Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Damya Hanna |
Bicara Hati by Damya Hanna
citer pasai kawin kontrak rupanya.. macam mana la pulak syah boleh ajak org yg he met by accident (literally) yg baru seminggu dikenali. maybe alasannya muka alia tu iras2 muka nazirah, kekasihnya yg sudah meninggal dunia.. ok.. yang si alia pulak, sudi kawin dengan syah dengan beberapa syarat dan bayaran m30,000 utk membantu sahabat baiknya yg mengidap penyakit kanser perut.. ok. so perkahwinan pon berlaku dan selepas itu syarat ntah kemana dan mereka dah mula suka sama suka walaupun masing2 ada saja ego. yang ni dah baik yang lagi satu merajuk, yg tu dah ok, yang ni pulak berjauh hati.. so meleret leret la sikit kisah cinta alia ngan syah ni, tapi seronok la baca.. tak sangka pulak alia tu anak tengku2 jugak. tapi satu jer tak puas hati, masa 1cm terakhir buku ni macam tak sesuai lah pulak. kalau syah tu betul2 sayangkan alia takkan la dia sanggup tinggalkan bini dia yg memang dia tahu sedang mengandung dengan tujuan utk melupakannya.. kan tak betul bunyi nya tu.. walau macam mana pun memang tak lepas baca buku ni dari mula sampai habis :)
sure fine whatever
sinopsis belakang buku:
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
RM 18.00
576 mukasurat
ngah cari buku ni...kat libry pun tak jumpa2 lagi... frust..
ReplyDeletetak cuba ka order direct dari unit langganan alaf 21?
ReplyDeletebest novel i have read....dah berape kali ulang dah citer nih...but tengku syahran kalau nak diikutkan jahat sebenarnya tp nasib dia insaf...huhu
ReplyDelete:) ya novel ni dan 'sepi tanpa cinta' telah menjadikan ramai pembaca peminat karya2 Damya Hanna :)
ReplyDeletenvl plg bezz saya prnah bca..x ada yg bleh challenge...saya rasa la rinn,syahran tgglkan aleya masa tgh mngandung tu sbb nk thu aleya ni sengsara x tanpa dia...agaknya lah kot..
ReplyDeletekejam lah lelaki yg pilih masa isteri tengah sarat pregnant utk uji sengsara tak sengsara... huhu. Lagipun takkan la tak nak sama2 merasa saat2 menunggu kelahiran anak pertama bersama-sama isteri.
ReplyDeletenovel ni best gleeeeeeeee....menarik
ReplyDeleteBicara hati ni novel pes aku beli...sebabnya? kawan aku mahu beli novel dan aku nak pinjam,,dia kata boleh dgn syarat aku pun beli novel gak..Dan ditakdirkan Bicara hati ni aku ambil dan ironiknya pastu aku jadi peminat novel DAMYA HANNA. Bes novel ni...klu aku nak nangis tp ayermate xmau keluar...baca ms 115...gerenti ayer mata aku mencurah keluar...dan senang lah aku berlakun...haha
ReplyDeletenovel BH mengajar apa ertinya cinta...apa erti kesetiaan...apa ertinya memberi keampunan...apa ertinya sabar menanti...apa ertinya sakit menjadi penunggu...apa ertinya kebahagian hidup berkeluarga...dan segalanya2 ...Best sgt...
ReplyDeletepenunggu? penunggu gua termasuk sekali lah tu... mesti tensyen tunggu dlm gua.
ReplyDeleteCerita ni dah jadi buku wajib baca utk peminat2 novel melayu. thanks kelupis 4u comments :)
Bst sgt6 nvl ni.. xpuas2 wlaupn dah berkali2 baca.. tahniah Damya Hana..
ReplyDeletebiasanya kalau ada yg dah terbaca novel ni, mesti cari semua novel DH yg lain :)
ReplyDelete