Wednesday, March 21, 2007

Atika

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hasreeyati Ramli
terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Atika by hasreeyati ramli


"Tanpa kusedari hari ini sudahpun menjadi esok"


tagline ni mcm pelik lah pulak, naper pulak hari ini sudah menjadi esok? nak kata citer pasal time travel or science fiction, tak der lah pulak *garu pala* buat la jadi kelmarin ke, jadi semalam ke, jadi minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke.. :) Lagi satu, buku ni tiada dalam database website Alaf21. kenapa ye? sebab buku lama ke?

i tried search guna 'penulis' pun tak der, search guna 'tajuk buku' pon tak der jugak.


Buku ni dah baca twice, first time masa bulan doblas 2006 and 2nd time yesterday lah.. kalau dilihat pada ulang cetak, sejak tahun 1996 hingga tahun 2003, buku ini sudah diulang cetak sebanyak 5 kali.. agak popular lah jugak
novel ni kan?


komen pertama, rasa macam baca buku inggeris lah! sofisikated sungguh. dibayangkan Atika seorang wanita yg sgt cantik dan berjaya memikat hati dua adik beradik kembar Amril Adi dan Airil Amdi. Amril terlebih dahulu mengenali Atika dan mereka sama2 jatuh cinta. Tapi Atika telah salah faham perhubungan mesra antara Amril dengan seorang perempuan, disangkanya Amril curang tapi rupa2nya itu adik kandung Amril (mak lain2 bapak sama). Atika terus memutuskan hubungan sbb tak dapat menerima lelaki yg curang.


apabila mereka bertemu semula dalam satu majlis, Airil pulak jatuh hati dengan Atika, Atika yang cuba menjauhkan diri dari Amril bertindak melayan Airil. Pelik jugak biler Atika tiba2 jer sudi menerima Airil sebagai tunangannya sedangkan Airil sendiri mengaku dia sudah meniduri ramai wanita. Yg Atika tak tau, Airil ni jugak ketua sindekit penyeludupan besar bertaraf antarabangsa (Amril pulak seorang yang baik dan mengikut cakap bapanya). Masa ni Atika dah tau kisah
sebenar yang Amril masa dulu tu dengan adiknya sendiri bukannya curang. tapi atika tetap tak dapat terima kerana katanya hatinya masih lagi terluka dan mendakwa Amril was her biggest mistake. Tapi Airil senang pulak dia terima setelah dipujuk mcm tak bersungguh sungguh oleh makciknya. maybe sebab Airil lagi romantik kot. Airil ni siap sanggup kelar tangan sendiri bila Atika ragu2 nak terima dia.. sampai Amril rela pegi pujuk Atika terima semula Airil. Masa tu la baru tau rupa2nya bapak Amril&Airil ni rupa2nya pakwe lama makciknya si Atika tu. so makcik ngan pakcik tu kawin.


Lepas Airil kuar dari hospital, dia ngan Atika gi makan kat restoran, masa Atika pegi amik beg dia yg tertinggal, kereta Airil meletup dan Airil bersopai bersama-sama keretanya, hasil balas dendam dari saingannya dalam dunia penyeludupan. Atika cedera parah hampir seluruh badan dan wajahnya. Dia hilang ingatan. Dia kena buat pembedahan plastik utk mengembalikan kecantikan wajahnya. Digambarkan Atika lebih cantik selepas pembedahan plastik dan ingatannya kembali sembuh, dia trauma biler teringatkan kematian Airil yang tragedi buah epal. dia masih bencikan Amril tapi penulis macam cepat2 nak ending kat cerita, secara tiba2 Atika merasa kembali perasaan sayangnya kepada Amril dan menerima kembali Amril dalam hidupnya.. abih...


Terbitan Alaf21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Dunia lelaki itu hanya seronok. Wanita baginya hanyalah alat untuk memuaskan nafsu. Ketika keinsafan mula berputik, sebutir bom jangka telah meletup (kebabo!!! <--- ni tambah kak rinn sendiri ni tak der dlm buku) telah meragut nyawanya.


RM12.90
251 mukasurat

4 comments:

  1. Assalamualaikum n Hai Rinn....salam perkenalan dari Kak Yati...(the author herself..) hmmm.... tis is my very 1st `baby' anyway....hmm....so mmg le ngaku sangat2 ada terkureng sana sini..... anyway...kak yati dapat dihubungi dengan number ini 013-450 4022 utk sebarang kemusykilan yang Rinn nak tau abt tis novel and the rest of my novels k?
    Wassalam.....

    ReplyDelete
  2. Salam kak yati *sengih* terharunya bila author sudi menjengah review pages saya yg tak seberapa ni. selalunya orang tinggal email.. kakyati ni siap bagi no hp tu. saya ada gak baca akak nyer "Demi Kasih Ini" yg cover dia ada pompuan tepi pantai dgn gaya "Undilah Saya!" tu.. haha mentang2 la musim mengundi.

    ReplyDelete
  3. hai kak hasreeyati..sy nk tanya berkenaan tajuk buku ini, kenapa nama 'atika' menjadi pilihan akak?? apakah signifikannye??

    ReplyDelete
  4. fuiyo tudia bagi soklan macam wartawan novel lah :)

    ReplyDelete