Showing posts with label nyleapublishing. Show all posts
Showing posts with label nyleapublishing. Show all posts

Sunday, October 26, 2008

Hanya Kau Yang Satu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iffa Irdina
Hanya Kau Yg Satu by Iffa Irdina
Terbitan Nylea Publishing
2006


"Hadirnya dirimu telah membuka segala pintu yg terhijab..."


Nama di cover buku ni sudah cukup utk membuat saya tak sabar nak membaca kisah ni. Saya sangat2 terpikat dgn karya Iffa Irdina sebelum ini dgn Nylea pblishing yg bertajuk "Menyemai Cinta". Bersedialah utk berjiwang bersama Saira dan Dwen Wazien :)


Kisah cinta Saira-Wazien memang mencuit hati. Beruntunglah Wazien dpt babysitter mcm Saira tu. Saira sekadar menjalankan tugas dan sentiasa mengawal perasaannya. Dia tak benarkan dirinya tergelincir dlm perasaan sendiri. dia hanya membenarkan dirinya jatuh cinta dgn Wazien setelah lelaki itu berjaya melafazkan akad di hadapan kadi. Cukup utk membuatkan sanak saudaranya tersenyum riang tapi dirinya tak keruan menahan debaran.


Tindakan Saira menolak pinangan sebelum ini membuatkan bapa Saira menerima pinangan Wazien yg mendapat sokongan padu dari adik2 Saira.


Konflik utama kisah ini tidak diletakkan pada watak2 utama tetapi pada watak pada watak Datuk Malik, bapa kandung Wazien yg beristeri 3. Masalah2 yg timbul dlm hidup Saira & Wazien adalah berkisar isu Datuk Malik yg merahsiakan perkahwinannya daripada isteri keduanya, Datin Rafidah yg menyangka dirinya isteri pertama. Isteri ke3nya mengetahui segala suka duka Datuk Malik. Kamariah dinikahi demi menjaga maruah wanita itu. Saira, P.Anya menyimpan segala rahsia Datuk Malik. Amanat Datuk Malik utk dia menjaga Wazien (anak isteri pertamanya) yg baru tiba dari London membuatkan jadual hidup Saira menjadi gila. Susah juga menjaga anak mat salleh yang tak berapa reti melayu. hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kehadiranmu merubah seluruh hidupku yg selama ini begitu sunyi dan suram. Kau mengenalkan aku pd erti cinta sejati. Kau mengajarku betapa sucinya sebuah ikatan antara Adam dan Hawa. Kau jualah yg mewarnakan hidupku dan mencorakkan jalur-jalur bahagia. padamu... kuserahkan segalanya. Semoga dikau yg pertama akn menjadi yg terakhir... satu2nya dlm hidupku... yg sama2 menuju ke syurgawi yg abadi.


RM25.90
540 mukasurat
isbn: 983-3686-09-5

Tuesday, April 15, 2008

Kau Bukan Untukku

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Najwa Dania Daniel
Kau Bukan Untukku by Najwa Dania Daniel
Terbitan Nylea Publishing


"Kekasih... puas sudah aku bercumbu dengan bayang-bayangmu..."


Ni kisah cinta tak kenal usia. Rasanya saya blum pernah lagi baca kisah cinta antara watak utama sepasang kekasih yang beza umur mereka adalah 30 tahun. These days anything could happen lah. Kelemahan cerita ini bukan background story nya yang meletakkan hero berumur 50 tahun dgn heroin berumur 19 tahun tetapi cara penceritaan yang kurang matang. Penulis ini mempunyai idea yang tersusun tetapi penyampaiannya kadang2 tidak terkesan di hati. Saya tidak dapat turut merasa sedalam mana cinta Laila pada Is. Is juga tidak terserlah kematangannya walaupun di usia 50 tahun. Penulis lebih baik dalam mendeskripsikan watak Laila berbanding watak Is dan dalam citer ini sepatutnya watak Is lebih kukuh tetapi Is kelihatan lemah dan Haiqal tu alahai, apa nangis beb. hehe. Dgn hasil penulisan yang berterusan saya rasa penulis ini mampu menghasilkan sesuatu yang menarik di masa hadapan.


serba sedikit ttg kisah ini. Laila adalah pelajar STPM yg berminat dgn penulisan skrip. Kelas yg diikutinya menemukan dia dgn Prof. Dr Ismadi. Laila jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan mereka berlaku lagi apabila Laila masuk U dan Prof adalah pensyarahnya. Prof masih beristeri who later died of cancer. Dia cuba menahan diri dari mencintai Laila krn anaknya, Haiqal juga beminat dgn Laila tetapi Laila menyambut cintanya, bukan cinta Haiqal.


Sinopsis belakang buku:


Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih haiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia.

Cintamu terlalu indah mengisi kantung haiku ini, Is... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir menemukan tetapi jodoh tlh memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan utkku...

RM20.90
442 mukasurat

Tuesday, February 19, 2008

Sayangku... Latifah!

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Syakira
Sayangku... Latifah! by Dhiya Syakira
Terbitan Nylea publishing


"Ikhlaskah kau menyayangiku kasih?"


Kisah ala-ala cinderella yang didera dgn kerja2 rumah dan juga penderaan fizikal & mental. tidak susah utk menyenangi kisah yang sebegini. kalau sekali sekala dpt baca citer yg spt ini, menyenangkan juga penerimaan saya terhadap buku ini. Gaya penceritaan Dhiya Syakira amat lancar dan bersahaja.. sesuai dengan latar cerita. tapi bagi saya penceritaan kisah sedih kurang meruntun perasaan utk membawa saya sama2 bersedih. Scene2 climax tidak dimanipulasi habis2an, baru rasa nak thrill dah sejuk terus.


kisah ini adalah tentang Latifah (tentulah!) Dari zaman kanak2nya yang menyedihkan. dia disisihkan kerana keadaan fizikalnya dan neneknya dituduh membela puaka. Fitnah itu menjadikan perjalanan hidup Latifah dan neneknya amat menderita. Kembalinya nenek tersayang ke Rahmatullah menjadikan Latifah terumbang ambing. pada masa yg sama sahabat yang betul2 baik dgnnya, Iwan turut pergi melanjutkan pelajaran. Tinggallah dia di kampung diejek dan dihina terutamanya oleh budak2 lelaki yang nakal dan memandangnya dgn jijik.


Akibat tersinis dgn kata2 tok penghulu (bapa iwan) Mak saudara Latifah terpaksa memeliharanya. Mak Uda ni jeles kat mak Latifah sbb lebih disayangi. so dia geram la tengok Latifah ni yg tak pernah dianggap darah dagingnya. Harta Latifah mahu diperasnya tetapi geran tanah dicari tak jumpa. Latifah membesar dalam siksaan mental dan fizikal ketika tinggal dgn Mak Uda. Badannya makin kurus, orangnya makin tinggi, kulitnya makin halus dan putih, senyumannya berseri-seri menjadikan jejaka2 kampung yg masa kecik dulu dok ejek2 dia jatuh cinta tergolek dok bila terpandangkan Latifah termasuklah mamat jebon si Leman, sepupunya sendiri.


Kepulangan Iwan yang tak disangka2 menjadikan Latifah serbasalah.. Iwan terus angau di tempat kejadian sebaik saja terpandangkan sahabat karib yang 10 tahun ditinggalkan. Tetapi halangan besar yang perlu ditempuhi adalah ketaatan Latifah yang teramat sangat kepada Mak Udanya walaupun tak pernah dilayan dgn baik. Bermacam-macam cara Iwan lakukan utk mencari peluang mengayat Latifah, termasuklah mengajak Atira (sepupu Latifah yg baik hati) bersetongkol utk membawa Latifahnya ke depan mata.


Cinta Iwan makin mekar, hati Latifah makin keliru. Kembalinya Leman menjadikan Latifah takut apabila Mak Uda mahu mengahwinkan dia dgn Leman supaya dapat membolot harta Latifah yg sudah mencecah 7 angka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Dirinya dibenci dan dihina sejak kecil kerana kejelikan wajahnya. Dia digelar "katak puru", si gemuk, si hodoh lantaran kulitnya yang hitam dan menggerutu. Giginya yang berkarat kerana tidak pernah bergosok dan pakaiannya yang buruk tidak berganti membuatkan dia menjadi mangsa ejekan kanak-kanak sebaya. Namun dia sabar kerana dia tahu keadaannya. Dia bahagia dgn Nek Timah yg mengasuhnya sejak kecil. Dia puas dgn Iwan yang menjadi satu2nya sahabat sejatinya.


masa berlalu & dia menjadi latifah yang baru. Seorg latifah yang digilai oleh semua lelaki yang memandangnya. Tetapi hidup bersama ibu saudara yang zalim selepas kematian Nek Timah tidak seindah yang disangka. Dia tidak pernah diberi ruang untuk menentukan hidupnya sendiri. Kepulangan Iwan selepas sepuluh tahun menghilang dirasakan mampu mengubah hidupnya. Tetapi ikhlaskan Iwan padanya? Sungguhkah kasih itu dilahirkan seikhlas hati buatnya?


RM20.90
460 mukasurat

Thursday, August 23, 2007

Aku Tanpa Cintamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Syakhira
Aku Tanpa Cintamu by Dhiya Syakhira
Terbitan Nylea Publishing

"Kita memang telah ditakdirkan untuk bersama"

First time berpeluang membaca hasil karya Dhiya Syakira. Separuh
terakhir buku ini memuat saya baca dgn perasaan membuak-buak ingin
tahu bercampur aduk pulak dengan perasaan geram.. mixed emotions tu yg
best bila baca. First half of the book agak biasa-biasa hinggalah part
Kelly membongkar keapda Raziq di mana Mega berada dan rahsia kewujudan
anak kecil bernama Syammer. Memang perfect timing la si Kelly tu nak
buat hal, masa Mega dah mula menerima kehadiran Ben, kelly brought
Raziq between them.

Cara penceritaan baik utk sebuah novel, saya suka novel yg buat saya
rasa geram. Tapi tak sampai hati nak baling buku ni sbb kulit buku ni
cantik :)

Mengisahkan Mega, ibu tunggal yang melarikan diri dari suaminyayg
telah menghina dan mencerca maruahnya sebagai seorang manusia. Dia
lari dan membina hidup baru melalui kerjayanya. Raziq secara tiba2
menyedari cintanya hanya utk mega walaupun dia terlanjur dgn Kelly.
Dia enggan mengahwini Kelly, menjadikan wanita itu seorang yg
pendendam terhadap Mega. Mana2 lelaki yg cuba dekat dengn mega akan
digodanya sungguh2. Mifzal tewas dengan godaan itu tapi Ben masih
setia pada MEga walaupun Mega tak pernah sekali pun membalas kata
cintanya.

Saat cinta Ben seolah-olah akan bersahut, Raziq muncul merayu Mega
kembali kpdnya demi anak mereka yg perlukan kasih seorang ayah. Bila
rayuannya tak diendahkan oleh mega, RAziq menggunakan ibunya (yg benci
kat Mega) utk memujuk Mega. Usaha itu berjaya lalu menerima Raziq utk
kali kedua. Ben masih berharap.

Mega masih tak dapat melupakan kata2 RAziq yg menusuk mindanya,
hatinya. mengutuk keturunannya kerana ibunya pernah menjadi pelacur
setelah dipaksa oleh suaminya yg kaki arak dan judi. Rasa cinta buat
Raziq sudah hilang. Ternyata Raziq masih meragui Mega walaupun Mega
cuba menjadi yg terbaik. Raziq terlalu cemburukan Ben, lalu
mencederakannya (smpai komma tu). ini menjadikan Mega nekad utk
melucutkan ikatan dgn Raziq.

Ben pulak tak mahu Mega menerima dirinya kerana kasihan. Dia sudah tak
sempurna buat Mega. Tapi kini tiba pulak giliran Mega utk memburu
cinta Ben.

sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Ben, aku tanpa cintamu tidak akan sempurna umpama bunga tanpa madu dan
wanginya. Sayangnya kita dipertemukan lewat musim kepedihan dan
kelukaan yang tak mampu aku ubati sendiri kerana dirinya yang aku
cintai. Kau kumbang yang mengekoriku tika aku di penghujung musim
kemarau berpanjangan ... lalu jadilah aku bunga yang kelopaknya gugur
satu persatu apabila ditiup sang bayu yang hiba. Saat aku titiskan
airmata kerana cinta kita, Tuhan seakan memberi jalan kepada kita
untuk bersatu selamanya...

RM25.90
605 mukasurat
3 bintang

Sunday, June 24, 2007

Takdir Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dina Najat
Takdir Cinta by Dina Najat
Terbitan Nylea Publishing

"Andai rindu itu satu hukuman, akulah yang paling menderita..."

nasib baik baca 2nd book (by dina najat) dulu yg Cinta Lukisan Hati
tu.. the first book jauh lebih baik. so tak lah rasa keciwa dgn
penulis. :) i look forward to more books by dina najat.

Kalau diikutkan dari segi resipi cerita, 'Cinta Lukisan Jiwa' lebih
menarik, tetapi mungkin adalah masalah dari segi penyampaian sbb
bagi saya, saya tak dapat menyalurkan rasa simpati kepada 'Diyan'
dalam kisah itu. manakala dalam 'Takdir Cinta' ada kekuatan
tersendiri dari segi penyampaian and i like it.

Selepas membaca buku ini saya tak sangka ini adalah penulis yang
sama utk kisah 'cinta lukisan jiwa'. Takdir cinta ada kekuatan
cerita cinta walaupun kisahnya biasa tetapi menarik dibaca. Lama dah
tak baca buku yang membuat saya tak senang duduk dan sekali sekala
bangun menyepak dan menendang nendang angin. Scene2 cemas
diceritakan dengan baik walaupun tak sabar, saya terpaksa membaca
dgn cermat supaya tak mengganggu pemahaman cerita.

Cerita ini mengisahkan Suraya yang melanjutkan pelajaran ke U atas
ikhsan pak longnya, so dia terpaksa ikut cakap mak dia dan bertunang
dgn anak paklong dia, Razak. Mereka akan kawin sebaik saja Su grad.

Di U, su bertemu dgn Zafran yang syok kat dia, Su pun bekenan tapi
dia menahan diri dari menerima cinta zafran kerana mengenangkan
dirinya tunangan orang. Zafrah ikhlas meluahkan perasaan walaupun Su
tak layan. dia sentiasa mencuba.

Hinggga peristiwa Razak cuba memperkosa Su kerana tak tahan
menunggu, su terpaksa membuka rahsia kpd Zafran lalu mulai detik itu
Zafran meragui keikhlasan su. Razak menyebarkan fitnah tentang Su
lantas pertunangan mereka dibubarkan.. ingat ker dah settle bab
razak and Su dpt bersama dgn Zafran, rupanya ada lagi! Ibu dan adik
Su terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa paklong dan menumpang
di rumah kawan.

Su makin berani dgn Zafran setelah kembali solo, percintaan terjalin
tetapi dicemburui Netti yang turut ada hati pada Zafran. Su
diperangkap dan difitnah, sekali lagi zafran meragui su. Su kembali
ke kampung kerana ibunya sakit. rupa2nya pertunangannya dgn razak
disambung semula kerana razak tak dapat hidup tenang bila memikirkan
su bukan lagi miliknya. Ibu dan adiknya berpindah semula ke rumah
paklong, belanja perubatan ibunya ditanggung paklong dengan syarat,
Su kawin dengan Razak. Demi ibu, su akur. Kematian ibunya menjadikan
su mengelak mengenai isu perkahwinan. Pembelajarannya terpaksa
ditangguh. Semasa hayat ibunya, su memberontak hanya dalam hati dgn
keputusan ibunya utk menerima razak, setelah kematian ibunya, su
semakin berani tapi jadi mangsa perangkap razak pulak. RAzak dah tak
sabar nak berbini lalu memerangkap su supaya ditangkap basah. Maruah
su tercalar dan terpaksa kawin ngan razak.

Razak berubah menjadi lelaki bertanggungjawab. kehendak ayahnya utk
mengambil alih harta su ditentang keras oleh Razak. kasihnya pada su
menggunung. Tetapi razak terlalu cemburu hingga ke tahap mengurung
su dalam rumah dan tak membenarkannya keluar rumah. nasib la berbini
cantik. Sekali lagi pembelajaran su tertangguh. Sikap lama Razak yg
suka berhutang membawa padah sehingga dia dibunuh.

Cikgu adiknya, Suhana rupa2nya abg tiri mereka, ayah mereka amat
menyesal meninggalkan suraya, suhana dan ibu mereka.

Su meninggalkan kampung halaman setelah rahsia pakatan menfitnahnya
terbongkar. Dia pergi mencari adiknya di KL, membawa kepada
pertemuan dgn bapa kandungnya (tempat suhana tinggal, suhana pon tak
tau tu bapa mereka). RAsa sakit hati masih menebal di hati dua
beradik itu lalu mereka meninggalkan rumah itu. Saat itu dia bertemu
semula dgn Zafran yg masih mnyintainya.

I would love to read part mak zafran merayu Suraya utk menerima
zafran sebagai suami tetapi tak dak pulak! sedap2 ja mencaci orang
padan muka.. rupa2nya suraya tu anak org kaya. Pembalasan yg
diterima Netti memang setimpal. Padan muka, tu la jahat sangat..
tapi sadis jugak la part kena toreh2 tu.. eee tapi tak leh nk
kesian.. jahat sangat.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Suraya - "Ingin aku hadiahkan hatiku untukmu namun apa dayaku.
Kemiskinan memaksa aku memperdagangkan sebuah kebebasan lantas
ditelan ketentan bahawa dialah teman hidupku. Jikalau ini dikatakan
pengorbnan, aku rela... demi seorang ibu yg telah lama menderita!"

Zafran Amir - "Sejak minggu orientasi itu, kau tak mudah dilupa.
Puas dibuang namamu jauh-jauh, namun segalanya sia-sia. Sayangnya,
fitnah dan dendam seakan meranap segala. Biarku lelah memperjuangkan
cinta, namun melihat kau pergi dari hati, sesekali tidak!"

Razak - "Suraya, aku tak kenal erti kalah kerana itu aku takkan
mengalah. Sejak kecil kau kukenali, sebelum lelaki itu hadir. Mana
mungkin kau aku lepaskan setelah harta dan maruah aku pertaruhkan.
Aku bukan Zafran Amir yang terlalu hebat di matamu. Tapi
percayalah... tika dan waktu akan menjadi bukti betapa aku
menyayangimu."

Dua jiwa saling merindu, namun mampukah mereka bersatu?

RM22.90
645 mukasurat

Saturday, April 28, 2007

Dunia Cinta Kita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Auryss Syaquira
Terbitan Nylea Publishing

"Di sinikah destinasi pencarianku?"

Buku ni menyusul 4bulan setelah "Warna Cinta Kita" diterbitkan. Mungkin ramai yang tak perasan Dunia Cinta Kita (DCK) adalah kesinambungan kepada Warna Cinta Kita (WCK). WCK diterbitkan pd Julai 2006 manakala DCK diterbitkan pada Oktober 2006. sepatutnya ada indication mengenai hal ini.

Kewujudan DCK menjadikan WCK better. Kena baca berturutan baru rasa feelnya. Kebanyakan kekurangan dalam WCK disempurna kan dalam DCK tapi persoalan betulkah ayah masrina lemas di laut masih menjadi persoalan. Kisah dalam DCK ni lebih menyentuh hati dan termenangis jugak la.. maybe memang saya tgh sensitif kot.. hehe.. To enjoy Dunia Cinta Kita you have to read Warna cinta kita no matter how dull it is.

Pertemuan Hafiz dgn Masrina memberi semangat baru kpd Mas utk meneruskan pelajaran sambil bekerja. Fendy cuba kembali tetapi cinta mas kpd hafiz semakin mekar.

Mak syazwany yg eksyen tu xcident masa on the way ke rumah madunya utk mengamuk. Shazwany kembali dari persembunyiannya utk menjaga ibunya. Shazwany jadi seorang yg insaf.. tapi tu la dia sedih sbb dia didapati mengandung selepas diperkosa oleh Edry. Later dia keguguran, Edry cuba menebus dosanya dgn bersetuju mengahwini Shazwany tetapi shazwany menolak kerana dia sudah punya pilihan sendiri. Agak seimbang penceritaan kisah cinta Hafiz-Masrina dan Shazwany (Kisah Adnan kurang sikit)

Bagi saya konflik diceritakan dgn baik dan diolah satu satu. Rasa geram, benci, simpati semua ada bila baca buku ni. Simpati terutamanya pada Shazwany yg saya memang tak suka langsung masa dlm "Warna Cinta Kita". Rasa geram dan benci pada Puan Sri sara yg ketegaq dan eksyen tu memang agak tinggi eee geremmm rasa mcm nak tenyeh2 jer orang yg macam tu. Good end tapi tu la.. part Pn. Sri Sara sedar dan insaf tu mcm terlalu mudah la pulak.. madunya membongkar rahsia bgaimana dia terlebih dulu mengenali Shazwany selepas menyelamatkan dia setelah diperkosa dulu. Maybe Puan Sri tu insaf setelah menyedari betapa besarnya peranan Atiqah (madunya) dlm membawa Shazwany ke pangkal jalan.

WCK ada 605 muka surat, DCK ada 592 muka surat.. kalau dijadikan satu buku dah lebih seribu helai tu.. perghhh.. tebai gilerrrrrrrrr...

sure fine whatever
Rinn

RM22.90
592 muka surat

Warna Cinta Kita

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Auryss Syaquira
terbitan Nylea Publishing

"betapa pun payah untukku gapai, kau takkan pernah kulepaskan"

Ada beberapa kisah dalam novel ini. Pertama cinta yang baru berputik antara Masrina dan Fendy tetapi cinta mereka mengundang rasa jengkel di hati Maswin, adik Masrina yg jatuh hati dgn Fendy. Cinta mereka juga menimbulkan rasa tak puashati di kalangan kakak2 ipar Fendy kerana cemburukan layanan mesra ibu Fendy terhadap bakal menantunya. Ini memaksa Masrina cuba melupakan Fendy dan melarikan diri.

Kisah kedua tentang cinta Syazwany terhadap Hafiz yang berputik sejak kecil dan mekar bila dewasa. Tapi Hafiz keberatan menerima Syazwany yang terlalu bebas pergaulannya dan sombong serta bongkak. Dia diperkosa lalu diselamatkan oleh Adnan yang membawanya kepada Atiqah, ibu tiri Syazwany yg dia tidak tahu wujud dalam keluarga mereka. Di situ dia bertemu kasih ibu, kasih seorang adik bernama adam yg comel dan akhirnya dia menemui dirinya sendiri. Syazwany nekad utk berubah.

Takdir menemukan Masrina dengan Hafiz by accident. Tapi sejauh mana mereka boleh pergi? sudah tiba masanya Hafiz bertemu penyajak pujaannya Anir Sam. Mula2 tengok nama Anir Sam dah tau siapa dia tu.. very predictible la pen name tu.

Kulit buku yg hijau tu lebih menarik dari isi cerita.. tapi tengok2 ada sambungan! so ada harapan berbunga sikit.. hopefully 'dunia cinta kita' ada something better. i know the story can get interesting sbb penulis kelihatannya seorang penulis yg ada pengalaman tersendiri dlm penulisan.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku

Cinta ini telah lama lahir buat mu kasih... Aku terlalu mendambakanmu walaupun terpaksa melepaskan adat dan resam. Aku terlalu ingin memilikimu kasih. Aku selalu mengimpikan kita berdua hidup bersama dalam mahligai indah yang dihadiahkan papa. Pintalah apa saja, kasihku... akan ku berikan sebagai bukti cinta kasihku ini.

Namun Kasih, mengapakah kau tak pernah memahami? Keegoanmu membuat aku nanar. Kau buatkan aku merana. Kau buatkan aku sakit jiwa. Kau membuatkan aku hilang arah tujuan. Sampai hatimu, kasih... Kau buat aku seperti sampah sedangkan letakmu di hatiku terlalu tinggi... Tindakan ruang untukku di hatimu, kasih.

RM22.90
622 muka surat

Wednesday, March 21, 2007

Aku Cinta Padamu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Airin Zamani
Terbitan Nylea Publishing
Aku Cinta Padamu by Airin Zamani


"Salahkah aku mencintaimu, kekasih?"


perkara yg sering terdetik sepanjang membaca buku ini adalah, penceritaan watak2 dalam buku ini seolah-olah tidak menepati sasaran umur mereka. Nurul, Dayah, Lokman dan Iskandar seolah-olah terlalu dewasa untuk dikatakan sebagai pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM.


Lokman awal-awal lagi sudah berfikir dengan kritis dan serius siapakah calon terbaik sebagai isterinya? dua sahabat baiknya iaitu Dayah dan Nurul. Dayah seorang sahabat setia yang penyabar atau Nurul yang cantik jelita, kaya tetapi kuat merajuk sangat tidak penyabar.


Cerita tentulah menumpu kepada Nurul seorang anak orang kaya yang tandus kasih sayang ibu dan bapanya. Hanya bermanja dgn orang gajinya mak nab. ntah berapa ribu kali mak nab terasa hati dengan Nurul yang kuat mengamuk, sikit2 merajuk. hinggakan mak nab sendiri pun bungkus kain baju dan blah meninggalkan Nurul sorang2 di pagi raya haji. mak nab cuma kembali selepas mendapat berita kematian ibu Nurul. itu pun selepas itu Nurul buat hal lagi dan kali ni mak nab blah terus, malas nak kesian dan kot.


Nurul yg mungkin terlalu ingin bercinta menerima Iskandar sbg kekasihnya sedangkan Iskandar mempunyai agenda sendiri utk membuktikan kelebihannya kepada Lokman. Pertama jawatan ketua pengawas dirampas dan kedua, memiliki Nurul yang turut diminati Lokman.


Dayah memang ada hati dengan Lokman tetapi dia menyembunyikannya sbb dia mengagak Lokman lebih cintakan Nurul.


Agak pelik jugak bila baca bab budak2 skolah yang serius merancang nak kawin, SPM pon tak amik lagi. Nurul yang kehilangan ibunya tinggal seorang dlm rumah besar, kawan2 lelaki perempuan bebas kuar masuk. rasanya kalau budak bawah umur yang tak der keluarga mesti dijaga waris2 terdekat kan?


Lokman jelas memilih Nurul sebab Nurul lebih cantik. kalau ikutnya dayah tu lebih reasonable lah, penyabar, baik pun baik. mementingkan kawan, tak der nyer nak mengamuk merajuk tak tentu pasal.


sure fine whatever



terbitan Nylea Publishing
Sinopsis belakang buku:


Dia hampir hilang arah dalam menentukan perjalanan hidupnya. Di usia remaja dia hidup tanpa pedoman. Kehilangan ayah yang mentalakkan ibunya semata-mata kerana mengikut kata hati sendiri, dia berasa terlalu kosong.


Ghairahnya dalam mengejar cinta tetap sama seperti gadis-gadis remaja lain. Dia cuba memperolehi cinta sejati. Dia cuba mencari makna kasih yang sebenar. Namun dia sering terpedaya dalam menilai antara cinta dan kasih yang pura-pura.


Tidak sedar betapa diri dipergunakan semata-mata untuk kesenangan seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri.


Dia juga hampir kehilangan kasih sejati seorang sahabat. Semuanya kerana dia terlalu dahagakan kasih dan belaian seorang lelaki. Namun kehilangan ibu tersayang buat selama-lamanya membuatkan dia kembali tersedar betapa hidupnya kosong dan sia-sia.


harga : RM18.90
332 muka surat

Menyemai Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iffa Irdina
Terbitan Nylea Publishing
Menyemai Cinta by Iffa Irdina


"Cintaku terlalu mahal harganya..."


nice, sweet book, tak kira la dari segi warna dan cover buku atau pun ceritanya. genre cerita cinta yang biasa tetapi penulis berjaya menyelit konflik-konflik menarik sepanjang cerita. tak ada rasa bosan sepanjang membaca buku setebal 610 muka surat ini. Ada juga idea2 segar dan mencuit hati dalam cerita ini. thanks yam for the warning jgn baca sinopsis tu. nasib baik la sinopsis kat belakang tu kecik2 jer tulisan..


Memang biler baca half of the book kita masih tak sure sapakah yang ditakdirkan utk Anissa. Anissa tidak membiarkan dirinya jatuh cinta dengan sapa2 sebab dia nekad utk belajar sehingga menjadi seorang lawyer dan membantu ibu dan adik2nya. Ada 5 jejaka yg jelas jatuh cinta padanya tapi semua dia bolayan saja. Farhin dianggap sebagai abg kerana dia sendiri tak dak abg dan ayah lagipun Farhin mengambil berat tentang keluarganya setelah secara tidak sengaja terlanggar adik bongsu Anissa. Penulis berjaya menimbulkan rasa misteri di sebalik kemunculan watak 'syed omar' yg ada kaitan dengan kisah lampau ibu Anissa.


Anissa ni baik, rajin, pandai, lawa pun lawa. kesian sungguh baca part dia kena guna2 sbb menolak pinangan orang hingga memaksa ibunya membuat keputusan supaya Anissa ikut Farhin ke KL utk bekerja selepas STPM. Di sana Anissa terpaksa pulak berdepan dengan Sarah yg bekenan dengan Farhin yg dianggap spt abangnya sendiri. Bakhtiar dan Khairil pon kerja area2 situ juga mula mengorak langkah mengorat Anissa yg dikawal ketat oleh Farhin.


lawak la part Anissa mencuba utk menolak hasrat tunangnya utk berkahwin cepat, Anissa bagi syarat kat mak dia, kalau nak dia kawin, mak dia kena kawin dgn cik din. skali cikdin tu dah awai2 melamar mak Anissa dan mak anissa terus setuju sebaik saja anissa meletakkan syarat itu.


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:


Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialah segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yg selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia terlalu mensyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.


terbitan nylea publishing
RM21.90
610 muka surat