Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aisya Sofea |
Adam & Hawa by Aisya Sofea
"Tak usah diucap, tak usah dilafaz. Aku dah mengerti bahasa cintamu"
Lamanya jari2 aku ni kat keyboard, tak tau nak taip apa utk komen novel ni. ada things yg i like very much and ada yang i don't like at all. Permulaan cerita agak baik.. semasa sampai di separuh buku ada juga saya mengeluh bosan.. tapi selepas itu cerita ni menarik semula.. may be sebab rajuk Ain keterlaluan.. dia jelas sukakan Am yang sememangnya jauh lebih baik dari Am yang dulu terutamanya selepas bertemu semula depan masjidilharam tu. Ain macam sengaja memburukkan keadaan.. kenapa masih nak ada something dengan johan sedang kan dia memang masih isteri Am yg tak pernah lalai memberi nafkah kepada Ain.
Dia terang terangan menyatakan dia tak rindukan johan macam rindukan Am. bila dia tau johan ada affair dengan housemate dia, dia macam heartbroken lebih2 pulak.. mcm x logik lah pulak. Any way, peminat novel tentu suka baca buku ni.. I like the back cover of the book, ada CIK TED!!! comelnyaaaaaaaaaa.. hehe.. kesian pulak biler teringat Ain ada membaling cik ted keluar tingkap semasa Ain menuntut di Australia..
sure fine whatever
Sinopsis belakang buku:
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
RM 19.90
496 muka surat
suuuukkkkkkkeeeeeee dan sayang SANGAT2 dgn novel ni. susahnya nak mencari seorang Adam Mukhriz yg sanggup berusaha menjadi suami yg beriman demi kebahagiaan seorang isteri dizaman ini.....
ReplyDeletesayu rasanya waktu part Adam meletakkan selipar Ain di atas seliparnya ketika mereka di MasjidilHaram (very significant to me)...action speaks louder than words...bukti tulusnya kasih-sayang suami ....
waktu baca kisah mereka di Masjidilharam....jadikan saya rindu sangat2 untuk kembali kesana sekali lagi..rindukan ketenangan yg tidak terungkap dgn kata2..
recommeded reading untuk jadikan ikhtibar...
suke dan kagum dgn kesabaran am dalam menunggu dan melayan kerenah ain..
ReplyDeletemoga2 ada lg " Adam Mukhriz " dalam dunia nie lg..
alamak, rasa macam teringin pulak nak baca buku ni lagi sekali :)
ReplyDeleteone of my best novel i have read....x membosankan...hepi ending...ade kwn saye dgr je tajuk 'adam dan hawa' terus die x nak bace takut citer dia bosan mcm islamic je...tp biler die dah start trus tarik balik ckp die tadi tuh..huhu..bru tau
ReplyDeletetulah... never judge a book by it's cover, or title in this case. baca dulu baru tau kan? :)
ReplyDeleteadmire sgt ngan wtk adam mukhriz yg hensem..tpi menyampah glerr ngan Ain...x bersyukur lnsg ada insan sehebat adam yg nakkan dia..igt dia baik sgt ker..trharu sbb adam sggp tnggu dia 8 thn,mmg nangis masa baca part tu..kalau saya jdik adam,dh lama cri org lain..
ReplyDeleteapa2 pun cerita nie lbh best kalau AS x mggunakan kata ganti diri aku..sbb ia akan mmbataskan penceritaannya,perasaan Adam pd Ain x bleh diceritakan secara detail..satu sbb knpa saya x ska nvl AS..
lyan habis baca nvl ni.. xrgi bli berbaloi.
ReplyDeleteAin memang menjadikan cerita ni drag sikit. tapi berbaloi baca sampai habis.
ReplyDeletewah bintang bersinar2 :)
ReplyDelete