Sunday, October 12, 2008

Aku Cinta Kyra

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Aku Cinta Kyra by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
2008


"Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini"


Saya terpikat dengan penulisan Ramlah Rashid. Tiga buah bukunya yg saya dah baca mempunyai delivery cerita yang sangat-sangat memikat dan mengikat. Susah nak berenti selagi tak dihabiskan. Panjang betul muncung Yam selepas menamatkan kisah ini lalu buku ini dipaskan kepada saya dgn mulut terkumat kamit tak puas hati. Kebetulan masa tu dah abis membaca "Hanya Kita Berdua". So saya pun bacala novel ni. Kisah ini sebenarnya mengingatkan saya kepada Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan. Kedua2 kisah ini mempunyai ending yang tergantung.


Sepanjang pembacaan novel ini saya sangat terhibur dengan kisah 'kejar-mengejar' Kyra & Hairee. Tapi memang jelas Kyra akan memilih Idham sekiranya dia tahu Idham tu bukan abg kandungnya. Dia sentiasa mencari jejaka yang macam abgnya utk menjadi teman hidupnya. Ternyata pilihan Kyra adalah seorang yg sangat dekat dgn Idham. Hairee yg mulanya sekadar mahu membalas dendam bagi pihak sahabat baiknya akhirnya jatuh tersungkur di halaman cinta Kyra. Puas dia memancing perhatian Kyra, susah betul nak mendengar ungkapan cinta dari Kyra. Namun di saat segalanya mahu dimateri satu rahsia besar terbongkar.. mula2 tu ingat ker Heri ngan Kyra yg adik beradik tapi rupanya Heri dgn Idham. Kyra terus nekad mahukan Idham sbg suaminya kerana dia tahu Idham juga mengasihinya bukan sbg adik. Setelah memperjuangkan cinta mereka (Kyra yg beria) mereka akhirnya bakal diijab kabulkan namun nampaknya takdir pun tidak menyebelahi mereka. Perasaan lega selepas mengetahui Idham & Kyra akhirnya akan disatukan bertukar menjadi sayu pulak bila isu talesemia pulak yg timbul. Kedua2 mereka adalah pembawa dan itu akan menimbulkan kesan kepada keturunan mereka. Idham pergi membawa hati yang luka. Kyra tinggal dgn hati yang luka. Tinggal Heri yang mungkin boleh mengubat luka. Tak kira sedalam mana cinta Kyra-Idham, namun itulah penghujung yg terbaik utk mereka berdua. (ni dok belek2 dah novel Memori Rindu by Ramlah Rashid :))


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


"Karya terbaru novelis Sara Kirana & Qaseh
Qaisy"


Sepatutnya aku gembira dgn kebahagiaan Kyra. sepatutnya aku bahagia dgn kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba2 jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! Pengap! Bahang! - Kyrul Idham


"Abg baik sgt pd Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-rangan nak kawin dgn abang. Namun itu dulu, zaman budak2. Kyra ingat ayah dgn ibu adik beradik sebelum jd suami isteri. Jadi Kyra pun berangan-rangan begitu. Tapi kan baik kalau abg bukan abg Kyra?" - Kyra Idora.


"Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang? Pastinya cinta nya kian mendalam selepas siapa abg terungkai." - Hairee


Namun kita hanya merancang. ALLAH penentu segala. Cinta yg wujud tanpa diduga. Hadirnya tanpa sengaja, berakhir jua tanpa dijangka.


Aku cinta kyra, terhasil dari pemerhatian penulis pada rasa kasih dan sayang sesama adik beradik dan keluarga. Saya melihat begitu suci dan indahnya persaudaraan dan persahabatan jika ianya terjalin atas landasan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. namun ianya akan menjadi duri yg bisa mencederakan serta membunuh juga, jika kasih sayang itu dihimpit rasa cinta sama ada datangnya diundang atau tanpa sedar. Akan lebih parah jika cinta itu terhalang dek tali persaudaraan dan wujudnya cinta tiga segi. ALLAH memandang tinggi masyarakat yg bersedia bantu-membantu tetapi melarang sam sekali mengakui hak ke atas anak angkat ~Ramlah Rashid~


RM18.90
521 mukasurat
isbn: 9789833669714


16 comments:

  1. last mth dah dapat buku ni...ingat nak beli but don't like the ending, so tak beli lah...huhuhu

    ReplyDelete
  2. jalan citer dia menarik, cuma ending tu mungkin ramai tak suka. lepas ni saya nk kumpullah citer2 ramlah rashid. Byk jugak buku dia dgn creative.

    ReplyDelete
  3. "sayang sangat" dgn Idham.....hehehe..

    ReplyDelete
  4. tula.. idham tu dah cukup perfect utk kyra.. tapi ish ish.. *sighs*

    ReplyDelete
  5. "Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini"...pernah a chinese fren cakap cam ni dulu..hmmmmm dah dok teringat citer lama pulak...hahaha..

    ReplyDelete
  6. wah... ada memori erk... hehehe...

    ReplyDelete
  7. Memori adalah kenangan dan pengajaran...huhu... syahdu...

    ReplyDelete
  8. teringat citer 'antara dua agama'.....tak 'tersengaja' untuk mengecewakan seseorang...

    ReplyDelete
  9. Niwati ;) bleh buat novel kisah benar.

    ReplyDelete
  10. ooooppppssss...tak mo lah... nanti ade yg terasa...makes me feel guilty all over again pulak nanti..
    actually dah tulis but i threw it all away...
    his words yg masih diingatan..."why shld i attend yr wedding? why shld i see u wif someone else?"....

    ReplyDelete
  11. this is life..... redha dgn ketentuanNYA...

    ReplyDelete
  12. citer dia best cume endingnye tu... emm.. terpulang pd opinion masing2 la.. :-)

    ReplyDelete
  13. btui kata Ti, ending kalau tak bley kawin kira bukan happy ending la.. aduih.. tapi jalan citer dia memang menarik. buku2 Ramlah Rashid memang menarik :)

    ReplyDelete