Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Leeya Myra |
Mencari Cinta by Leeya Myra
masa yg saya ambil utk baca buku ni agak panjang.. bukan kerana
jalan cerita tapi sebab i've been busy and letih.. balik rumah dah
mengantuk.. tapi semalam dapat baca sampai habis.. this is a likable
story. permulaannya agak biasa tapi biler dah hampir ke ending
ceritanya makin best! nasihat saya sebelum baca buku ni jgn sekali -
kali baca sinopsis di belakang.. spoiler!!! citer akan jadi lebih
mendebarkan kalau anda tak baca kulit belakang buku ini.
dahsyat jugak Annessa yang dicintai 3 lelaki serentak. Seorang
adalah sahabat lama sejak sekolah dulu, berjumpa semula setelah
reunion iaitu Rizman. seorang lagi adalah Faris yang jatuh cinta
pandang pertama dengan Ann sbb dia beberapa kali terserempak dengan
Ann semasa menaiki tren, bila tau Ann ni berjiran dengan saudaranya,
terus dihantar rombongan meminang, Ann tak bagi kata putus dan Faris
sanggup menunggu hingga Ann buat keputusan. dan lelaki yang ketiga
adalah Ilham, org yang Ann cinta sejak berusia 16 tahun, Ilham
menghilang ke Jepun dan akhirnya kembali mahukan Ann semula tapi
masalahnya Ilham dah berkahwin semasa di Jepun tetapi dlm proses
penceraian.
agak curious jugak nak tau sapa yang Ann akan pilih kerana towards
the end macam Ann boleh jadi kawin dgn sapa2 saja maybe rizman,
faris atau Ilham.. anyway, i like ending yg diberi dlm cerita ini. the ending is a new beginning.
sure fine whatever
sinopsis belakang buku:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.
Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!
Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.
Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.
RM 15.00
400 muka surat
No comments:
Post a Comment