Showing posts with label cintalainbangsa. Show all posts
Showing posts with label cintalainbangsa. Show all posts

Saturday, March 6, 2010

Jauhari Hatiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imias Farhani
Jauhari Hatiku
Penulis: Imias Farhani
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789675067365
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00


"Andai jalan kita berbeza, namun mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama?"


Mood lebih kepada nak baca karya2 penulis baru kali ni. :) And I chose to read Jauhari Hatiku. Tentulah kisah cinta. Ada rasa awkward dlm 'percintaan' diorang ni. Mereka bermula dgn perhubungan kerja dan bertukar menjadi sahabat. Cinta tidak dilafazkan kerana mereka dari latar yang jauh berbeza. Namun Samantha menyuburkan hubungan mereka.


Di awal cerita, aku rasa pelik dengan sikap Farisa yg begitu mudah menerima Samantha dalam hidupnya. Daniel pulak begitu mudah melepaskan anak kecilnya pada Farisa dgn alasan ianya utk sementara waktu saja sebelum dpt pengasuh yg sesuai utk Sam sedangkan Daniel tu kaya raya, rasanya tak dak masalah nak cari yg terbaik.


Dan yg masa awal2 bukak buku ni aku terfikir jugak, apa tujuannya menceritakan perihal sorang ustaz yg jadi secret admirer Farisa dan hantar bunga? *garu pala* ustaz tu siap ber 'ana-anti' dgn Farisa. And then ustaz tu hilang, tak der dah spanjang cerita.


Separuh pertama cerita ini lebih menumpukan pada bagaimana Farisa dan Daniel semakin saling memahami dalam cara yg tersendiri. Mak Farisa kurang senang dgn Daniel yg berdarah org puteh sbb ada satu kejadian masa kecil Farisa yg menyebabkan Mak Piah membenci mat salleh. Tapi Samantha yg comel telah mencuit hati tuanya. Anak2nya, Farisa dan Alif masih belum berkahwin dan dia tak der la cucu.


Keluarga McCormick kurang senang dgn perhubungan Daniel dan Farisa walaupun mereka tidak bercinta.


Aku dapati separuh kedua novel ini sangat menyentuh perasaan dan mengundang rasa hiba dan rasa nak nangis.


Cara penulis menaikkan watak Jamilah sgt menyentuh hati aku, dan kenapa Farisa memilih kerja yang tidak melibatkan ramai org. Jamilah bukanlah org yg disenangi Farisa kerana padanya Jamilah suka ambil tahu halnya, sering bertanya kabar. Di awal cerita watak Jamilah kelihatan spt mengganggu saja hidup Farisa, menjaga tepi kain Farisa. Tetapi as the story goes, kita akan lebih memahami peranan Jamilah.


Bagi Jamilah, sejak zaman sekolah, Farisa adalah idolanya. Gadis cantik yg bijak. Dia mengkagumi Farisa. Bila Farisa menjaga anak Daniel McCormick, dia risau dgn apa yg bakal ditempuhi Farisa kelak, Farisa akan kecewa bila terpaksa berpisah dgn Samantha suatu hari nanti.


Jamilah sebenarnya satu2nya sahabat Farisa. Farisa cuba menjauh tapi Jamilah yg mendekat. Farisa tidak mahu apabila dia 'pergi' nanti, ramai pulak yg menangisi. Dia memegang lama sebuah rahsia yg menyedihkan.


Dia hanya menumpang kasih Samantha dalam menghabiskan baki hidupnya. Brain tumor bukan sesuatu yg mudah utk dihadapinya. Apabila rahsianya pecah, Rafiq hadir menghulur cinta, malah melamarnya. Daniel dan Farisa sama2 terkedu. Tersentuh juga dgn keikhlasan Rafiq namun di hari pernikahan Rafiq menghilang. Dia terpaksa akur dgn pendirian keluarga yg tidak mahu dia berkongsi hidup dgn wanita yg bakal menempuh berbagai komplikasi dlm hidupnya.


Daniel merahsiakan pengislamannya kerana risau dgn penerimaan Farisa. Dia meneruskan hubungan atas nama persahabatan, namun lama-kelamaan dia sudah tidak mampu membendung perasaannya. Sebenarnya Farisa dah tau melalui Sam tapi dia menunggu Daniel menghulur kasih padanya. Bila Rafiq yg terlebih dahulu melamar, dia jadi marah pada Daniel yg lembab meluah perasaan.


Kita pernah mendengarkan kisah org yg ada sakit begini namun berjaya menempuh hidup yg panjang. Doktor hanya mampu menjangka, memberi tempoh masa. Tapi ajal maut di tangan Allah. Farisa bahagia dan Mak Piah merasa jugak dpt cucu sendiri. Walaupun berulang alik ke hospital, hidupnya dikelilingi cinta dan kasih yg membahagiakan :) Perjalanan cerita yg sedih tapi happy ending :)


sinopsis/blurb:


Kisah Farisha yang lahir dan membesar di dalam keluarga sederhana tanpa lelaki bergelar bapa. Dia adalah watak di antara ribuan wanita yg tabah dlm meniti kehidupan walaupun sering diasak dgn pelbagai dugaan.


Bermula dgn pertemuannya dgn Daniel McCormick, pemuda peranakan Cina-Sweden yg byk menyimpan rahsia, Farisa mula mengenali perbezaan darjat dan kepercayaan.


Namun, perbezaan itu tidak menghalangnya utk bersahabat baik dgn Daniel. Keintiman persahabatan mereka sering diuji dan disalahertikan namun, mereka tetap teguh dgn pendirian masing2. Apatah lagi dgn kehadiran si kecil (Samantha), persahabatan mereka bagaikan terpaut utuh.


Daniel byk membantu Farisa dalam meniti kehidupan yg penuh ranjau. Begitulah sebaliknya Farisa banyak mengajar Daniel erti sebenar kemaafan serta kasih sayang lantas membawa Daniel utk mengenal Islam. Tanpa mereka sedari waktu yg beredar telah membibitkan perasaan cinta dan saling sayang menyayangi di antara mereka berdua.


Kemunculan Rafiq yg ingin merebut cinta lama serta tentangan hebat daripada keluarga Daniel dan juga ibunya sendiri sedikit sebanyak menggugatkan keyakinan Farisa. Ditambah pula dgn kesihatan Farisa yg tidak mengizinkan, perhubungannya dgn Daniel bagaikan mencarik luka di hati. Ajal dirasakan terlalu dekat dgnnya.

Hanya Samantha yg dpt menghiburkan dan mengembalikan garis2 senyum di bibir Farisa. Samantha bagaikan jauhari hati yg mampu meniupkan semangat ke dalam diri Farisa. Namun, sampai bila dia dpt berdampingan dgn Samantha? Akan kekalkan cinta dan sayang Daniel terhadapnya? Hanya waktu yg bisa menentukan segala-galanya...

Tuesday, August 18, 2009

Ombak Bukan Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatimah Busu
Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Terbitan Semula: Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama 1977
Diulang Cetak 2008
RM18.90
isbn: 9789675106156
374 mukasurat





.
"Novel merentas Dekad"





.
Karya klasik yang cukup popular. Tak sangka pulak aku berjaya dpt dan membaca nya. Thanks to Pekan Ilmu Publications kerana menerbitkan semula karya ni yg asalnya diterbitkan pada tahun 1977 oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Ada jugak terbaca di beberapa ruangan yg menyatakan hasrat utk memiliki novel lama ini. Bagi yg tercari-cari, boleh la dah dapatkan di pasaran. Saya dapat copy ni dari kedai buku yg kat Pertama complex tu.







.



Memang novel ini telah merentas dekad dan ceritanya tidak terasa lama atau ketinggalan zaman. Kemodenan 70-an dan kekampungan org melayu 70-an masih ada juga yg mirip dengan zaman sekarang ini. Tidak terasa seperti zaman itu ketinggalan. Tapi part Imrah kena blasah teruk ngan bapak dia sbb kawin dengan Joe tu memang sadis la. Sian dia. Tapi nak buat macam mana, Imrah pilih selasih dan bukannya nasi lemak dan buah bidara. huhu...
.






Imrah, seorg guru muda yg cintakan Yamin, namun Yamin mencalarkan cintanya apabila keluar dengan Rubiah. Imrah mengaku dia typikal dan cemburu benar. Lalu Yamin dihumban ke longkang walau Yamin telah merayap keluar dari longkang dan merayu cintanya.
Perkenalan dengan cik Celine menerbangkan dia ke Pulau Pinang dan ke dakapan kasih Joe Lawrence. Imrah dikuasai cinta sehingga minda dan tubuhnya sakit apabila Joe tiada di sisi. Dia terlalu taksub dgn cinta Joe sehingga semuanya sanggup ditinggalkan.









.



Joe sanggup mengorbankan agamanya utk menjadi halal buat Imrah, namun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Imrah. Imrah yg paling dikasihi telah menconteng arang ke muka keluarga terhormat apabila bercinta kasih dgn lelaki kristian. Imrah dihumban, Imrah dibalun, Imrah dicerca. Kini Imrah cuma ada Joe. Onar Imrah telah mencabut nyawa ayahnya. Dia kembali dan cuba menyulam Joe ke dalam keluarganya namun kakaknya yg mulut lazer sentiasa mencerca dan berprasangka buruk.




.



Kesian.




.



Endingnya seperti tergantung tapi terasa adil pulak pada Imrah kerana menurut kata hati yg jatuh kasih pada Joe. Setelah membuang keluarga, dia kehilangan Joe dan paling sedih, dia kehilangan Shahril yg menjadi penawar duka. Namun, Imrah adalah seorang wanita yg tidak jemu membina harapan, membina impian, membuat kita pun terfikir impiannya mungkin jadi nyata kerana Joe masih ada, cuma bukan di sini.
.




sure fine whatever
rinn
.



sinopsis blakang buku:



.


Imrah bangkit berdiri dlm satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih dlm lingkungan tradisi kampung yg bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh dengan amalan adat resm org2 tua, tetapi dgn menggunakan kekuatan yg luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yg diamalkan dikota-kota yg telah diresapi oleh unsur2 luar dgn kakinya yg sebelah lagi. Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah utk mencantumkan 2 impian kehidupan yg bercanggah ini adalah ombak2 yg menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorg perempuan, dia memulakan perjalanan baru yg bertolak dari satu soalan, 'Di manakah penyudahnya hidup seorg perempuan?'

Friday, January 16, 2009

Suci Wajah Rindu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Suci Wajah Rindu by Zuraidah Othman
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Pelangi Cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yg kupintal tatkala kehilanganmu"


Nama Zuraidah Othman memang tak asing lagi di pendengaran aku. Ramai yang menyebut2 namanya sbg penulis kegemaran. Akhirnya merasa jugak aku membaca novelnya "Suci Wajah Rindu" nih :) thanks to Azah dari suteraonline :)


Memang seronok menatap kisah hidup Wa yang penuh dengan dugaan. Sebagai anak dia tersisih dan sering disalahertikan kerana kakaknya Farah Hani sentiasa cuba utk memburukkan reputasinya di mata keluarga dan org kampung. Ibunya terlalu mengasihi Farah Hani sehingga anak kandungnya, Najwa tersisih.


Farah Hani ni kepala otaknya memang cergas dan cerdas. bab belajar pon terer tapi sayang kebijaksanaannya digunakan 100% utk memporak perandakan hidup Najwa. Sanggup dia meneruskan majlis pertunangan yang awal2 lagi dia tahu tak jadi semata-mata utk meletakkan satu kesalahan yg amat besar di bahu Najwa yg terkebil-kebil tidak tahu letak duduknya perkara itu. Dia terus disisih saudara mara. Bapanya pergi berjumpa tunang tak jadi si Farah utk mendapatkan cerita sebenar, namun berita gembira tidak sempat disampaikan kpd sesiapa kerana dia bertemu ajal dalam perjalanan pulang. Najwa terkapai-kapai. dia berusaha mencari pekerjaan yang tidak melibatkan kakaknya supaya kakaknya tidak mengungkit di kemudian hari.


Pilihannya amat tepat kerana itulah titik tolaknya dia bertemu semula jejaka yang pernah mencuri hatinya sejak berusia 11 tahun! Memang sesiapapun mudah jatuh sayang pada Najwa yang jujur dan manis. :)


kisah yg membuat kita tersenyum, menangis, geram dan menutup buku dengan rasa puas.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


10 tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yg tidak pernah tertunai. Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dpd mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar utk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun... terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orgnya.


Dlm parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba2 pada satu subuh yg indah, lelaki itu hadir merawat luka...


RM22.90
isbn: 9789838938402
480 mukasurat

Wednesday, May 7, 2008

Menanti Kasih

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norzailina Nordin
Menanti Kasih by Norzailina Nordin
Terbitan Alaf 21


"Biarlah aku di sini menanggung rindu hingga waktu terhenti"


Sebenarnya tak der niat pun nak bli buku ni, sebab tak tahu pun buku ni dah ada di pasaran masa pesta buku hari tu.. so latar belakang citer memang tak tahu langsung.. kebetulan pulak masa pegi cari Rose Harissa kat Booth Alaf, Kak Norzailina ada di sebelahnya. masa borak2 tu barulah perasan buku ni. Biler NN mention citer ni di Itali, saya terus teringat pada buku lama NN bertajuk Carissima. masa tulah baru saya tahu yang kisah ini dikembangkan dari kisah Carissima. Setelah membacanya, memang improved version of Carissima dan kisah ini disesuaikan dgn situasi sekarang ini.

Kalau Carissima bermula dgn Farhana dalam perjalanan ke Italy, kisah Menanti kasih pula bermula beberapa bulan sebelum Farhana ke Italy. Kalau dlm Carissima Farhana mcm single jer tapi dalam MK Farhana dah ada calon suami, Kamel dan sahabatnya Widya lebih dikenali sbg Widdy. terbalik pulak yer Farhana bertudung dan Widya tidak, kalau dlm Carissima, Farhana tak bertudung, Widya yg bertudung. Giovanni Conti, bekas pelumba kereta profesional, masih sama cuma nama Islamnya Ahmad Ridzafi dlm MK. Kalau dalam Carissima dulu nama dia Hafiz jer.. :) ok, enough with the comparison. Bagi yang gagal memiliki Carissima dulu, beli jer Menanti Kasih.

Bagi saya, MK lebih mendebarkan berbanding versi asalnya. SEgalanya terasa terlalu pantas dalam Carissima tetapi dalam MK kisah Farhana di Italy selama 2 minggu terasa saaaaaaaaangat lama. Dalam masa sesingkat itu Farhana jatuh cinta pada Gio dan secara tidak langsung terlibat dalam kancah mafia Itali. Hubungannya dgn Kamel adalah satu hubungan yang selamat dan dia tidak pernah merasa debaran cinta seperti ketika dia bersama Gio.

Perasaan yg sama masa saya baca Carissima dulu, masa Farhana di Italy, terasa macam baca buku yg diterjemahkan lah pulak dan sedikit mengganggu penghayatan cerita. Penceritaan semasa di Malaysia adalah lebih natural berbanding penceritaan ketika di Italy.

Bg yang dah membaca kisah ni, jgn lupa join kuiz yang Norzailina Nordin buat. tarikh tutupnya 31 Mei 2008. Hadiah voucher shopping yg lumayan gitu. Sila ke http://norzailina.blogspot.com untuk maklumat lanjut :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dlm pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya utk tempoh 2 minggu? Betapa taksubnya cinta 2 insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yg dianggap dusta belaka.

Namun, dalam kseronokan bercinta, ada insan merana. Kamel.... satu2nya lelaki yg pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? kasihan lelaki itu! cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kpd Farhana. Lelaki itu melamarnya dgn penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukan dia menerima lamaran itu kerana pada masa yg sama mengharapkan orang yg disayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya dia hidup dlm alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. yg mana satu pilihan hati? Dia hanya berserah kpd Yg Maha Esa dan menanti kasih jejaka yg sudi bertakhta di hatinya.

RM19.90
520 mukasurat

Saturday, March 29, 2008

Sedalam Cintamu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dina Farhana
Sedalam Cintamu by Dina Farhana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Ku tak rela cintamu padaku melebihi cintaku padamu"

Bagi yang suka kisah cinta antara dua insan yg berlainan bangsa, tentunya akan jatuh suka dgn kisah ini. dalam tahun pertama buku ini diterbitkan, sudah dua kali diulang cetak. Dari segi penyampaian cerita oleh penulis, sangat lancar dan mudah diikuti. cuma mungkin saya sudah terlalu lali dgn jalan cerita sebegini hingga kurang meninggalkan kesan kpd saya. mungkin dalam seminggu dua lagi saya akan tercampur aduk cerita ini dengan cerita lain.

Rina yg pernah dikecewakan Kamarul bertindak menjauhkan diri dari Adam yg berminat utk menjalinkan hubungan cinta dengannya. Kesungguhan Adam menyentuh hati Rina, hingga akhirnya dia membuka hatinya utk lelaki itu. Tetapi apabila Adam gagal meletakkan kepercayaan kepadanya, dia amat kecewa dan meninggalkan lelaki itu. Adam disangka akan terpesong dari landasan Islam setelah ditinggalkan rupa2nya lebih kukuh kepercayaan kepada agama suci itu dan tetap tidk dapat melupakan Rina. Kerinduan menjadikan Rina seorang pengintip gerak geri Adam.

Kalau tengok di kulit novel ini, tajuknya "Sedalam Cintamu" tapi di bhg dalam pada setiap muka surat ditulis "Sedalam mana cintamu".

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik.

Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina.

Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali.

Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?

RM 10.00
256 mukasurat

Sunday, February 3, 2008

Hak Cinta Terpelihara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Hak Cinta Terpelihara by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Hanya kau yang bisa membuka pintu hatiku di penjara masa"

Akhirnya saya terima jugak buku dari penulisnya sendiri.. hari ini dalam sejarah tu.. pestaim ;) minggu kerja yang sibuk saya sulamkan dgn membaca buku ni. MAsa kali pertama tengok cover buku ni saya rasa tajuknya agak special and quite catchy.. tambah pulak dgn cop mohor berwarna biru utk perkataan "terpelihara" mampu menangkap mata penggemar novel.

Kisah persahabatan dan cinta tetapi ada misteri yang perlu diungkai oleh pembaca dgn mengikuti kisah ini. Kehadiran watak "Ain" yang ada tetapi tak ada menjadi teras utama kisah sahabat2 ini. Qartini, Neesa, Yus, Sarah ada kisah2 tersendiri yg turut juga menimbulkan misteri sepanjang pembacaan.. LD byk bermain dgn isu misteri dalam buku keduanya ni. Tak byk 'teknik loyar buruk' dimasukkan dalam kisah kali ini.. byk "teka teki nak kena lekuk". Dlm byk2 teka teki yg diberikan, hanya satu yg saya dpt jawab dgn tepat. Memang mereng la Raihan tu. Kalau dulu Jika Benar Cinta saya katakan boleh dijadikan buku panduan loyar buruk, HCT ni pulak boleh jadi buku panduan teka teki yg susah nak teka. haha.

Sebenarnya sepanjang membaca buku ni, saya byk terkenangkan hasil tulisan "Unknown Author" semasa saya di Jiwangunited beberapa tahun yang lalu. Kisah yg dialunkan penulis misteri itu dan memang membuat peminat2 FnA tergolek-golek dilanda jiwang.. haha.. saya ni memang suka citer jiwang2 tambah2 kalau ada unsur komedi yang diselitkan. watak2 Qartini dan Eric memang menyerlah di mata saya dan saya sentiasa ternanti-nanti kemunculan mereka. Memang pasangan yang menjiwangkan hehe.. tambah2 pulak masa taip review ni saya pasang lagu "Aku Pencintamu" nyanyian Felix.. *senyum* Lynn, kena bagi Eric nyanyi lagu ni. :)

Nampaknya pengaruh filem hindustan masih kuat dlm LD sebab Eric menggunakan tactic hero hindustan "pikat keluarga" sbb Qartini tu terlalu keras hatinya utk menerima cinta.

SErba sedikit tentang kisah ini.. Bermula zaman belajar di USM. Ain, Qartini, Sarah, Neesa dan Yus, 5 sahabat yg akrab, di tengah2 mereka ada Hairi. Hairi yg mulanya dijadikan 'bench mark' utk menentukan "best woman wins". Qartini sekadar menyahut cabaran Ain dan hati kedua2 gadis itu terusik dgn kehadiran Hairi. Rayuan Ain membuatkan Qartini mengundur diri. Sarah menyalahkan Qartini apabila tiba2 Ain tak jadi berkahwin dgn Hairi. Qartini dan Hairi spt menyimpan rahsia kehilangan Ain. Sarah terus dgn teorinya yg tersendiri manakala Neesa dan yus dlm keadaan serba salah. Persahabatan itu akhirnya terlerai dan beberapa tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu semula apabila tibanya sekeping kad jemputan perkahwinan yang tidak disangka-sangka.. jeng jeng jeng.

Ain pergi bersama misteri yang tak terungkai.

Qartini ni tersiksa dr segi emosi lantaran latar belakang kelahirannya yg menjadikan dirinya dibenci nenek dan keluarganya. Kasih ibu dan datuknya byk merawat luka dan pengalaman hidup menjadikan dia wanita besi. Nasib baik la Eric ni jenis tak mudah berputus asa, kalau orang lain dah lama blah dah.

Sarah. menderita penyakit yg takkan sembuh. Kasihnya dicurah sepenuh hati buat suaminya, Kamal dan anaknya, Dina. Tapi bencinya kpd Qartini terlalu kuat. Dia 'pergi' bersama prasangka.

Yus. Cintanya diburu Amir, lelaki yg sudah beristeri. Amanat Sarah supaya dia menjaga Dina tersandar di bahunya setelah sarah pergi menyahut panggilan Ilahi. Dia semakin rapat dgn Dina dan keakraban itu menyebabkan dia sentiasa berada di hadapan mata Kamal. Nama mak tiri dan bapa Yus adalah Rosnah dan Johari. bila baca, asyik teringat kat pelakon Rosnah Johari tu. :)

Neesa. Konflik rumahtangganya berpunca dari suaminya, Hakim yg pasang surut moodnya, ditambah pula dgn misteri panggilan telefon yg mengatakan mereka makan harta anak yatim menjadikan Neesa meragui keikhlasan suami sendiri. Nasib baik anaknya Adila menjadi penghibur di kala duka. Siapa sangka dugaan yg tiba menjadikan Hakim lelaki yg lebih baik untuk Neesa.

Hairi. SEtelah Ain pergi, cintanya masih ada utk Qartini tetapi Qartini tidak mahu terus menjadi sasaran tohman dan prasangka buruk rakan2nya. Hairi berkahwin dgn pilihan keluarga dan perkahwinan itu menjadi titik tolak terungkainya misteri yang telah lama disimpan.

Eric. Eric dan Qartini sama2 degil dan mungkin sebab itulah Eric tau macam mana nak handle Qartini. Dia berjaya membuat Qartini menanggung rindu dan mengejar cintanya.

Bukan senang nak jumpa byk watak yg ada kekuatan dalam satu buku and LD managed to pull it off. Saya risau gak bila mula2 baca ada byk watak ni, tak ramai penulis yang berani menggunakan penceritaan begini kerana kebanyakan pembaca suka baca main characters saja. Selain HCT, Pemburu Mimpi by Saleha Hussin juga menceritakan byk watak begini tetapi sangat menarik perhatian. Thank you Lynn.. satu ni nak tanya ni.. masa Fahmi tegur gigi Adila tu, betul ker 1cm? bukan 1mm ke yg layak dipanggil 'gi'? atau 1cm tu ukur sekali dgn akar? hehe. lagi satu ni.. apersal dalam buku ni asyik Qartini jer datang bulan?

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Antara mereka pengikatnya, adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah!

Qartini kini diburu Eric yang sanggup melupakan lingkaran kisah hitam hidup gadis itu kerana dia sendiri menyimpan rahsia.

Sarah yang berada di ambang kematian meninggalkan amanah kpd Yus agar mengasihi anaknya. Mampukah dia memikul tanggungjawab itu?

Yus yang didatangi cinta suami orang mencari perlindugan. Akan adakah hati yang terusik?

Neesa pula dikejar mimpi ngeri bila suami tiba-tiba berubah laku. Mampukah istana yang dibina berdiri kukuh sedangkan ombak ganas melanda?

Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untuk dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan?

Qartini - cinta memerlukan persamaan yang mewujudkan keserasian.

Sarah - Cinta itu setia yang tidak berbelah bagi

Yus - Cinta sentiasa perlukan pengorbanan.

Neesa - Cinta adakalanya penjara yang memagari jiwa

namun jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah... Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.

RM19.90

562 mukasurat

Saturday, January 12, 2008

Zahrah de Tigris

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairyn Othman
Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni

Sejauh mana sekuntum bunga mekar yg menghuni bumi yang dihujani peluru2 tak bermata mampu bertahan? Mungkin Nisa mendapat berkat doa2 orang yang mengasihinya.. kedegilannya memang set2 nak kena luku lapanbelas kali. Tapi kerana kedegilan itulah dia bertahan di tanah asing yang pastinya bukan 'hujan emas'. Dia sanggup berhujan batu di negara orang kerana sayangnya pada manusia seagama dan sayangnya pada Yg MAha Esa. Pd mulanya Nisa spt dimotivasi oleh gaji setinggi 12,000 sebulan utk mendarat di tanah Iraq sbg guru.

Di Lembah Tigris dia menabur budi, memendam rindu pada keluarga. Nisa seorang srikandi dgn caranya yg tersendiri. Di Lembah Tigris ini juga hatinya terpaut, tetapi kata cinta tidak diluahkan, tak mungkin kerana cinta ini cinta terlarang. Tetapi Dr Patrick Devereux spt tak paham2 istilah cinta terlarang. Nisa rasa seperti sudah jauh benar dia berlari dari lelaki itu tetapi tup2 dah ada kat sebelah. Doktor dari Perancis ni memang romantis dan jiwang-jiwang, kalau hati sudah suka...

Kisah perang sebegini kalau disajikan dalam bentuk rencana, berita, dokumentari... hmm terus terang saya katakan saya hanya baca tajuk besar saja. (Dulu)Sudah banyak penderitaan peperangan yang saya baca dan tengok dalam media2 masa yg terdpat di negara kita, dan ianya seperti tiada penghujung. Byk kali juga air mata simpati saya mengalir melihat wanita dan anak2 kecil malang di sana.. hingga kini, realiti begini seakan tiada penghujung. mungkin saya sudah bosan dgn berita2 sebegitu..

Latar belakang kisah begini mungkin kurang menarik perhatian pembaca novel cinta santai tetapi (setelah membaca ZdT) kisah cinta Nisa juga sangat menarik. Khairyn berjaya menyulam kisah cinta dan kisah perang di Iraq dgn baik. Kedua-duanya menjadikan saya tak sabar2 nk tahu apa penghujungnya buat Nisa, berbaloikah perjuangannya? Dpt kah Nisa membenihkan kefahaman Islam ke dlm jiwa Dr Patrick yg tidak percaya kewujudan tuhan. Cintanya yg mendalam kepada Nisa tidak dapat juga mengubah fahaman ateis nya. Kecewanya saya dgn takdir yg menimpa Dr. Patrick, namun tragedi itu perlu utk memungkinkan Nisa bertemu dan hidup bersama cinta sejatinya. :) terima kasih Khairyn for the happy ending!

Ntah berapa kali saya melafazkan syukur kpd Allah kerana di Malaysia tiada anak2 yang mati ditembak ketika berebut gula-gula. Tidak perlu berkumpul di bilik bawah tanah utk menyambut Israk Mikraj yg kemudiannya menjadi bilik dipenuhi mayat kerana dibom. nak mengungkapkan ayat2 ini semula pun sudah membuat air mata saya bergenang.

Dalam novel ni juga ada entry nisa dalam blognya yg diselang seli dgn cerita oleh 3rd party. Ada sesetengah part waktu atau masa yang dipaparkan di blog Nisa tu mengelirukan... kalau pukul 13.00 am tu pukul berapa? pagi ke? malam ke? siang ke? *garu pala* Ermm kadang2 tu rasa mcm baca buku translate pulak :)

errr.. awat review ni panjang sangat ye?? hehe

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang Buku:

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

RM20.00

Thursday, August 23, 2007

Aku Tanpa Cintamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Syakhira
Aku Tanpa Cintamu by Dhiya Syakhira
Terbitan Nylea Publishing

"Kita memang telah ditakdirkan untuk bersama"

First time berpeluang membaca hasil karya Dhiya Syakira. Separuh
terakhir buku ini memuat saya baca dgn perasaan membuak-buak ingin
tahu bercampur aduk pulak dengan perasaan geram.. mixed emotions tu yg
best bila baca. First half of the book agak biasa-biasa hinggalah part
Kelly membongkar keapda Raziq di mana Mega berada dan rahsia kewujudan
anak kecil bernama Syammer. Memang perfect timing la si Kelly tu nak
buat hal, masa Mega dah mula menerima kehadiran Ben, kelly brought
Raziq between them.

Cara penceritaan baik utk sebuah novel, saya suka novel yg buat saya
rasa geram. Tapi tak sampai hati nak baling buku ni sbb kulit buku ni
cantik :)

Mengisahkan Mega, ibu tunggal yang melarikan diri dari suaminyayg
telah menghina dan mencerca maruahnya sebagai seorang manusia. Dia
lari dan membina hidup baru melalui kerjayanya. Raziq secara tiba2
menyedari cintanya hanya utk mega walaupun dia terlanjur dgn Kelly.
Dia enggan mengahwini Kelly, menjadikan wanita itu seorang yg
pendendam terhadap Mega. Mana2 lelaki yg cuba dekat dengn mega akan
digodanya sungguh2. Mifzal tewas dengan godaan itu tapi Ben masih
setia pada MEga walaupun Mega tak pernah sekali pun membalas kata
cintanya.

Saat cinta Ben seolah-olah akan bersahut, Raziq muncul merayu Mega
kembali kpdnya demi anak mereka yg perlukan kasih seorang ayah. Bila
rayuannya tak diendahkan oleh mega, RAziq menggunakan ibunya (yg benci
kat Mega) utk memujuk Mega. Usaha itu berjaya lalu menerima Raziq utk
kali kedua. Ben masih berharap.

Mega masih tak dapat melupakan kata2 RAziq yg menusuk mindanya,
hatinya. mengutuk keturunannya kerana ibunya pernah menjadi pelacur
setelah dipaksa oleh suaminya yg kaki arak dan judi. Rasa cinta buat
Raziq sudah hilang. Ternyata Raziq masih meragui Mega walaupun Mega
cuba menjadi yg terbaik. Raziq terlalu cemburukan Ben, lalu
mencederakannya (smpai komma tu). ini menjadikan Mega nekad utk
melucutkan ikatan dgn Raziq.

Ben pulak tak mahu Mega menerima dirinya kerana kasihan. Dia sudah tak
sempurna buat Mega. Tapi kini tiba pulak giliran Mega utk memburu
cinta Ben.

sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Ben, aku tanpa cintamu tidak akan sempurna umpama bunga tanpa madu dan
wanginya. Sayangnya kita dipertemukan lewat musim kepedihan dan
kelukaan yang tak mampu aku ubati sendiri kerana dirinya yang aku
cintai. Kau kumbang yang mengekoriku tika aku di penghujung musim
kemarau berpanjangan ... lalu jadilah aku bunga yang kelopaknya gugur
satu persatu apabila ditiup sang bayu yang hiba. Saat aku titiskan
airmata kerana cinta kita, Tuhan seakan memberi jalan kepada kita
untuk bersatu selamanya...

RM25.90
605 mukasurat
3 bintang

Thursday, August 2, 2007

Hati Yang Terusik

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nia Azalea
Hati Yang Terusik by Nia Azalea
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Cinta adalah jambatan pelangi yang mengusik dua hati nan jauh"

Bestla citer nia azalea yg ni. mula2 tu saya macam malas nak start
sbb sinopsis mcm tak menarik sangat. tapi bila dah start tu.. tk
lepas la buku tu. kisah2 macam ni mungkin kita buleh jumpa di mana2
buku lain, tapi cara penceritaan tu menjadikan kisah ni menarik.

Kisah kawin campur. Pengalaman bermenantukan Hadzim menjadikan
vincent Tan membenci lelaki melayu dan memblack list lelaki melayu yg
teringin nak jadi menantu dia. Dia marah betul bila Vanessa (Vee)
anak gadisnya yg tersayang bertindak mengahwini Farhan ketika di luar
negara. Dia pasti Farhan akan melukakan Vee seperti mana Hadzim
meragut kebahagiaan dan kewarasan Irene, anak sulungnya.

Ekcili Vee yang mengatur rencana mengorat Farhan. dia dah bekenan
sungguh kat Farhan tu. Farhan sedar akan keadaan dirinya dan
bertindak menolak cinta Vee. Tapi sejak Vee mula menjauhkan diri
darinya, dia makin sedar yang dia cintakan Vee. Lepas kawin mereka
dipaksa pulang ke Malaysia oleh Vincent Tan yg bertindak menamatkan
pembelajaran Vee di luar negara.

Farhan terpukul dengan kata2 sinis bapa mertuanya yang kaya. Vincent
Tan lebih suka kalau Vee kawin dgn Raymond yg membesar bersama2 dgn
Vee tapi Vee anggap Raymond mcm abg dia saja.

Farhan nekad tidak mahu menyentuh sesen pun wang Vee walaupun
terdesak. Sebagai remiser, satu kesilapan kecil telah meragut semua
hartanya. Vee mahu membantu tapi ego Farhan tercabar. Vincent Tan
menyemai benci dan cemburu di hati Farhan lalu menceraikan Vee.

Farhan menyertai Mesra Holdings mlik kawannya Taufik (Kau Yang Satu)
lalu membawa diri ke Dubai. Vee merawat hati yg luka dgn therapy
warna ungu dan haruman lavender telah menjadikan Vincent tan sangat2
risau, takut nanti Vee jadi mereng macam Irene. Tapi Vee seorang yang
sgt tabah. Ungu banyak membantu menceriakan hidupnya. Pelajaran yg
tertangguh disambung di Malaysia.

Raymond setia menunggu selama 7 tahun utk diterima Vee sbg suaminya,
lagipun Vincent Tan selalu mendesak. Vee menerima Raymond sbb Raymond
sanggup menunggu sehingga Vee betul2 menyayanginya sebelum memulakan
hidup sbg suami isteri dlm ertikata sebenar. Tapi Raymond merasakan
hari itu tidak akan tiba kerana dia bukannya Farhan.

Semasa Vee mengambil alih syarikat bapanya, dia mengalami kerugian
mencecah 14juta hengget sbb sahabat baik Vincent tan pecah amanah dan
melarikan diri. Taufik menghulurkan bantuan tapi muslihatnya.. Taufik
bawak balik Farhan dari Dubai utk menguruskannya.

Pertemuan semula Vee dan Farhan menghangatkan cinta lama. Farhan ada
dendam tersendiri. Jika dulu Raymond merampas Vee darinya, sekarang
dia nak curi semula hati Vee supaya Raymond merasa kecewa sbgmana yg
dia pernah rasa.

Raymond ni obses sgt dgn Vee sampai tak perasankan syazana yg
sentiasa setia di sisinya sbb syazana ni kawan baik Vee. Diorang
bertiga ni selalu bersama-sama. Setelah perasaan syazana terbongkar,
Raymond mahu bersama Sya kerana dia tau tak ada tempat utk nya di
hati Vee. Tapi masa saat2 nak happy ending ni Farhan la pulak buat
pasai memecahkan rahsia dia merancang utk memikat Vee supaya
dendamnya terbalas terhadap Raymond. Vee rasa terhina.

Tamparan berdesing Sya menjadikan Farhan sedar dan demam. Farhan
kembali bersama cincin lavender permata ungu utk memikat semula Vee.
Berasap lagi la Vincent Tan. hehe..

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? siapa kata wang
tidak penting dalam menjanjikan bahagia?

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa
menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua
hati yang jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi
satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap
bahagia berpanjangan.

Farhan... lelaki yang tidak punya segalanya. Namun, itu bukanlah
tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.

Hakikatnya... mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga
akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan
hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal
fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat!
Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya
musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh. dia terpaksa membuat
pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat
keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah, bukan juga bererti
mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti
berharap... akan ad ajua kebahagiaan di akhir segala kedukaan!

Sinopsis di website Alaf:

Kisah yang begitu hebat ini mampu mengajak para pembaca menilai hati
dan perasaan manusia dalam nilai kejujuran, kasih sayang, cinta dan
pengorbanan. Vanessa yang memeluk Islam berkahwin dengan lelaki
pilihan semasa mereka masih menuntut di UK walaupun pernikahan mereka
ditentang oleh Vincent Lee, bapanya.

Di sebalik pernikahan itu, terselit rasa benci Vincent terhadap
Farhan apabila teringatkan anak sulungnya bernama Irene. Namun,
Vanessa mendiamkan diri kerana itu adalah pilihannya. Dia masih tetap
mencintai Farhan.

Langit tidak selalu cerah, apabila Vanessa dan Farhan dipanggil balik
ke Malaysia tanpa sempat menghabiskan pengajian mereka. Tempoh
perkahwinan mereka berdua tidak berpanjangan kerana Vanessa
dipersiakan haknya oleh Farhan. Akhirnya, Vincent Lee meminta Vanessa
berkahwin dengan Raymond.

Mengapakah Vincent amat membenci Farhan apabila terkenangkan Irene?
Mudahkah Farhan melafazkan cerai apabila Vincent mahu Vanessa
berkahwin dengan Raymond? Mampukah Vanessa menerima arahan bapanya
itu? Apakah taktik yang digunakan oleh Vincent agar Vanessa patuh
pada arahannya?


Harga : RM 19.90
Halaman :556

Sunday, July 22, 2007

Percayalah...

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ruby Hazri
terbitan Jemari Seni

Ada beberapa suara dan emails yg mencadangkan saya baca buku ni, so
tak pikir panjang saya pun beli la... perghh memang tak rugi.. cara
penceritaan satu persatu oleh Ruby Hazri menjadikan kita akrab dgn
watak2 dalam buku ni. citer berentak sentimental jiwang mcm ni memang
ralit la bila baca.. disulam pulak dgn pantun2 jiwang.. aduih..
membuai kalbu betul! sabar menanti sambungan nya :)

mengisahkan cinta terpendam antara Danial dan Atiqah. Mereka dari
latar yg berbeza tapi cinta menyatukan mereka. Danial hidup dalam
kesesatan agama, manakala Atiqah menjadi petunjuk ke jalan yg benar.
salah sangka dan kurang komunikasi menjadikan mereka jauh, tapi kalau
dah jodoh tidak ke mana. Ruby hazri managed to make this a sweet love
story :)

pengalaman di Jerman byk dikongsi di sini dn juga kelihatannya
(betulla yam) Ruby Hazri berpengalaman bekerja di jabatan kerajaan,
den pon orang gomen jugak! :) lepas baca buku ni baru saya jengah blog ruby hazri, siap ada gambar2 lagi di mana scene2 dalam buku ini berlaku.. sgt2 membantu kita menghayati kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai
hatimu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ?
~ Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar
hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?
~ Nur Atiqah

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih
dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya
sebagai Danial wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan
ciptaannya sehinggalah dia bertemu... Nurnya.

Nur Atiqah, gadis melayu yg hadir di tengah-tengah kelompok budaya yg
berbeza. Datang dengan harapan utk melunaskan satu cita-cita. Namun
tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yg hadir
dalam diam.

Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan; pada saat putih salji yang
jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan
dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran?

Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga?
Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa
itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. mampukah
badai meleraikan pautan hati seteguh gunung salju itu? Mungkinkah,
kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

RM21.00
590 mukasurat






Tuesday, June 12, 2007

Arjuna Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norzailina Nordin
Arjuna Hati by Norzailina Nordin
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Engkaukah itu dalam tidurku?
Engkaukah jua dalam jaga ku?"

Wow, i like the way penulis mix the facts and ficiton. dua kali saya
baca kisah Dean up until the part where he died. Selepas dari itu
kisah-kisah keturunannya diceritakan dalam bentuk fast forward dan
kembali ke rentak normal apabila menceritakan tentang decendant Dean
bernama Azahari yang pergi ke London untuk menyusuri kisah Dean di
sana seratus tahun dahulu. Di sana dia bertemu dgn keturunan Dean dan
juga Sarena. Tapi bila cinta sudah mula bertamu, kehadiran Natrah yang
menyimpan perasaan terhadap Azahari mengganggu cinta Sarena dan
Azahari. Azahari seolah-olah tak dapat memilih sedangkan memang jelas
dia syok kat Sarena tu dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Pada
natrah , perasaannya lebih kepada rasa terhutang budi. I'm a reader yg
suka happy ending and i think Serena deserve Azahari tapi tragic
ending pulak for her.. aduuuuuuus.

Menarik yer catatan belakang buku oleh Prof emeritus Dato' Khoo Kay
Kim. dulu i read Arca kasih, ada komentari by A Samad Said. Lepas ni
rasanya dpt la baca 'Getaran Rindu' by Norzailina Nordin. :) Yam, I'll
read after you eh?

Antara sejarah2 yang diimbas dalam buku ini adalah First world
exhibition 1851 di London, Akta larangan memiliki hamba abdi 1833, ni
mesti masa zaman Abraham linchon ni. ada jugak disebut tentang Francis
Light sultan Muhamad Jiwa, pembubaran negeri-negeri selat, penubuhan
UMNO, dan banyak lagi lah.

Kisah buku ini tentang Shahbudin yang sesat ketika di PUlau Pinang,
end up in a ship. dan bila kapal terbakar dia diserahkan kepada seorg
pemilik ladang. Di sana dia jatuh cinta dgn Isabel, mereka berkahwin
hanya dgn restu bapa isabel, mak isabel tak suka. Perkahwinan itu
menghasilkan 3 cahaya mata. Shahbudin atau Dean menjalankan urusniaga
mertuanya. Isabel menyalahkan Dean bila bapanya meninggal dunia dlm
letupan lombong. Hubungannya dgn isteri makin goyah. Dean ditipu dan
ladangnya tergadai, namun begitu dia pernah membeli dan menyewakan
beberapa premis melalui syarikat guaman. Namun ada juga yg menipu.
Isabel membawa dua anaknya utk ke amerika tetapi kapal mereka karam
lalu meragut nyawa mereka. Hanya anak sulung Dean, Allan yg tinggal
tapi Dean gagal mencarinya lalu kembali ke Malaya.

Di Malaya dia berkahwin lain dan keturunannya berkembang. Jurnal Dean
yg berusia seratus tahun menarik perhatian Azahari (tahun 2003) lalu
membawanya ke London utk menjejaki keturunan Dean di sana. Azahari
atau Harry melakarkan kisahnya yg tersendiri di sana.

sure fine whatever
Rinn

catatan belakang buku:

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan
pengalam merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia, tetapi
di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik,
peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan
negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan
perlis, ketika British masih dlm proses meluaskan pengaruhnya di
kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita
semakin berani menjalankan experimen supaya para pembaca akan terdedah
kpd proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya
pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati
sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa disampaikan secara
amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dpt mewujudkan perspektif yang
real.

Mudah-mudahan NORZAILINA NORDIN akan memperkenalkan pula tema-tema
lain yang akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg
lazim mereka temui.

-Profesor Emeritus Dato' Khoo Kay Kim-
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

Saturday, June 2, 2007

Kasih Yang Suci

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Kasih Yang Suci by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Ramai jugak yang recommend buku ni kat saya.. kalau tengok dalam senarai top ten ni, buku ni antara yang teratas.. mesti ada something special kan? masa nak start baca buku ni saya dah terrrrrrrrrbaca sinopsis kat belakang buku.. laju pulak mata ku ni meniti baris2 di belakang buku hingga habis.. aduih.. silap banyak! terlalu banyak di reveal kan dalam sinopsis.. eh.. bukan. hampir semua yang 'mengejutkan' telah diceritakan dalam sinopsis so menjadikan saya tahu lah what to expect. well, tht's my fault, mengurangkan thrill masa membaca.

buku ni pasti akan memuaskan hati ramai pembaca2 setia buku2 cinta especially those yang looking forward to kisah2 cinta selepas kawin. si suami berusaha mendapatkan cinta isteri yang mengahwininya tanpa rela. seperti tengku syahran memburu cinta zahlia (bicara hati), seperti taufik menggoda salina (kau yang satu), seperti zafri merayu alia (pelayaran cinta), seperti syafiq sabar dgn kerenah Afiqah (pergilah sepi) dan banyak lagi la kisah2 yg seperti ini. kalau ikut dlm senarai saya ada 20 cerita yang termasuk dalam senarai "kisah cinta selepas kawin".

Watak wanita 'sopan tapi seksi' seperti 'Elena' pastinya menarik minat pembaca2 remaja tambah2 lagi bila dipasangkan dgn Seth yg berketurunan baba-nyonya yg hensem. Watak Elena ni mengingatkan saya kepada perwatakan Atikah (Atikah by Hasreeyati Ramli). Kelainan yg terselit Seth ni sudah lama sukakan Elena dan kerana dorongan nafsu, elena menjadi mangsa nafsu serakahnya ketika gadis itu berusia 15 tahun. Elena menghilang dan sepuluh tahun kemudian mereka bertemu semula. Elena tak mengenali penyerangnya dan tidak sekali kali menyangka Seth yg dianggap penyelamat maruahnya (apabila tunangnya memutuskan ikatan di saat2 akhir krn mengetahui Elena sudah tidak suci) rupa-rupanya lelaki yang telah meragut kesuciannya. Seth sanggup memeluk Islam dan mengamalkan anutannya sepenuh hati. Saat cinta mereka bersemi dan membuahkan hasil, rahsia terbongkar. ishhhh apa la seth tu.. barang bukti pi simpan buat apa. dah dapat Elena tu pi la bakaq ka, tanam ka barang2 bukti tu, dia pi simpan pulak.. aduih.. Kesabaran Seth sbg saudara baru dlm Islam teruji dgn kerenah Elena yang selalu cari pasal. Seth enggan melepaskan Elena yg mengugut akan meninggalkan Seth dan anaknya yg bakal lahir nanti kerana lelaki itulah yg telah menghancurkan hidupnya. Seth menggunakan tempoh Elena mengandung dan menyusu utk memikat semula isterinya itu.

buku ni penuh dengan scene Nora Elena & Muhamad Seth. Seth ni kejanya menggoda sepanjang masa bila dgn Elena.. macam 'segan' dan tersipu sipu pulak la nak baca sesetengah scene tu.. *blush*

Watak antagonis cuma si yvonne tapi tak cukup jahat .. tapi cukup utk membakar api cemburu Elena.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis di website alaf 21:

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.

RM 19.90
572 mukasurat

Tuesday, May 15, 2007

Senafas Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Senafas Rindu by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad


"Meskipun berjauhan, aku sentiasa dapat merasai getaran gemuruh di hatimu"


Tak merancang pun nak beli buku ni, tapi bila nampak Damya hanna datang masa pesta buku hari tu, terus jer amik and bayar buku ni n amik autograph. Buku ni baca masa sepanjang berkursus di Melaka sbb malam tak der kelas so, sempat la habiskan buku nih.


buku ni mengisahkan tentang dua insan yang masing2 ada pengalaman cinta yang tersendiri dan kedua-duanya ditinggalkan kekasih, viviana dan Fariz. Viviana jatuh cinta dengan Kelvin yang menghulurkan cinta palsu kepadanya atas tujuan mengukuhkan perniagaan keluarga, sebaik saja perjanjian ditandatangani oleh syarikat ibu Viviana dgn syarikat keluarga Kelvin, kelvin terus memutuskan perhubungan malah selepas itu dia beberapa kali mempermainkan perasaan viviana di khalayak ramai. ntah mengapa setiap kali Viviana dipersendakan, Faris menjadi saksi dan jatuh kasihan dengan Viviana. Banyak perkara yang menjadikan perkenalan antara Faris dan viviana sbg satu kemestian.


Fariz pulak putus cinta selepas ditinggalkan Syafika yang menerima sogokan wang ringgit dari ibu Fariz yg mementingkan status. perkenalan dengan viviana menyebabkan Fariz semakin berani berhadapan dgn ibunya malah cuba mendapatkan viviana utk menyamar sbg kekasihnya.


Viviana pun ada masalah dgn ibunya yg tak dapat menerima hakikat berkahwin dgn lelaki yg dibencinya dan melahirkan viviana. Dia benci pada viviana dan kebaikan kepada viviana sentiasa ada udang di sebalik batu menjadikan viviana sukar utk mempercayai ibunya. viviana mengandungkan anak kelvin tetapi kemudian dia keguguran. mulanya Fariz marah dan meninggalkan viviana tetapi kemudian dia kmbali kerana penderitaan yg dialami viviana menginsafkan Fariz dan dia mula sedar dia sayangkan viviana. tapi ibu viviana telah merancang sesuatu hingga viviana dan Fariz ditangkap khalwat. Ibu viviana menggunakan bukti2 utk memeras ugut viviana supaya berkahwin dgn kelvin yg mahukannya kembali, jika tidak imej Fariz akan diburukkan di depan keluarga Fariz sendiri. Viviana telah bersetuju tapi ibunya tetap mungkir janji menjadikan viviana mengikut Fariz dan akhirnya mereka berkahwin. Liku2 hidup mereka selepas berkahwin ada dugaan tersendiri bila ibu Fariz dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana, atau nama Islamnya Siti Nur Ain. Tapi atas bimbingan nek wan, bapa faris dan kakak Fariz, Athirah, viviana mula mendalami agama Islam dan cuba menjadi isteri yg baik.


Tapi panggilan telefon dari Kelvin dan pemergian viviana yg dijanjikan hanya seketika berlanjutan sehingga dua tahun. aduih.. citer selepas 2 tahun tu sedih nya.. tangkap nangis wa cakap lu. *sob *sob. Rasanya ada improvement Damya hanna dalam penceritaan scene sedih.. memang termenangis la..


pada saya tengku syahran & zahlia (bicara hati), Haziqah & Fakrul (Sepi tanpa cinta) mempunyai chemistry yang jauh lebih power berbanding dengan Viviana dgn Fariz.. tapi better than Syamir & Nur Dhuha. perghh byk gak buku damya hanna yg saya dah baca.. rasanya ada lagi satu la belum baca.. tajuk aper ek?? ermm.. nanti pinjam dari yam lah.. :)



sure fine whatever
Rinn


Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibwa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.


Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.


Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yg bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.


Antara Syafika, Viviana dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.


RM19.90

Bayangan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Bayangan Rindu by Anis Ayuni


"Salam kasih siapakah yang sungguh mengusik ke sanubari ini"


sepanjang baca buku ni, kita akan come across a few familiar characters macam Zairi ngan Dhira dari 'Kau Kekasihku' where the ending dlm buku tu Dhira keguguran, kan? tapi dlm buku ni anak2 diorang dah berderet tiga nak masuk empat. :) watak 'kak farah' yg pernah putus tunang dgn Zairi dulu pun ada.. kan masa dlm 'kau kekasihku' Zairi pernah terkena buatan orang menyebabkan dia seolah olah mati pucuk. Dlm novel ni Farah cuba santau kan Dhira tapi gagal sebab hampir2 mengena Iddya.


Selain dari tu ada jugak muncul watak Elly Farhana dengan Zahari dari novel "Yang Terindah" yg jadi jiran kepada keluarga Iddya. anak diorang 2 orang Watak Sufian dari "gemersik kalbu" mula2 tu tak perasan sangat sbb Iddya banyak merujuk kpd Sufian sbg Abg Pian yg merupakan abg sepupunya. Kalau tak baca credits by Anis ayuni maybe x perasan pon sufian tu.


Kisah Iddya yang melalui kisah2 percintaan dalam hidupnya sejak zaman sekolah lagi. Dia berkasih secara rahsia dengan Baien dan pada masa yg sama rapat dgn Kiew. Setelah Baien keluar negara, kepulangan Baien membawa berita yg perhubungan mereka tak dapat diteruskan lagi. Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti dan semasa berhubungan dengan Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tiada berselindung, tiada nak control-control ayu. Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa2nya Lufti tu saudara sesusu Iddya. aduih kesian betui.. memang tak sangka. apa2pun Kiew is still around tapi Iddya tak berani meluah perasaan sbb takut Kiew sangka lepas tak dapat orang lain barulah sibuk nak cari dia. hmm cerita ni hampir sama dengan cerita "Yang Terindah" also by Anis Ayuni.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.


sinopsis di website alaf


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.


Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


Harga : RM 19.90
Halaman :592

Monday, April 23, 2007

Permata Asmara

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rozita Abd. Wahab
Permata Asmara by Rozita Abd. Wahab

Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Cinta ini bukan mudah dipertahankan. Jerihnya, mereka yang rasa..."

Penulisan yang bersahaja dan mudah. flow cerita yang lancar dan agak mendatar walaupun di saat-saat genting terasa mendatar kerana gaya bahaya yang kurang meruntun emosi tapi ceritanya memang menarik dan mesti dibaca oleh peminat2 novel cinta.

Mengisahkan Nurin dan Eric Chua yang saling jatuh cinta pandang pertama. Azlinda mendendami Nurin dan sentiasa berusaha mencuri hati mana2 lelaki yang menunjukkan minat kepada Nurin. Sebelum ini 3 lelaki berjaya digoda oleh Azlinda tetapi Eric Chua tetap setia pada Nurin walaupun Nurin tidak memberi kata putus kepada lamaran cintanya.

Pemergian Eric ke Sweden selama 3 minggu membuat Nurin menanggung rindu sampai demam dan mimpi2 sebut nama Eric menyebabkan bapa Nurin tahu tentang Eric. Nurin makin pasti dengan hati dan perasaannya lalu menerima cinta Eric. walau bagaimanapun, mama Nurin menentang kahwin campur dan secara diam2 mengatur pertunangan Nurin dgn Iskandar yang pernah beralih cinta kepada Azlinda. Nurin sudah lama membuang Iskandar dari hatinya sbb jika sekali Iskandar pernah beralih cinta, tak mustahil dia akan melakukannya lagi sekali. Iskandar mahukan Nurin kembali. Demi maruah keluarga Nurin terpaksa menerima Iskandar tapi hatinya tetap utk Eric. Atas nasihat rakan2 karib Eric, Eric sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan Nurin. Eric nekad utk memerangkap Nurin agar terlepas dari tangan Is sehingga bapa Nurin terpaksa mengamanahkan Nurin kepada Eric. ;)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang buku:

Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yg ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut utk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki adam adalah impiannya demi masa depan yang lebh bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yg baru bermula. Namun sekali lagi impiannya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yg telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan utk nya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

RM22.90
460 mukasurat

Tuesday, April 10, 2007

Ayat-Ayat Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Habiburrahman El-Shirazy
Ayat-Ayat Cinta by Habiburrahman El-Shirazy
(Novelis Sarjana Al Azhar Universiti Cairo)

Terbitan AR-Risalah Product Sdn. Bhd.

Pemenang Award Novel Terpuji 2005
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

The first thing yang kena tanam dalam kepala bila mula baca buku ni adalah never pre judge. teruskan membaca dengan sabar and you'll be rewarded sweetly. Sebelum baca buku ni saya memang dah ada prejudgement ni.. sebab bahasa buku ni translated dari bahasa Indonesia.. ada juga bahasa indonesia digunakan tapi yg sangat mudah dan kita boleh paham la. memang mulanya agak membantutkan minat membaca buku tapi as i go on, tak boleh stop sehinggalah ke muka surat terakhir.

Elakkan dari membaca semua komen yg terdapat di bhg hadapan buku ni, baca komen2 tu selepas habis baca buku ni sbb nanti spoil la dah tau apa jadi.. nampaknya ramai awek2 indonesia jatuh cinta dengan "Fahri" :)

Rasa macam membaca kisah seorang sufi di zaman moden. Hampir separuh dari buku ini menceritakan tentang peribadi dan latar belakang Fahri, seorang jejaka Indonesia yg berada di Mesir utk menimba ilmu. bits and pieces pada separuh buku ini penting utk dihayati so tht biler sampai the interesting parts selepas separuh buku ni, you will easily relate dgn the first part.

Bagi saya kemuncak dan keseronokan cerita bermula di saat Syeikh Utsman membawa lamaran buat Fahri dari anak saudara salah seorang kenalannya. Bermula dari situ flow pembaca terasa lancar dan interesting sbb tak sabar2 nak tau endingnya.
Fahri menyenangi Maria, seorang kenalan beragama kristian yg kagum dgn surah Mariam. Fahri sentiasa menjaga pergaulan dgn maria dan keluarganya. Nouri turut menaruh hati pada Fahri yg membantu menyelamatkannya dari kekejaman keluarganya sendiri. Nurul gadis cantik dari golongan bangsawan Indonesia menyintainya dalam diam tapi Aisha seorang gadis Jerman berdarah palestin yg paling berani menyuarakan hasrat menyunting Fahri utk dirinya melalui bapa saudaranya yg mengenali Fahri. Fahri pernah berdepan dgn Aisha ttpi tak pernah tengok wajah Aisha. Seram sejuk fahri memikirkan sapa la yg pinang dia. Fahri mengambil keputusan utk berkahwin setelah menimbangkan kata2 ibunya yg mahukan Fahri memperisterikan seseorang yang sanggup pulang bersamanya ke Indonesia dan jika wanita itu enggan, lebih baik kawin dgn gadis Indonesia saja.

Fahri dan isteri dilamun cinta suci, di saat berita gembira ketibaan cahaya mata, kebahagiaan mereka diragut oleh fitnah yg menyeret Fahri ke lembah siksaan penjara Mesir. Sungguh memilukan, dan memang nangisla mengenangkan siksaan yg terpaksa dilalui oleh orang sebaik Fahri. Hanya cinta Maria yang dapat menyelamatkan Fahri!

Membaca buku ni jugak refresh balik ingatan kita dgn ayat2 suci al Quran. Hadis-hadis, melembutkan lidah menyebut kalimat2 suci Allah. Cara penulis menceritakan suasana panas di Mesir sangat mengesankan. Macam terasa-rasa tahap kepanasan yg dialami oleh mereka di sana.

Satu buku Islamic yg dihiasi terjemahan ayat2 suci, hadis serta puisi cinta yg jiwang dan menjadikan hati berbungo bungo. Disulami kisah cinta pertama teruna dara yg menghiburkan. Dugaan Allah buat insan yang beriman mempunyai hikmah yg sangat besar.

sure fine whatever
Rinn

510 mukasurat
RM22.90

catatan belakang buku:

Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005
Pemenang Anugerah penghargaan The Most Favourite Book 2005

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia" kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula.

Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yg sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki- malah - menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) & Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali ksiah cinta yg Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.

Maka itu, tidak membacanya seperti melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya

A Samad Said
Sasterawan Negara

"Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya Ayat-Ayat Cinta terpilih sebagai the most favourite book..."
Majalah Muslimah
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya timur tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam novel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"
Ahmadun Yosi Herfanda
Sasterawan & Rekadsi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun ini di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam dan begitu dewasa!"
Mohamad Fauzil Adhim
Pakar Psikologi & Penulis Buku2 Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari, lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya. Ditulis dengan bahasa yang lancar dengan tokoh-tokoh yang hidup dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka..."
Joni Ariadinata
Penulis cerpen, Redaksi Jurnal Cerpen Indonesia



Thursday, March 22, 2007

Tunjukkan Aku Satu Bintang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:John Norafizan
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Tunjukkan Aku Satu Bintang by John Norafizan

"Untuk sebuah cinta, aku sanggup menghadapi seribu luka..."

Sempadan tanpa seri,
fana dalam mencari diri...
tunjukkan aku satu bintang,
buat merwarna sesuatu yang telah hilang...

dari pembacaan saya yg kurang pengalaman ini saya rasa cara penceritaan penulis adalah sangat straight forward tapi bijak menyembunyi dan memutar belitkan kebenaran yang disampaikan dan membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya kisah silam yang menghantui watak2 utama dalam cerita ini. Dalam penceritaan kisah2 semasa watak2 utama, kisah2 masa silam lebih menarik utk dikupas dan membuat pembaca nak tau apa sebenarnya sudah terjadi. Penulis bijak mengolah persoalan itu walaupun secara samar2 kita dah boleh mengagak setelah membaca lebih separuh buku ini. Terus terang saya tak bosan membaca buku ini dan tak tergesa gesa nak menghabiskan.. cuba mood membaca terbantut
bila mendapati kira-kira 8 muka surat tidak bercetak, dah tu muka2 surat kosong tu berada lebih kurang 1cm sebelum buku habis.. aduih..

Secara ringkas cerita ini menceritakan tentang Jeslina anak Malaysia yang terbuang di Manchester setelah mengahwini seorang lelaki bernama Henry. Setelah Henry meninggal dunia dia terdampar di Manchester seorg diri kerana dirinya tak diterima keluarganya di Malaysia. Watak Father Thomas memang mengelirukan, seorang lelaki yang sentiasa menyalahkan orang lain utk memujuk diri. Jeslina jadi seorang manusia yang tak kisah dengan hidupnya tapi amat sayangkan anaknya Daniel. Jeslina ni seorg yg tak dapt hidup tanpa cinta lelaki. Dia bernyawa kerana masih ada cinta pada kenangan bersama Henry. Kepulangan Ida dan kemunculan Asnawi memberi sinar ceria dlm hidupnya. tapi bila Ida cintakan Father Thomas yg sanggup memeluk Islam, Jeslina cemas kembali. Dia tau siapa Father Thomas sebenarnya dan cuba memujuk Ida tapi sia-sia. Ida perlu
melalui semuanya sendiri utk menyedarkan dirinya bahawa dia tersilap mencurah kasih. Daniel mula menjadi seorang Islam sebenarnya setelah kenal dgn Asnawi dan Jeslina pun turut serta setelah bertahun tahun terumbang ambing tanpa bimbingan. Namun Asnawi ada kisah misteri tersendiri yg bersangkut paut dgn Father Thomas, kisah silamnya mungkin jauh lebih tragis dari Jeslina. Tekejut juga bila tau yg Henry mengahwini Jeslina atas perancangan Father Thomas yg mahu menutup kesalahannya tapi Father Thomas sendiri kecewa bila Henry betul2
menerima Islam dan menjadi pengikut yg taat, menyayangi Jeslina dan Daniel sepenuh hati.

satu cerita yang penuh dengan misteri dan merungkai rahsia lama. ada ending yg tragis dan ada yang menggembirakan.

sure fine whatever
Rinn

terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindui masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar saja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...

RM29.90
720 muka surat

Wednesday, March 21, 2007

Carissima

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norzailina Nordin
Rasa agak sukar membaca buku ni sebab ntah la.. maybe rasa macam baca buku bahasa lain yang diterjemahkan ke bahasa melayu. Mungkin sebab suasana sepanjang cerita ini adalah di Italy dan nama2 signor, signora seperti Alexa, Zuccarello, Giovanni dan Masrotto dan juga bandar2 seperti Milan, Domodossola dan Simplon. Keindahan suasana yang cuba diserapkan ke dalam minda pembaca tak kesampaian dan terasa seolah-olah trip Farhana ni macam boring saja walaupun lelaki sekacak Giovanni ada di sisi.


Trip Farhana adalah selama 3 minggu dan dia akhirnya tiba di Italy. Perkenalan Farhana dengan Gio bermula dan semakin rapat bila Farhana yg menanti sahabatnya Widya yg tak kunjung tiba kerana peristiwa tanah runtuh. Gio mencadangkan mereka jalan2 ke Milan, satu peluang yg tak akan ditolak oleh Farhana. Ntah macam mana mereka saling tertarik. Apabila Farhana bertemu dengan Widya dan abgnya, Zarif mereka seolah olah tidak merestukan kemesraan Gio-Farhana kerana Widya macam dah rancang utk menjodohkan FArhana dgn abgnya, Zarif.


Gio seorang pelumba profesional yg dah berenti tapi akibat desakan berbau ugutan dia terpaksa kembali ke litar lumba dan selepas satu kemalangan di track, dia telah disangka mati. Gio bertindak melarikan diri ke malaysia dan mencari Farhana setelah memeluk Islam.


semuanya berlaku terlalu cepat!!! cinta kilat!


sure fine whatever




terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
sinopsis belakang buku:


Venice pada pertengahan Ogos begitu nyaman. Bayu silir-semilir Lautan Adriatic silih berganti tiupannya dengan angin sepoin-sepoi yang melewat ribuan terusan yang membentuk sistem jalan raya kota bersejarah itu.


Venice Kota Marco Polo. Begitu telahan Farhana. Pelayar sensasi yang lahir pada 1254. Kisah-kisah yang pernah terungkap lewat beberapa buah novel mengenai Marco Polo jugalah yang mendorong gadis itu memilih Venice kota idaman untuk dikunjungi.


Venice tumpuan jutaan pelancong saban tahun. Kota yang sarat dengan keunikan tersendiri. Ia gabungan pelbagai tamadun yang dibawa lewat pelayar zaman berzaman.


RM7.90
178 mukasurat

Terima Kasih Kekasih

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
"Didakapnya duka walau terasa menyakitkan"


Kali ini kita diperkenalkan kepada wanita unggul seterusnya dalam karya Norhayati Berahim iaitu AMNA, Dr. Amna, seorang pakar forensik. dah lepas baca beberapa (baru beberapa hehe) buku Norhayati Berahim saya dapati watak2 wanita yang dipaparkan dalam cerita-ceritanya agak sama and sometimes biler baca tu macam terbayangkan orang yg sama cuma dalam background cerita yang berbeza, tapi tetap menarik sebab NB sentiasa menyelitkan kisah2 harian watak2 utamanya sehingga kita betul2 mengenali watak itu di sepanjang cerita. tak der la bercinto 24jam.


Amna seorang yang terlalu baik, penyabar dan pemaaf, namun semua itu tidak cukup utk mengikat cinta Imlan yang beralih cinta kepada wanita yang lebih sempurna di matanya iaitu Zawani(sexy terlebih). Ntah apa la yang dipandang si Imlan kat Zawani tu yang beberapa tahun lebih tua dari nya sendiri yang sudah berumur akhir 30-an.


Watak2 dalam citer NB biasanya berusia akhir 30-an dan mempunyai karier yang kukuh. watak Amna hampir sama dengan kentalnya watak Kesuma dalam "Hanya Kerana Cinta" dan watak Imlan amat menjengkelkan sama seperti watak Dhirran dalam "Nota Cinta Buatmu" (tapi RAOF la yang paling paling paling paling menjengkelkan, eee tak abih lagi ni geramkan Raof tu dalam citer "Hati Yang Luka" sian Widad..). Chyril pulak lebih kurang macam Graham dalam "nota cinta buatmu".


Bagaimana pun perjalanan ke arah wujudnya cinta Amna/Chyril memang berbeza. mulanya tak nampak langsung macam mana Amna-Chyril boleh end up together, tapi kejadian demi kejadian yang berlaku dalam hidup mereka adalah menjurus kepada titik pertemuan dua hati yang sebenar benarnya meant for each other.


Ada dua scene yg betul2 menyentuh hati, boleh nangis wo, pertama masa Amri, Adik Amna yang tiba2 pulang ke pangkuan Amna, teringin nk makan nasi lemak, n then masa dlm perjalanan balik ke rumah sewa nya dia dipukul hingga maut. and yg kedua masa lawatan Dolly kawan Amy yg juga sahabat baik Amna. Amy mati dlm kemalangan di genting highlands. Amna buat autopsi utk kedua-dua mayat Amy dan adiknya Amri. I was thinking ada ker hospital yg membenarkan orang yg ada pertalian/hubungan dengan mangsa utk membuat autopsy. sepanjang saya menonton kisah2 hospital.


seperti ER, General Hospital, Grey's Anatomy, Doogey Howser M.D dan macam2 lagi lah Doktor yg ada hubungan dengan mangsa biasanya tak dibenarkan buat autopsi sbb melibatkan emosi dan akan mengganggu konsentrasi doktor tersebut.. tapi ntah la.. maybe kat Malaysia boleh kot.


err NB suka hero bukunya berdarah campuran kan? kan? kan? err lagi satu, buku ni macam revised edition jer.. ada diedit dari cerita asal ker? sbb ada jugak cari2 kat internet yang org2 yg terlebih dahulu baca dari saya kata buku ni 800 pages plus plus and byk typing error, tapi ni yang CP beli kan ni only 619 pages and takder la byk typing error pon cuma the english lines ada sedikit kesilapan grammar dan sekali saja penulis macam terkeliru watak wani dgn rozita di muka surat 477.


sure fine whatever



sinopsis belakang buku:



hidup ini penuh dengan dugaan, sesekali jaguh dan sesekali tersungkur. Namun dugaan itu yang mematangkan dirinya. Walau sakit kerana dikhianati... itulah takdir yang harus diterima dengan hati terbuka.


RM23.00
619 muka surat

Tuesday, March 20, 2007

Nota Cinta Buatmu

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Nota Cinta Buatmu by Norhayati Berahim


"Ketuklah pintu hatiku, aku sedia membukanya"


Awal bulan ni (Disember 2006) dah abih baca buku ni, rasanya amik masa sehari saja. Recommended by yam. thanks a lot. an interesting read. Kisah Ana yg berkahwin dengan Dhirran. seorang isteri yg baik tapi suaminya kawin
lain, dgn Nora. Dhirran dan nora ni pakar menyakitkan hati orang. i'm glad Ana tinggalkan Dhirran. kehadiran Graham dalam citer ni memang
memBEST kan lagi citer ni. great ending.


Watak Ana ni la yg i samakan dgn watak widad dalan Hati yang luka..
Watak Dhirran nak sama pulak dengan watak Raof. tapi dua2 citer best.
Will read more of buku Norhayati Berahim.


dua2 ni dalam my A list.


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.


Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!


Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.


Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!


RM 17.00
432 muka surat