Rating: | ★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Puteri Andalas |
Terbitan Kaki Novel
"Andai cinta itu bukan milik ku... aku relakan engkau pergi. Namun jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku... Jangan biarkan aku ditinggal sepi!"
Sepertimana kegagalan Irma menghayati novel 'bule gila' pemberian Acik Niah, begitu jugak lah aku semasa membaca novel nih. ntah la kenapa rasa mcam ada yang tak faham, tapi penceritaan tak derlah rumit. hmm mungkin keadaan emosi dan kepala hotak aku ni agak senget pada masa itu. haha.. kak ima pun boleh nampak keadaan aku pada masa tu.. apa2pun, novel ini berjaya aku habiskan dengan jayanya dan aku ulang baca 2 kali kerana mahu menghayati kisah ini.
Irma adalah seorang yang sangat sangat sangat cantik dan baik. Dia tidak perlu berusaha utk kelihatan seperti seorang model kerana dia memang dan sediakala terlalu cantik. Perfect buat jejaka hensem giler seperti Syed Herizal. Yang tak sengaja tercuri bunga kawannya utk dihadiahkan kepada Irma yang jelita menawan hatinya.
walaupun mempunyai peluang utk menggoda Herizal, Irma tak pernah lupa asal usul keluarganya yg mempunyai sejarah hitam. Dia cuba menjauhkan diri tetapi Syed Herizal sudah sukar utk melepaskannya.
Sejujurnya saya lebih berminat utk menghayati kisah Mastura-Hanif, tapi tak banyak kisah mereka. Mastura memutuskan hubungan dengan lelaki yang paling disayanginya kerana satu tragedi yang menimpa anak saudara Hanif. Dia merasakan kecuaiannya telah menyebabkan anak kecil itu meninggal dunia. Hanif ditinggalkan walaupun Hanif kembali dan merayu keluarga Mastura menyambung ikatan kerana terlalu cintakan Mastura. Mastura tetap menolak. Rahsia itu disimpan kejap dalam hatinya dari pengetahuan sesiapa jua termasuk sahabatnya, Irma. Namun, kepulangan Hanif dari Jepun membuat Mastura dalam dilema. Cinta Hanif masih utknya dan Mastura tidak pernah memadamkan cintanya pada Hanif, tapi rasa bersalahnya tidak dapat dipadamkan dari jiwanya. Hanif tidak pernah melupakan hasratnya utk memiliki Mastura, malah keluarganya juga setuju dgn pilihan hatinya. Segalanya terletak di tangan Mastura.
Tak sangka gadis ceria dan nakal spt Mastura mempunyai sejarah cinta seperti itu. hah.. citer Irma-Harry dah jadi citer Mastura-Hanif lah pulak.
Pemergian Irma ke Indonesia tak disangka2 menjadi titik tolak terbongkarnya kisah lama dan rupa2nya hubungan kekeluargaannya dgn harry sangat dekat tetapi masih adakah cinta harry buatnya apabila mengetahui rahsia yang tersirat?
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Aku dagang merempat yg menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin kukongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Semata-mata kerana budi Mastura, aku menyangguupi tugas berat. Memperaga pakaian tradsional di majlis tahunan pejabat di dada pentas. Tanpa kuduga kemunculanku di catwalk mencuri hati seorg jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yg kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya. Namun aku tidak alpa ada segunung rasa yg amat kugeruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluargaku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti? Sendat dgn rasa serba salah aku lari ke Jakarta. Mencari Achik Niah yg menyimpan segala rahsia.
Jika anda mahu mengetahui rahsiaku ini, ekorilah langkahku ke mana sahaja aku pergi membawa sekeping hati menyusuri laluan yg penuh onak dan duri. mengejar cinta murni yang tersemat di hati nurani.
Irma Julita.
RM18.00
500 mukasurat
buku ni one of my fev...
ReplyDeletePuteri andalas nyer buku baru dua yang saya penah baca.. rasanya pernah tengok dia kat tv, rancangan apa ntah, tak ingat pulak.. ada skali ngan hasben dia. the first book by puteri andalas yg saya dah baca bertajuk "Jalinan Kasih" cover kaler pinggggggggggggggggggnk
ReplyDeletei like citer ni.... mula2 baca ok2 aje but dah 2-3X baca baru rasa tertarik dgn si Irma-Harry...suke part Harry 'kapor' jambangan bunga kawan dia gara2 nak beri pada Irma diatas pentas..hahaha.spontaneously funny!! citer mastura-hanif pun menarik - boleh dijadikan novel tersendiri lah...
ReplyDeletedah beli buku ni but dah pass pada niece tersayang as bday gift...hmmm nak kena buy another copy...
saya lebih suka kisah hanif-mastura.. lebih dramatik! :)
ReplyDeleteno komen
ReplyDelete