Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Aisya Sofea |
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
"kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayang impian"
antara tiga buku aisya sofea yang saya dah baca, this was the first one! nampaknya Aisya sofea memang sentiasa menggunakan ganti diri 'aku' dalam novel2nya.. i believe she gathered her own fans with her books.
kali ni kisah cinta Intan Azureen dan Hanif Ashman, mereka bertemu dalam bas semasa Zureen diganggu seorang tua tak sedar diri. Biler dah makin rapat Zureen menceritakan yg dia sebenarnya tunangan orang (bertunang selama 6 tahun atas perjanjian keluarga, antara Arwah bapanya dengan maklongnya). Ibu Zureen pun tahu tentang kehadiran Hanif Ashman tetapi Zureen mohon ibunya beri peluang dia merasa bercinta. dia akan patuh dgn kehendak ibunya. So Zureen dan hanif berkasih walaupun tahun mereka takan berkahwin.
Mula2 tu ingat ker hanif ashman dgn hanif azman tu orang yang sama, tersilap rupanya.. hehe.. watak Alia, anak angkat Hanif yg keletah diwujudkan utk melembutkan hati ibu Zureen dan maklongnya.. memang sweet. kalau sekadar nak kan tanah milik Zureen dijadikan alasan utk mengahwinkan Azman dgn Intan Azureen.. ala kalau nak tanah kata la nak tanah, ni kata nak Zureen jadi menantu tu apa hal.. kan dah susah.. aduih.. Azman memang tak sesuai dibuat husband, nasib baikla hanif ashman (yg rupa2nya anak sulung maklong) berani mempertahankan Intan Azureen. happy ending..
tak sangka pulak pakcik tua yang nograt Intan Azureen atas bas dulu muncul semula masa ending.. kalau tak disebabkan pakcik tua yg gatal ni, takkan bertemu la intan dengan hanif.. rupa2ya pakcik tu tokey katering utk majlis kawin Intan Azureen dgn Hanif Ashman.. hehe..
sure fine whatever
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:
Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.
Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!
Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?
Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?
RM 17.00
416 mukasurat
suke citer ni... tabik dgn Hanif Ashman yg sanggup menjaga Alia walaupun tiada pertalian darah...kesian waktu dia 'terbuang' dari keluarga, sedih..
ReplyDeleterecommended reading...
sambungan kisah ni dalam 'buatmu kekasih' sedih ler.. tangkap nangis!
ReplyDeletefirst love story aku bace mase form 5..before ni layan ramlee awang murshid punye citer je...suffering bace citer nih..mau dekat sebulan bru abis...maybe first novelcinta kot..maklumlah bru nak msuk dunia novel...
ReplyDeletei love this novel..
ReplyDeletethat story make my mind was blown!!
asalkan novel aisya sofea..
ReplyDeletemsti baca punya...
novel aisya sofea ada banyak! ni salah satu darinya.. boleh la cuba novel2 dia yg lain tengok... kot2 masyukkk.. sekarang ni ada novel baru dia kan?
ReplyDeletemesti si hanif ashman tu handsome abis!
ReplyDeletehero kena hensem la, baru seronok baca. keh keh.
ReplyDeletebez
ReplyDelete