Showing posts with label cintaxbersatu. Show all posts
Showing posts with label cintaxbersatu. Show all posts

Friday, November 11, 2011

You Ni... Ayat-Ayat Jiwa

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Puteraery Ussin
You Ni... Ayat-ayat Jiwa
Penulis Puteraery Ussin
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak RM22.00
534 mukasurat
978675067471


"Aku atau kau yang harus memulakannya dulu?" Dua hati berbisik rasa yang sama.


Lepas aku baca ni, aku dok cari juga apa releven nya 'post it notes' yang comel-comel kat cover ni dalam cerita. Aku ada termiss muka surat ker? atau pun 'post it notes' itu sekadar disesuaikan dengan tajuk? Yang ada bab kad ucapan terpanjang yang masuk guiness book of record jer. Takkanlah budak-budak sekolah nak tulis ayat-ayat yang tertulis pada 'post it notes' tu kat kad ucapan terpanjang yang diikhtiraf peringkat kebangsaan tu. *garu pala


apa-apapun, cover buku ni lah yang membuat aku tertanya-tanya dan membaca sehingga perkataan terakhir. :)


Dilema perasaan hati Yun dan Ery membuat mereka memendam perasaan dan sukar meluahkan rasa hati. Umpama di sana sudah berjanji tetapi di sini hati terpaut. Serba salah. Nak ikut kata hati atau terus berpegang pada janji.


Sepanjang membaca novel ini terasanya ianya lebih kepada menceritakan perjalanan hidup Ery sebagai seorang guru di MRSM Langkawi. Kadang-kadang tak ada perkaitan dengan tema cerita Ery-Yun. Memanglah takkan semendang nak ceritakan kisah cinta tetapi terasa sukar memfokuskan isu sebenar yang ingin penulis bawa dalam kisah ini. Rasanya ianya lebih kepada catatan diari kisah seharian seorang lelaki bergelar guru.


Di awal setiap bab penulis menyelitkan teaser yang menjadi misteri kisah akan datang mengenai Ery dan bakal isterinya. Aku rasa teaser yang lebih kurang satu muka itu lebih menarik daripada kisah Yun-Ery yang diceritakan dalam bab tersebut. Pada mulanya aku agak pening dengan cara teaser dan cerita dijalinkan dalam buku ni. Aku kadang-kadang seperti sesat, sekarang ni dalam 'present' atau dalam 'past'. Tapi bila rentak itu sudah sekata hingga ke hujung cerita, barulah kita dapat menjalin cerita di awal bab ini menjadi satu kisah yg lengkap.


sure fine whatever
rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.


Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yg berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa - Ery


Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yg menusuk kalbu. Di sini bermain mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi - Yun


Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.

Tuesday, May 10, 2011

Ilusi Sebuah Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Diya Elora
Ilusi Sebuah Cinta
Penulis: Diya Elora
Cetakan pertama 2009
648 mukasurat
9789838939027
RM30.90
Terbitan Creative Enterprise


"Dalam pencarian ini, dia lelah menahan rasa"


Aqil Sulaiman adalah teraju utama cerita ini. Seorang anak muda kampung yang jatuh cinta pada gadis jelita di kampung itu, Sherry. Rupa Leman yang tidak cukup kacak membuat Sherry tidak menyambut cinta Leman malah mempergunakan Timah untuk mempermain-mainkan perasaan Leman. Leman menyangka cintanya disambut Sherry lalu teruja bertukar warkah. Timah yang sering membalas warkahnya turut teruja kerana mereka bakal ditunangkan. Timah mengkhabarkan berita gembira kepada keluarganya kerana ada juga jejaka kampung yang sudi meminang Timah yang kulitnya hitam dan tidak berapa cerdik itu.


Di hari pertunangan, permainan Sherry terbongkar tetapi pertunangan terpaksa diteruskan demi menjaga maruah dua keluarga. Setelah majlis selesai, Aqil Sulaiman membawa diri ke kota membawa hati yang luka.


Di kota dia bertemu dengan Suharni yang memikat hati. Gadis Indonesia itu memberi tindak balas positif pada kata hatinya namun akhirnya Leman terluka lagi apabila Suharni meninggalkannya kerana jatuh cinta pada jejaka lain.


Peluang bekerja dengan Mr Chan yang memiliki bengkel besar membolehkan Leman menunjukkan potensi sebenarnya dalam pekerjaan sebegini. Dia lebih selesa dikenali sebagai Aqil kini. Keikhlasan Aqil berjaya menambat kepercayaan Mr Chan dan anak gadisnya yang jelita, Miss Chan. Aqil bercinta dengan Miss Chan namun, janji ikatan pertunangan dengan Timah tetap memburunya. Demi melunaskan tanggungjawab, Aqil rela kembali ke kampung untuk menikahi Timah walaupun 3 tahun sudah berlalu.


Kepulangan Aqil ke kampung dengan bengkelnya yang semakin gah di tengah-tengah kampung telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah Sherry yang semakin 'glamour'. Aqil kini adalah jejaka kacak yang berkereta mewah. Sherry tidak mengenali Aqil sehinggalah sepupu Aqil memperkenalkannya kepada Sherry. Sherry terasa sangat menyesal kerana melepaskan Aqil kepada Timah dahulu.


Timah gembira menyambut kepulangan tunangannya yang kembali untuk melunaskan janji. Namun hasutan Sherry telah menyebabkan Timah merasakan dirinya terlalu hodoh untuk jejaka kacak dan kaya seperti Aqil. Timah melarikan diri di hari pernikahan mereka dan meninggalkan nota agar Sherry menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan.


Sherry memang tidak sabar-sabar mahu menunaikan permintaan Timah, malah sudah siap berpakaian pengantin. Tetapi Aqil menolak dan tidak mahu beristerikan Sherry. Dia amat kecewa dengan tindakan Timah kerana dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik untuk Timah.


Dua tahun berlalu dan Sherry tidak pernah berputus asa untuk memikat Aqil. Aqil pula tidak pernah terkesan dengan godaan Sherry. Dia sabar menanti Timah untuk memberikan penjelasan. Kemunculan Halimaton mencuit sanubari Aqil. Perkenalan mereka membibitkan kemesraan lalu membawa ke ikatan pertunangan. Sherry terbakar dengan tindakan Aqil dan Aton lalu merancang agar ditangkap khalwat bersama Aqil tetapi gagal. Malah dia membakar kedai Aton untuk menunjukkan kemarahannya. Tindakannya tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana Aqil tetap tidak mahu memperisterikannya.


Di saat akad nikah dilafazkan, Aqil keliru dengan nama Norbaya Abdullah. Dia mahu menikahi Halimaton dan bukannya Norbaya Abdullah. Aton mengakui itu nama sebenarnya. Malah dia pernah dikenali dengan nama Timah. Timah menghilangkan diri kerana dia mahu merubah diri agar setanding Aqil yang sudah berubah. Dia mahu Aqil jatuh cinta pada dirinya dan bukannya menerimanya hanya kerana terpaksa.


Aqil tidak dapat menerima hakikat dia sudah ditipu. Cerita diakhiri dengan Aqil meninggalkan kampung sekali lagi kerana kecewa dengan wanita.


Pada pendapat aku, cerita ini mempunyai kronologi cerita yang sangat menarik, tetapi sayang seribu kali sayang, cara penyampaiannya sangat tidak kemas dan pembacaan menjadi tersekat-sekat. Tiada emosi dalam penceritaan sedangkan kalau kita perhatikan perjalanan kisah ini ada banyak situasi yang boleh dibina dengan emosi yang pelbagai. Penamat di penghujung cerita membuat aku rasa letih membaca buku yang lebih 600 muka surat ini. Aqil Sulaiman boleh berubah dari segi mental dan fizikal tetapi dia tidak boleh menerima hakikat yang Timah juga boleh berubah dari segi fizikal dan mental. Aqil Sulaiman dengan mudahnya boleh memaafkan Sherry yang membakar kedai Aton dan merancang untuk ditangkap khalwat dengannya tetapi tidak dapat memaafkan Aton yang merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya adalah Timah yang telah kembali sebagai seorang wanita yang lebih menarik. Aqil merasakan dirinya mangsa permainan wanita dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada cinta.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan... perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya emrantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.


Namun, takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menati untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya....


Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan...









Friday, November 19, 2010

Kristal Kristal

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Misdhiaz
Kristal Kristal
Penulis Misdhiaz
Penerbit: Jemari Seni
361 mukasurat
RM17.00
Sabah/Sarawak RM20.00
isbn: 9789675118456


Ini kisah cinta. Kisah cinta duka. Yg pergi selamanya itu, turut membawa cintanya pergi. Yg ditinggalkan dan masih bernyawa terus berduka kerana tidak memperjuangkan cinta. Yg baik2 dlm citer ni pendek umur pulak, yg jahat sikit2 dan jahat banyak2 tu yg panjang umur. Tapi yg pergi selamanya itu telah meninggalkan kesan mendalam sehingga membuat mereka yg masih melayari hidup di dunia fana ini menyesal dan kita boleh kata 'padan muka!' kat diorang. :) mcm ada rasa puas pula di situ.


Bagi aku penulis menulis utk kepuasan diri. Dia melayarkan ceritanya bukan kerana nama. Dia hendak berkongsi rasa cinta seorg gadis yg kecewa.


Bagi aku penulis ini berani menonjolkan karya pertama dgn ending begini. Memang cerita alternatif ending begini ada peminat2 tersendiri tetapi dari segi komersil mungkin bagi pembaca santai yg membaca utk hiburan akan rasa agak takut utk membeli karya kedua penulis ini.


Iris meneruskan pertunangan dgn Keem walaupun sejak dahulu dia asyik makan hati dgn sikap Keem yg suka berpeleseran dgn model2 cantik. Setia Iris seperti sia-sia. Mungkin atas rasa tanggungjawab membuatkan dia menjaga ikatan pertunangan tu, tp kalau dari sudut hati, dia lebih terikat pada Ray. Kelihatan seperti Iris pilih utk menderita dan makan hati.


Ray memang jauh lebih baik dari Keem tetapi bait2 romantis dari Ray hanya menonjolkan dia sbg seorg yg puitis tapi bukan seorg hero.


Aku rasa macam tak sabar nak selak setiap muka surat bila membaca kisah ini mulai dari part Iris kehilangan abg dan ibunya serta part selepas dia berkahwin dgn Keem. Ada rahsia yg kita tak sabar nak tahu. Memang geram bila tau Iris sebenarnya isteri kedua dan Nia yg menjadi isteri pertama tu lebih mementingkan dendam dari persahabatan. Penulis tak banyak menyingkap perasaan Iris selepas berkahwin dengan Keem. Dia kelihatan pasrah menerima Keem dan cuba membahagiakan Keem walaupun terpaksa berkongsi kasih. cuma selepas mengetahui Nia dan keem pernah ada anak luar nikah, barulah dia menonjolkan rasa kecewa tambah2 anak itu adalah si anak kecil yg disayangi Iris selama ini. Dia rasa tertipu apabila Keem merahsiakan tentang kewujudan anak itu.


Iris menghargai seni nota2 puitis Ray manakala Ray dgn mudahnya dapat menyelami lukisan perasaan karya Iris tetapi mereka tidak ditakdirkan utk bersama.


Watak Aunty Mila memang mengejutkan tetapi membuatkan ending terasa seperti tergesa-gesa. Aku suka novel yg tidak terlalu tebal tetapi kalau mcm summarized buat aku rasa tak puas pulak. Susah betul la aku ni, nak tulis sendiri tak reti. haha... pandai komplen saja.


Misi Nia utk memporak perandakan hubungan Keem dan Iris berjaya dgn cemerlang tapi kesannya menjadikan dia perempuan serabai yg suka menangis dan ketawa sendirian. WAtak2 antagonis mendapat balasan yg setimpal dan buat aku rasa seronok pulak. Ending agak sedih tapi tak rasa nak menangis walaupun aku ni kira dalam kategori minah sensitif kalau baca citer2 sedih neh.


buat Bugurwu & Emai, aku gerenti hang mesti suka citer nih. :)


sure fine whateverr
rinn



"Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love... is DR Luv..."


blurb/alongside


Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dgn kelainan yg abadi. Biarpun si gadis tidak mampu utk dimiliki.


Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dlm kesamaran.
Masihkah ada sisa waktu utk mereka?


Aduhai hati,
Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pd diaa. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, ahirnya dia harus bagaimana?


DR Luv...
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih.
Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata.
Kalau cinta, lafazkanlah!


Kristal. Kristal.
masih bergaung dlm hiba
saat mencari suatu petanda utk bahagia
Kenapa dia harus suka dlm duka?


MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarrnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorg perempuan yg ditinggalkan.

Wednesday, November 17, 2010

Belaian Jiwa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Erny Othman
Belaian Jiwa
Penulis: Nor Erny Othman
Penerbit: Ghostwriter
RM15.90
Cetakan Pertama 2002
9832629055


Cerita insan2 yg setia dalam cinta sehingga mengaburkan mata utk menerima cinta baru yg lebih baik utk mereka. Apabila mata sudah terbuka, segala-galanya sudah terlambat walaupun cinta itu sudah ada di depan mata, dan kedua2nya masih setia...


Nor Erny Othman tak perlu menceritakannya dlm naskah yg tebal. Cukuplah sekadar 347 muka surat, kerana ia sudah memadai utk membuat kita tertawa dan menangis menatap karyanya.


Kisah ini tentang Izhar yg kehilangan isteri tercinta, Didi. Dia akur dgn takdir dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kpd anak mereka, Agi.


Nana, seorg jutawan muda tetapi sudah kehilangan keluarga. Kematian tunangannya, Agi meragut kebahagiaannya dia pasrah meneruskan hidup seorg diri kerana Agi tak pernah hilang dari ingatannya.


Si Baby Agi yg sukar mesra dgn org asing mudah saja mesra dgn Nana membuatkan Izhar pelik. Namun Agi kecil itulah yg menjadikan mereka sahabat kerana masing2 tidak pernah melepaskan kenangan lama walaupun mereka sangt serasi.


status Nana sbg jutawan yg menjadi pelanggan penting syarikat tempat Izhar bekerja telah dibongkarkan kepada Izhar dgn tujuan utk memporak peranda kan hubungan baik mereka lalu salah faham itu telah menanam benci di hati Izhar tambahan pula bila sahabat baik arwah isterinya membongkarkan kisah rupa2nya Didi telah mengandung sewaktu menikahi Izhar. Cinta setianya rupanya2 hanya sebelah pihak. Malah nana turut menyedari dia di dalam keadaan yg sama kerana Agi telah mempergunakannya utk pergi luar negara dan mengejar cinta Didi. Ketelanjuran Agi-Didi telah membenihkan zuriat. Patut la Didi nak namakan anaknya Agi. Didi tidak mahu kekasihnya Agi meninggalkan Nana yg ketika itu sudah menjadi tunangan Agi. Lalu dia menerima Izhar yg begitu menyintai dirinya.


Salah faham Izhar terhadap Nana membuatkan dia menerima Azura sbg isteri kerana ingin membalas budi bapa Azura yg telah menyara pembelajaran dan memberi dia pekerjaan. Azura tu memang nyakitkan hati. Suka aku bila dia terkena dek kelicikan Nana semasa kat spa sampai muka Azura tu bengkak2 mcm kena sengat tebuan. :D


Di hari pernikahan Izhar-Azura kebenaran terbongkar. Nana teraniaya dan sahabat baiknya diugut supaya bekerja sama utk memecah belahkan hbungan baik Izhar-Nana. Tetapi Izhar sudah terlambat, ferari Nana sudah dihentam sebuah lori dan kemudian lenalah Nana di katil hospital sehingga bertahun-tahun dan saban hari Izhar setia di sisi, menanti Nana utk membuka matanya...


sure fine whatever
rinn







sinopsis/blurb alongside


"Ar sayang Didi lagi tak?"
"Sayang!"
"Emm sayang takat mana?"
"Sampai bila2... sampai ke liang lahat..."
"Walaupun Didi sakitkan hati Ar?"
"Didi tak pernah sakitkan hati Arr.."
"Bagaimana kalau tiba2 Didi sakitkan hati Ar?"

Wednesday, July 28, 2010

Snow White 96'

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ahadiat Akashah
Snow White 96'
Penulis: Ahadiat Akashah
RM9.90
Cetakan Pertama 1995
Terbitan: Ahadiat Akashah Sdn. Bhd
206 muka surat


Buku nilah yang aku bawak masa jalan2 kat KK. Aku memang suka pilih buku nipis kalau nak bawa pegi melancong. Cepat habis :) tapi tak abis jugak sbb balik dah letih. Last2 perabis lepas dah sampai semenanjung jugak. hehe.


kisah ni byk dialog dan kadang2 terasa spt membaca script apabila ada insertion reaksi watak dalam brackets ( ) dalam huruf besar, contoh macam kat page 71
(SEBAK) "Habis tu... kenapa kau layan Razman?"

kat page 72
(GELENG) "Kalau macam tu, taklah sengsara."


ada beberapa lagi la contoh. mgkin sbb tak biasa baca yg jenis macam ni sbb tu la rasa lain sikit.


Tak sangka pulak cerita ni sad ending dan agak tragik walaupun prolog nya seperti dah menceritakan endingnya cuma kita tak tahu sapa yg tersumbat dalam kereta yg remuk redam yg hanya nampak sepasang tangan bertaup erat.
gila ngeri...


Rozita adalah seorg GRO yg juga janda muda berusia 21 tahun, dah ada anak sorang. Dia jadi GRO sbg tanda protes kepada bekas suaminya, Razman, yg gemar bermesra dgn GRO.


Indra pulak seorg jurugambar yg masih lagi dibayangi cinta Tania yg telah pergi. Elina cuba meraih cintanya tetapi dia lebih berkenan kat Rozita yg iras2 Tania.


Razman cuba utk berbaik semula dgn Rozita demi anak mereka tetapi Rozita sudah serik dan bertindak menerima lamaran Indra. Semasa mengira ketibaan hari bahagia, Elina membalas dendam menyebabkan Rozita jatuh tangga lalu koma.


Bila Rozita sedar kembali, dia sudah lupa siapa Indra dan dia cuma ingat Razman adalah suaminya dan mereka sedang berbahagia dgn anak tunggal mereka.


Indra yg patah hati membuat keputusan utk membawa Elina 'pergi' bersamanya ke 'syurga'. Sayangla Indra bunuh diri mcm tu. bagi Elina mati sorang dah ler. huhu...


sure fine whatever
Rinn




blurb/sinopsis belakang buku:


Bila kau tersenyum,
bunga matahari kembang
di seluruh dunia!

Tuesday, May 26, 2009

Disember Cinta Kita

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Wannie Nordin
Disember Cinta Kita by Wannie Nordin
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan PErtama TAhun 2009


“Seberapa lama Disember… kau tetap kusayangi”


Ni lah bku paling tebal yg aku beli masa pesta buku antarabangsa 2009 yang lalu. Aku ni memang jenis yang jarang2 beli buku tebal. Aku lebih sukakan buku yg nipis dan best  susah nak cari gak tu.


Saya rasa WAnnie Nordin, sebagai penulis baru, sangat berani tampil dgn novel yg tebal dan melakarkan ending seperti dalam novel ini. Bagi pembaca tipikal seperti saya, agak kurang senang menerima kisah yg ending sebegini sbb suka happy ending… hehhe… Melainkan kalau those yang suka 2nd hero yg romantis mungkin menganggap ni happy ending.


Wannie Nordin melakarkan kisah ini dlm suasana muda mudi dan disampaikan dgn cara santai dan humourous. Tidak sukar utk menyenangi watak pemudi ceria seperti Wan Amilia dalam citer ini. WAtaknya yg ceria dan gila-gila memang menepati kebanyakan character muda-mudi campus sekarang ini.


Perwatakan Amy ni agak berlawanan dgn watak lelaki utama dlm citer ni iaitu Engku Fareez. Apabila bertemu dan bercinta, mereka menjadi pasangan serasi yang saling melengkapi. Namun berita mengenai status kesihatan Engku Fareez membuatkan Amy kecewa namun dia meneruskan menyemai kasih bersama jejaka pujaannya walaupun tempoh mereka bersama tidak lama. Haikal hadir menggugat kedudukan Engku Fareez di hati Amy. Amy seperti tercuit juga dgn kehadiran Haikal yg sentiasa mempunyai minat yg sama seperti Engku Fareez.


Saya agak kurang selesa dgn cara Engku Fareez melepaskan Amy kpada Haikal tanpa betul2 mendapatkan kepastian Amy. Lagipun Amy tu berdiam diri saja. Seperti dia sengaja melayan Engku Fareez menghabiskan sisa2 hidupnya sbb kesian. Amy seperti tidak terasa hati dgn keputusan Engku Fareez dan seperti pasrah menerima, walaupun tak der disebut dengan pasti. Tema berat dlm novel ini terasa ringan pulak.


Walaupun watak Haikal spt dimunculkan dalam keadaan romantic dan menarik tetapi caranya tu seolah2 mahu merampas Amy dari sahbat baiknya Engku Fariz. Rasa macam tak gentleman pulak merampas kekasih sahabat baik sendiri walaupun kita semua tau Engku Fareez bakal menghembuskan nafasnya yg terakhir sampai saya rasa watak Haikal tu adalah watak antagonis…


Penyampaian kisah ini dalam suasana riang ria menunjukkan penulisnya yg happy spirit 
Semoga lebih giat menghasilkan novel2 yg akan datang.
Nanti nak ler cari novel yg first dgn creative tu .


Sure fine whatever
rinn




Sinopsis belakang buku


Tajuk : Disember Cinta Kita
Pengarang : Wannie Nordin
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-36-2
Mukasurat :
Amilia dan Engku Fareez Danial. Dua insan yang berbeza watak namun berkongsi rasa cinta yang sama. Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Engku Fareez Danial yang sering kali menimbulkan tanda tanya di dalam diri Amilia. Sehinggalah suatu hari satu jawapan mengungkap segala rahsia. Rahsia yang memerlukan Amilia menjadi lebih tabah dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan.

Namun, baru saja Amilia ingin memulakan tekad dan membulatkan hati, muncul pula Haikal yang sering kali mengganggu, menghulurkan cinta. Tegakah Amilia mempertahankan cintanya terhadap Engku Fareez Danial walaupun dia tahu bahawa cintanya itu tidak akan mampu mengubah apa yang akan terjadi nanti? Dan, benarkah hatinya benar-benar tidak mencintai Haiakal walaupun lelaki itu tidak putus-putus ingin membuktikan kesungguhannya dalam menunggu Amilia walau selama mana masa yang diperlukan?

Saya Wan Amilia Binti Wan Abdullah berjanji takkan biarkan awak hidup keseorangan walaupun seminit. Forever and ever!

RM27.90


Tuesday, March 31, 2009

Tak Kuduga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Tak Kuduga by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
Tahun 2006


Lagi buku Ramlah Rashid. Tak sangka saya makin kerap membeli karya2 penulis ini. Setiap kali membaca karyanya membuat saya mahu membaca karya2nya yang lain. Termasuklah novel yg bertajuk "Tak Kuduga" ni.


Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL mebuka lembaran kelam hidupnya apabila terperangkam dalam sendikit pelacuran. Namun dia berjaya melarikan diri sebelum menjadi mangsak. Dalam pelarian ini dia bertembung dgn Datuk Firzat. Terbinalah ikatan tidak bernama antara dia dan Datuk Firzat. Setelah ditimpa kemalangan, Atilia terpaksa menerima ikhsan Datuk Firzat dan tanpa sedar mereka makin akrab. Nak akta macam bapa dengan anak pun ada, macam pasangan kekasih pun ada. Namun kedua2 perasaan itu tidak terluah antara mereka.


Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat, namun, segalanya dipendam dan dia cuba membetulkan iman diri serta membimbing isterinya yg turut hanyut dalam kemewahan dunia.


Atilia cuba memberi hati pada Farami namun ingatan terhadap Datuk Firzat makin kuat dan membuat dia rindu.


Bagi saya ending kisah ini nicely placed, walaupun ada rasa serba salah jugak. Kadang2 rasa mcam Atilia patut mengikut kata hatinya, namun Atilia memilih utk mengikut akal fikiran yang waras. Tapi tula Farami tu anak angkat Datuk Firzat. Tentu awkward utk Atilia dan Datuk Firzat bertemu lagi selepas itu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kerana mengikut akta hati, siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendptkan pekerjaan di kota yg penuh mencabar itu. Pada hari yg telah dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung menuju ke Kuala Lumpur.


Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Berjam-jam lamanya Siti Atilia menunggu di Pudu Raya. Akhirnya dia bertemu dgn Nayli. Nayli telah bermurah hati membawanya ke rumah.


Di sini Siti Atilia telah bertemu dgn Marry yg juga menumpang di rumah Nayli. Marry telah menceritakan kepada Siti Atilia tentang Nayli. Rupa2nya, Nayli adalah ibu ayam kpd sarang pelacuran.


Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dgn tindakannya itu. apakah yg terjadi kpd Siti Atilia? dpt kah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?


RM18.90
490 mukasurat
9789833669069


Sunday, March 8, 2009

Kalau Mawar Mekar Berbunga

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Maharam Mamat
Kalau Mawar Mekar Berbunga by Maharam Mamat
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan pertama 1998

"Jadilah bagai kemboja, teduh memberi rendang pada pusara, menabur wangi..."

TAjuknya yg tergantung ayatnya, ditambah pula tagline di hadapan buku yang membayang cerita yang sad ending membuatkan aku bertangguh-tangguh nak baca buku ni. hehe.. aku ni jenis suka citer happy ending, so... paham-paham jer lah. Namun aku teringin jugak nak tahu apa kisah yg dilagukan dalam buku ni, so aku pun baca lah buku nih.

Maharam Mamat mempunyai sentuhan sastera yang tinggi. Bahasanya mendayu dan bukan bahasa pasar biasa. Kisahnya tentang cinta yg tak kesampaian yg menjadikan cinta Azimah sukar diraih oleh mana2 lelaki lagi. Keadaan dirinya yg tak tentu keturunan membuatkan dia merendah diri walaupun dibesarkan dalam keluarga yg kaya bersama adik kandungnya.

Kematian adiknya dlm nahas kapal terbang menambahkan lagi duka di hatinya, namun kemunculan Natasya yg sering tersasulkan nama adiknya membuat Azimah keliru, itukah adiknya yang kembali ke pangkuan keluarga?

Seluruh jalan cerita ini ada sentuhan kesayuan. Tapi tak la sampai ternangis. Scene2 mendebarkan dan mengejutkan buat Azimah kadang2 tak terasa tahap debarannya kerana diceritakan dengan mendatar. Contohnya selepas Azimah tergelincir kat batu di air terjun dan berita kematian Nabila seperti tak cukup dramatik.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Jika ini suatu ketentuan, dia merelakan. Namun mengharap diri untuk kembali adalah suatu kesilapan. baginya cinta hanya datang sekali bukan berulang-ulang kali...

RM21.90
375 mukasurat
isbn: 9838933666c

Sunday, October 12, 2008

Aku Cinta Kyra

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Aku Cinta Kyra by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
2008


"Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini"


Saya terpikat dengan penulisan Ramlah Rashid. Tiga buah bukunya yg saya dah baca mempunyai delivery cerita yang sangat-sangat memikat dan mengikat. Susah nak berenti selagi tak dihabiskan. Panjang betul muncung Yam selepas menamatkan kisah ini lalu buku ini dipaskan kepada saya dgn mulut terkumat kamit tak puas hati. Kebetulan masa tu dah abis membaca "Hanya Kita Berdua". So saya pun bacala novel ni. Kisah ini sebenarnya mengingatkan saya kepada Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan. Kedua2 kisah ini mempunyai ending yang tergantung.


Sepanjang pembacaan novel ini saya sangat terhibur dengan kisah 'kejar-mengejar' Kyra & Hairee. Tapi memang jelas Kyra akan memilih Idham sekiranya dia tahu Idham tu bukan abg kandungnya. Dia sentiasa mencari jejaka yang macam abgnya utk menjadi teman hidupnya. Ternyata pilihan Kyra adalah seorang yg sangat dekat dgn Idham. Hairee yg mulanya sekadar mahu membalas dendam bagi pihak sahabat baiknya akhirnya jatuh tersungkur di halaman cinta Kyra. Puas dia memancing perhatian Kyra, susah betul nak mendengar ungkapan cinta dari Kyra. Namun di saat segalanya mahu dimateri satu rahsia besar terbongkar.. mula2 tu ingat ker Heri ngan Kyra yg adik beradik tapi rupanya Heri dgn Idham. Kyra terus nekad mahukan Idham sbg suaminya kerana dia tahu Idham juga mengasihinya bukan sbg adik. Setelah memperjuangkan cinta mereka (Kyra yg beria) mereka akhirnya bakal diijab kabulkan namun nampaknya takdir pun tidak menyebelahi mereka. Perasaan lega selepas mengetahui Idham & Kyra akhirnya akan disatukan bertukar menjadi sayu pulak bila isu talesemia pulak yg timbul. Kedua2 mereka adalah pembawa dan itu akan menimbulkan kesan kepada keturunan mereka. Idham pergi membawa hati yang luka. Kyra tinggal dgn hati yang luka. Tinggal Heri yang mungkin boleh mengubat luka. Tak kira sedalam mana cinta Kyra-Idham, namun itulah penghujung yg terbaik utk mereka berdua. (ni dok belek2 dah novel Memori Rindu by Ramlah Rashid :))


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


"Karya terbaru novelis Sara Kirana & Qaseh
Qaisy"


Sepatutnya aku gembira dgn kebahagiaan Kyra. sepatutnya aku bahagia dgn kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba2 jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! Pengap! Bahang! - Kyrul Idham


"Abg baik sgt pd Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-rangan nak kawin dgn abang. Namun itu dulu, zaman budak2. Kyra ingat ayah dgn ibu adik beradik sebelum jd suami isteri. Jadi Kyra pun berangan-rangan begitu. Tapi kan baik kalau abg bukan abg Kyra?" - Kyra Idora.


"Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang? Pastinya cinta nya kian mendalam selepas siapa abg terungkai." - Hairee


Namun kita hanya merancang. ALLAH penentu segala. Cinta yg wujud tanpa diduga. Hadirnya tanpa sengaja, berakhir jua tanpa dijangka.


Aku cinta kyra, terhasil dari pemerhatian penulis pada rasa kasih dan sayang sesama adik beradik dan keluarga. Saya melihat begitu suci dan indahnya persaudaraan dan persahabatan jika ianya terjalin atas landasan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. namun ianya akan menjadi duri yg bisa mencederakan serta membunuh juga, jika kasih sayang itu dihimpit rasa cinta sama ada datangnya diundang atau tanpa sedar. Akan lebih parah jika cinta itu terhalang dek tali persaudaraan dan wujudnya cinta tiga segi. ALLAH memandang tinggi masyarakat yg bersedia bantu-membantu tetapi melarang sam sekali mengakui hak ke atas anak angkat ~Ramlah Rashid~


RM18.90
521 mukasurat
isbn: 9789833669714


Tuesday, June 10, 2008

Tangisan Bulan Madu 2

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tangisan Bulan Madu 2 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors


"Sebuah novel edisi terkini..."


Teruja betul nak baca sambungan TBM. memang seronok baca karya SMN yang ada sentuhan tersendiri. Kisah kesinambungan ini masih meletakkan Amira dalam nasib yang sama, digelangi kesedihan cinta yang tak kesampaian. Razlan seperti pasrah dan menyerah kalah saja. Tak berupaya mempertahankan cintanya buat Amira.


Setelah bertahun membawa diri ke Sabah, Amira kembali ke kampungnya. Ingatannya kepada Bogatt tidak pernah susut. Semasa di Sabah dia aktif berkarya lalu membawa perkenalan nya dgn R.Q Amir who turns out to be Razlan, org yang selalu mengutus puisi kepadanya tetapi tak pernah dibalas. Pertemuan dgn Razlan membuatkan Amira terkedu, dia seolah-olah melihat Bogatt di hadapan matanya. Bogatt yang puitis. Bogatt rupa2nya adik beradik tiri dgn Razlan. Status Amira membuatkan dia membataskan perhubungan dgn Razlan yg merupakan adik kepada arwah suaminya. Dia membiarkan suara hati Razlan tidak bersahut. Mereka saling membiarkan cinta berlalu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yg seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapa Razlan yg tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?


Nota Lim Swee Tin
Penyair/Cerpenis

Samsiah mempunyai cara yang tersendiri dalam menyuguhkan tulisannya. Keseluruhan karyanya berjaya mengajak pembaca berkongsi pengalaman. Pembaca diajak menyelami seluruh wataknya lewat bahasa yang tersendiri. Karyanya tidak pernah berakhir begitu sahaja; kerana itu Samsiah merungkai masalah Tangisan Bulan Madu (TBM) yang begitu sinonim dengan dirinya, ke dalam Tangisan Bulan Madu 2. Tentu luar biasa sekali TBM sehingga dicetak 7 kali. Kehebatan penggarapan Samsiah nyata semakin terserlah dari sebuah novel ke sebuah novel.


RM12.90
190 mukasurat
cetakan pertama 1999

Tuesday, May 27, 2008

Mengejar Pelangi

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mazemie Maz
Mengejar Pelangi by Mazemie Maz
Terbitan Creative Enterprise


"apa gunanya mengaut ingatan pada org yg telah berpunya. aku sahaja yang terpikat sendiri dan menyimpan cintaku dalam diam..."


Kali kedua saya membaca karya penulis ini. Saya tak pasti kalau ada karya-karya Mazemie Maz yang lebih tebal. teringin jugak nak baca. setakat ni kedua2 bukunya yang saya baca nipis2 saja.


Kisah ini menceritakan perjalanan cinta-cinta kecundang seorang penulis muda yang bernama Rudie. Dari cerita ini dapat saya simpulkan yang Rudie ni hanya pandai bercinta dan berkasih tetapi tidak berfikir jauh untuk berusaha mengambil hati keluarga si gadis utk diperisterikan. Rasanya Rudie ni merasakan dia masih muda dan belum mahu berkahwin, tapi bercinta nak pulak. Semua gadis pilihannya ditunangkan lalu terpaksa beprisah. Saya rasa juga, Rudie ni jenis yang memilih yang cantik2 jer, putih2, berkulit licin jer. Azimah yang berjerawat nipis dibiar cintanya tak bersahut. Perjalanan hidupnya masih jauh dan dia mahu berhenti mengejar pelangi.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Umpama nakhoda yang hilang panduan, rudie mendambakan warna kasih yang Mira pancarkan. Lantaran, dikutip puin-puin cinta yg berserakan, menjadi satu hamparan pelangi yg indah.. Namun, sedang asyik memburu pelangi, rantai derita menggamit senja...

RM4.90
90 mukasurat

Keputusan Akhir

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hendan Yahaya
Keputusan Akhir by Hendan Yahaya
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Antara cinta dan simpati, aku yang tersepit di tengah-tengah. aku tak tahu jalan mana yang harus aku ikuti, liku mana yang harus aku susuri..."


Satu lagi nama penulis yang sangat2 saya familiar. Kisah ini sangat sesuai diceritakan kurang 200 muka surat seperti ini dan jika dipanjang-panjangkan tentu jadi meleret. tapi saya tahu Hendan Yahaya memang ada karya yang lebih baik dari ini.

Penceritaan yang kemas dan pembacaan saya juga lancar dan tidak terhenti-henti. Mungkin sebab saya dah biasa baca karya Hendan Yahya, so saya seperti dapat menjangka yang Fiq akan mengorbankan cinta Zahari dan membina cinta buat Hisyam. Hisyam bukan pilihan tetapi kerana dia telah berubah untuk Fiq dan setia menunggu. Tapi watak Hisyam seperti tamak pulak sebab tak menghiraukan perasaan Fiq yang sedang berkasih dengan Zahari, seorang lelaki yang baik buat Fiq. Namun, keputusan Fiq lebih kepada untuk membalas budi keluarga Hisyam yang tak mungkin dapat dibalasnya hingga ke hujung nyawa.


Sinopsis belakang buku:

Di hadapannya tertebar jalan lurus yg indah. dia lalu menyusur hingga ke penghujung. Tiba di sana dia termangu keseorangan memikirkan liku mana yg lebih selamat. Dalam dilema ini dia harus bijak memilih antara warna-warna hidup berlapis ang memungkinkan sejuta pengertian.


RM6.90
180 mukasurat

Tuesday, April 15, 2008

Kau Bukan Untukku

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Najwa Dania Daniel
Kau Bukan Untukku by Najwa Dania Daniel
Terbitan Nylea Publishing


"Kekasih... puas sudah aku bercumbu dengan bayang-bayangmu..."


Ni kisah cinta tak kenal usia. Rasanya saya blum pernah lagi baca kisah cinta antara watak utama sepasang kekasih yang beza umur mereka adalah 30 tahun. These days anything could happen lah. Kelemahan cerita ini bukan background story nya yang meletakkan hero berumur 50 tahun dgn heroin berumur 19 tahun tetapi cara penceritaan yang kurang matang. Penulis ini mempunyai idea yang tersusun tetapi penyampaiannya kadang2 tidak terkesan di hati. Saya tidak dapat turut merasa sedalam mana cinta Laila pada Is. Is juga tidak terserlah kematangannya walaupun di usia 50 tahun. Penulis lebih baik dalam mendeskripsikan watak Laila berbanding watak Is dan dalam citer ini sepatutnya watak Is lebih kukuh tetapi Is kelihatan lemah dan Haiqal tu alahai, apa nangis beb. hehe. Dgn hasil penulisan yang berterusan saya rasa penulis ini mampu menghasilkan sesuatu yang menarik di masa hadapan.


serba sedikit ttg kisah ini. Laila adalah pelajar STPM yg berminat dgn penulisan skrip. Kelas yg diikutinya menemukan dia dgn Prof. Dr Ismadi. Laila jatuh cinta pandang pertama. Pertemuan mereka berlaku lagi apabila Laila masuk U dan Prof adalah pensyarahnya. Prof masih beristeri who later died of cancer. Dia cuba menahan diri dari mencintai Laila krn anaknya, Haiqal juga beminat dgn Laila tetapi Laila menyambut cintanya, bukan cinta Haiqal.


Sinopsis belakang buku:


Terlalu sakit rasanya bila cinta ini terpaksa dikuburkan hanya kerana tidak direstui, kasihku. Terlalu pedih haiku tatkala diri harus akur pada janji yang telah dipateri... semata-mata kerana kita tidak berdaya. Mencintaimu membuatkan aku terasa sempurna dan terlalu bahagia.

Cintamu terlalu indah mengisi kantung haiku ini, Is... terlalu manis saat bersamamu. Namun ia hanya sebentar cuma. Datang dan pergi... tanpa aku relakan... Hakikatnya kita tidak tercipta untuk bersama. Takdir menemukan tetapi jodoh tlh memisahkan cinta kasih kita... Biarlah kasih... biarlah ia tidak berkembang kerana aku tahu, kau tercipta bukan utkku...

RM20.90
442 mukasurat

Monday, April 14, 2008

Tangisan Bulan Madu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tangisan Bulan Madu by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

"Mereka berjerih ke pelamin, di sana mereka terpisah."

haa.. bertambah lagi koleksi buku SMN saya. Dlm pestabuku yang lalu saya beli lagi TIGA! huhu teruja pulak biler nampak nama SMN. TBM ni antara buku kegemaran Diana di Kuala LIpis sana nun sampai pesan utk beli kat pwtc tempoh hari. Tnpa membuang masa, saya terus baca buku ni. adeh la! *pegang pala* sedihnya.. byk la pulak citer sedih yang saya baca kebelakangan ni. Tagline di kulit buku ni sudah jelas menceritakan bukan senang pasangan ini nak mendapat restu keluarga utk bersama tetapi giler dah diijabkabulkan mereka terpaksa mengalah kepada ketentuan Ilahi yang maha Besar.

Bagaimanapun kesan positif buat Amira, dia mendapat kasih seorang mertua yang mulanya asyik melepaskan panahan jelingan sinis kpdnya. Mcm tak sabar lah pulak nak membaca sambungannya yang sudah mencecah Tangisan bulan madu 4. Dah cari2 kat booth creative tapi saya diberitahu Tangisan Bulan Madu 2 dan kehabisan stock. aduih.. lepas ni hunting TBM2 lah pulak. Diana! pinjam TBM 2&3 boleh? hehe.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia utk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yg menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta utk mengahwini gadis lain, percintaannya dgn Bogatt dihalangi oleh Pn. Marina yg memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?

RM11.90
182 muka surat

Saturday, January 12, 2008

Pemburu Mimpi

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saleha Hussin
pemburu mimpi by Saleha Hussin
terbitan dewan bahasa dan pustaka

"Seorang wanita perlu ada impian. Jangan biarkan diri seperti alas kaki. Dipijak-pijak, kemudian ditinggalkan"

Covernya berpucukkan JPM. bunga2 ungu dalam kemalapan yang disinari kilauan sebutir permata.

saya benar2 tk sangka sebaik saja memulakan pembacaan buku ni saya betul2 melekat dengan jalan cerita dan susur galur yg membawa saya ke dalam kemelut keluarga yg dipaparkan. satu novel yang mempunyai warna2 kisah kehidupan yang berbeza. Lima anak gadis yang dilahirkan Hendon disingkirkan oleh bapa mereka yg mahukan zuriat lelaki lalu berkahwin lain. Hamimah yg sudah berusia 10 thn ketika itu masih ingat bagaimana lelaki itu memperlakukan ibu nya, malah dia sendiri pergi bersama ibu dan adik2nya bersama lelehan darah di pinggir bibirnya. Hamimah pergi bersama dendam. Luka yg Johan tinggalkan bukan sedikit.

Johan mdpt apa yg diingininya, anak2 lelaki. Berbelas tahun berlalu tiada satupun anak lelakinya yang meringankan beban hidupnya. Dada akhbar menjadi penyampai berita kejayaan anak sulungnya Hamimah yg kini bergelar Doktor Falsafah dan juga kejayaan anak2nya yg lain. RAsa bangga dan bersalah berbaur dlm jiwanya. Geramnya saya pada watak NAtijah, isteri Johan. Masa mudanya dia tu lazer sungguh mencerca Hendon dan anak2nya. DAn setelah 16 tahun berlalu, bila Hamimah berjaya, diungkit2 pulak "mentang2 dah berkelulusan tinggi, depa lupa ayah kandung sendiri"

Kisah ini lebih bertumpu kepada 3 gadis adik beradik, Hamimah, Hayati dan Halina. Haliza dan Hadidah masih lagi belajar. Hamimah seorang pensyarah yg cenderung dalam bidang politik, tetapi status solonya menyukarkan dia 'naik' dalam bidang ini. Siapakah lelaki yg hendak dijadikan suami? dia seakan sudah tidak percaya kepada lelaki.

Hayati seorang yang berkarier dalam dunia yang dipenuhi lelaki. Keupayaan menyaingi lelaki menjadikan dirinya yakin dan sentiasa mendahului mereka. Dia takkan tersungkur di kaki mereka. Namun Ariff tak pernah berputus asa. Lagi kerap Hayati menghilangkan diri, lagi galak Ariff mencari. HAyati bukan seperti wanita2 lain yg pernah Ariff dampingi. Ariff seperti mahu menjinakkan Hayati tapi nampaknya ARiff yg menjinakkan dirinya sendiri. Hayati takut pada ariff kerana dia satu2nya lelaki yang boleh menyebabkan otaknya tak berfungsi.

Halina pulak selepas grad dari universiti of wales terus nak kawin.. so terpaksalah mncari ayah kandung utk mewalikannya.. sesuatu yang amat tidak diingini oleh Hamimah dan Haryati.

semua ni baru ringkasan seperempat dari buku setebal 1250 muka surat ini. Bukan senang nak cari novel yang tebal tetapi padat seperti ini. adalagi kisah dr hamimah melamar dr md zain, hayati disindir ibu ariff hingga terpaksa melarikan diri dari ariff bersama satu nyawa baru dalam rahimnya, halina hanyut dalam ajaran sesat dan mempunyai pandangan sendiri dan selalu buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan kakak-kakaknya... Halina hilang diri dalam ketaksuban terhadap suami, rela dimadukan, Dr Hamimah tak sangka satu keterpaksaan membuahkan kebahagiaan dlm hidupnya. Permainan takdir antara Hayati dan Ariff lebih hebat dan mengejutkan. for me kisah ni ada nilai2 suspens yg tersendiri. cuma mungkin saya slow sikit part2 kisah politik tapi saya suka kisah Hayati-Ariff dan kisah Halina-Hanif sangat tidak disangka-sangka. I don't mind reading this again. :)

sure fine whatever
rinn
4 bintang

sinopsis belakang buku:


"kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun ... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun , beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dgn hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."

Kata-kata Dr Hamimah yang terakhir itu sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apa kan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. dialah yang merncang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan. Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.

Si anakkah yang bersalah kerana mengetepikan bapanya, atau si bapakah yang bersalah kerana pernah mengetepikan anak-anaknya? Sebagai pembaca, anda diminta menjadi pengadilnya. Pastikan anda membaca novel yang mengisahkan perjuangan wanita ini untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar adil.

1250 mukasurat
rm47.00

Tuesday, June 12, 2007

Arjuna Hati

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norzailina Nordin
Arjuna Hati by Norzailina Nordin
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Engkaukah itu dalam tidurku?
Engkaukah jua dalam jaga ku?"

Wow, i like the way penulis mix the facts and ficiton. dua kali saya
baca kisah Dean up until the part where he died. Selepas dari itu
kisah-kisah keturunannya diceritakan dalam bentuk fast forward dan
kembali ke rentak normal apabila menceritakan tentang decendant Dean
bernama Azahari yang pergi ke London untuk menyusuri kisah Dean di
sana seratus tahun dahulu. Di sana dia bertemu dgn keturunan Dean dan
juga Sarena. Tapi bila cinta sudah mula bertamu, kehadiran Natrah yang
menyimpan perasaan terhadap Azahari mengganggu cinta Sarena dan
Azahari. Azahari seolah-olah tak dapat memilih sedangkan memang jelas
dia syok kat Sarena tu dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Pada
natrah , perasaannya lebih kepada rasa terhutang budi. I'm a reader yg
suka happy ending and i think Serena deserve Azahari tapi tragic
ending pulak for her.. aduuuuuuus.

Menarik yer catatan belakang buku oleh Prof emeritus Dato' Khoo Kay
Kim. dulu i read Arca kasih, ada komentari by A Samad Said. Lepas ni
rasanya dpt la baca 'Getaran Rindu' by Norzailina Nordin. :) Yam, I'll
read after you eh?

Antara sejarah2 yang diimbas dalam buku ini adalah First world
exhibition 1851 di London, Akta larangan memiliki hamba abdi 1833, ni
mesti masa zaman Abraham linchon ni. ada jugak disebut tentang Francis
Light sultan Muhamad Jiwa, pembubaran negeri-negeri selat, penubuhan
UMNO, dan banyak lagi lah.

Kisah buku ini tentang Shahbudin yang sesat ketika di PUlau Pinang,
end up in a ship. dan bila kapal terbakar dia diserahkan kepada seorg
pemilik ladang. Di sana dia jatuh cinta dgn Isabel, mereka berkahwin
hanya dgn restu bapa isabel, mak isabel tak suka. Perkahwinan itu
menghasilkan 3 cahaya mata. Shahbudin atau Dean menjalankan urusniaga
mertuanya. Isabel menyalahkan Dean bila bapanya meninggal dunia dlm
letupan lombong. Hubungannya dgn isteri makin goyah. Dean ditipu dan
ladangnya tergadai, namun begitu dia pernah membeli dan menyewakan
beberapa premis melalui syarikat guaman. Namun ada juga yg menipu.
Isabel membawa dua anaknya utk ke amerika tetapi kapal mereka karam
lalu meragut nyawa mereka. Hanya anak sulung Dean, Allan yg tinggal
tapi Dean gagal mencarinya lalu kembali ke Malaya.

Di Malaya dia berkahwin lain dan keturunannya berkembang. Jurnal Dean
yg berusia seratus tahun menarik perhatian Azahari (tahun 2003) lalu
membawanya ke London utk menjejaki keturunan Dean di sana. Azahari
atau Harry melakarkan kisahnya yg tersendiri di sana.

sure fine whatever
Rinn

catatan belakang buku:

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan
pengalam merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia, tetapi
di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik,
peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan
negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan
perlis, ketika British masih dlm proses meluaskan pengaruhnya di
kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita
semakin berani menjalankan experimen supaya para pembaca akan terdedah
kpd proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya
pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati
sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa disampaikan secara
amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dpt mewujudkan perspektif yang
real.

Mudah-mudahan NORZAILINA NORDIN akan memperkenalkan pula tema-tema
lain yang akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg
lazim mereka temui.

-Profesor Emeritus Dato' Khoo Kay Kim-
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

Tuesday, June 5, 2007

Serpihan Cinta

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mohd Zan Mat Ali
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Kedua-duanya aku sayang, Miza. Kalau aku pilih Borhan, Fuad kecewa.
Bila aku pilih Fuad, Borhan pula kecewa. Aku serba salah Miza. Aku tak
mahu kecewakan sesiapa pun."

seperti biasa, cerita berat yang ditulis dalam bentuk yang ringkas
seperti ni tak mendalam kita sebagai pembaca mengikutinya. konflik
yang timbul memang cukup suspennya tetapi bila buku ini dinoktahkan
penamatnya, seolah olah terlalu pantas. tak sempat nak rasa apa2
semuanya dah abih dah.

mengisahkan Ida yg diberhentikan di tempat kerja lamanya lalu
ditawarkan bekerja dgn Datuk Wahidin dan anak2nya, Fuad & Borhan.
Borhan agak jahat dan menyalurkan dokumen syarikat kepada pesaingnya
manakala Fuad pula seorang yang sangat bekerja keras terutama selepas
kematian ibunya. Kehadiran Ida menjadi punca Borhan insaf dan punca
Fuad ceria. Borhan nekad melanjutkan pelajaran dan menawarkan cinta
kepada Ida manakala Fuad pula mahu Ida menjadi isterinya, tambah2 bila
disokong tanpa belah bagi oleh Datuk Wahidin. Ida terpaksa membuat
pilihan dan Fuad menjadi pilihannya. Tiba2 berita kematian Borhan
diterima dan beberapa hari sebelum pernikahannya Fuad bergegas ke luar
Nebraska utk menuntuk mayat adiknya, tetapi penerbangannya ditimpa malang.

Kematian Fuad amat memilukan. agak mengejutkan sebab Borhan rupanya
masih hidup.. ntah macam mana la doktor2 kat Nebraska diagnos si
Borhan tu. Tetapi Ida masih bukan jodoh Borhan yg sudah menganggap Ida
sbg kakaknya. Ida menerima cinta Firdaus, sorang lagi anak Datuk
Wahidin yg merupakan orang pertama yg Ida jumpa di awal cerita tetapi
wataknya seolah olah tidak wujud di dalam cerita yg melalui liku2
selama lima tahun itu.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Cinta bukanlah satu sandiwara yang boleh dirancangkan perjalanannya
dan nasib seorang itu tiada siapa dapat menduganya. Bukannya satu
keajaiban jika seorang gadis yang sederhana dan tidak punya nama atau
darjat dicintai oleh tiga lelaki keturunan yang sama. Bukan serpihan
cinta yang diberikannya tetapi keikhlasan berlandaskan kejujuran.

RM6.90
150 muka surat

Sunday, June 3, 2007

Tasik Impian

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:MazemieMaz
Tasik Impian by Mazemie Maz

Terbitan Creative Enterprise sdn. Bhd

RAsa macam angin lalu saja baca buku ni, tidak meninggalkan apa2 kesan dan mudah terlupa. walau bagaimanapun penulis ada gaya tersendiri melakarkan situasi cerita.

mengisahkan Arwada, seorang gadis kampung yg berhijrah ke kota menjadi seorang penyanyi berjaya, semuanya demi adiknya yg sakit lukemia. Dia berusaha gigih mengumpulkan sumber kewangan. Dia rapat dgn seorang wartawan, Jazlan, tapi dia kecewa kerana Jazlan telah beristeri dan salah seorang anaknya mengidap masalah jantung berlubang.

Adik yg tersayang meninggal dunia menggandakan lagi kekecewaan Arwada. Arwada menyerahkan wang yg dikumpulkan utk mengubati adiknya kepada Jazlan supaya dpt menyelamatkan anaknya. Arwada insaf dan meninggalkan dunia hiburan dan menghambakan diri kepada Allah. Perubahannya menarik hati Norman, abg kepada sahabat baik Arwada. Perkahwinan dgn Norman bahagia tetapi bayang2 Jazlan sentiasa memburunya.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia mencuba nasib di kota berbekal bakat dan kebolehan demi adik tersayang. Namun, kekecewaan menanti hingga dirinya putus hala kehidupan.

Mujur ada insan yang masih sudi bersimpati... menerima pengorbanan dan sisa-sisa kasih sayangnya hingga kini...

RM6.90
120 muka surat

Saturday, June 2, 2007

Sayangku Aini Sofea!

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhisham Mustaffa
Sayangku Aini Sofea! by Norhisham Mustaffa

Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Aku bagai pelancong asing. Datang tatkala kau sudah bukan milikku"

Tagline pon dah menunjukkan ni kisah cinta tak kesampaian. Cara penceritaan yg menggunakan bahasa yang sgt straight forward, tiada bunga2 bahasa.Kisah ttg a poor little rich guy.

Syahrul Nizam adalah pewaris kepada harta ayahnya yg sangat kaya raya tetapi sentiasa merendah diri. Dia datang ke Malaysia sekadar utk melawat tetapi layanan pertama di syarikat milik yg dipindah ke miliknya dari aruah ayahnya amat mengecewakan dan menyakitkan hati. entah sapa2 marahkan dia kerana penampilannya.

Pemergiannya ke Melaka meragut segala kebahagiaannya apabila Aini Sofea yang dikasihinya akan berkahwin keesokan harinya dgn orang pilihan neneknya. Aini Sofea tak berani membantah kerana bimbangkan neneknya yg sakit jantung. Syahrul Nizam membawa pergi hati yg luka dan pulang ke Amerika ke pangkuan bonda tercinta.

pengajaran, nak pegi mana2 bagi tau dulu, kang nanti orang tak kenal kena halau pulak.. lagi satu kalau dah suka tu sound direct la kat orang tua kpd orang yg bekenan tu, kan dah melepas.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Aku terasing di sini tanpa arah dan haluan... yang ada hanya kenangan dan tuntuan naluri diulit janji. namun, mengapa mereka seolah tidap pernah mengenal aku? Aku dilayan bagai peminta sedekah sedang aku adalah pemilik seluruh kekayaan ini.

RM5.90
120 muka surat

Thursday, May 31, 2007

Mimpi Yang Pasti

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fathillah Anas
Mimpi yang Pasti by Fathillah Anas
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Alangkah indahnya bila memori semalam muncul kembali di hari ini."

Perasaan lepas baca buku ni? Err.. legaaaa sebab berjaya habiskan..
ntah la may be sebab kesibukan yg melanda menyebabkan pembacaan saya
kurang lancar dan kadang2 tu tak dapat diteruskan. Mungkin juga
sebab kisah sebegini kurang menarik minat saya.. walau bgmanapun
kira-kira 0.8cm lagi ketebalan buku perlu dihabiskan, saya rasa
peristiwa2 masa2 tu sangat menarik perhatian dan membuat saya ingin
tahu apa yang akan terjadi.. tapi tu la dh dekat nak abis dah masa
tu.. byk perkara yang meruntun perasaan sampai nangis sorang2
malam2.

Kisah ini tentang Adi, anak kepada Ruslah, anak saudara kepd Rubiah.
Ruslah dan Rubiah ada konflik tersendiri. Semasa remaja, Ruslah
pernah diragut kehormatannya dan sejak itu dia sering menyalahkan
Rubiah yg dikatakan lewat mendptkan bantuan. Rubiah byk mengalah kpd
Ruslah sehingga orang yg dia berkasih pon dirampas oleh Ruslah.
Ruslah ni macam ada masalah mental dan ini turun kepada anaknya
sulungnya Adi sebelum dia berkahwin semula dgn Hamdin (jadi bini
nombor 2, nasib baik madu dia baik orangnya.)

Adi seorang remaja yg sukar dikawal, mat rempit pulak tu. Dia
terlalu dimanjakan oleh nenek dan ibu saudaranya, Rubiah. Mamanya
lngsung tidak menghiraukannya. Ruslah sering menggunakan peristiwa
lama sbg jalan utk melepaskan dirinya dari sebarang tuduhan..
sentiasa menyalahkan Rubiah hingga bila Adi hilang, Ruslah telah
memarang muka dan belakang Rubiah.

Adi dan Nurul berkasih tapi Nurul dikahwinkan dengan Razman yang
menyintai Nani (nani ni shyok kat Adi) bersilang silang kisah cinta
depa nih. Razman kawin ngan Nurul sbb rasa tak puas hati pada Nani
yg sayangkan Adi.. so dia nak adi rasa apa yg dia rasa.

Sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku

Kehadirannya tidak dipinta kerana dia lahir hasil dari hubungan
terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan
belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya pula sering tiada. Dia
membesar dengan omokan; jangan buat itu, jangan buat ini, jangan
nakal, jangan main api, jangan, jangan dan jangan! Akhirnya, dia
membesar sbg anak yang penakut dan tidak punya pendirian.

Namun, jiwa remaja Adi akhirnya memberontak. Bersama Agil, Razman,
Hassan, Ijan dan Nani, mereka menyertai kumpulan rempit Mat Motor
Adi. Dalam diam, Nani menyimpan hati pada Adi. Malangnya pemuda itu
hanya menyintai Nurul seorang.

"Maaf Nani. Aku terima budimu tapi cinta adalah soal hati"

Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah dan mengalami gangguan
jiwa. Lebih mengecewakannya Nurul berkahwin dgn Razman. Ini
menyebabkan Adi membawa diri. Dia menemui Nani semula. Mereka hidup
aman bahagia.

"Rupanya cintamu lebih kuat dari cinta Nurul pada aku"

sinopsis di website alaf

Mengisahkan seorang remaja yang kehadirannya tidak dipinta kerana
dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang. Sejak itu, Adi Putera
membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. Ayah entah siapa.
Ibunya seriang tiada. Dia membesar dengan 'tegahan' - jangan buat
itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api... jangan,
jangan dan jangan.

Akhirnya, jiwa remaja Adi memberontak. Bersama kawan-kawan rapatnya,
dia menyertai kumpulan Mat Motor. Dalam diam, Nani menyukai Adi,
namun pemuda itu hanya mencintai Nurul seorang.

Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah sehingga mengalami
gangguan jiwa. Lebih mengecewakannya apabila Nurul turut menjadi
perhatian Azman sehingga berhasrat untuk mengahwininya.

Adakah Adi terus merajuk diri? Mampukah Nurul menerima cinta Azman
sedangkan dia juga mencintai Adi? Dapatkah Adi menemui ayahnya yang
sebenarnya?

RM 17.00
432 muka surat