Tuesday, June 10, 2008

Tangisan Bulan Madu 2

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Tangisan Bulan Madu 2 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors


"Sebuah novel edisi terkini..."


Teruja betul nak baca sambungan TBM. memang seronok baca karya SMN yang ada sentuhan tersendiri. Kisah kesinambungan ini masih meletakkan Amira dalam nasib yang sama, digelangi kesedihan cinta yang tak kesampaian. Razlan seperti pasrah dan menyerah kalah saja. Tak berupaya mempertahankan cintanya buat Amira.


Setelah bertahun membawa diri ke Sabah, Amira kembali ke kampungnya. Ingatannya kepada Bogatt tidak pernah susut. Semasa di Sabah dia aktif berkarya lalu membawa perkenalan nya dgn R.Q Amir who turns out to be Razlan, org yang selalu mengutus puisi kepadanya tetapi tak pernah dibalas. Pertemuan dgn Razlan membuatkan Amira terkedu, dia seolah-olah melihat Bogatt di hadapan matanya. Bogatt yang puitis. Bogatt rupa2nya adik beradik tiri dgn Razlan. Status Amira membuatkan dia membataskan perhubungan dgn Razlan yg merupakan adik kepada arwah suaminya. Dia membiarkan suara hati Razlan tidak bersahut. Mereka saling membiarkan cinta berlalu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yg seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapa Razlan yg tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?


Nota Lim Swee Tin
Penyair/Cerpenis

Samsiah mempunyai cara yang tersendiri dalam menyuguhkan tulisannya. Keseluruhan karyanya berjaya mengajak pembaca berkongsi pengalaman. Pembaca diajak menyelami seluruh wataknya lewat bahasa yang tersendiri. Karyanya tidak pernah berakhir begitu sahaja; kerana itu Samsiah merungkai masalah Tangisan Bulan Madu (TBM) yang begitu sinonim dengan dirinya, ke dalam Tangisan Bulan Madu 2. Tentu luar biasa sekali TBM sehingga dicetak 7 kali. Kehebatan penggarapan Samsiah nyata semakin terserlah dari sebuah novel ke sebuah novel.


RM12.90
190 mukasurat
cetakan pertama 1999

21 comments:

  1. RIN....MCNER NAK DAPTKAN BUKU NIE ERK?
    SUSAH LAH NAK CARI...DAH BYK BOOK STORE YG SY MASUK..TP SUAM HAMPA....
    TOLONG BOLE?

    ReplyDelete
  2. lieza, akak pun dok cari buku ni, yang dapt baca ni pun pinjam dari kawan yg kat lipis nun. nasib baik dia bagi pinjam.. kalau terserempak kat mana2 nanti saya announce :)

    ReplyDelete
  3. kak rin, sy dah order kan dah novel ni kat kedai bawah...klu ada sy sms kak rin...tungguuuuuuuuuuuu.....

    ReplyDelete
  4. Thanks!! :) lieza pun kena pesan ngan miss cun lah.. tapi blum tau lg ada ker tidak buku tu.. harap2 ada. hehe.

    ReplyDelete
  5. ala.... cedihyer.... lamer dah cari buku nie sob sob sob..:(
    yg sy ader cuma TBM yg 1st jer....
    akak tau tak TBM dah di " dramakan?"....
    tp...best klau kita dpt baca novelyer kan....
    k thanks yer...

    ReplyDelete
  6. nak gak nak gak nak gak.....
    bolelah t claim smula yer....

    ReplyDelete
  7. ha'ah tengok jugak citernya kat tv2 tu..

    ReplyDelete
  8. konpem ker nak...
    kang petang nnt org g tambah kuantiti dia...
    yg mana satu yg nak...

    ReplyDelete
  9. confirm.....
    nak TBM2 jer....bole?
    ;)

    ReplyDelete
  10. misscun...
    jgn mare yer...tak online lah etu ari,,..
    .hehehhe cenyum sket ;)

    ReplyDelete
  11. errkkk....

    ok nnt cun g tambah utk novel TBM2

    ReplyDelete
  12. kalau saya nak oder jugak bleh?
    huhuu
    dah puas carik

    ReplyDelete
  13. tbm 2 & 3 memang blum dapat dimiliki.. tapi dpt pinjam and baca pon dah syukur. :) insyallah ada rezeki tu ada lah nanti. nanti pn. shamsiah mohd nor mungkin akan terbitkan semula, kita doa2kan jer semoga hasrat tu jadi kenyataan :)

    ReplyDelete
  14. sy pun mencari buku2 tangisan bulan madu semua episod........ tp x jumpe. sy x bc smua pun lg!!! kwn2 semua xde cite tu

    ReplyDelete
  15. ada yg dah dpt semua koleksi ni.. saya ni ha blum dapat.. kena ushar kat kedai2 2nd hand. tapi tak der la terkilan sgt sbb dah baca semua siri citer ni. hehe.

    ReplyDelete
  16. xde dpt lagi la kak rin
    ari tu ada beremail ngan kak shamsiah tanya pasal novel dia
    kata TBM4 leh order ngan dia
    TBM 2 mmg dah x dpt diselamatkan
    TBM 3 dah x dicetakkan lagi huhuhu

    ReplyDelete
  17. Hai Rinn, akak pon nak cari balik semua buku TBM dari part 1 hingga part 4. Dulu akak ada koleksi, pastu member pinjam terus jadi harta. Yang paling sedih, member tu terus lost contact dgn akak. Sampai sekarang akak masih mencari buku ni.

    Luv~ HAS

    ReplyDelete
  18. citer pinjam2 buku tak bagi balik ni memang sedih! Dah la complete semua peh tu lesap camtu jer? aduih.. ganda2 lagi sedih.

    ReplyDelete