Showing posts with label damyahanna. Show all posts
Showing posts with label damyahanna. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Ilham Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Ilham Hati by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009


"Suara engkaukah yang berbisik seiring dgn degup jantungku?"


Menarik jugak kisah Rian yg terjaga suatu hari dan tetiba saja 4 tahun dari hidupnya hilang begitu sahaja. Dia tidak dapat recall apa2 dari memorinya, tau2 saja dia adalah seorang editor yg bersuamikan seorang lelaki hensem yg kaya raya benama Hanif. Dia jadi kekok.


Menarik juga cara DAmya membawa kisah ini, dia melayari kisah Rian yg hidup dalam berteka teki. Jahat sangatkah dia dlm tempoh 4 tahun itu sehingga kelihatannya spt dia banyak musuh. Rian ni bukanlah wanita yg baik sangat. Dia telah mmerangkap Hanif utk menjadi suaminya demi membongkar sebuah wasiat dan perkahwinan mereka ternyata bukan ats dasar cinta sama cinta. Hanif jadi serba salah mcm mana nak cerita kat Rian kerana dia sendiri sudah mula jatuh hati pada Rian yg baru ini.


Org sekeliling sgt terkejut dgn transformasi Rian kini. Rian jadi hairan sehinggalah dia terjumpa sebuah catatan yang tulis tangan, tulisan tangannya sendiri yg membongkar sejarah silamnya.


Selitan kisah Zariel dan Junita dari "Ternyata Cinta" juga ada dan membuatkan kisah ini spt ada dua kisah cinta dlm satu buku. Hubungkait tak der sangat antara kedua2 kisah ini.


Watak Safwan yg seperti seorg pemudahcara/kaunselor kepada Hanif membuatkan saya teringat pada Amirul dlm Bicara Hati dan Adli dalam Sepi Tanpa Cinta.


sure fine whatever
rinn


RM19.90
isbn: 9789831244425
492 mukasurat

Wednesday, August 20, 2008

Rela Kumenanti

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Rela Kumenanti by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2006


"Sesungguhnya penantian ini satu seksaan yang mengguris hati hingga luka"


Akhirnya saya melengkapkan koleksi bacaan karya Damya Hanna. Plot citer ni ada iras2 Senafas Rindu. Nasib baik saya baca dgn jarak masa yg jauh antara kedua-dua buku tersebut. Bagi saya "Rela Kumenanti" tidak menghampakan.


Melihatkan tajuk sudah boleh membuat kita mengagak yg kisah cinta ini akan mengambil masa yang amat panjang utk bersatu. Bagi saya watak Nurin yang melengah-lengahkan peluang dia utk bersama Zamil. Tiada sebab yg kongkrit mengapa mesti dia menolak Zamil sedangkan dia lebih dari tertarik kepada Zamil tu. ntah kenapa she keeps telling herself yang dia tak cintakan Zamil. Nurin ni macam in denial lah. Walaupun cuba menjadikan kisah ini sarat dengan emosi tapi tak der pulak scene yang cukup menghibakan. Apa2pun happy ending dan true love wins.


Mengisahkan Nurin Aina yang sentiasa disalah ertikan kehadirannya dlm hidup mana2 lelaki. Persahabatannya dgn Luqman membuatkan Liyana cemburu dan memutuskan persahabatan dgn Nurin. Hubungan kerja yang makin erat dengan Zamil membuatkan Mylia melupakan Zamil dan mencari kasih baru. Nurin yang pernah menjadi istimewa dlm hidup Khairul menjadikan Asmah, isterinya, curiga walaupun perasaan itu cuba ditolak jauh apabila mengetahui cinta Khairul pernah ditepis Nurin. Namun hati wanita Asmah tetap sakit dan dicucuk cemburu. Zamil sentiasa cuba mencuri perhatian Nurin dan berjanji Nurin akan jatuh cinta padanya. Oh, by the way.. Zamil ngan Luqman adalah kembar seiras.


Perebutan hak penjagaan anak saudaranya membuatkan Nurin terpaksa mencari calon suami utk memudahkan kemenangannya dalam kes mahkamah, hmm sapa calon yg sesuai ya? yg pastinya tentu Zamil berada di barisan hadapan sekali sambil mengangkat tangan dan melompat lompat kegirangan. hehe..


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dgn Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.


"Jika aku di hatimu mengapa dia yg jadi sebutan?"


Berkali-kali frasa itu diulang. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tidak pernah dia merasakan sakitnya bercinta. Puas sudah dia memarahi hatinya yg degil. Tapi bayangan Nurin juga yg dinanti-nantikan. Tewaskan dia pada seorg gadis yg egois?


Nurin memang mengerti perasaan Zamil. Sengaja dia berdolak-dalih, lelaki itu 'hana kawan.' Entah berapa kali dia membohongi hati. Sedangkan bila berjauhan, ada rindu yg menderu dan ada resah yg membara. Hangatnya membakar dlm diam... Hatinya yg terguris tak nampak di mata. Bagi Nurin, cinta tidak semudah melepaskan kata-kata. Dia rela menanti, biarpun disebut jangan, dikenang pun jangan.


"Kau mungkin tidak tahu kasihku bagai di hujung nyawa."


Lalu antara mereka, ada yg terluka. Luqman menjauh bersama doa setelah Zamil mengundur diri. Liyana kembali demi mengutip salah sendiri. Dan Mylia pergi dgn keangkuhan. Jadi siapa yg akan mengikat setia kasih ini? Nurin hanya berserah.


Dia yakin... cintanya milik lelaki itu!




sinopsis di website alaf

Novel beliau ini pasti menggamit perasaan anda dan sudah pasti anda tidak sabar membacanya sehingga tamat. Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.


Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.


Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?


Harga : RM 19.90
Halaman :544
ISBN : 983-124-239-4


Monday, May 12, 2008

Ternyata Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Ternyata Cinta by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Cinta kita yg sentiasa mekar tersemai di laman hati ini"

Saya lebih terhibur membaca Ternyata Cinta berbanding Senafas Rindu. Namun kisah ini agak jauh utk menandingi "Bicara hati" dan "Sepi Tanpa Cinta". Bagaimanapun saya suka dgn improvement Damya Hanna dalam menggarap watak2 utama dalam novel terbarunya. Tapi si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak 'reliable' dan kurang matang. Dgn dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dgn keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam2 tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun dah. haha.. saya lebih selesa dgn unsur komedi yg diselitkan oleh Damya Hanna dalam novel ini berbanding dgn novel2nya yang lain.

Kisah ini tentang Qasdina yang sudah lama kehilangan ibu. Ayahnya mengalami masalah kewangan dan dia bekerja utk menampung perbelanjaan persekolahan 2 orang adiknya. Kelulusannya yang tiada kaitan dgn kerjanya menyebabkan dia tersadai melakukan kerja2 pembantu am. Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa boss kat tempat dia tu nak amik dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list 'lelaki idaman' Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kpd Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel. MAcam tak ada pulak watak yang betul2 mencabar watak 'Qasdina', Jun tidak cukup 'jahat' dalam kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Pgalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita2 bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

RM19.90
535 mukasurat

Tuesday, May 15, 2007

Senafas Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Senafas Rindu by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad


"Meskipun berjauhan, aku sentiasa dapat merasai getaran gemuruh di hatimu"


Tak merancang pun nak beli buku ni, tapi bila nampak Damya hanna datang masa pesta buku hari tu, terus jer amik and bayar buku ni n amik autograph. Buku ni baca masa sepanjang berkursus di Melaka sbb malam tak der kelas so, sempat la habiskan buku nih.


buku ni mengisahkan tentang dua insan yang masing2 ada pengalaman cinta yang tersendiri dan kedua-duanya ditinggalkan kekasih, viviana dan Fariz. Viviana jatuh cinta dengan Kelvin yang menghulurkan cinta palsu kepadanya atas tujuan mengukuhkan perniagaan keluarga, sebaik saja perjanjian ditandatangani oleh syarikat ibu Viviana dgn syarikat keluarga Kelvin, kelvin terus memutuskan perhubungan malah selepas itu dia beberapa kali mempermainkan perasaan viviana di khalayak ramai. ntah mengapa setiap kali Viviana dipersendakan, Faris menjadi saksi dan jatuh kasihan dengan Viviana. Banyak perkara yang menjadikan perkenalan antara Faris dan viviana sbg satu kemestian.


Fariz pulak putus cinta selepas ditinggalkan Syafika yang menerima sogokan wang ringgit dari ibu Fariz yg mementingkan status. perkenalan dengan viviana menyebabkan Fariz semakin berani berhadapan dgn ibunya malah cuba mendapatkan viviana utk menyamar sbg kekasihnya.


Viviana pun ada masalah dgn ibunya yg tak dapat menerima hakikat berkahwin dgn lelaki yg dibencinya dan melahirkan viviana. Dia benci pada viviana dan kebaikan kepada viviana sentiasa ada udang di sebalik batu menjadikan viviana sukar utk mempercayai ibunya. viviana mengandungkan anak kelvin tetapi kemudian dia keguguran. mulanya Fariz marah dan meninggalkan viviana tetapi kemudian dia kmbali kerana penderitaan yg dialami viviana menginsafkan Fariz dan dia mula sedar dia sayangkan viviana. tapi ibu viviana telah merancang sesuatu hingga viviana dan Fariz ditangkap khalwat. Ibu viviana menggunakan bukti2 utk memeras ugut viviana supaya berkahwin dgn kelvin yg mahukannya kembali, jika tidak imej Fariz akan diburukkan di depan keluarga Fariz sendiri. Viviana telah bersetuju tapi ibunya tetap mungkir janji menjadikan viviana mengikut Fariz dan akhirnya mereka berkahwin. Liku2 hidup mereka selepas berkahwin ada dugaan tersendiri bila ibu Fariz dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana, atau nama Islamnya Siti Nur Ain. Tapi atas bimbingan nek wan, bapa faris dan kakak Fariz, Athirah, viviana mula mendalami agama Islam dan cuba menjadi isteri yg baik.


Tapi panggilan telefon dari Kelvin dan pemergian viviana yg dijanjikan hanya seketika berlanjutan sehingga dua tahun. aduih.. citer selepas 2 tahun tu sedih nya.. tangkap nangis wa cakap lu. *sob *sob. Rasanya ada improvement Damya hanna dalam penceritaan scene sedih.. memang termenangis la..


pada saya tengku syahran & zahlia (bicara hati), Haziqah & Fakrul (Sepi tanpa cinta) mempunyai chemistry yang jauh lebih power berbanding dengan Viviana dgn Fariz.. tapi better than Syamir & Nur Dhuha. perghh byk gak buku damya hanna yg saya dah baca.. rasanya ada lagi satu la belum baca.. tajuk aper ek?? ermm.. nanti pinjam dari yam lah.. :)



sure fine whatever
Rinn


Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibwa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.


Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.


Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yg bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.


Antara Syafika, Viviana dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.


RM19.90

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku PWTC - 5 Mei 2007

Last Saturday sempat la pegi PWTC sempena pesta buku. Tak rugi datang awal sebab tak la crowded sangat. Hari pun cerah tak ujan. Alhamdulillah. I arrived around 11 a.m. Sampai2 tu terus masuk dewan Karangkraf sebab tu la dewan pertama kat pintu masuk. Gilanya tengok banyak buku.. yang tu nak yang ni nak. So terpaksa letak budget around RM100 saja, takut la nanti beli sakan kang terbabas, ada yang makan sup buku ujung bulan ni.
Saya utamakan buku2 yang ada penulis kat pesta buku tu sebab nak amik signature la! ehehe.. Antara yang ada masa tu Lynn Dayana, Rose Harrisa, Lily Haslina Nasir, Aisya Sofea, Zara Juita, Anis Ayuni, Norzailina Nordin, Meen Zulaikha, Damya Hanna dan Ramlee Awang Murshid. Kalau ada yang datang after 1.30 ptg tu akak tak tau la.. sebab masa tu dah naik tren balik putrajaya.. memang pi semata-mata nak jengah alaf.. tu pun dah menyenget bawak buku takkan nak singgah tempat lain..
Esoknya, Sunday tu tak dapat pegi sebab ada banyak keja kat opis nak kena settle for Monday nyer event! aduih.. jelesnya Cekputeh dapat pegi and jumpa Aina Emir dgn Noor Suraya.. Nak wat camner, tak der jodoh, may be next time..
sure fine whatever
Rinn

Tuesday, March 20, 2007

Sepi Tanpa Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sepi Tanpa Cinta by Damya Hanna


sepanjang masa baca buku ni i can't help comparing this book with 'bicara hati' karya damya hanna yang pertama. too much similarities walaupun situasi yang diletakkan agak berbeza. kalau dlm 'sepi tanpa cinta' haziqah rela kawin dgn fakrul sbb nak menutup malu keluarga kerana tunangan dia takmo kawin dengan dia 2 days before the wedding date. manakala dalam 'bicara hati' zahlia dan syah kawin contract sbb syah tak nak kawin dgn linda.


tht is the only part yang different sikit la.. watak Amirul dalam 'sepi tanpa cinta' sama macam watak Adli dalam 'bicara hati', sebagai tempat utk Fakrul/syah mengadu dan meminta tips utk ngorat isteri. watak linda dalam 'bicara hati' sama macam watak melati dalam 'sepi tanpa cinta', seorang yang pendengki.


dalam 'bicara hati' alia adalah anak yatim piatu, rupa2nya dia anak kepada saudara terdekat husband dia. diorang dua pupu. manakala dalam 'sepi tanpa cinta' haziqah rupa2nya anak kepada ibu saudara husband dia. diorang sepupu. ada jugak babak2 yg hampir sama. memandang kan i read sepi tanpa cinta right after bicara hati menjadi kan i cannot tell the story balik without mixing up the two novels. *garu pala*


rasanya kalau sebulan kemudian baru baca sepi tanpa cinta may be i don't feel so bad. hehe.. too much similarities sampai rasa baca buku yg sama dua kali. kalau diminta memilih which one is better, i'd choose bicara hati.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!


Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!


Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...


RM 18.00
496 muka surat

Bicara Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Terbitan alaf 21 Sendirian Berhad
Bicara Hati by Damya Hanna


citer pasai kawin kontrak rupanya.. macam mana la pulak syah boleh ajak org yg he met by accident (literally) yg baru seminggu dikenali. maybe alasannya muka alia tu iras2 muka nazirah, kekasihnya yg sudah meninggal dunia.. ok.. yang si alia pulak, sudi kawin dengan syah dengan beberapa syarat dan bayaran m30,000 utk membantu sahabat baiknya yg mengidap penyakit kanser perut.. ok. so perkahwinan pon berlaku dan selepas itu syarat ntah kemana dan mereka dah mula suka sama suka walaupun masing2 ada saja ego. yang ni dah baik yang lagi satu merajuk, yg tu dah ok, yang ni pulak berjauh hati.. so meleret leret la sikit kisah cinta alia ngan syah ni, tapi seronok la baca.. tak sangka pulak alia tu anak tengku2 jugak. tapi satu jer tak puas hati, masa 1cm terakhir buku ni macam tak sesuai lah pulak. kalau syah tu betul2 sayangkan alia takkan la dia sanggup tinggalkan bini dia yg memang dia tahu sedang mengandung dengan tujuan utk melupakannya.. kan tak betul bunyi nya tu.. walau macam mana pun memang tak lepas baca buku ni dari mula sampai habis :)


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.


Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.


Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.


Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.


Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


RM 18.00
576 mukasurat

Saat Cinta Bersemi

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Saat Cinta Bersemi by Damya Hanna


Masa start baca citer ni memang berkobar-kobar sikit, sebab tengok
cover dan permulaan cerita memang best. ntah la kat mana along the way
i get distracted easily, macam tak habiskan pon tak pa. kat mana silap
ye? permulaannya kira kisah nur dhuha ni memang sedih manjang la
tambah2 dia tinggal bersama abgnya badrul yg terlibat dgn aktiviti2 yg
tak elok belaka, balik lambat sikit nur dhuha dah kena sepak terajang.


syamir ni plak membenci nur dhuha teramat sangat, peluang untuk
mengenakan nur dhuha memang ditunggu-tunggu. rasanya olahan perasaan
syamir ni tak diuraikan betul2, macam mana syamir boleh dikatakan
menyayangi nur dhuha sudah lama, siap simpan gambar la apa segala tapi
pada masa yg sama dia suka menyakiti nur dhuha dan biler membaca
memang tak terbayang langsung ada perasaan sayang syamir kepada nur
dhuha. cerita ni ditamatkan dengan terlalu mudah dan biler tutup buku
ni i said to myself, "aik? tu aja?" rasanya sayatak dapat menghayati
perasaan sayang yg ingin ditujukkan oleh watak syamir ni, all i can
see i is hatred saja, kalau dlm citer lain kita baca citer yg benci2
sayang ni lain sikit cara penceritaannya, yg ni plak kira betul2 benci
sampai nak memusnahkan nih peh tu last skali tiba2 senang saja kata
sayang dan happy ending. erkk macam mana tu?


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.


Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?


RM 18.00
496 muka surat