Wednesday, March 21, 2007

Jika Benar Cinta

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
"Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata"


Resah gelisah nak abihkan buku ni, nak baca laju takut nanti ada yang tertinggal, memang kena membaca setiap bait perkataan, penulisan yang tidak membosan kerana ada saja topik yang akan mencuit hati, nak tersenyum nak tergelak semua ada.


Novel sulung dari Lynn Dayana memang menarik cara penyampaiannya seolah olah universe dalam buku 'Jika Benar Cinta' ni dihuni oleh manusia-manusia yang loyar buruk. :) setiap watak yang muncul ada saja line loyar buruknya Auntie zarina, mak ayah si Lisa, even Henry dan Rosie pon loyar buruk jugak! Memang gelak bertali arus bila baca buku ni. Walaupun ada kisah duka, terubat juga dengan kata2 yang menjadi kan kita tersenyum, tertawa.


Penulis nyata berjaya membuat pembaca tertanya tanya sapa Airy? Anak sappa? salah cetak ker biler namanya ada tersebut dlm prolog? Tulah antara faktor2 yang mengundang kegelisahan bila baca citer ni.


Kisah ini membawa kepada kronologi kisah cinta yang terpaksa dilalui oleh Lisa demi utk membawanya kepada lelaki yang betul2 layak utk dirinya. Dia pernah dikecewakan kerana orang ketiga, dia pernah menyintai orang yang tidak membalas cintanya, dia sendiri pernah menjadi orang ketiga tanpa diketahuinya, dia pernah dibohongi dan kehilangan cinta yang disangkanya abadi. Dia takut bercinta lagi dan tidak menyangka bahawa kematian itu adalah perlu untuk menemukan dia dengan seorang insan yang diciptakan untuknya.


Buku ni boleh juga dijadikan buku panduan utk teknik2 loyar buruk yang berkesan heheh.. gusi tak sempat nak kering dah tergelak lagi.. tahniah Lynn Dayana and terima kasih.


Sure fine whatever



terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.


Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.


Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.


Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?


Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.


Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...


RM18.00
481 mukasurat

9 comments:

  1. Hmm... rasa novel ni biasa je. Asyik loyar buruk je... Kurang mencuit hati.
    Watak Lisa ni nampak macam berlagak sikit... "Pemikir Yang Agung?" Agung ke? Rasa macam biasa je... (jangan marah jika ada yang rasa tersindir).

    ReplyDelete
  2. Saya suka dgn cara komedi disulamkan dalam kisah ini. Kisah cinta yang berat begini jarang2 sekali disulamkan dengan komedi yang begitu mencuit hati. bagi saya ianya satu kelainan yang memikat dan dah berkali-kali saya ulang baca buku ini. memang best! two thumbs up. kadang2 tu bila dah laaaaama baca buku tak bertemu dgn buku yang kena dgn citarasa saya, memang saya akan korek2 cari buku2 yang saya suka utk dibaca semula.

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Lynn Dayana kerana Jika Benar cinta sudah masuk cetakan keEMPAT! tahniah, tahniah.

    ReplyDelete
  4. hahahaha..mmg best novel nie wpon cover dpn die xcntik lnsg..mule2 mmg xminat lnsg nk bace,tp bile smlm aku bosan aku pon amik lah buku nie yg aku susun kt rak buku(pnjm dr autie aku)..bile aku bace,wahh mcm best jek citer die...mmg best lahh..smpai aku gelak sorang2 lam bilik..n then aku sggup xkua umh smate2 nk abiskan bace smpai ending..mmg best la!!!aku salute ko Lynn Dayana..agak2 ko nk x,wt novel psl diri aku???hahha..lau berminat email lah aku ek..levony_purps@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. :) kalau nak burger-lak ketawa bleh ar baca buku nih :)

    ReplyDelete
  6. citer nih mmg best lah.belum abis bacer dah x sabar2 nak carik citer lynn dayana yg lain.time lunch hour harung kedai buku.tapi yg dibeli cuma hak cinta terpelihara.tarikh luput cinta py sinopsis x meyakinkan lah pulak...bile bacer buku nih raser cam dibuai-buai perasan...he...he..tersengih2 sensorang..aku keliru..mengetahui yg benar,impikan yg palsu..pergh..jadik minah jiwang pas nih!

    ReplyDelete
  7. :) tak sabar plak nak baca karya terbaru LD :) kalau ada org nak drama kan citer ni cemana? mcm ada jer.. hehe.. good luck Lynn Dayana

    ReplyDelete
  8. ctr ni kwn kta best n smlm g umh spupu,dia ada nvl ni..langkau sbb x smpt nk bca abis..mmg best la,trsengih je time bca..
    klkr msa dorang tgh kta mgata psl rimau n buaya tu..tba2 hazriq tnya,'so,bla kta nk pndh?'...igtkn dia nk ubh tpik la,rpa2 dok lpyar bruk lg..
    tpi mmg btl2 x sgka ingtkn akhir skali lisa dgn hazriq la..rpanya x..pndai LD wt kejutan...

    ReplyDelete
  9. baca langkau2 tak feel la :)
    baca la semua, baru dpt rasa kebestan citer ni :)

    ReplyDelete