ibunya turut merosot dan ini membuat Nia terpaksa tampil sebagai pengganti dan meninggalkan kolej.


Keluarga Zaril Ikhwan menyangka Nia lah gadis kampung yg bodoh yang dicari neneknya utk menjaga Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan ni emosi tak stabil. Sekejap ok sekejap tak OK. Lepas pulak dia ni menikah ye? Berakal tu termasuk tak dalam syarat sah nikah bagi lelaki? Well, whatever it is, akhirnya berkahwinlah Nia dgn Zaril. Nia memang seorg yg penyabar walaupun menjadi mangsa sepak terajang Zaril yg kadang2 lupa diri. Aku ni jenis anti jugak cerita2 perempuan yg asyik kena belasah jer. Tapi dalam citer ni keadaan Zaril memang dia tak mampu mengawal tindakan luar sedarnya.


sikap prihatin Nia membuat Zaril amat memerlukan Nia dalam kehidupan sehariannya. Nia terbaca satu keratan akhbar berkaitan kaedah penyembuhan berkesan utk pengidap masalah seperti Zaril. Dia nekad menggunakan elaun bulanannya utk menjemput pakar yg dapat menyembuhkan Zaril secara terapi. Nia sendiri dilatih sbg pengamal terapi utk memudahkan dia merawat sendiri keadaan zaril. Walaupun lambat, perubahan Zaril makin ketara. Tapi sekali sekala angin Zaril mari, dia bertindak di luar kawalan juga. Kecederaan teruk yang menimpa Nia membuat Zaril Ikhwan bersetuju utk mengikut ibu bapanya ke Paris bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Dia mahu hidup bahagia di samping Nia. Sepanjang peninggalan Zaril, Nia menjalani proses penyembuhan dari kecederaannya dan dia tak dapat menyusul Zaril secepat mungkin kerana ibunya pula meninggal dunia. Bulan kemudian dia menyusul Zaril di Paris dgn membawa khabar gembira namun kegembiraannya sirna apabila mendengar perancangan Zaril dan ibunya utk menawarkan harga yg tinggi utk dirinya agar meninggalkan Zaril. Zaril yg sudah termakan kata2 ibunya membiarkan Nia pergi.


Pertemuan semula di Turin membuat Nia merasakan Zaril sudah tidak mengenali siapa dirinya. Zaril sudah kembali ke keadaan asal sbg seorg ahli perniagaan yg kacak bergaya. Mana mungkin dia akan ingat kepada isterinya yg telah menjaganya semasa sakit dulu. Kehadiran Maximo yang sering menempel dengan Nia membuatkan Zaril cemburu dan mahu menarik perhatian Nia. Nia sengaja mahu Zaril salah sangka dan tidak mahu ada apa2 hubungan lagi dengan Zaril kerana perjanjian perkahwinan mereka telah memberikan hak kepada Zaril utk membawa satu2nya anak mereka pergi. Nia takkan membenarkan semua itu berlaku.


Bila fikir balik, aku rasa aku ni memang jenis suka cerita macam ni kot. Kisah pasangan yg dah kahwin and then terpisah dan kemudian bertemu semula beberapa tahun kemudian dgn persoalan-persoalan mengapa mereka terpisah sekian lama. Kedengaran tipikal tapi bila dan start baca novel ni memang tak boleh nak tinggal dah. Alina Haizar menyusun perjalanan cerita ini dalam rentak yg semakin menarik dan membuat kita menutupnya dgn senyuman lebar bila konflik2 itu diuraikan simpulannya dgn baik sekali :)


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.


Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam2 dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing2. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing2 yg sebenarnya telah ditinggalkan.


Apakah rahsia yg dipendamkan itu...?

Sunday, December 26, 2010

Versus

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Hlovate
Versus
Penulis: Hlovate
Terbitan Jemari Seni
Editor Mariah Mustapha
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
432 mukasurat


Entah berapa ratus kali kita dah baca cerita bagaimana seorg yg jahat berubah jadi baik akhirnya. Biasanya kerana jatuh cinta, dia berubah dan menjadi baik. Perbezaannya amat terasa ketika membaca VERSUS kerana Hlovate bukan saja bercerita bagaimana Minn dan AO berubah dari tak berapa baik kepada baik dan daripada baik kepada LEBIH BAIK, malah dia juga menceritakan bagaimana mereka melalui transformasi itu. Bagaimana mereka melakukannya. Memang banyak kehendak nafsu yg dikorbankan demi sesuatu yg jauh lebih baik. Membuatkan aku rasa yg aku ni bukan dalam kategori baik pun. Mungkin dlm kategori tak berapa baik.


Dalam menceritakan perubahan ke arah hidup yg lebih Islamic, kisah cinta terpendam antara Minn dan AO jugak sangat menarik membuat kita mahu mengikuti perjalanan hidup mereka dan nak tahu bagaimana diorang boleh kawin akhirnya seperti yg kita baca dalam Ked's Story (3 ceritera dlm sebuah Pelangi). Kisah cinta yg membuat kita berfikir, adakah kita bersedia utk cinta sebenar-benarnya. Cintailah Allah dahulu sebelum menyintai yang lain.


Gaya bahasa Hlovate menjadikan naskhah ini mudah dihadam golongan muda & remaja. In a way, dia mengajak kita sama-sama berubah. Inilah cara penulis mengumpul pahala dalam berkarya. bila terdetik saja di hati pembacanya utk berubah ke arah kebaikan, maka pahalanya sudah dikira. Alhamdulillah moga2 ramai yg berubah ke arah yg lebih baik.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


I


"Please Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please..." balas Ashraff Omar
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"


II

"Not a step away from that spot, AO." Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back. Off."
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.


VERSUS
Susuri bagaimana HLOVATE membawa watak-watak dlm versus mengubah haluan hidup dgn pusingan arah 180 darjah. Bacalah jika anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!

Monday, November 1, 2010

Jauh Kau Pergi

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Dhiya Zafira
Jauh Kau Pergi
Penulis: Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Cetakan pertama 2010
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789831245699
528 mukasurat


"Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"


Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.


Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita bosan juga, sekali sekala terselit cerita sebegini, memang membangkitkan mood utk membaca.


Hero yg diangkat dalam novel ini adalah seorg askar komando. Seperti melengkapkan pulak koleksi hero melayu beruniform di laut, udara dan darat :p Kalau Jemari Seni ada Mazni Darwisya's Amru si mat selam, KarnaDya pulak ada Aina Emir's Arash si wira angkasa dan terbaru Alaf's Dhiya Zafira mengangkat Rif, si mat teyrap sbg hero;) Bagi aku ketiga-tiga hero beruniform ini mempunyai perwatakan yg menarik dan terserlah aura 'heroism'nya.


Di sebalik perwatakan macho, Rif sebenarnya adalah seorg lelaki yg sensitif dan penuh emosi. Afi menjadi buruan setelah kematian abgnya, seorg komando yg menjalankan operasi sulit. Rif dan kawan2nya cuba menghulurkan bantuan sebaik mungkin utk Afi yg sebatang kara gara2 dibuang keluarga sejak ayahnya berkahwin dgn ibunya, seorg omputeh. Mulanya aku heran naper Rif spent too much time dgn Afi sedangkan dia ada tugas rasmi yg tersendiri, rupa2nya Afi tu adalah sebahagian dari tugasnya. Bagi yg pernah baca karya Dhiya Zafira, watak yg disangka mati tapi masih hidup bukanlah sesuatu yg baru kerana beliau pernah menggunakannya dalam novel sebelum ini. Ini mengurangkan sedikit elemen kejutan semasa membaca kisah ini.


Cerita yg penuh aksi ini terasa tidak susah utk membayangkan aksi lasaknya mungkin kerana aku selalu jugak tengok cerita2 action packed dan penulis menggunakan bait2 kata yg terbaik utk membayangkannya dgn mudah kepada pembaca.


Kenapa ya Jimmy meninggalkan klue kepada AFi utk disampaikan kepada Rif? Itu sudah terang-terangan akan meletakkan Afi dalam bahaya. Nasib baik nenek diorang tak kena pulak sebab dialah org pertama yg memegang amanat Jimmy. hmm ni kena tanya penulisnya nih. Dgn kepakaran Jimmy dan Rif, mereka tentu boleh mengelakkan Afi dari terlibat dalam semua ni. TApi kalau tak disebabkan semua tu, tak merasa la Afi lari turun bangunan dgn menggunakan tali atau shopping baju baru dlm keadaan memakai seluar bercetak gambar popeye. hehe...


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Aku tidak pernah memilih dia sbg pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian utk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yg sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorg sahabat.


Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi dia ternyata bukan utk ku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan utk menang, bukan?


Rif - Muliakah hubungan yg dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yg tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya utk dia... aku redha. Ada apa dengan dia yg menjadikan semuanya serba tidak kena?


Afi - aku tidak mampu bersaing dgn masa silam utk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti...


Saturday, February 6, 2010

Aku Kan Novelis

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nurul Syahida
Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
455mukasurat
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8


"Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yg aku matikan pada bab yg pertama"


Menghayati cerita ini adalah satu perjalanan yg menarik. Aku suka penyampaian selamba. Aku tau sudah semakin ramai penulis2 muda yg mula menggunakan teknik penyampaian cerita secara selamba tetapi Nurul Syahida ada caranya yg tersendiri, seperti yg pernah aku baca dalam Plain Jane. Novel nya kali ni tetap selamba dan sangat menghiburkan. Bagi pembaca tipikal spt aku, menghiburkan bermaksud, cerita yg membuat aku ketawa terbahak tebahak dan happy ending. NS sudah masuk list aku 'penulis yg bukunya mesti dibaca'.


Aku suka dengan cara penceritaan yg tidak over lapping. Kemuncak setiap kes tidak dihimpun di hujung cerita spt kebanyakan cerita. Ceritanya tidak meleret dan ada grip utk hold perhatian pembaca. Ni lah antara cerita melayu yg menggunakan bahasa inggeris dengan SANGAT baik. Aku yg tak berapa reti bahasa inggeris ni pun kadang2 rimas perut membaca bahasa inggeris yg tunggang langgang. lebih baik tulis semua nya dlm bahasa Melayu. Tetapi Nurul Syahida ni memang terer english lah. Aku ni jer english bersepah bertaburan bagai debu ditiup angin. haha.


kalau tak nak spoiler dan mahu thrill ketika membaca, jangan baca bahagian bawah ni ya?


Separuh pertama cerita menunjukkan kepakaran seorang penulis bernama Safiah dalam memberi nasihat2 berkaitan percintaan kepada dua sahabat karibnya yg saling tidak mengenali iaitu Helmi dan Iza.


Iza sudah dua tahun akrab dgn Hisham. Mereka sangat serasi dan saling memahami. Iza mahu Hisham melafazkan sesuatu yg pasti supaya hubungan mereka dpt diteruskan tanpa tanda tanya, siapakah dia di sisi Hisham. Dua tahun berlalu tanpa apa2, tapi mereka tetap gembira bersama. Hisham pulak seperti tidak ingin melafazkan cinta kerana macam sangat selesa dengan kedudukan Iza di sisinya.


Helmi jatuh chenta tak hengat dengan Jia Huey. Dia menyangka cintanya berbalas tetapi rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia pasrah menerima nasib dan demi seorg sahabat dia membantu Jia Huey dan Danny bersatu. Dia akhirnya menyedari bahawa dia dilahirkan utk menyelamatkan perhubungan orang lain.


Safi memperkenalkan Helmi kepada Iza so tht Helmi boleh bantu Iza utk membuat Hisham sedar perasaannya selama ini. Iza menolak, namun tanpa pengetahuan Safi mereka mula bertemu utk membenihkan cemburu di hati Hisham. It worked! Hisham took the relationship to the next level. Masih tidak melafazkan cinta tapi dia bawak Iza jumpa mak bapak dia. Hisham kelihatan spt seorg yg sangat takut dgn komitmen. Kehadiran Helmi membuatkan Iza sedar Hisham hanya menjadikan dia jaminan just in case along the way ada wanita yg lebih baik akan muncul. Helmi dpt membaca gerak hati Iza dan mengakui perasaannya pada Iza.


Lelaki seperti Hisham tu sudah byk kali dimenangkan dalam novel2 melayu. Aku sangat gembira dgn keputusan bijak Iza. Safi makin berbangga dgn kepakarannya hingga membuat Helmi dan Iza tidak sanggup lagi mendengar. Mereka cuba mencari masalah baru utk Safi selesaikan dan masalah itu mestilah melibatkan Safi sendiri supaya kisah mereka kurang mendapat perhatian dari Safi.


Maka tibalah Raol dlm hidup Safi. Seorg lelaki yg akan menarik perhatian sesiapa saja tak kira jantina atau peringkat umur (rambut dan sebelah matanya merah). Macam tak der masalah kepada Safi kan? sebab tak der kena mengena. Masalahnya sekarang, Raol adalah peminat novel-novel Safi dan dia mahu Safi menjadi haknya. "Gua mahu lu". Edeh... pandai2 la ko Safi nak idup. haha.


Cerita ini takkan sama dgn cerita lain kerana penulis menarikan kisah ini dgn rentak tersendiri. aku tak suka Raol tetapi dia lain dari yg lain, in a wierd and sweet way. but i kinda hoping safi sekadar 'simpan' Raol kot2 la ada yg lebih baik muncul selepas Raol hehe. Tapi nampaknya Raol makin berubah sedikit demi sedikit. Dah lama aku tak ketawa dan tergelak terbahak2 bila baca novel cinta. this writer has a lot to tell and i can't wait to read karya2 dia. Biasanya saiz tidak terlalu tebal dan ceritanya menarik :) Novel ni hadir tepat pada masanya. Membuat aku rasa nak baca lebih banyak novel lagi :)


aku nak minat nurul syahida lah!
huhu...


sinopsis/blurb:

Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.


Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?


Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.


------------
Sebagai seorg penulis, elemen terpenting yg harus dimiliki adalah keinginan utk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dlm dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu utk melihat dunia org lain dlm satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman2 yg menjadi cermin utk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini.
~Nurul Syahida~



Buat Iza, Cintanya pada Hisham hanya akan mnjadi indah jika si pemuda melafazkan kata2 itu terdahulu kpadanya. Seorg perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yg sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yg dimahukan dlm seorg wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yg sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yg disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat2nya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sbg seorg novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dlm bentuk seorg pemuda dgn rambut yg lebih merah dari api.

Sunday, June 14, 2009

Dame Zoete Sarah

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009


"Si manis Sarah"


Semanis tajuknya, kisah thriller ini juga terasa manis. Bukan senang nak cari kisah thriller romantis yg memikat pembaca santai seperti ini.


Thriller kedua dari Khairyn Othman ni terasa lebih 'on the move' dan semuanya terbayang dalam gerak pantas seolah-olah menonton wayang jer rasanya. Memang exciting.


Sarah Adam adalah seorang wartawan. Saya tak pasti kenapa Rod memilih Sarah dalam ramai2 manusia kat dunia ni utk membongkar kes dadah yg amat besar. Sarah tiba2 menjadi tumpuan sindekit dadah yg besar dan juga pihak berkuasa kerana dia disyakki sbg pengedar dan pembunuh.


Sarah Adam tak menyerah diri kerana dia tak bersalah. Dengan menggunakan contact nya di kalangan org Indonesia di Johor, dia berjaya meloloskan diri ke Belanda untuk merungkaikan klu yg berada di tangannya.


Salim. (Yg mengingatkan Sarah kpd Harun Salim Bachik, Saleem Iklim dan S.M Salim) Seorg polis berkaliber yg mengimpikan model sbg isterinya, memburu Sarah. Dia berjaya menjejak Sarah di Belanda. Dia pasti dia hanya menjalankan tugas tetapi dia tahu juga yg dia tak akan membiarkan Sarah berada dalam bahaya. Sarah penah gelar dia ni hero datang lambat. hehe


Bayangan model idamannya melayang entah ke mana, diganti dgn bayangan Sarah, gadis yg sukar senyum dan degil. Kalau hati sudah suka, sarah pun sarah lah!


Salim tu suka perasan, sikit2 mesti nak sebut dia hensem la, macho la... haha sabo jer aku.


Sentuhan komedi dalam kisah ini juga sangat menghiburkan... belum sampai bab 10, saya sudah ketawa dan menangis.


Ada juga Nisa dan Dr Taufik dari novel Zahrah de Tigris dalam novel ni :) AFter 4 years diorang dah ada 2 org anak dan Nisa tengah pregnant anak ke3. Comel jer :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

------------------------

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

Sunday, February 3, 2008

Cinta Mekar Di Hati

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Cinta Mekar di Hati by Rose Harissa
Terbitan alaf 21

“sayangmu mengalir rasa
Kaulah cinta terakhirku”

Nyesal pulak lambat baca buku ni, semuanya sbb prolog nya! Huh! Rasa macam baca muka surat terakhir saja.. arghhh.. saya tak tau mcm nk buat saya lupa apa yg saya dah terbaca. Penat jer ngelak baca kulit belakang buku nih. saya lebih byk abis kan masa membelek kulit hadapan buku ini sbb masa jumpa Lynn, Rose, Sue & Lily Haslina tempoh hari isu ini ada dibangkitkan.. pergh isu tu! Saya ni jenis tak reti sangat nak komen cover buku tapi biler orang dah sebut dan kita dah membelek, ada saja la yg nak diluahkan. hmm saya rasa tulisan tajuk tu ok dan cukup besar utk menangkap mata pembaca. Gambar pasangan sejoli duduk berdua-duaan siap pegang2 tangan tu menarik mata lah jugak. Tapi pada pendapat personal saya, saya lebih suka cover yg tak der gambar orang, kalau ada kawasan perairan, biarlah orang tu tengah menyelam baru amik gambar. Macam cover Berikan Cintamu. Kalau ada gambar orang pun kalau bleh muka dia tak nampakla so tht i can leave it to my imagination. Yg gambar bunga tu nampak mcm bunga lavender, saya rasa kurang sesuai dan selalunya bila sebut mekar, mesti la teringat bunga yang jenih kembang-kembang kan? Kan? Kan?

Prolog mcm menunjukkan citer ni set2 citer Kudamba Bahagia, Rahsia Hati, Bertakhta di Hati, dan lain-lain lagilah yg sewaktu dgnnya yg kisah percintaan yg mendapat peluang kedua bila mula2nya terpisah dan kemudian bertemu dan peluang utk bersama semula terbuka. Aduh.. nak baca tak baca, nak baca tak baca? Last2 saya baca jugak! Haha.. padan muka aku, never judge a book by its prolog. Haha.. bleh ker pakai pepatah tu? Dah la dekat2 tengah malam baru nak start, nak tido mata aku tak bleh lelap sebab hati meronta2 nak tau apa akhirnya buat Fasha ngan Ady Rafizal. Sudahnya pagi ni masuk opis macam zombie ha.. macam panda pun ada jugak. Hehe.

Awai pagi baru la aku tutup buku ni dgn senyuman puas! Nak terkucil pun ku tahan Jebat! Haha.. Kesemua konflik yang ditimbulkan oleh penulis dalam novel ini dilakarkan dengan baik dan ditutup dengan ending yang amat memuaskan hati. Saya tak peduli apa jadi pada Julia yg hampeh tu. Dia adalah di antara watak kecil dalam CMDH yang saya geram rasa macam nak tenyeh2 dgn bola tumit kaki kanan. Rupa2nya bukan Julia watak hitam utama dalam kisah ni.. kita ada Tengku Kamsiah dan Tengku Alis! (*clap clap clap!!!) ish.. saya memang suka la baca buku yang jenis2 nak bagi orang beleter sorang2 lepas tu baling buku jauh2. Peh tu kutip balik dan sambung baca.

RH improved a lot dlm 2nd book ni dan dapat lari dari bayangan buku pertamanya, Berikan Cintamu. Saya suka konsistensi watak dan character build. Dan saya sangat2 senang dengan watak Ady Rafizal. Memang terasa Ady Rafizal watak utama dlm citer ni dan bukannya Fasha. Emosi Ady Rafizal diceritakan dgn baik oleh Penulis kerana kadang2 biler ada penulis yang cuba menceritakan emosi watak2 lelaki, akan kelihatan seolah-olah lelaki tu tak lelaki (paham ke?) mcm citer tentang seseorang yg ada ciri2 feminin. hehe.. Emosi Ady Rafizal dilakarkan dgn baik tanpa mengganggu ciri-ciri Ady Rafizal sbg lelaki sejati yang romantis, penyayang dan setia. Saya lebih kesian dan simpati dengan Ady Rafizal lantaran peristiwa2 yg menimpa dirinya dalam kisah ini. Yer la sebelum ni kalau baca buku mesti mengutamakan luahan emosi wanita, betapa hebat pengorbanannya.. betapa hebat siksaan yang diterima. Tapi rupa2ya Ady Rafizal lebih2 tersiksa dari segi fizikal dan rohani. Dia bertemu Fasha semula dlm keadaan yang menimbulkan keraguan yg munasabah tetapi segalanya ditolak ke tepi kerana dia amat yakin dgn cinta Fasha.

Kereta wira diesel tu dah mcm saya kenal sangat2. Rose byk jugak menggabungkan pengalaman peribadinya ke dalam watak Ady Rafizal dan Fasha.

Tak tahu lah apa yang nak saya citer serba sedikit tentang cerita ini sebab rugi rasanya kalau tak baca sendiri. Dapatkan segera di pasaran! Harap2 RH akan melakarkan lebih banyak lagi kisah cinta yang sebelum ini kita anggap tipikal tapi sebenarnya mengandungi keistimewaan tersendiri. Terima kasih Rose Harissa for Cinta Mekar di Hati.

Sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran

RM19.90
566 muka surat.

Sunday, June 24, 2007

Surat Ungu Untuk Nuha

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya


Terbitan Jemari Seni Publishing (JS)


Nama Noor Suraya pada kulit buku ini membuat saya membeli buku
terbitan Jemari Seni buat kali pertama. Ni lah baru saya tau eNovel
dibukukan. menarik. masa melawat blog kak su saya tengok ada eNovel
baru! nanti bleh la luangkan masa menatap eNovel baru tu.


Masa saya baca 'nyanyian tanjung sepi' dan 'rindunya kian membara'
kisah cintanya berat dan endingnya memang tak disangka.. saya tak
sangka kak su lg best bila menulis santai sebegini dan sarat dengan
puitis yang tak melemaskan saya.. ekcili saya ni tak der la reti
sangat puitis2 ni tapi kerana menghayati kisah Nuha-Alang ni, memang
saya really into the story and suuuuuka sangat cara penulisan
yg 'romantic comedy' lah. citer ni kat area 'bagan' ni mencuit gak
hati saya sbb bagan tu tempat saya ronda2 dulu la.. naik feri pi
balik sana pulau nuh. ha tu dia keluaq tequih cakap kedah!


Kisah Nuha-Alang bermula dari pertemuan yg menimbulkan rasa benci
terutamanya di hati Nuha terhadap Alang yang selamba badak.
Penampilan Alang yang tak menarik menambahkan lagi kebenciannya.
Tapi pertemuan mereka seperti ditakdirkan dan mereka terpaksa
bertemu muka setiap hari. Alang yg suka mengusik, Nuha yang tak
tahan diusik memang sentiasa menjadi sebab utk mereka berperang.
Tapi semua itu secara tak langsung merapatkan mereka, menjadikan
mereka saling mengenali hati budi masing2. Hubungan mereka yg ntah
apa2 ini teruji bila tragedi menimpa Alang. Nuha makin tak paham dgn
hatinya, kekurangan Alang menyebabkan dia semakin rapat dan mesra
dengan alang walaupun sesekali dia masih lagi diusik. Alang yang
sudah hilang salah satu panca inderanya membawa diri setelah Nuha
menolak cintanya. Perpisahan membuatkan mereka sedar, Cinta sudah
mengetuk pintu hati, tapi dapatkah mereka bersama? Saat Nuha sudah
mula pasti dengan perasaannya, Alang pulak mendiamkan diri. Nuha
tahu apa yg patut dilakukan supaya Cinta tak berlalu pergi, tak
kiralah Alang pulang dgn lengkap pancainderanya atau tidak.. eceh..
mcm nak tersajak pulak..


dalam buku ni jugak ada memberi updates mengenai Dr Aqmar dan
isterinya Dara, serta Dr Kalida yg sudah ada 2 anak dgn Dr. Zainur.
Err watak2 ni dari citer Nyanyian Tanjung Sepi! nasib baik dah
baca..


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar


"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya


Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"


Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspress
Langkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung
2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak
Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak
mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang
mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini
rupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup
adalah suatu perjalanan waktu!


RM20.00
490 mukasurat

Thursday, May 24, 2007

Cinta Sang Ratu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlee Awang Murshid
Cinta Sang Ratu by Ramlee AWang Murshid

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan."

Sambungan Bagaikan Puteri ni memang menarik, best! :) seronok dpt baca
kisah mistik yg mcm nih, ada kepuasan. Macam ada sambungan jer, kasih
Dani belum bersambut, ala.. Haryani tu ego sangat la.. tapi ada
signal2 positif, kira ok la tu :)

Cara penulisan yang berterusan dari 'Bagaikan Puteri', watak Saifudin
masih kekal teguhnya, watak Ratu Sulaman memang menarik (nama sulaman
ni sebab mak angkat dia a.k.a maharani tu suka sulam-sulaman ke?
hehe). Ada perkara yang mudah diteka dan ada juga yang tak dijangka
langsung hingga bisa membuat pembaca tersentak. And tht element is
good in a story. Tak sangka watak Dani pun ada terlibat dalam
'crossline' antara abad ke 15 dgn abad sekarang sama macam Haryani
dulu cuma bezanya dia tak koma, dia jadi hilang ingatan dan tidak
siuman. Lepas Dani terselamat dari tsunami tu ada tak ek dia or
Haryani terserempak dgn Carra Lina yg pi cari Ichlas kat Acheh? hehe..
ter cross over masuk citer 'Bahtera kasih' la pulak.

Kisah kali ni

Di abad ke 15.

Saifudin yg cedera selepas terkena panah sihir Ratu Sulaman memang dlm
keadaan parah. Ratu masih teringat2 wajah suci SAifudin yg mengucapkan
sebagai insan dia sayangkan ratu. RAtu tu siap pi skodeng SAifudin and
tak sangka2 dia jatuh cinta dgn SAifudin, siap ushar2 lebih2 lagi
sampai kena tegur. Dia turut terpikat dengan kesabaran dan sifat lemah
lembut saifudin hingga membuka hatinya utk meminta saifudin ajar dia
ilmu yg saifudin guna. Kebijaksanaan dan kesabaran Saifudin menjadikan
Ratu rela memeluk Islam dan selepas melafazkan kalimah Syahid seluruh
sihir di badannya terlepas, masa rawatan tu aurat Ratna (nama asal
ratu) dgn saifudin diragui lalu saifudin sudi memperisterikan Ratna.
syokla Ratna tu, pucuk dicita ulam mendatang. Ratna jadi muslimah
sejati tapi ibu angkatnya Maharani yg maha jahat tetap mahukan waris
takhtanya kembali, Ratna dikidnap hingga memaksa Saifudin belayar ke
Pulau Utara utk menyelamatkan isteri tersayang. Maharani tak dapat
melembutkan hati Ratna so dia gunakan ilmu sihir utk mengembalikan
Ratu Sulaman yang kejam. Part yg ternanti nanti adalah pertarungan
antara Ratu Sulaman dgn Saifudin. Err masa SAifudin dpt kalahkan
Maharani tu kan dia ukirkan kalimat alif-lam-lam-ha di dada Maharani
utk membuang sihir, hehe masa tu terus teringat masa kecik2 dulu kalau
ada barang kesayangan mesti nak tulis alif lam lam ha tu diikuti
dengan lafaz 'sapa amik berdosa'.. *sambil tulis alif-lam-lam-ha kat
kulit buku Cinta Sang Ratu* :p

Zaman sekarang...

masa tsunami, Dani diselamatkan oleh Pak Mustakim serta anaknya
Saliha. Dani ni macam mereng sikit. Ntah rasa apa membawa Haryani ke
Aceh utk mencari Dani tapi dalam perjalanan, dia terrrrrrrrrsinggah di
Manggala, kampung yg hampir pupus dan didiami oleh manusia serigala.
Pak Mustakim, Saliha dan DAni pegi ke Manggala utk memulihkan Saliha
yg disyakki masih mempunyai darah Manggala kerana Pak Mustakim ni
sebenarnya keturunan Manggala yg sudah insaf dan beriman dgn ALLAH.
Kehadiran Haryani tepat pada masa jasad Dani di abad 15 ditikam
Saifudin (ni kena baca sendiri kalau nak tau kisahnya). Dani terus
jadi siuman semula dan perjalanan mereka di Manggala tu memang penuh
debaran la. Haryani tu calon perawan ke 100 utk menghidupkan semula
baka awal Manggala. Kalau ikut nak cerita kat sini memang la banyak,
exciting.. tapi kena baca sendiri lah :) thanks Ramlee Awang Murshid.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan
menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada
mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari.
namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata
mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

Sinopsis di website Alaf21

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca
Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani?
Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang
ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera
bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat
ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila
melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan
teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih
ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu
kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat
tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya
kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda
sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana
ceritanya semakin PANAS!!!

Harga : RM 19.90
Halaman :572

Sunday, April 1, 2007

Masih Ada Rindu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad


Weekend tak pegi mana2 so dapatla habiskan buku ni dlm masa sehari.
Kalau nak compare dengan Bisikan rindu, Masih Ada Rindu by mimie
afinie ni jauh lebih best la. cuma saya tak puas hati cara watak
hakim dibawa 'pergi'. Hakim jelas bahagia dengan Syafika. ibu
bapanya juga gembira dgn pilihannya. Kenapa hakim sengaja
meninggalkan medicationnya (dia mengidap asma) kalau dia betul2
ingin terus bersama syafika? secara logicnya mesti lah dia akan
lebih menitik beratkan kesihatannya supaya dia dapat hidup lebih
lama dengan syafika. Hakim seolah-olah sengaja meninggalkan
ubat2nya, alasan yg diberi kpd ibunya adalah dia terlalu gembira
dengan syafika. yg lain2 semua best, cuma part tu saja la yg saya
rasa mcm boleh dipersoalkan.


serba sedikit ttg kisah ni, syafika dan hakim berkahwin selepas
hakim grad. mak syafika tak merestui perkahwinan mereka dan dia
tidak lagi dianggap sebagai anak oleh ibunya, walau bagaimanapun
bapanya tetap mengambil berat tentang syafika. syafika amat bernasib
baik kerana ibu dan bapa mertuanya sangat baik dan menjaganya
seperti anak sendiri. dia sgt bahagia bersama hakim, tetapi hakim
tiba2 diserang asma dan meninggal dunia. mula2 ingat ker Imran,
sepupu syafika yang hensem tu yg akan dpt syafika, tapi dpt kan
orang lain la pulak.


surely ni pon dalam favourite collection those yang suka novel. well
this one is in my fav. list jugak.


sure fine whatever
Rinn


MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.


Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.


RM 17.00
448 mukasurat

Thursday, March 22, 2007

Bagaikan Puteri

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd

BAGAIKAN PUTERI by Ramlee Awang Murshid

"Awan... kalau dapat kucapai maka saktilah hamba."

sebuah ceritera epik thriller.

memang action adventure lah citer nih. olahan citer fiksyen yg diselang seli dengan mitos dan fakta memang menarik minat saya.. tambah2 den suka bebenor citer2 epik, mistik dan science fiksyen spt lord of the rings, x-files, charmed, starwars. hehe apa kaitan dengan novel ni? sepanjang membaca buku ni saya tak dpat lari dari membuat perbandingan dengan citer2 yg saya sebutkan di atas. X-files memang saya minat giler sampai kalau dikatakan menjadi salah satu dari
'monster of the week' pon saya tak kisah! :)

apa beza laksamana sunan dgn hang tuah? hang tuah menentang musuh yang cuba memporak perandakan melaka dan beliau patuh dgn sultan melaka manakala laksamana sunan menentang musuh-musuh mistik, manusia2 yang bertuhankan iblis dan beliau amat patuh kepada Allah S.W.T.

saya ni memang penakut sikit bab2 melibatkan watak2 mistik pontianak, kuntilanak, hantu bota (dlm citer ni dipanggil balan-balan) dan yang sewaktu dengan nya.. tapi disebabkan citer best, kugagahi la jugak. hehe.. Haryani tu kira berani giler sbb biler dia sedar siapa Balan tu dia tak der la mcm ngeri sangat.. kalau org lain dah lama pitam.

Cara musuh2 laksamana sunan mati macam watak2 demon dlm charmed lah.. sama ada menjadi debu, terbakar, hilang bersama asap.. pertarungan Wali Sufi dengan Purba Hitam patuh pada Nyi whatsoever tu membuat saya terbayang pertarungan Yoda dengan Darth Vader yg patuh pada Sith Lord. ermm tentu wali sufi ngan purba hitam tak gunakan lightsaber.. hehe.. JQ, i missed you ;) lagi satu, kurun ke 15 dah ada telekomunikasi wireless hehe.. cara wali sufi di Acheh berhubung dengan Saifudin/laksamana sunan di tanah melayu melalui hubungan telepathy, tak yah top up atau bayar bil. Sian Laksamana Sunan dok cuba cari line nak contact wali sufi tak dapat2 rupa2nya org tua tu dah mati di tangan purba hitam yg meracuni makanannya.

Bila Nyi whatsoever menyebut 'tiada lelaki yang buleh membunuhku' terus mengingatkan saya kepada citer Lord of The Rings. Dark Lord yg bangga dengan kekebalannya bangga menyatakan "no man can kill me" akhirnya rebah selepas dicantas oleh seorang wanita yg turut turun ke medan perang dgn menyamar sebagai lelaki. selepas mencantas Dark Lord, wanita itu berkata, "I'm no man!"

ok! enough with the perbandingan, kalau nak ikutnya kepala den ni macam macam nak diluahkan. This book really stimulate my brain lah. serba sedikit tentang "bagaikan puteri". Haryani yang koma setelah menjadi mangsa ragut terperangkap di akhir abad ke 15 dan bertemu dgn Laksamana Sunan. Mereka bercinta tanpa meluahkan perasaan.

Dani yg melihat Haryani terlantar koma buat kali pertama terus jatuh cinta dan mahu mengahwini Haryani apabila dia sedar nanti. Darah keluarga Laksamana sunan yg mengalir dlm dirinya membulehkan dia berinteraksi di alam perantaraan dgn Haryani. Cinta Haryani kpd Laksamana Sunan terlampau kuat dan dia enggan kembali ke abad 21.

Cakaran Nyi Burga Kelara menjadikan Haryani dihuni makhluk penyembah iblis dan tak akan cure sampai bila2, memaksa Laksamana Sunan membenamkan keris silver keris nanggroe ke jantungnya dan melantunkan kembali Haryani ke abad 21 tanpa rela.. masa tu di abad 21 Haryani sudah siap dikapankan dan sedang terbujur di liang lahad!

kena baca to feel the excitement.

sure fine whatever
Rinn

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemua kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

BAGAIKAN PUTERI... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang!

RM19.90
580 mukasurat

Wednesday, March 21, 2007

Pelabuhan Kasih

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Suriani
Pelabuhan Kasih by Lily Suriani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd


"Izinkan kupimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu"


Reaksi selepas membaca buku ini? WOW!! marvelous! rasa macam nak peluk cium Lily Suriani. hik hik.. sebenarnya dah lama tak rasa macam ni lepas baca buku. Ada buku yg buat kita rasa sedih, simpati, hampir menitis air mata, tapi this one memang nangis habis aar.. habis kuar air mata, air idung semua, nasib baik aar telinga tak der air. Memang sedih gilerrrrrrrr. Kisah ni of course la kisah cinta, tapi penuh dugaan la. sounds stereotype, tapi kena baca dulu utk rasa effect nya.


Thanks tak terhingga buat adik for forcing me to read this book. From now on i'll trust you judgment in recommending a book :)


SEcara ringkas kisah ini berkaitan dengan Fatin Nabilah, seorang student akaun yg tak minat akaun. Dia berkenalan dengan Azril Adam dan prinsipnya sapa yg dia kuar dating, dgn orang tulah dia akan kawin. Rakan sebiliknya adalah kawan baiknya sejak sekolah, Bie. Bie terlanjur dgn boyfriend dia dan menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan Fatin. Fatin mempunyai keluarga yg sgt penyayang dan impikan suami yang sebaik bapanya. Fatin nekad berenti belajar dan mula bekeja dengan Fazil yg ada hati dengan Fatin walaupun Fatin terang terangan citer dia ada boyfriend yg akan jadi suaminya.


Azril seorang yg baran, cemburu dan berprasangka. Sebab kasih yg menggunung Fatin dan Azril kawin walaupun ibu bapa Azril tak berapa berkenan dengan Fatin yg tak grad, dia dianggap orang kampung yang bodoh. Fazil frust bawa diri ke Australia melanjutkan pelajaran. Hidup Fatin dengan Azril adalah menyiksakan buat Fatin. Azril tidak menghargai dirinya dia pernah dipukul depan anaknya yg tidak tahu apa2. Fatin makin tercabar mental dan emosinya apabila ibu bapa dan satu2nya kakak yg dimilikinya meninggal dunia dlm kemalangan jln raya.


Azril ada hubungn dgn bekas rakan sekelasnya dulu yg memang dah lama syok kat Azril, Nadirah. Fatin sanggup pinangkan Nadirah utk Azril asalkan diceraikan. Azril berjanji akan meninggalkan sikap buruknya dan kembali kpd isteri dan anak2. Dgn kuasa Tuhan Fatin dpt tau Nadirah dan Azril merancang utk kawin, dia hadir di majlis akad nikah, dipeluknya Azril buat kali terakhir dan dia serta dua anaknya menyaksikan Azril melafaz akad nikah dan serentak itu jatuh talak atas Fatin.


ibu bapa Azril sukakan Nadirah yg lebih moden dan berpelajaran. Fatin dibuang kerja setelah mengadu mengenai gangguan seksual oleh bosnya yg merupakan anak tuan punya syarikat. Dia mula melibatkan diri dengan aktiviti insurans, mengambil xm utk jadi wakil insurans bertauliah.


Malah dia sempat mengambil STPM dan melanjutkan pelajaran utk mengejar cita2 sebenarnya utk menjadi seorang pakar kaunseling. Pertemuan semula dengan Fazil adalah tak disangka sangka. Fazil bijak memikat anak2 Fatin dan berazam akan menjadikan Fatin isterinya walaupun ia akan mengambil masa yg agak panjang. Fazil tercabar bila Azril kembali menagih cinta Fatin. Nadirah cemburu dan merancang utk menghancurkan Fatin.


Anak sulung Fatin, Naim membesar sbg seorang sgt protektif, dan penyayang. Dia nekad tak ada orang yg akan memukul ibunya lagi. Dia dan Batrisya mendapat kasih sayang sepenuhnya dari Fazil dan ibu Fazi yg dianggap sebagai keluarga kerana mereka tak ada orang lain dah.


watak Nadirah dan Azril memang cukup menjengkelkan dan memang perfect la utk melengkapkan cerita ni.


sure fine whatever
Rinn


Terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis Belakang buku


Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.


Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!


Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.


Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.


Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.


Harga : RM 14.00
Halaman :352

Saga

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Abdul Talib Mohd Hassan
"Hadiah novel pertama Sayembara Novel Gapena 1976"


Biler tanya orang yang suka baca novel, dah baca SAGA? mesti diorang jawab dahhhh.. seolah-olah ni adalah bacaan wajib utk semua peminat novel/sastra. kebanyakannya sejak zaman skolah lagi dah baca dah novel ni.. well masa jalan2 kat library before cuti hari wilayah hari tu terserempak la dengan buku ni.. cetakan tahun 1982, agak lusuh keadaan bukunya macam dah berpuluh kali dibaca dan bertukar tangan. dari tahun 1976 hingga tahun 1982 sudah lapan kali diulang cetak. hmm memang laris. masa search kat internet, baru lah tau SAGA ni sebenarnya trilogi.. and akak baru baca satu ni jer..


Buku ni memang tiada cacat cela dari segi bahasa nya yang biasanya kita dapat trace dalam kebanyakan novel. memang teliti editornya. terasa puas dapat baca hasil yg ada ketelitian yg macam ini. Bab-bab dalam buku ini dibahagikan dari perspektif tiga watak utama SAGA iaitu Hisyam, Munirah dan Rahmat. Satu bab dari prespektif satu watak, contoh bab satu Hisyam, bab 2 Munirah dan bab 3 Rahmat, dan diulang bab 4 berbalik kepada Hisyam dan seterusnya.. Hanya bab 14 saja diceritakan insiden yang sama tapi dari pandangan 3 watak utama itu. perghh memang menarik sekali cara penceritaan Abdul Talib Mohd Hassan dan ada kesinambungan yang baik. Abdul Talib Mohd Hassan menggunakan semua elemen penting dalam cerita utk menjadikan cerita ini menarik, isu kemasyarakatan, pembangunan, cinta, nafsu, keTuhanan, adventure, thriller. Timbul jugak keinginan nak tau kesudahan trilogi SAGA ini.


serba sedikit tentang cerita ini. Mengisahkan Hisyam, Munirah mengikut Rahmat balik ke kampungnya dgn tujuan membuat perubahan dalam masyarakat kampung di situ. Mereka bertiga bersahabat baik, Munirah mengahwini Rahmat walau sebelum ini dia sebenarnya bercinta dengan Hisyam. Mereka bina sekolah, bina jambatan, bina jalan, namun ada juga yang iri hati dan mensabotaj. Jatuh, mereka bangun semula dengan semangat baru.


macam2 konflik jiwa juga timbul di kalangan 3 watak utama. Rahmat yg amat percayakan Hisyam, tak pernah ragu2 hubungannya dengan Munirah. Munirah masih berbelah bagi cintanya antara Hisyam dan Rahmat, malah kelihatannya dia lebih cintakan Hisyam namun tetap setia pada Rahmat. Hisyam pulak amat cintakan munirah, namun mata lelakinya sempat jugak ushar2 awek kampung yg cun2 seperti Masita dan Salwa, well bukan setakat usharr saja, dia dapat lebih dari itu nampaknya, dasar lelaki gatai.. heh.


Sure fine whatever


Terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd
Belakang buku:



SAGA seperti bentuknya yang ada ini merupakan jelmaan dari manuskrip novel yang memenangi hadi pertama, mengatasi tiga puluh lima manuskrip yang menyertai Sayembara Novel GAPENA 1976. Biaya sayembara tersebut disumbangkan oleh Tun Datu Haji Mustapha dan berkat darinya dapat pula memunculkan seorang muka baru dalam kesusasteraan Melayu Moden. Beliau aialah Abdul Talib Mohd. Hassan atau Al'taha, pengarang novel ini. Sebelumnya beliau pernah memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis skrip drama anjuran majlis drama malaysia dengan karyanya berjudul "Pesta Malaikat", tetapi namanya tidak pernah disebut dalam pembicaraan sastera melayu. Menurut tigabelas para hakim sayembara GAPENA, SAGA "... telah menunjukkan kemampuan pengarangnya untuk membawa pembaharuan kepada novel Malaysia. .. novel ini telah membawa berbagai-bagai persoalan sastera. Di samping itu, pengarangnya berhasil memperlihatkan kemampuannya melukiskan persoalan
watak-wataknya dari segi psikologi yang dpt dipertanggungjawabkan".


Bagaimanapun dalam mesyuarat pemutus, jemaah hakim dengan rendah hati menyimpulkan bahawa penilaian muktamat dari sesebuah hasil seni terpulang kepada peminat seni seluruhnya. Demikianlah SAGA ini diketengahkan kepada peminat sastera untuk memberikan pertimbangan terakhirnya - A. Wahab Ali, Ketua Jemaah Hakim, Sayembara Novel GAPENA 1976.


353 mukasurat

Rindunya Kian Membara

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Rindunya Kian Membara by Noor Suraya


"Cinta itu pelik? Seperti hujan panas. Dalam hujan ada panasnya, dalam panas ada hujannya."


Susah jugak nak cari buku ni di kedai buku kat putrajaya ni, memang tak jumpa la.. nasib baik masa gi bli tiket kat pudu raya rasa nak jengah kedai buku kat situ and dapat la buku 'Rindunya Kian Membara' ni :)


Berbelit belit emosi dan tali perut ku bila baca buku ni! Banyak sangat yang saya tak setuju takes place in this story. I like those kind of feelings take place bila membaca buku. Tht means the writer berjaya mengacau bilau kan my thinking. kadang2 tu kalau baca straight forward to tak best jugak kan? Ini bukannya sesuatu yang tidak baik, tapi sebenarnya menunjukkan penulisan Noor Suraya ni memang menarik perhatian saya hingga tak senang duduk, baring atau berdiri!


Keputusan yang diambil oleh Farhana pada mulanya seolah-olah boleh dijangka tetapi selepas itu dan selepas itu dan selepas itu, lain pulak jadinya. I'm glad things get better in the end. Thank you Noor Suraya for this one :) masa baca buku ni all i keep on saying is "kenapaaaaaaaaa? kenapaaaaaaaaaaa?" but the ending tu cured everything la.. i'm glad Farhana end up in a great family with kids.


Serba sedikit tentang cerita rindunya kian membara ni. Kisah Farhana yg kembali dari luar negara dengan gelaran doktor linguist especially dlm bhs perancis. Dia pernah berkahwin dgn masri yg pernah memberi lafaz taklik, jika dia kawin dgn org lain, secara otomatik Farhana diceraikan. so, tht wht happened and Farhana mengembara jauh melanjutkan pelajaran. selepas 7 tahun, she returned with her twins Zaynn and Zetti. bila masri tau, dia terus buat tuntutan hak penjagaan walaupun dia sendiri sudah ada 5 orang anak diiringi ugutan kalau nak kembali anak2nya, Farhana mesti berkahwin semula dengan Masri. Farhana enggan, i think walaupun keputusan tu memisahkan dia dgn anak2nya tetapi tu tindakan yg bijak la especially mengenangkan mak Masri yang memang tak sukakan Farhana. Tapi kesian la Farhana menanggung rindu pada anak2nya.


Imran yg dulu pernah meminang Farhana kembali dgn rasa cinta yang pernah surut. Dulu Farhana tolak sbb nak kawin ngan masri, now tak der penghalang dah. Tapi bila dia dah mula terima Imran, Ilham (suami kepada aruah sahabat baik Farhana) pulak meluahkan perasaan. Farhana dan serba salah especially dia mmg rapat dengan anak2 Ilham. dilema, dilema yg merimaskan.


ada dua scene yg memang tertahan tahan tak nak nangis, first yg masa Farhana dgn ibu Imran, asking her to marry her son sdg kan masa tu Farhana menanggung sakit kanser payudara. Dia rasa dia takkan jadi wanita yg sempurna buat seorang yg sebaik Imran.


Yang kedua masa Masri hantar Zaynn dan Zetti balik. Zaynn yang kesakitan dibalun ibu tirinya. kesian sungguh. Masri tu sanggup membiarkan anak2 sendiri menderita daripada menyerahkan mereka kembali kpd Farhana.


aku ni kesian kat imran sebenarnya.. hehe.. Ilham tu mementingkan diri sendiri. menggunakan anak2 sbg alasan utk menarik Farhana! tapi tula dah jodoh mcm mana.. apa2pun Ilham memang seorang suami dan bapa yg baik. ishhhh.. dok kesian kat imran lagi ni! Rasanya kalau imran fight sikit dan tak menyerah saja, maybe dia dpt kawin ngan Farhana. kesian imran..


sure fine whatever



Sinopsis belakang buku:


Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang lalu kita harus mencarinya semula... Tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemui lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila- bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


RM20.90
392 mukasurat

Jika Benar Cinta

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
"Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata"


Resah gelisah nak abihkan buku ni, nak baca laju takut nanti ada yang tertinggal, memang kena membaca setiap bait perkataan, penulisan yang tidak membosan kerana ada saja topik yang akan mencuit hati, nak tersenyum nak tergelak semua ada.


Novel sulung dari Lynn Dayana memang menarik cara penyampaiannya seolah olah universe dalam buku 'Jika Benar Cinta' ni dihuni oleh manusia-manusia yang loyar buruk. :) setiap watak yang muncul ada saja line loyar buruknya Auntie zarina, mak ayah si Lisa, even Henry dan Rosie pon loyar buruk jugak! Memang gelak bertali arus bila baca buku ni. Walaupun ada kisah duka, terubat juga dengan kata2 yang menjadi kan kita tersenyum, tertawa.


Penulis nyata berjaya membuat pembaca tertanya tanya sapa Airy? Anak sappa? salah cetak ker biler namanya ada tersebut dlm prolog? Tulah antara faktor2 yang mengundang kegelisahan bila baca citer ni.


Kisah ini membawa kepada kronologi kisah cinta yang terpaksa dilalui oleh Lisa demi utk membawanya kepada lelaki yang betul2 layak utk dirinya. Dia pernah dikecewakan kerana orang ketiga, dia pernah menyintai orang yang tidak membalas cintanya, dia sendiri pernah menjadi orang ketiga tanpa diketahuinya, dia pernah dibohongi dan kehilangan cinta yang disangkanya abadi. Dia takut bercinta lagi dan tidak menyangka bahawa kematian itu adalah perlu untuk menemukan dia dengan seorang insan yang diciptakan untuknya.


Buku ni boleh juga dijadikan buku panduan utk teknik2 loyar buruk yang berkesan heheh.. gusi tak sempat nak kering dah tergelak lagi.. tahniah Lynn Dayana and terima kasih.


Sure fine whatever



terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.


Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.


Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.


Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?


Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.


Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...


RM18.00
481 mukasurat

Tuesday, March 20, 2007

Kau Yang Bernama Seri

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash Nur Idris
Terbitan Rhythm
Kau Yang Bernama Seri by Bikash Nur Idris


"Sekali kau sudi menerimaku, sejuta kali aku akan setia... Sekali bumi beredar menerbitkan bintang di angkasa bernafas di dada langit, selagi itu kau kucinta."


ceritanya simple tapi saya saaaaaaaangat suka. Rasanya tak der la benda yang tak logic, part Za'ba paksa bas yang Seri naik tu boleh diterima la.. hehe kewl!


Bila baca 3 buku bikash berturut turut, i can see her improve in her writing. gaya penulisan, bersahaja, santai, kelakar memang sebati dengan Bikash Nur idris dan itu yg menarik org membaca. kisahnya dlm Kau yg bernama seri ni simple, kisah dua orang sahabat baik Seri dan Za'ba. Mereka yakin mereka bersahabat tetapi org sekeliling menganggap hubungan mereka lebih dari itu. Seri ni mcm garang dan keras sikit, tapi sikat sensitif seorg perempuan tetap ada. Za'ba pulak antara pemuda paling hensem di kolej dan memang suka tengok pompuan cantik. Seri yakin dia ngan za'ba takkan lebih dari kawan sbb dia bukan secantik perempuan2 lain. Tetiba saja seri didekati Siti yg ada agenda tersendiri.


Za'ba ni kalau tak dpt pujuk seri, dia cari laa kakak2 dia sebagai pengantara, even his mom and dad just to make seri talk to him.


Sure fine whatever


Bersahabat lebih baik dari berkasih.Bermasam muka dalam persahabatan masih mampu bertaut kembali dalam hubungan mesra. Sebaliknya sekali hati dilukai dek kekasih amat jarang memulihkan perhubungan sebagai sahabat.


Seri lebih rela menjadi sahabat Za'ba. Pertengkaran yang timbul adalah bunga-bunga mesra yang berputik di setiap pertemuan mereka. Kehadiran Siti Nurliza mengelirukan suasana persahabatan mereka. Dapatkah Siti Nurliza menghancurkan perhubungan suci antara Seri dan Za'ba? Adakah selamanya mereka terus bergelar sahabat tanpa timbul perasaan lain?

Cinta Pertama

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Cinta Pertama by Norhayati Berahim


"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"


puas hati ha baca buku nih. bila baca buku2 by NB saya suka cara dia describe kerja2 watak2 utama, menunjukkan NB memang buat research b4 menulis. and gaya penceritaan NB memang best. disebabkan nak baca buku ni saya sanggup tahan diri dari menonton drama tv 'tak tercapai akalmu' yg diangkat dari novel ni, nanti spoiler x best pulak. :)


B4 this memang dah baca beberapa karya NB dan saya perasan mesti ada terselit satu watak lelaki yg negatif seperti Raof (Hati yang Luka) dan Dhirran (Nota cinta buatmu). masa baca cinta pertama rasa mcm tercari cari pulak watak yg sebegitu, Dr Rahmat baik, En. Razali baik, En Ahmad baik, Carl of course la baik.. hehe.. rupa2nya muaz. character2 Raof, muaz dan Dhirran memang nyakit kan hati, tu yg best tu, membuktikan NB pandai menyerapkan rasa geram pada watak2 ni dlm penulisannya.. tapi kadang2 tu watak2 ni macam org yg sama lah pulak.


*sengih*


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:


Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.


Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?


Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?


RM 19.90
520 mukasurat

Ombak Rindu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Ombak Rindu by Fauziah Ashari


Rinduku umpama ombak yang tidak berhenti, Kasihmu bagai pantai yang setia menanti."


sedih betul hidup seorang bernama izzah ni. always end up dengan orang2 yang tak berapa nak elok. kat rumah Pakcik Taha dan isterinya mendera izzah, dipaksa jadi GRO menjadi mangsa kepada Hariz. Izzah merayu dikahwini, tetiba jer Hariz lembut hati walaupun garang giler. perkahwinan mereka dirahsiakan. SEmakin lama semakin terserlah kebaikan dan kemuliaan izzah dan Hariz dah semakin kurang garangnya.. mungkin nasib izzah akan berubah, tapi ada saja cabaran yg terpaksa ditempuh izzah dalam hidupnya.


great story, penuh drama.. *sob *sob. yang penting ending bagus.. utk ombak rindu la.. sambungan dia akak blom baca..


sure fine whatever


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


RM 19.90
576 mukasurat

Pesona Rindu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Pesona Rindu by Sharifah Abu Salem


Kali pertama baca hasil buah tangan Sharifah Abu Salem nih.. kalau tak silap ada terbaca yg ini adalah novelnya yang kelima. kali pertama juga membaca novel kisah hidup bermadu dari perspektif yg sebegini.


Masa nak mula baca tu macam malas sikit sbb mcm tak dapat terima lah pulak kisah watak utama bermadu. tapi biler dah mula tu, sekali pun tak lepas buku tu, sedar2 dah awal pagi dan baru perasan mata dah mengantuk :)


Sharifah abu saleem memang gifted writer, pandai bawak pembaca into the story, memang byk penceritaan memendam rasa, sedih, memang buleh nangis la kalau baca novel nih.


ada tiga watak utama dalm citer nih Najmah, Darina dan Fazlan. Tiga sahabat baik campur sorang lagi safuan, jadi empat la tapi safuan dan meninggal. Darina dan fazlan berkahwin pada usia muda, tiga bulan kemudian darina dpt offer blajar diluar negara.. dia mementingkan cita2 daripada suaminya yg baru dikahwini. Najmah bekeja dgn fazlan setelah dua tahun darina pergi, Najmah dan Fazlan berkahwin sbb najmah mmg dah lama syok kat fazlan tp bagi jalan kat Darina. Fazlan dpt rasa yg darina dah tak nak kat dia, so diorang kawin, memula ibubapa fazlan mcm tk dpt terima tapi biler najmah dah jadi menantu mereka, najmah lah org yg paling mereka sayang, tambah2 dengan kelahiran kimi. walaubgaimana pun mak bapa najmah tk dapat terima hakikat anak mereka bermadu.


cerita betul2 bermula bila Darina balik dari luar negara dan masih cintakan Fazlan. semua yg terlibat bersetuju merahsiakan perkahwinan fazlan-najmah, dan darina akan diberitahu apabila masanya sesuai. masalahnya masa yg sesuai tak pernah ada dan darina ni manjanya masyallah tambah2 dgn najmah. sering dikatakan darina ada lah separuh dari najmah dan najmah ada separuh dari darina. gitulah lebih kurang citer nyer.


tapi yg memusykilkan orang yg membaca ni, takkan sepanjang setahun darina bersama fazlan setelah kembali dari luar negara tak ada satu suara pun yg terdengar oleh darina tentang perkahwinan najmah-fazlan? macam tak logic lah pulak. tambah2 persandingan darina-fazlan diadakan dan ramai dijemput ke rumah. masa perkahwinan fazlan-najmah dulu diadakan di hotel. perkara ini terlalu besar utk dirahsiakan..


part yg really made me laugh biler bapak mertua fazlan (atau bapa darina) jatuh cinta dengan najmah! muaahahaha baru la ter gagaga weng weng tiu tiu si fazlan tu sampai nak pitam.. hehe.


sure fine whatever


RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.


Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.


Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.


Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.


Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.


RM 19.90
576 muka surat

Sehangat Asmara

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sehangat Asmara by Aisya Sofea


"Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah mula bersuara"


masa way before baca buku ni, ramai gak yg rekemen suruh baca this
book. dikatakan one of Aisya sofea's masterpiece. at last dpt baca
jugak. masa memula baca tk dapat nak habiskan sbb buku pinjam kan dan
masa suntuk.. takboleh nak speed read sbb takut nanti ada details yang
tertinggal.. akhirnya dapat jugak habiskan dan memang best! rasanya
buku ni mesti jadi collectors item bagi those yang memang hantu buku la.


kisah cinta kay dan zainal yang berkahwin di luar negara dan mendapat
tentangan keluarga. kay yg dari keluarga kaya, zainal dari keluarga
miskin, kay ditinggalkan zainal tanpa khabar berita terpaksa pulang
kepangkuan keluarga. cerita ini diceritakan dari persepsi kay yang
menderita sejak ditinggalkan zainal. sembilan tahun kemudian bekas
suaminya muncul kembali dan ingin menyatukan keluarga mereka yang
terpisah. Ada rahsia yang zainal simpan dari pengetahuan kay.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....


RM 19.90
560 muka surat