Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Bikash Nur Idris |
Ria Qistina by Bikash Nur Idris
"Perlu apa dengan cinta?"
Dah lama dah baca buku ni, nampaknya penulisan bikash memang sesuai utk remaja.. tapi dalam buku ni di awal cerita memang kurang lancar dan hampir2 membosankan, almost half of the book tapi separuh yg akhir menyelamatkan cerita Ria Qistina ni.
kisah seorang tomboy dalm tingkatan 6 yg pendendam terhadap lelaki. dari jauh seorang guru, zarif, syok kat Qistina. amazingly they get to spend holiday kat kg together, itu yg merapatkan lagi hbungan mereka tapi bila abih belajar Qistina berpindah dan zarif made her promise, janji tu zarif yang lafaz dan dia nak qistina tunaikan selepas dia kembali... qistina (yg lebih feminin) did return masa reunion and zarif menuntut janji tapi Qistina buat tk ingat.. Qistina masih lagi seorang yg degil.. nampaknya zarif terpaksa guna cara paksa la.. dan meneruskan persiapan perkahwinan..
sure fine whatever
sinopsis belakang buku:
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'
RM 15.00
416 muka surat
Novel nie best sgt.. Tp sayang coz saya dah kehilangan novel nie.. Tau tak kat mana ada jual... Utk makluman.. saya nie org klang...
ReplyDeletehmm boleh pi beli kat pejabat alaf kat shah alam tu.. kan tak jauh dah tu.. boleh semak terus dengan unit langganan alaf 21 kot2 la ada lagi :)
ReplyDeleteagree..1st half slow sikit but after that interesting....boleh tahan jugak degilnya si Qistina ni..hehehe...kesian Zarif... but in the end nasib baiklah jadi jugak they all kawin....
ReplyDeleteDah tanya dah Alaf 21 Tp dia kata dah X ada stock... Lanie tengah cuba dapatkan dari tuan punya Novel sendiri... Bikash janji nak tolong carikan... Hmmm... Harap2 adalah..
ReplyDeletewah! good luck with the book hunting.. kalau tak der jugak, jengah2 kedai 2nd hand lah kot.
ReplyDeletetula.. nasib baik jer zarif tu betul2 nak.. kalau org lain dah give up kot.. memang degil tahap gaban Qis tu. jiwang lah citer nih.. hehe..
ReplyDeletebest..best..sy suke kalo perempuan yang ego nih..hehe..
ReplyDeletesuka citer yang perempuannya jual mahal ek? hehe.. saya pun kadang2 suka jugak citer cinta yg bermula dengan perang2 nih.. benci jadi cinta gitu ;)
ReplyDeletenovel kedua yg aku baca selama aku bergiat dlm minat membaca novel...
ReplyDeletebest cter nie..
kisah soarang tomboy..hehe
Wan, citer ni jiwang la. hehe.
ReplyDelete